Samsung MC286TATC Series Manual

bayangkan kemungkinannya
Terima kasih kerana membeli produk Samsung ini.
Ketuhar Gelombang Mikro
Arahan pemilik & Panduan memasak
MC286TATC**
Manual ini dibuat daripada 100 % kertas kitar semula.
Harap maklum bahawa jaminan Samsung TIDAK merangkumi khidmat
panggilan untuk menerangkan operasi produk, membetulkan pemasangan
yang tidak betul, atau melakukan pembersihan atau penyenggaraan biasa.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 1 2014-08-21 4:20:33

Bahasa Melayu - 2
maklumat keselamatan
MENGGUNAKAN BUKU PANDUAN INI
Anda baru sahaja membeli ketuhar gelombang mikro SAMSUNG. Panduan
Pemilik anda mengandungi maklumat yang berguna mengenai cara
memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro anda:
• Langkah-langkah keselamatan
• Aksesori dan perkakas memasak yang sesuai
• Petua memasak yang berguna
• Petua memasak
KETERANGAN BAGI SIMBOL DAN IKON
AMARAN
Bahaya atau amalan-amalan yang tidak selamat yang
boleh menyebabkan kecederaan diri yang teruk atau
kematian.
AWAS
Bahaya atau amalan-amalan yang tidak selamat yang boleh
menyebabkan kecederaan diri yang tidak serius atau
kerosakan harta benda.
Amaran; Bahaya kebakaran Amaran; Permukaan panas
Amaran; Elektrik Amaran; Bahan mudah
meletup
JANGAN cuba. JANGAN sentuh.
JANGAN rungkas. Ikuti arahan sepenuhnya.
Cabut palam kuasa dari
soket dinding.
Pastikan mesin dibumikan
untuk mencegah kejutan
elektrik.
Hubungi pusat
perkhidmatan bagi
mendapatkan bantuan.
Nota
Penting
kandungan
Maklumat keselamatan........................................................................ 2
Panduan carian cepat ..........................................................................12
Ciri-ciri ketuhar.....................................................................................13
Ketuhar................................................................................................13
Panel kawalan......................................................................................13
Aksesori...............................................................................................14
Penggunaan ketuhar ............................................................................14
Bagaimana ketuhar gelombang mikro berfungsi ..................................14
Memeriksa bagi memastikan ketuhar anda beroperasi dengan betul....15
Menetapkan masa ...............................................................................15
Memasak/Memanas semula ................................................................16
Aras kuasa dan variasi masa................................................................16
Melaraskan masa memasak.................................................................16
Memberhentikan proses memasak ......................................................17
Menetapkan mod penjimatan tenaga...................................................17
Menggunakan ciri sensor masakan......................................................17
Menggunakan ciri-ciri memasak yang menyihatkan .............................19
Menggunakan ciri naikkan doh/yogurt .................................................21
Menggunakan ciri mencair beku kuasa ................................................22
Perolakan.............................................................................................23
Menggril ..............................................................................................24
Memilih aksesori ..................................................................................24
Menggabungkan ketuhar gelombang mikro dan gril.............................24
Menggabungkan gelombang mikro dan perolakan...............................25
Menggunakan ciri penyahbauan ..........................................................26
Menggunakan ciri kunci kanak-kanak ..................................................26
Mematikan pembunyi bip.....................................................................26
Panduan perkakas memasak..............................................................27
Panduan memasak...............................................................................28
Penyelesaian masalah dan kod ralat ..................................................37
Penyelesaian Masalah..........................................................................37
Kod ralat..............................................................................................37
Spesifikasi teknikal ..............................................................................38
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 2 2014-08-21 4:20:33

Bahasa Melayu - 3
01 MAKLUMAT KESELAMATAN
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
BACA DENGAN TELITI DAN SIMPAN
UNTUK RUJUKAN PADA MASA
HADAPAN.
Pastikan langkah-langkah keselamatan ini
dipatuhi sepanjang masa.
Sebelum menggunakan ketuhar,
pastikan arahan berikut diikuti.
AMARAN (Fungsi gelombang mikro sahaja)
AMARAN: Jika pintu atau kedap pintu
rosak, ketuhar tidak boleh dikendalikan
sehingga ia telah dibaiki oleh orang yang
cekap.
AMARAN: Adalah merbahaya bagi
seseorang yang tidak cekap menjalankan
sebarang servis atau operasi pembaikan
yang melibatkan kerja menanggalkan
penutup yang memberi perlindungan
daripada pendedahan kepada tenaga
gelombang mikro.
Alat ini dimaksudkan untuk digunakan di
rumah sahaja.
AMARAN: Hanya benarkan kanak-kanak
menggunakan ketuhar tanpa penyeliaan
apabila arahan yang mencukupi telah
diberikan supaya kanak-kanak tersebut
boleh menggunakan ketuhar dengan cara
yang selamat dan memahami bahaya
penggunaan yang tidak betul.
AMARAN: Alat in boleh digunakan oleh
kanak-kanak berusia 8 tahun ke atas dan
orang-orang yang kekurangan keupayaan
fizikal, deria atau mental atau kurang
pengalaman dan pengetahuan jika mereka
telah diselia atau diberi arahan mengenai
penggunaan alat dengan cara yang selamat
dan memahami bahaya yang terlibat. Kanak-
kanak tidak seharusnya bermain dengan alat
ini. Kanak-kanak tidak sepatutnya melakukan
pembersihan dan penyenggaraan pengguna
melainkan mereka berusia daripada 8 tahun
ke atas dan diawasi.
Hanya gunakan perkakas dapur yang sesuai
untuk digunakan dalam ketuhar gelombang
mikro.
Apabila memanaskan makanan dalam bekas
plastik atau kertas, perhatikan ketuhar untuk
mengesan kemungkinan pencetusan bunga
api.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 3 2014-08-21 4:20:33

Bahasa Melayu - 4
Ketuhar harus dibersihkan dengan tetap dan
sebarang cebisan makanan ditanggalkan.
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam
keadaan yang bersih boleh mengakibatkan
kerosakan pada permukaannya yang
boleh memendekkan hayat peralatan ini
dan mungkin mengakibatkan situasi yang
berbahaya.
Alat ini tidak dimaksudkan untuk dipasang
di dalam kenderaan jalan raya, karavan, dan
kenderaan-kenderaan yang serupa dll.
Alat ini bukan untuk digunakan oleh orang-
orang (termasuk kanak-kanak) yang
mempunyai keupayaan fizikal, sensori
atau mental yang kurang, atau tidak
berpengalaman dan berpengetahuan,
kecuali mereka telah diberikan penyeliaan
atau arahan tentang penggunaan alat ini
oleh orang yang bertanggungjawab bagi
keselamatan mereka.
Kanak-kanak harus diselia bagi memastikan
mereka tidak bermain dengan alat ini.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti
oleh pengilang, ejen perkhidmatannya atau
orang-orang yang sama berkelayakan bagi
mengelakkan bahaya.
Ketuhar gelombang mikro dimaksudkan
untuk pemanasan makanan dan minuman.
Pengeringan makanan atau pakaian dan
pemanasan pad penghangat, selipar, span,
kain lembap dan yang seakan-akan sama
boleh menyebabkan risiko kecederaan,
penyalaan atau kebakaran.
Jika asap dikeluarkan, matikan atau cabut
palam alat dan pastikan pintu ketuhar ditutup
untuk mematikan api;
AMARAN: Memanaskan minuman
menggunakan gelombang mikro boleh
mengakibatkan pendidihan meluap tertunda;
oleh itu, pastikan anda berhati-hati apabila
memegang bekas.
AMARAN: Kandungan botol makanan
bayi dan balang makanan bayi harus
dikacau atau digoncang dan suhunya
diperiksa sebelum makanan dimakan, bagi
mengelakkan luka terbakar.
Telur dalam kulitnya dan telur rebus
tidak harus dipanaskan di dalam ketuhar
gelombang mikro oleh kerana ia boleh
meletup, walaupun setelah pemanasan
gelombang mikro telah selesai.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 4 2014-08-21 4:20:33

