
Bahasa Melayu 5
Arahan keselamatan
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun ke
atas dan orang-orang yang kekurangan keupayaan fizikal, deria
atau mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika
mereka telah diselia atau diberi arahan mengenai penggunaan
alat dengan cara yang selamat dan memahami bahaya yang
terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan alat ini.
Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna tidak seharusnya
dilakukan oleh kanak-kanak tanpa seliaan.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, ejen
perkhidmatannya atau orang-orang yang sama berkelayakan bagi
mengelakkan bahaya.
Ketuhar ini mesti diletakkan mengadap arah dan ketinggian
yang betul yang membenarkan capaian mudah pada rongga dan
kawasan kawalan.
Sebelum menggunakan ketuhar anda buat kali pertama, ketuhar
harus dikendalikan bersama air selama 10 minit dan kemudian
baru digunakan.
Jika ketuhar ini mengeluarkan bunyi bising, bau terbakar atau
mengeluarkan asap , cabut palam kuasa dengan segera dan
hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
Ketuhar gelombang mikro harus diletakkan di tempat yang sesuai
supaya palamnya mudah dicapai.
Keselamatan umum
Sebarang pengubahsuaian atau pembaikan perlu dilakukan oleh kakitangan berkelayakan
sahaja.
Jangan panaskan makanan atau cecair yang dikedapkan dalam bekas untuk fungsi
gelombang mikro.
Jangan gunakan benzena, pencair, alkohol, pembersih wap atau pembersih tekanan tinggi
untuk membersihkan alat ini.
Jangan pasang ketuhar berdekatan dengan alat pemanas atau bahan mudah terbakar;
lokasi yang lembap, berminyak, berhabuk atau didedahkan kepada cahaya matahari
secara terus atau air; atau di mana gas mungkin bocor; atau permukaan yang tidak rata.
Alat ini mesti dibumikan dengan betul menurut kod-kod tempatan dan antarabangsa.
Gunakan kain kering secara kerap untuk menanggalkan bahan asing daripada terminal
palam kuasa dan sentuhan.
Jangan tarik atau terlalu bengkokkan atau letakkan objek berat atas kord kuasa.
Jika terdapat kebocoran gas (propana, LP, dsb) alih udarakan dengan segera. Jangan
sentuh kord kuasa.
Jangan sentuh kord kuasa dengan tangan yang basah.
Semasa ketuhar beroperasi, jangan matikannya dengan menanggalkan kord kuasa.
Jangan selitkan jari atau bahan asing. Jika bahan asing memasuki ketuhar, tanggalkan
kord kuasa dan hubungi pusat perkhidmatan Samsung tempatan.
Jangan kenakan tekanan atau hentaman berlebihan pada alat.
Jangan letak ketuhar di atas objek mudah pecah.
Pastikan voltan kuasa, frekuensi, dan arus sepadan dengan spesifikasi produk.
Pasang palam kuasa pada soket dinding dengan kukuh. Jangan gunakan penyesuai
berbilang palam, kord pemanjang atau pengubah elektrik.
Jangan cangkukkan kord kuasa pada objek logam. Pastikan kord berada di antara objek
atau di belakang ketuhar.
Jangan gunakan palam kuasa yang rosak, kord kuasa yang rosak atau soket dinding yang
longgar. Untuk palam atau kord kuasa yang rosak, hubungi pusat perkhidmatan Samsung
tempatan.
Jangan tuang atau sembur air pada ketuhar.
Jangan letakkan objek di atas ketuhar, di dalam atau di pintu ketuhar.
Jangan semburkan bahan meruap seperti ubat serangga pada permukaan ketuhar.
MS23K3513AK_SM_DE68-04431W-01_MS+ZH+EN.indb 5 9/18/2019 10:52:04 AM