Bahasa Melayu - 5
01 MAKLUMAT KESELAMATAN
AMARAN: Cecair dan makanan lain tidak
boleh dipanaskan di dalam bekas yang
dikedap kerana ia boleh meletup;
Alat ini tidak sepatutnya dibersihkan dengan
pancutan air.
Ketuhar ini mesti diletakkan mengadap
arah dan ketinggian yang betul yang
membenarkan capaian mudah pada rongga
dan kawasan kawalan.
Sebelum menggunakan ketuhar anda buat
kali pertama, ketuhar harus dikendalikan
bersama air selama 10 minit dan kemudian
baru digunakan.
Jika ketuhar ini mengeluarkan bunyi bising,
bau terbakar atau mengeluarkan asap, cabut
palam kuasa dengan segera dan hubungi
pusat perkhidmatan yang terdekat dengan
anda.
Ketuhar gelombang mikro harus diletakkan
di tempat yang sesuai supaya palamnya
mudah dicapai.
Ketuhar gelombang mikro ini dimaksudkan
untuk digunakan di atas kaunter atau atas
kaunter sahaja; ketuhar gelombang mikro ini
tidak harus diletakkan di atas kabinet.
AMARAN (Fungsi ketuhar sahaja) - Select
(Pilih)an
AMARAN: Apabila alat dikendalikan dalam
mod kombinasi, kanak-kanak hanya boleh
menggunakan ketuhar di bawah penyeliaan
orang dewasa kerana suhu yang dijana.
Semasa digunakan, alat ini menjadi panas.
Berhati-hati agar tidak menyentuh elemen-
elemen pemanas di dalam ketuhar.
AMARAN: Bahagian-bahagian yang
boleh dicapai akan menjadi panas semasa
digunakan. Kanak-kanak kecil tidak harus
mendekati ketuhar.
Pembersih wap tidak boleh digunakan.
AMARAN: Pastikan alat ini dimatikan sebelum
menggantikan lampu bagi mengelakkan
kemungkinan kejutan elektrik.
AMARAN: Alat dan bahagian alat yang boleh
dicapai menjadi panas semasa penggunaan.
Berhati-hati agar tidak menyentuh elemen-
elemen pemanas.
Kanak-kanak berusia kurang daripada 8 tahun
seharusnya dijauhkan melainkan sentiasa
diselia.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 5 2014-08-21 4:20:34

Bahasa Melayu - 6
Suhu permukaan boleh dicapai mungkin tinggi
semasa alat sedang beroperasi.
Pintu atau permukaan luar mungkin menjadi
panas semasa alat sedang beroperasi.
Jauhkan alat dan kordnya daripada capaian
kanak-kanak berusia kurang daripada 8 tahun.
Alat in boleh digunakan oleh kanak-kanak
berusia 8 tahun ke atas dan orang-orang
yang kekurangan keupayaan fizikal, deria
atau mental atau kurang pengalaman dan
pengetahuan jika mereka telah diselia atau
diberi arahan mengenai penggunaan alat
dengan cara yang selamat dan memahami
bahaya yang terlibat. Kanak-kanak tidak
seharusnya bermain dengan alat ini.
Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna
tidak seharusnya dilakukan oleh kanak-kanak
tanpa seliaan.
Jangan gunakan pembersih kasar yang
kuat atau pengerik logam yang tajam untuk
membersihkan kaca pintu ketuhar kerana ia
boleh mencalarkan permukaannya, yang boleh
mengakibatkan kaca itu pecah.
Alat-alat tidak dimaksudkan untuk
dikendalikan dengan menggunakan pemasa
luaran atau sistem kawalan jauh berasingan.
MEMASANG KETUHAR GELOMBANG
MIKRO ANDA
Letakkan ketuhar di atas permukaan rata
setinggi 85 sm dari lantai. Permukaan mesti
kukuh bagi membolehkannya menampung
berat ketuhar dengan selamat.
1.
Apabila anda memasang
ketuhar anda, pastikan
ada pengalihan udara
yang mencukupi dengan
meninggalkan sekurang-kurangnya
10 sm (4 inci) ruang di belakang dan di tepi
ketuhar, manakala 20 sm (8 inci) di atasnya.
2.
Buang semua bahan pembungkusan dari
bahagian dalam ketuhar.
3.Pasang gelang roda dan pinggan putar.
Periksa bagi memastikan bahawa pinggan
putar berputar dengan bebas.
(Model jenis pinggan putar sahaja)
4.Ketuhar gelombang mikro ini harus
diletakkan di tempat yang sesuai supaya
palamnya mudah dicapai.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti
oleh pengilang, ejen perkhidmatannya atau
orang-orang yang sama berkelayakan bagi
10 sm di
belakang
20 sm
di atas
10 sm
di tepi
85 sm
dari lantai
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 6 2014-08-21 4:20:34

Bahasa Melayu - 7
01 MAKLUMAT KESELAMATAN
mengelakkan bahaya. Bagi keselamatan
diri, pasangkan kabel kepada soket AC
yang dibumikan dengan betul.
Jangan pasang ketuhar gelombang mikro
dalam persekitaran yang panas atau lembap
seperti di sebelah ketuhar tradisional
atau penyinar. Spesifikasi bekalan kuasa
ketuhar mestilah dipatuhi dan sebarang
kabel sambungan yang digunakan mestilah
menggunakan piawai yang sama dengan kabel
kuasa yang dibekalkan bersama ketuhar. Lap
bahagian dalam dan kedap pintu dengan kain
yang lembap sebelum menggunakan ketuhar
gelombang mikro anda buat pertama kali.
MEMBERSIHKAN KETUHAR
GELOMBANG MIKRO ANDA
Bahagian-bahagian ketuhar gelombang
mikro anda yang berikut harus dibersihkan
secara tetap untuk mencegah minyak dan
remah-remah makanan daripada terkumpul:
• Permukaan dalam dan luar
• Pintu dan kedap pintu
• Pinggan Putar dan gelang Roda
(Model jenis pinggang putar sahaja)
SENTIASA pastikan bahawa kedap pintu
bersih dan pintu tertutup dengan betul.
Kegagalan mengekalkan ketuhar
dalam keadaan yang bersih boleh
mengakibatkan kerosakan pada
permukaannya yang boleh memendekkan
hayat peralatan ini dan mungkin
mengakibatkan situasi yang berbahaya.
1.
Bersihkan permukaan luar dengan kain
lembut dan air suam yang bersabun. Bilas
dan keringkan.
2.Bersihkan sebarang percikan atau kotoran
pada permukaan dalam ketuhar dengan
kain bersabun. Bilas dan keringkan.
3.Untuk melonggarkan remah-remah
makanan yang telah keras dan
menghilangkan bau, letakkan secawan
jus lemon yang dicampurkan dengan air
di dalam ketuhar dan panaskan selama
sepuluh minit pada kuasa maksimum.
4.Basuh pinggan yang selamat digunakan
di dalam mesin basuh pinggan mangkuk
apabila perlu.
JANGAN tumpahkan air di dalam
bolong-bolong. JANGAN SEKALI-KALI
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 7 2014-08-21 4:20:34

Bahasa Melayu - 8
• Engsel pecah
• Kedap semakin merosot prestasinya
• Bingkai ketuhar herot atau bengkok
Hanya juruteknik servis gelombang mikro
yang berkelayakan sahaja yang boleh
melakukan pembaikan.
JANGAN SEKALI-KALI menanggalkan
bingkai luar dari ketuhar. Jika ketuhar
rosak dan perlu dibaiki atau anda berasa
ragu-ragu tentang keadaannya:
• Cabut palamnya dari soket dinding
• Hubungi pusat perkhidmatan selepas
jualan yang terdekat
Jika anda ingin menyimpan ketuhar anda
buat sementara waktu, pilihlah tempat
yang kering dan tidak berhabuk.
Sebabnya : Habuk dan keadaan yang
lembap boleh merosakkan bahagian-
bahagian yang berfungsi di dalam ketuhar.
Ketuhar gelombang mikro ini bukan untuk
kegunaan komersil.
Mentol lampunya tidak boleh digantikan
sendiri atas sebab-sebab keselamatan.
Sila hubungi pusat penjagaan pelanggan
Samsung sah yang berhampiran,
menggunakan sebarang produk yang
melelaskan atau pelarut kimia. Berhati-hati
terutamanya apabila membersihkan kedap
pintu bagi memastikan tiada serpihan yang:
• Terkumpul
• Mencegah pintu daripada tertutup
dengan betul.
Bersihkan rongga ketuhar gelombang mikro
sebaik sahaja selepas setiap kali digunakan
dengan larutan bahan cuci yang tidak begitu
kuat, tetapi biarkan ketuhar gelombang mikro
sejuk dahulu sebelum membersihkannya
untuk mengelakkan kecederaan.
Apabila membersihkan bahagian
atas di dalam rongga, lebih
mudah jika pemanas ditolak
sebanyak 45° ke bawah dan bersihkannya.
(Model pemanas berubah-ubah sahaja)
MENYIMPAN DAN MEMBAIKI KETUHAR
GELOMBANG MIKRO ANDA
Beberapa langkah berjaga-jaga yang mudah
harus diambil apabila menyimpan atau
membaiki ketuhar gelombang mikro anda.
Ketuhar tidak boleh digunakan jika pintu atau
kedap pintunya rosak:
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 8 2014-08-21 4:20:34

Bahasa Melayu - 9
01 MAKLUMAT KESELAMATAN
bagi meminta jurutera berkelayakan
menggantikan mentol tersebut.
AMARAN
Hanya kakitangan berkelayakan patut dibenarkan untuk
mengubahsuai atau memperbaiki alat.
Jangan panaskan cecair atau makanan lain dalam bekas yang
dikedap menggunakan fungsi gelombang mikro.
Untuk keselamatan anda, jangan gunakan pembersih air tekanan
tinggi atau pembersih jet wap.
Jangan pasang alat ini; berdekatan pemanas, bahan mudah
terbakar, di lokasi yang lembap, berminyak dan berhabuk, di lokasi
yang terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan air atau di
mana kebocoran gas boleh berlaku; atau tapak yang tidak rata.
Alat ini mesti dibumikan dengan betul menurut kod-kod tempatan
dan antarabangsa.
Hilangkan semua bahan-bahan asing seperti habuk atau air dari
terminal-terminal palam kuasa dan titik sentuhan menggunakan
kain kering dengan kerap.
Jangan tarik atau terlalu bengkokkan atau letakkan objek berat
atas kord kuasa.
Sekiranya berlaku kebocoran gas (seperti gas propana, gas LP,
dll), alih udara dengan segera tanpa menyentuh palam kuasa.
Jangan sentuh palam kuasa dengan tangan yang basah.
Jangan matikan alat ini dengan mencabut palam kuasa semasa ia
sedang beroperasi.
Jangan masukkan jari atau benda asing. Jika sebarang benda
asing seperti air memasuki alat ini, cabut palam kuasa dan
hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
Jangan kenakan tekanan atau hentaman berlebihan pada alat.
Jangan letakkan ketuhar ini di atas benda yang mudah pecah
seperti singki atau benda kaca.
Jangan gunakan benzena, pencair, alkohol, pembersih wap atau
pembersih tekanan tinggi untuk membersihkan alat ini.
Pastikan bahawa voltan kuasa, frekuensi dan arus adalah sama
seperti spesifikasi produk.
Pasang palam kuasa pada soket dinding dengan kukuh. Jangan
gunakan penyesuai berbilang palam, kord pemanjang atau
pengubah elektrik.
Jangan sangkutkan kord kuasa pada objek logam, masukkan
kord kuasa di antara objek atau di belakang ketuhar.
Jangan gunakan palam kuasa yang rosak, kord kuasa yang rosak
atau soket dinding yang longgar. Apabila palam kuasa atau kord
kuasa rosak, hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan
anda.
Jangan tuang atau sembur air pada ketuhar.
Jangan letakkan objek atas ketuhar, di dalam atau di pintu
ketuhar.
Jangan semburkan bahan meruap seperti ubat serangga pada
permukaan ketuhar.
Jangan simpan bahan-bahan mudah terbakar di dalam ketuhar.
Berhati-hati semasa memanaskan masakan atau minuman yang
mengandungi alkohol kerana wap alkohol boleh terkena bahagian
ketuhar yang panas.
Jauhkan kanak-kanak daripada pintu apabila membuka atau
menutupnya kerana mereka mungkin terlanggar pintu atau
tersepit jari pada pintu.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 9 2014-08-21 4:20:36

Bahasa Melayu - 10
Jangan rendam kabel kuasa atau palam kuasa di dalam air dan
jauhkan kabel kuasa dari haba.
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus dipanaskan di
dalam ketuhar gelombang mikro oleh kerana ia boleh meletup,
walaupun setelah pemanasan gelombang mikro selesai; Selain
itu, jangan panaskan botol kedap udara atau dikedap vakum,
balang, bekas, kacang dalam kulit, tomato, dll.
Jangan tutup lubang-lubang alur pengalihan udara dengan kain
atau kertas. Ia boleh terbakar semasa udara panas keluar dari
ketuhar. Ketuhar juga boleh menjadi terlalu panas dan dimatikan
secara automatik, dan akan kekal dimatikan sehingga ia telah
sejuk secukupnya.
Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar apabila mengeluarkan
bekas dari ketuhar untuk mengelakkan luka terbakar yang tidak
disengajakan.
Kacau cecair separuh masa semasa memanas atau selepas
pemanasan tamat dan biarkan cecair sekurang-sekurangnya
20 saat selepas pemanasan untuk mencegah didihan yang
membuak-buak.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila membuka
pintunya untuk mengelakkan melecur disebabkan udara atau wap
panas yang keluar.
Jangan kendalikan ketuhar gelombang mikro semasa ia kosong.
Ketuhar gelombang mikro akan dimatikan secara automatik
selama 30 minit untuk tujuan keselamatan. Kami menyarankan
meletakkan segelas air di dalam ketuhar sepanjang masa untuk
menyerap gelombang mikro jika ketuhar gelombang mikro
dihidupkan secara tidak sengaja.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan yang dinyatakan di
dalam manual ini.
(Lihat memasang ketuhar gelombang mikro anda.)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain pada
soket berhampiran ketuhar.
AMARAN: Pemanasan minuman menggunakan gelombang
mikro boleh menyebabkan pendidihan letusan lewat; oleh itu
anda harus berhati-hati apabila mengendalikan bekas; Untuk
mencegah situasi ini SENTIASA beri masa biar sekurang-
kurangnya 20 saat selepas ketuhar dimatikan supaya suhu boleh
menjadi sama rata. Kacau semasa memanaskan, jika perlu, dan
SENTIASA kacau selepas memanaskan.
Sekiranya kulit anda melecur, ikut arahan PERTOLONGAN
CEMAS berikut:
• Rendam bahagian yang melecur dalam air sejuk selama
sekurang-kurangnya 10 minit.
• Balut dengan pembalut yang bersih dan kering.
• Jangan sapu sebarang krim, minyak atau losen.
Jangan masukkan dulang atau rak ke dalam air sejurus selepas
memasak kerana ia boleh menyebabkan dulang atau rak retak
atau rosak.
Jangan kendalikan ketuhar gelombang mikro untuk menggoreng
dengan minyak yang banyak kerana suhu minyak tidak boleh
dikawal. Ini boleh menyebabkan cecair yang panas itu mendidih
berlebihan.
AWAS
Hanya gunakan perkakas yang sesuai untuk digunakan di dalam
ketuhar gelombang mikro; JANGAN gunakan sebarang bekas
logam, Pinggan mangkuk makan malam dengan kemasan emas
atau perak, Pencucuk, garpu, dll.
Tanggalkan ikatan pintal dawai dari beg kertas atau plastik.
Sebab: Pengarkaan atau pencucuhan elektrik boleh berlaku dan
boleh merosakkan ketuhar.
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro untuk mengeringkan
kertas atau kain.
Gunakan masa yang lebih singkat untuk makanan yang sedikit
bagi mengelakkan pemanasan berlebihan dan menghanguskan
makanan.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 10 2014-08-21 4:20:37

Bahasa Melayu - 11
01 MAKLUMAT KESELAMATAN
LANGKAH BERJAGA-JAGA UNTUK MENGELAKKAN
KEMUNGKINAN PENDEDAHAN PADA TENAGA GELOMBANG
MIKRO YANG MELAMPAU. (FUNGSI GELOMBANG MIKRO SAHAJA)
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh mengakibatkan pendedahan kepada
tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
(a) Dalam apa keadaan sekalipun, jangan sekali-kali cuba mengendalikan ketuhar dengan pintunya
terbuka atau mengusik saling kunci keselamatan (selak pintu) atau memasukkan sesuatu benda
ke dalam lubang saling kunci keselamatan.
(b) JANGAN letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan muka depan atau
membiarkan sisa makanan atau bahan pembersih terkumpul pada permukaan kedap. Pastikan
pintu dan permukaan kedap pintu sentiasa bersih dengan mengelapnya selepas digunakan
mula-mula dengan kain lembap dan kemudian dengan kain kering yang lembut.
(c) JANGAN kendalikan ketuhar jika ia rosak sehingga ia telah dibaiki oleh juruteknik servis
gelombang mikro yang berkelayakan yang dilatih oleh pengilang. Adalah penting sekali pintu
ketuhar ditutup dengan betul dan tiada kerosakan pada:
(1) pintu (bengkok)
(2) engsel pintu (pecah atau longgar)
(3) kedap pintu dan permukaan kedap
(d) Ketuhar tidak harus dilaras atau dibaiki oleh sesiapa pun kecuali juruteknik servis gelombang
mikro yang berkelayakan dan dilatih oleh pembuat.
Samsung akan mengenakan caj pembaikan bagi menggantikan aksesori atau memperbaiki kecacatan
kosmetik sekiranya kerosakan unit dan/atau kerosakan atau kehilangan aksesori disebabkan oleh
pelanggan. Item bagi syarat ini merangkumi termasuk:
(a) Pintu, Pemegang, Panel Luar atau Panel Kawal yang Lekuk, Calar atau Rosak.
(b) Dulang, Roda Pandu, Pengganding atau Rak Wayar yang rosak atau hilang.
• Gunakan alat ini hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti yang diterangkan di dalam
manual arahan ini. Amaran dan Arahan Keselamatan di dalam buku panduan ini tidak
merangkumi semua keadaan dan situasi yang boleh berlaku. Anda bertanggungjawab untuk
menggunakan akal, berwaspada dan berhati-hati semasa memasang, menyelenggarakan dan
mengendalikan perkakas anda.
• Oleh kerana arahan pengendalian berikut meliputi pelbagai model, ciri ketuhar gelombang
mikro anda mungkin berbeza sedikit daripada yang diterangkan di dalam manual ini dan bukan
semua tanda-tanda amaran boleh digunakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau
keprihatinan, hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda atau dapatkan bantuan
dan maklumat dalam talian di www.samsung.com.
• Ketuhar gelombang mikro ini seharusnya digunakan untuk memanaskan makanan. Ianya
bertujuan untuk kegunaan rumah domestik sahaja. Jangan panaskan apa-apa jenis tekstil atau
kusyen yang diisi dengan bijian, yang boleh menyebabkan melecur dan kebakaran. Pengilang
tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan alat
yang tidak sesuai atau tidak betul.
• Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan yang bersih boleh mengakibatkan kerosakan
pada permukaannya yang boleh memendekkan hayat alat ini dan mungkin mengakibatkan
situasi yang berbahaya.
ARAHAN PEMASANGAN & PENDAWAIAN
NOTA PENTING :
Kabel utama pada peralatan ini diberikan bersama palam teracu yang
dilengkapkan dengan fius.
Nilai fius dinyatakan pada muka pin palam dan, sekiranya perlu diganti,
fius yang diluluskan untuk BS1363 bagi penarafan yang sama hendaklah
digunakan.
Jangan sekali-kali menggunakan palam yang tidak mempunyai penutup fius
jika penutupnya boleh ditanggalkan. Jika penutup fius gantian diperlukan, ia
hendaklah daripada warna yang sama seperti muka pin palam.
Penutup gantian boleh didapati daripada Penjual anda. Jika palam yang
disediakan tidak sesuai untuk punca kuasa di rumah anda atau kabel tidak
cukup panjang untuk sampai ke punca kuasa, anda perlu mendapatkan
wayar sambungan lulus keselamatan yang sesuai atau hubungi Penjual
anda untuk bantuan. Walau bagaimanapun, jika tiada alternatif selain
memotong palamnya, keluarkan fius dan kemudian buang palam dengan
cara yang selamat. Jangan sambungkan palam pada soket utama, kerana
terdapat risiko bahaya kejutan dari kord fleksibel yang terdedah.
ARAHAN PENDAWAIAN
AMARAN ALAT INI MESTI DIBUMIKAN.
Alat ini mesti dibumikan. Sekiranya berlaku litar pintas, pembumian
mengurangkan risiko kejutan elektrik dengan menyediakan wayar lepasan
untuk arus elektrik. Alat ini dilengkapi dengan kabel utama yang termasuk
wayar bumi untuk menyambung ke terminal bumi palam utama anda.
Palam mestilah dipasang pada soket yang telah dipasang dan dibumikan
dengan betul.
Wayar dalam kabel utama ini diwarnakan mengikut kod berikut:
• Hijau dan kuning : Bumi
• Biru : Neutral
• Coklat : Hidup
Oleh kerana warna wayar dalam kabel utama alat ini mungkin tidak
mengikut tanda berwarna yang mengenal pasti terminal di dalam palam
anda, lakukan seperti berikut.
Sambungkan wayar hijau dan kuning pada terminal di dalam palam yang
ditandakan dengan huruf E atau simbol bumi ( ) atau diwarnakan hijau
atau hijau-dan-kuning.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 11 2014-08-21 4:20:37

Bahasa Melayu - 12
panduan carian cepat
Saya mahu memasak sedikit makanan.
1. Letakkan makanan itu di dalam ketuhar.
Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil: Setelah proses memasak selesai, ketuhar akan
berbunyi bip dan mengelipkan "End" (Tamat)
4 kali. Ketuhar kemudian akan berbunyi bip
sekali setiap minit.
Jika anda ingin 30 saat tambahan.
Tekan butang START/+30s (MULA/+30s) sekali atau
beberapa kali bagi setiap 30 saat yang ingin anda tambahkan.
Dengan memutar Dail Tombol, Anda boleh tetapkan masa
yang anda mahu.
Sambungkan wayar biru pada terminal yang ditandakan dengan huruf N
atau diwarnakan hitam.
Dapatkan nasihat juruelektrik atau juruteknik perkhidmatan yang
berkelayakan sekiranya anda ragu-ragu tentang mana-mana arahan ini.
Pengeluar ketuhar ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang
liabiliti bagi kerosakan kepada orang atau bahan akibat ketidakpatuhan
akan syarat-syarat ini.
Tiada bahagian yang boleh diservis pengguna di dalam ketuhar ini
dan jika kabel utama peralatan ini rosak, ia hanya boleh diganti oleh
kakitangan perkhidmatan yang berkelayakan yang diluluskan oleh
pengeluar kerana peralatan khas diperlukan.
AMARAN : Pastikan palam dan kord
kuasa tidak rosak sebelum digunakan.
Jika anda mempunyai sebarang sebab
untuk mencabut palam teracu dari
perkakas ini, serta-merta keluarkan fius
dan buang palam tersebut.
Jangan sambungkan palam pada soket
utama dalam apa-apa keadaan kerana
terdapat bahaya kejutan elektrik.
LITAR : Ketuhar gelombang mikro anda
harus dikendalikan pada litar yang
berasingan daripada peralatan lain.
Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan pemutus litar memutuskan
kuasa, fius meletup atau makanan
dimasak dengan lebih perlahan.
AMARAN
AMARAN
HIJAU DAN
KUNING
COKLAT
FIUS
13 AMP
BIRU
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 12 2014-08-21 4:20:37

Bahasa Melayu - 13
02
PANDUAN CARIAN CEPAT & CIRI-CIRI KETUHAR
PANEL KAWALAN
1. PAPARAN
2. BUTANG PENDERIA
3. BUTANG CAIR BEKU KUASA
4. BUTANG PEROLAKAN
5. BUTANG GELOMBANG MIKRO
6. BUTANG PENYAHBAUAN
7. DAIL TOMBOL
8. BUTANG BERHENTI/EKONOMI
9. BUTANG PENETAPAN JAM
10. BUTANG MASAKAN SIHAT
11. BUTANG PRUF/YOGURT
12. BUTANG GRIL
13. BUTANG KOMBI
14. BUTANG PILIH
15. BUTANG MULA/+30s
ciri-ciri ketuhar
KETUHAR
1. PEMEGANG PINTU
2. PINTU
3. LUBANG PENGALIHAN UDARA
4. ELEMEN PEMANAS
5. LAMPU
6. SELAK PINTU
7. PINGGAN PUTAR
8. PENGGANDING
9. GELANG RODA
10. LUBANG SALING KUNCI
KESELAMATAN
11. PANEL KAWALAN
7 8 9 10 116
1 2 3 4 5
7
4 12
3 11
2 10
19
5 13
6 14
8 15
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 13 2014-08-21 4:20:37

Bahasa Melayu - 14
AKSESORI
Bergantung kepada model yang telah anda beli, anda diberikan beberapa aksesori yang
boleh digunakan dengan pelbagai cara.
1. Gelang roda, perlu diletakkan di tengah-tengah ketuhar.
Tujuan: Gelang roda menyokong pinggan putar.
2. Pinggan putar, perlu diletakkan pada gelang roda dengan
bahagian tengahnya terpasang pada pengganding.
Tujuan: Pinggan putar berfungsi sebagai permukaan
memasak utama; ia boleh dikeluarkan dengan
mudah untuk dibersihkan.
3. Rak tinggi, Rak rendah, perlu diletakkan di atas pinggan
putar.
Tujuan: Rak-rak logam boleh digunakan untuk memasak
dua jenis masakan pada masa yang sama. Sebiji
pinggan kecil boleh diletakkan di atas pinggan
putar dan pinggan yang kedua di atas rak.
Rak-rak logam boleh digunakan dalam
proses memasak menggunakan gril,
perolakan dan proses memasak kombinasi.
JANGAN kendalikan ketuhar gelombang mikro tanpa gelang roda dan pinggan
putar.
penggunaan ketuhar
BAGAIMANA KETUHAR GELOMBANG MIKRO BERFUNGSI
Gelombang mikro adalah gelombang elektromagnetik berfrekuensi tinggi; tenaga yang
dikeluarkan membolehkan makanan dimasak atau dipanaskan semula tanpa mengubah
bentuk atau warna.
Anda boleh menggunakan ketuhar gelombang mikro anda untuk:
•
Mencair beku
•
Memanas semula
•
Memasak
Dasar memasak.
1. Gelombang mikro yang dijana magnetron dipantulkan pada
rongga ketuhar dan diagihkan dengan seragam sementara
makanan berputar di atas pinggan putar. Dengan itu,
makanan dimasak sama rata.
2. Gelombang mikro diserap makanan sehingga kira-kira
sedalam 1 inci (2,5 cm). Proses memasak berterusan
apabila haba dilesapkan di dalam makanan.
3. Masa memasak berbeza-beza mengikut bekas yang
digunakan dan sifat-sifat makanan:
•
Kuantiti dan ketumpatan
•
Kandungan air
•
Suhu awal (disejukkan atau tidak)
Oleh kerana bahagian tengah makanan dimasak melalui pelesapan haba, proses
memasak masih berterusan walaupun anda sudah mengeluarkan makanan dari
ketuhar. Masa biar yang ditentukan dalam resipi dan dalam buku panduan ini
hendaklah dipatuhi bagi memastikan:
•
Pemasakan makanan yang rata hingga ke bahagian tengah.
•
Suhu yang sama pada seluruh makanan.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 14 2014-08-21 4:20:38

Bahasa Melayu - 15
03 PENGGUNAAN KETUHAR
MEMERIKSA BAGI MEMASTIKAN KETUHAR ANDA
BEROPERASI DENGAN BETUL
Prosedur mudah yang berikut membolehkan anda memeriksa bagi memastikan ketuhar
anda sentiasa berfungsi dengan betul. Jika anda ragu-ragu, rujuk bahagian yang bertajuk
"Penyelesaian Masalah" di halaman 37.
Palam ketuhar mestilah dipasang pada soket dinding yang sesuai. Pinggan putar
mestilah berada di kedudukannya di dalam ketuhar. Jika aras kuasa yang lain
daripada aras maksimum (100 % - 900 W) digunakan, air akan mengambil masa
lebih lama untuk mendidih.
Buka pintu ketuhar dengan menarik pemegang di sebelah kanan pintu.
Letakkan segelas air di atas pinggan putar. Tutup pintu ketuhar.
Tekan butang START/+30s (MULA/+30s) dan laraskan masa
ke 4 atau 5 minit, dengan menekan butang START/+30s
(MULA/+30s) seberapa banyak kali yang perlu.
Hasil: Ketuhar akan memanaskan air selama
4 atau 5 minit.
Air itu kemudiannya akan mula mendidih.
MENETAPKAN MASA
Apabila ada bekalan elektrik, "88:88" dan kemudian "12:00" dipaparkan secara
automatik pada paparan.
Sila tetapkan masa. Masa boleh dipaparkan sama ada dalam notasi 24 jam atau 12 jam.
Anda mestilah menetapkan jam:
• Apabila anda mula-mula memasang ketuhar gelombang mikro anda
• Selepas bekalan elektrik terputus
Jangan lupa untuk menetap semula jam apabila anda beralih dari waktu musim
panas kepada waktu musim sejuk dan sebaliknya.
1. Tekan butang Jam.
2. Putar Dail Tombol untuk menetapkan jenis paparan masa.
(12H atau 24H)
3. Tekan butang Select (Pilih) untuk melengkapkan
persediaan.
4. Putar Tombol Dail untuk menetapkan jam.
5. Tekan butang Select (Pilih).
6. Putar Tombol Dail untuk menetapkan minit.
7. Apabila masa yang betul dipaparkan, tekan butang
Select (Pilih) untuk memulakan jam.
Hasil: Masa dipaparkan apabila anda tidak
menggunakan ketuhar gelombang mikro.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 15 2014-08-21 4:20:38

Bahasa Melayu - 16
MEMASAK/MEMANAS SEMULA
Prosedur berikut menerangkan cara memasak atau memanaskan semula makanan.
SENTIASA periksa tetapan memasak anda sebelum meninggalkan ketuhar tanpa
dijaga.
Buka pintu. Letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar. Tutup pintu ketuhar.
Jangan sekali-kali hidupkan ketuhar gelombang mikro semasa ia kosong.
1. Tekan butang Microwave (Gelombang Mikro).
Hasil: Penunjuk-penunjuk yang berikut dipaparkan:
(mod gelombang mikro)
2. Putar Dail Tombol sehingga aras kuasa yang sesuai
terpapar.
Pada masa itu, tekan butang Select (Pilih) untuk
menetapkan aras kuasa.
•
Jika anda tidak menetapkan tahap kuasa dalam 5 saat,
ia akan bertukar kepada peringkat penetapan masa
memasak secara automatik.
3. Pilih
masa memasak
dengan memutar Dail Tombol.
Hasil: Masa memasak dipaparkan.
4. Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil: Lampu ketuhar menyala dan pinggan putar mula
berputar. Proses memasak bermula dan apabila
ia selesai.
•
Ketuhar berbunyi bip dan mengelipkan
"End" (Tamat) sebanyak 4 kali.
Ketuhar kemudian akan berbunyi bip sekali
setiap minit.
ARAS KUASA DAN VARIASI MASA
Fungsi aras kuasa membolehkan anda menyesuaikan jumlah tenaga yang dilesapkan
dan dengan itu masa yang diperlukan untuk memasak atau memanaskan makanan
anda, menurut jenis dan kuantitinya. Anda boleh memilih antara enam tahap kuasa.
Aras kuasa Peratusan Output
TINGGI 100 % 900W
TINGGI SEDERHANA 67 % 600W
SEDERHANA 50 % 450W
RENDAH SEDERHANA 33 % 300W
MENCAIR BEKU 20 % 180W
RENDAH 11 % 100W
Masa memasak yang diberikan dalam resipi dan di dalam buku panduan ini adalah
sepadan dengan aras kuasa tertentu yang ditunjukkan.
Jika anda memilih... Masa memasaknya mestilah...
Aras kuasa lebih tinggi
Aras kuasa lebih rendah
Dikurangkan
Ditambah
MELARASKAN MASA MEMASAK
Anda boleh menambah masa memasak dengan menekan butang START/+30s
(MULA/+30s) sekali untuk setiap 30 saat yang hendak ditambahkan.
•
Periksa bagaimana perkembangan proses memasak pada bila-bila masa dengan
hanya membuka pintu ketuhar.
•
Menambah masa memasak yang tinggal.
Untuk menambah masa memasak makanan anda, tekan
butang START/+30s (MULA/+30s) sekali setiap 30 saat yang
ingin anda tambahkan.
•
Contoh: Untuk menambah tiga minit, tekan butang
START/+30s (MULA/+30s) enam kali.
Hanya putar Dail Tombol untuk melaraskan masa memasak.
•
Bagi menambah masa memasak, putar ke kanan dan bagi
mengurangkan masa memasak, putar ke kiri.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 16 2014-08-21 4:20:39

Bahasa Melayu - 17
03 PENGGUNAAN KETUHAR
MEMBERHENTIKAN PROSES MEMASAK
Anda boleh memberhentikan proses memasak pada bila-bila masa supaya anda boleh:
•
Memeriksa makanan
•
Membalikkan makanan atau mengacaunya
•
Membiarkan ia
Untuk memberhentikan
proses memasak...
Kemudian...
Buat sementara waktu Buat sementara waktu : Buka pintu atau tekan butang
STOP/ECO (BERHENTI/EKO) sekali.
Hasil: Proses memasak berhenti.
Untuk meneruskan proses memasak, tutup pintu
ketuhar sekali lagi dan tekan butang START/+30s
(MULA/+30s).
Sepenuhnya Sepenuhnya : Tekan butang STOP/ECO
(BERHENTI/EKO) sekali.
Hasil: Proses memasak berhenti.
Jika anda mahu membatalkan seting memasak, tekan
butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO) sekali lagi.
MENETAPKAN MOD PENJIMATAN TENAGA
Ketuhar ini mempunyai mod penjimatan tenaga.
•
Tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO).
Hasil: Paparan dipadamkan.
•
Untuk menghentikan mod jimat tenaga, buka pintu
atau tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO) dan
kemudian paparan menunjukkan waktu semasa.
Ketuhar sedia untuk digunakan.
Fungsi jimat tenaga auto
Jika anda tidak memilih mana-mana fungsi ketika alat berada di tengah-tengah
tetapan atau beroperasi dengan keadaan berhenti sementara waktu, fungsi
dibatalkan dan jam akan dipaparkan selepas 25 minit.
Lampu ketuhar akan dimatikan selepas 5 minit dengan keadaan pintu terbuka.
MENGGUNAKAN CIRI SENSOR MASAKAN
8 ciri Masak Penderia menyertakan/menyediakan masa-masa memasak yang telah
dipraprogramkan.
Anda tidak perlu melaras masa memasak atau aras kuasa.
Anda boleh melaras kategori Masakan Penderia dengan memutarkan Dail Tombol.
Mula-mula, letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar dan tutup pintu ketuhar.
Gunakan hanya bekas yang selamat digunakan dengan gelombang mikro.
1. Tekan butang Sensor (Penderia).
2. Pilih jenis makanan yang ingin anda masak dengan memutar
Dail Tombol. Rujuk kepada jadual di halaman yang berikut
bagi perihalan pelbagai seting yang telah dipraprogramkan.
3. Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil: Proses memasak bermula. Apabila ia selesai:
1) Ketuhar berbunyi bip 4 kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan berbunyi bip
3 kali (sekali setiap minit).
3) Masa semasa dipaparkan semula.
Gunakan hanya bekas yang selamat digunakan dengan gelombang mikro.
Jika suhu di dalam melebihi 60 °C, kipas penyejuk akan beroperasi selama 3 minit.
Anda tidak boleh menggunakan butang Sensor (Penderia) buat sementara waktu
sehingga ketuhar menyejuk ke suhu yang diingini untuk mod selamat sensor.
Jadual berikut menunjukkan 8 program Masak Penderia. Ia mengandungi julat berat
yang dicadangkan bagi setiap item selepas memasak dan arahan-arahan yang sesuai.
Pada permulaan program paparan menunjukkan tempoh sensor. Selepas tempoh ini
masa memasak dan aras kuasa dikira secara automatik dan baki masa memasak akan
dipaparkan. Proses memasak dikawal oleh sistem sensor untuk kemudahan anda.
Gunakan sarung tangan ketuhar semasa mengeluarkan!
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 17 2014-08-21 4:20:39

Bahasa Melayu - 18
Kod/
Makanan
Saiz
Hidangan Arahan
6
Merebus
Pasta
100-300 g Gunakan bekas kaca ketuhar yang besar dengan penutup.
Tambahkan air mendidih 4 kali ganda, sedikit garam dan
kacau rata. Masak tanpa ditutup. Kacau sebelum masa biar
dan tuskan betul-betul selepas itu. Biarkan selama 1-3 minit.
7
Ravioli
Kecil
200-400 g Letakkan ravioli mini ke dalam pinggan seramik yang dalam.
Letakkan pinggan di tengah-tengah pinggan putar. Tutup
dengan penutup plastik. Biarkan selama 2-3 minit.
8
Kepingan
Ayam
200-500 g Sapukan kepingan ayam sejuk dengan minyak dan rempah.
Letakkan bahagian kulit di bawah di atas rak rendah.
Balikkan, sebaik sahaja ketuhar berbunyi bip. Tekan butang
mula untuk teruskan proses. Biarkan selama 2-3 minit.
Arahan masakan sensor automatik
Sensor Automatik membolehkan anda memasak makanan anda secara automatik
dengan mengesan jumlah gas yang dijana oleh makanan semasa memasak.
•
Apabila memasak makanan, banyak jenis gas yang terjana.
Sensor Auto menentukan masa dan aras kuasa yang betul dengan mengesan gas
ini dari makanan, jadi ia menyingkirkan keperluan untuk menetapkan masa memasak
dan aras kuasa.
•
Apabila anda menutup bekas dengan penutupnya atau pembalut plastik semasa
proses Memasak Penderia, Auto Penderia akan mengesan gas yang terjana selepas
bekas ditepu dengan wap.
•
Sejurus selepas proses memasak tamat, masa memasak yang tinggal akan
memulakan kiraannya Ini merupakan masa yang baik bagi anda untuk memusingkan
atau mengacau makanan untuk pemasakan yang rata jika perlu.
•
Sebelum auto penderia masak, makanan boleh diperisakan dengan herba,
rempah atau sos pemerang. Sila ambil perhatian bahawa garam atau gula boleh
menyebabkan titik terbakar pada makanan jadi bahan ini harus ditambahkan selepas
memasak.
Kod/
Makanan
Saiz
Hidangan Arahan
1
Minuman
150-250 g Tuangkan cecair (suhu bilik) ke dalam cawan atau koleh
seramik. Panaskan tanpa ditutup. Letakkan di tengah-
tengah pinggan putar. Biarkan ia di dalam ketuhar. Kacau
minuman sebelum dan selepas masa biar. Berhati-hati
semasa mengeluarkan cawan (lihat arahan keselamatan
untuk cecair). Biarkan selama 1-2 minit.
2
Brokoli
Floret
200-500 g
Bilas dan bersihkan sayuran segar, seperti brokoli dan
sediakan floret. Letakkan ia dengan rata di dalam mangkuk
kaca yang bertutup. Tambahkan 30-45 ml air (2-3 sudu besar).
Letakkan mangkuk di tengah-tengah pinggan putar. Masak
bertutup. Kacau selepas memasak. Program ini sesuai untuk
brokoli serta courgette, terung, labu atau lada benggala yang
dihiris. Biarkan selama 1-2 minit.
3
Lobak
Merah yang
Dihiris
200-500 g Bilas dan bersihkan sayuran segar seperti lobak merah
dan hiris bentuk bulat dengan sama. Letakkan ia di dalam
mangkuk kaca yang bertutup.
Tambahkan 30-45 ml air (2-3 sudu besar).
Letakkan mangkuk di tengah-tengah pinggan putar. Masak
bertutup. Kacau selepas memasak. Program ini sesuai untuk
lobak merah dihiris dan juga floret bunga kubis atau kubis
lobak putih. Biarkan selama 1-2 minit.
4
Floret
Kubis
Bunga
200-500 g
Bilas dan bersihkan sayuran segar, seperti kubis bunga dan
sediakan floret. Letakkan ia dengan rata di dalam mangkuk
kaca yang bertutup. Tambahkan 30-45 ml air (2-3 sudu besar).
Letakkan mangkuk di tengah-tengah pinggan putar. Masak
bertutup. Kacau selepas memasak. Program ini sesuai untuk
brokoli serta courgette, terung, labu atau lada benggala yang
dihiris. Biarkan selama 1-2 minit.
5
Kentang
Jaket
200-800 g Bilas dan bersihkan kentang, setiap 200 g. Sapukan minyak
zaitun dan cucuk kulitnya dengan pisau. Letakkan dalam
satu bulatan di atas pinggan putar. Biarkan selama 2-3 minit.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 18 2014-08-21 4:20:39

Bahasa Melayu - 19
03 PENGGUNAAN KETUHAR
Perkakas & Penutup bagi masakan sensor
•
Untuk mendapatkan hasil memasak yang baik dengan fungsi ini, ikut arahan bagi
memilih bekas dan penutup yang sesuai dalam carta dalam buku ini.
•
Sentiasa gunakan bekas selamat gelombang mikro dan tutupnya menggunakan
penutupnya atau pembalut plastik. Apabila menggunakan pembalut plastik, lipat ke
belakang satu sudut bagi membolehkan wap keluar pada kadar yang betul.
•
Sentiasa tutup dengan penutup khas bagi perkakas yang sedang digunakan. Jika
perkakas tidak mempunyai penutupnya sendiri, gunakan pembalut plastik.
•
Isi bekas sekurang-kurangnya separuh penuh.
•
Makanan yang perlu dikacau atau dipusingkan harus dikacau atau dipusingkan di
penghujung kitaran proses Penderia Masak, selepas masa memulakan kiraan pada
paparan.
Penting
•
Selepas memasang ketuhar dan memasang palam ke alur keluar elektrik, jangan
cabut palam kord kuasa. Penderia gas memerlukan masa untuk menjadi stabil
supaya ia berfungsi sebaiknya.
•
Anda tidak disyorkan menggunakan ciri memasak auto penderia semasa operasi
memasak berterusan, misalnya operasi memasak diikuti segera dengan satu lagi.
•
Pasang ketuhar di tempat yang mempunyai pengalihudaraan yang baik bagi
penyejukan dan aliran udara yang betul dan bagi memastikan penderia beroperasi
dengan tepat.
•
Untuk mengelakkan hasil yang kurang baik, jangan gunakan Auto penderia apabila
suhu persekitaran bilik terlalu tinggi atau terlalu rendah.
•
Jangan gunakan sabun pencuci yang meruap untuk membersihkan ketuhar anda.
Gas yang terhasil daripada sabun pencuci ini boleh menjejaskan penderia.
•
Elakkan daripada meletakkan ketuhar berdekatan dengan alat-alat lembapan tinggi
atau yang mengeluarkan gas, kerana ini akan mengganggu prestasi Auto Penderia
yang betul.
•
Sentiasa pastikan bahagian dalam ketuhar bersih. Lap semua tumpahan dengan kain
lembap. Ketuhar ini direka khas bagi kegunaan di rumah sahaja.
MENGGUNAKAN CIRI-CIRI MEMASAK YANG MENYIHATKAN
15 ciri memasak Masakan Sihat menyertakan/menyediakan masa memasak yang telah
dipraprogramkan.
Anda tidak perlu melaras masa memasak atau tahap kuasa.
Anda boleh melaraskan saiz hidangan dengan memutar Dail Tombol.
Gunakan hanya bekas yang selamat digunakan dengan gelombang mikro.
Buka pintu. Letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar. Tutup pintu ketuhar.
1. Tekan butang Healthy Cooking (Masakan Sihat).
2. Pilih kategori makanan dengan memutar Dail Tombol dan
tekan butang Select (Pilih).
1) Bijirin/Pasta
2) Sayur-sayuran
3) Ayam/Itik/Ikan
3. Pilih jenis makanan yang ingin anda masak dengan memutar
Dail Tombol.
Rujuk kepada jadual di halaman yang berikut bagi perihalan
pelbagai tetapan yang telah dipraprogramkan.
Pada waktu itu, tekan butang Select (Pilih) untuk memilih
jenis makanan.
4. Pilih saiz hidangan dengan memutar Dail Tombol.
5. Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil: Makanan dimasak menurut seting praprogram
yang dipilih.
•
Setelah proses memasak selesai, ketuhar
akan berbunyi bip dan mengelipkan "End"
(Tamat) 4 kali. Ketuhar kemudian akan
berbunyi bip sekali setiap minit.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 19 2014-08-21 4:20:39

Bahasa Melayu - 20
Jadual berikut menunjukkan kuantiti dan arahan yang sesuai tentang 15 program
Masakan Sihat. Ini terdiri daripada Bijian/Pasta (1), Sayur (2) dan Ayam Itik/Ikan (3).
Gunakan sarung tangan ketuhar semasa mengeluarkan makanan.
1. Bijian/Pasta
Kod/Makanan Saiz Hidangan Arahan
1-1
Beras Ceruh
150-200 g
200-250 g
Gunakan bekas kaca ketuhar yang besar dengan
penutup. Tambahkan kuantiti berganda air sejuk.
Masak bertutup.
Kacau sebelum masa biar dan tambahkan garam
dan herba. Biarkan selama 5-10 minit.
1-2
Kuinoa
150-200 g
200-250 g
Gunakan bekas kaca ketuhar yang besar dengan
penutup. Tambahkan kuantiti berganda air sejuk.
Masak bertutup. Kacau sebelum masa biar dan
tambahkan garam dan herba. Biarkan selama
1-3 minit.
1-3
Makaroni
100-150 g
200-250 g
Gunakan bekas kaca ketuhar yang besar dengan
penutup. Tambahkan air mendidih 4 kali ganda,
sedikit garam dan kacau rata. Masak tanpa
ditutup. Kacau sebelum masa biar dan tuskan
betul-betul selepas itu. Biarkan selama 1-3 minit.
2. Sayur-sayuran
Kod/Makanan Saiz Hidangan Arahan
2-1
Kacang Hijau
200-250 g
300-350 g
Bilas dan bersihkan kacang hijau. Letakkan
ia dengan rata di dalam mangkuk kaca yang
bertutup. Tambahkan 30 ml (2 sudu besar)
air apabila memasak untuk 200-250 g, dan
tambahkan 45 ml (3 sudu besar) untuk
300-450 g. Letakkan mangkuk di tengah-tengah
pinggan putar. Masak bertutup. Kacau selepas
memasak. Biarkan selama 1-2 minit.
2-2
Bayam
100-150 g
200-250 g
Cuci dan bersihkan bayam. Letakkan di dalam
mangkuk kaca yang bertutup. Jangan tambahkan
air. Letakkan mangkuk di tengah-tengah pinggan
putar. Masak bertutup. Kacau selepas memasak.
Biarkan selama 1-2 minit.
2-3
Kentang yang
Dikupas
300-350 g
400-450 g
500-550 g
Basuh dan kupas kentang, potong dua dan
masukkan ke dalam mangkuk kaca berpenutup.
Tambah 15-30 ml air (1-2 sudu besar). Kacau
selepas memasak. Apabila memasak kuantiti yang
lebih banyak kacau sekali semasa memasak.
Biarkan selama 3-5 minit.
2-4
Gratin Kentang
400-450 g
800-850 g
Letakkan gratin kentang segar ke dalam pinggan
pyrex kaca. Letakkan bekas di atas rak rendah.
Biarkan selama 2-3 minit.
2-5
Terung Gril
100-150 g
200-250 g
Bilas dan hiris terung. Sapukan minyak dan
rempah. Susun hirisan sama rata di atas rak
tinggi. Balikkan selepas bunyi bip kedengaran.
Tekan mula untuk meneruskan (Ketuhar akan
terus beroperasi jika anda tidak membalikkannya).
Biarkan selama 1-2 minit.
2-6
Tomato Gril
400-450 g
600-650 g
Bilas dan bersihkan tomato. Potong dua dan
letakkan di dalam bekas ketuhar. Tambahkan
keju parut di atasnya. Letakkan bekas di atas rak
tinggi. Biarkan selama 1-2 minit.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 20 2014-08-21 4:20:39
Table of contents
Languages:
Other Samsung Microwave Oven manuals

Samsung
Samsung FW77S Manual

Samsung
Samsung GE89AST Service manual

Samsung
Samsung CM1099 Manual

Samsung
Samsung SMH8165 User manual

Samsung
Samsung ME83M-B3 User manual

Samsung
Samsung M1732 User manual

Samsung
Samsung MC35J8085 series User manual

Samsung
Samsung ME6104W User manual

Samsung
Samsung CE137XAT Manual

Samsung
Samsung MS9796 User manual

Samsung
Samsung ME9114GST1 Manual

Samsung
Samsung MW731 User manual

Samsung
Samsung M1974N User manual

Samsung
Samsung MW86N-S User manual

Samsung
Samsung CM1029B User manual

Samsung
Samsung G2711N User manual

Samsung
Samsung CM1329 Service manual

Samsung
Samsung ME73A User manual

Samsung
Samsung DE68-01953A User manual

Samsung
Samsung GW731KD Service manual