
13 14
Maklumat Langkah-langkah Keselamatan
!
Maklumat-maklumat Keselamatan dan Peringatan
Pemasangan
1. Buka peralatan dan periksa jika ada kerosakan. Jangan sambungkan hidupkan peralatan sekiranya ia rosak. Jika
ada kerosakan, segera membuat aduan di tempat anda beli. Dalam masa yang sama, simpan bungkusan.
2. Peralatan ini mesti diletakkan pada permukaan lantai bawah dan wayar bawah tidak boleh disambungkan bersama
paip gas atau paip pemanas lain.
3. Sebaiknya tunggu sekurang-kurangnya 4 jam sebelum menghidupkan peralatan bagi melancarkan minyak supaya
mengalir kembali ke kompresor.
4. Semasa mengangkat dan memasang peralatan, pastikan tiada komponen litar penyejuk yang rosak.
Perhatian
Sila baca manual arahan ini dengan teliti sebelum menggunakan produk, dan simpan buku ini untuk rujukan semula.
1. Sentiasa menggunakan peralatan dari sumber kuasa dengan voltan, frekuensi dan taraf yang sama seperti yang
ditunjukkan pada tanda penilaian peralatan.
2. Peralatan ini hanya untuk kegunaan di dalam rumah sahaja. Jangan gunakan di luar rumah. Jangan gunakan
peralatan ini bagi tujuan lain.
3.Peralatan ini bukan untuk digunakan oleh orang kurang upaya (termasuk kanak-kanak) fizikal, deria atau kemampuan
mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka dikawalselia atau mendapat tunjuk ajar yang
sewajarnya berkaitan penggunaan peralatan ini oleh orang yang bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka.
Kanak-kanak perlu dikawalselia bagi memastikan mereka tidak bermain dengan peralatan ini.
4. PERINGATAN! Pastikan tiada halangan pada bukaan pengudaraan di dalam atau di luar struktur peralatan.
5. PERINGATAN! Jangan gunakan alatan mekanikal atau alatan lain untuk mempercepatkan proses pencairan, selain
yang disarankan oleh pengilang.
6. PERINGATAN! Jangan rosakkan litar penyejuk.
7. PERINGATAN! Jangan gunakan peralatan elektrik lain (seperti pembuat aiskrim) di dalam ruangan simpan makanan,
melainkan jenis peralatan yang disarankan oleh pengilang.
8. PERINGATAN! Sebarang komponen elektrik (plag, kuasa, pemampat dan lain-lain) perlu diganti oleh wakil servis
atau servis-servis yang berkelayakan.
9. PERINGATAN! Jika kod kuasa telah rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, wakil servis atau orang yang
berkelayakan untuk mengelakkan sebarang bahaya.
10. PERINGATAN! Pastikan kabel bekalan tidak tersepit atau rosak semasa meletakkan peralatan.
11. PERINGATAN! Jangan gunakan soket pelbagai guna atau sumber kuasa mudah alih pada belakang peralatan.
12. PERINGATAN! Risiko kebakaran / bahan mudah terbakar.
13. Jangan simpan bahan mudah meletup dalam peralatan ini seperti tin aerosol dan semburan mudah terbakar.
14. Jangan simpan botol atau tin minuman (terutamanya minuman berkabonat) di dalam ruangan sejuk beku.
15. Penyejuk isobutana (R600a) terletak bersama dalam litar penyejuk peralatan, merupakan gas asli dengan tahap
kesesuaian persekitaran yang tinggi, tetapi tetap mudah terbakar.
16. Mengubah spesifikasi atau mengubah produk ini dengan cara lain adalah berbahaya. Sebarang kerosakan pada kod
boleh menyebabkan litar pintas, terbakar atau kejutan elektrik.
17. Peralatan ini perlu diletakkan di tempat kering yang sejuk di mana tiada percikan air atau kelembapan tinggi.
Peralatan ini tidak boleh digunakan berdekatan air, seperti tab mandi, sinki, kolam renang dan lain-lain.
18. Sentiasa matikan suis dan tanggalkan plag dari soket apabila tidak digunakan dan sebelum membersihkan.
19. Semasa peralatan beroperasi, kondensor dan kompresor akan panas.
20. Jangan keluarkan atau sentuh barangan dari peti ais semasa tangan anda lembap / basah, kerana boleh
menyebabkan kulit melecet atau membeku / luka akibat sejuk.
21. Peralatan ini akan menghasilkan sejuk beku di ruangan penyejuk beku sekiranya persekitaran berkelembapan tinggi
atau pintu peralatan selalu dibuka.
Maklumat Langkah-langkah Keselamatan
!
5. Elakkan dari tempat api yang terbuka dan sumber nyalaan api. Peralatan tidak boleh diletakkan pada radiator
atau periuk pemasak.
6. Pastikan pengudaraan yang baik pada ruang peralatan ditempatkan. Peralatan memerlukan peredaran udara
yang mencukupi pada bahagian sekeliling.
7. Jangan letakkan peralatan ini atau produk lain pada dinding supaya tidak bersentuhan atau terkena bahagian
pana (kompresor, kondensor) untuk mengelakkan dari terbakar. Pastikan terdapat 10 cm ruang kosong pada
bahagian belakang, sisi kiri/ kanan, dan atas produk. Pastikan plag utama boleh dicapai selepas pemasangan.
Servis
Sebarang kerja elektrik yang memerlukan servis peralatan mesti dilakukan oleh juruelektrik yang berkelayakan atau
orang yang pakar. Produk ini mesti diservis oleh pusat servis yang sah dan menggunakan alat ganti yang asli sahaja.
Pembuangan
Sekiranya anda membuang peralatan, tanggalkan plag dari soket, potong kabel sambungan (sehingga rapat dengan
peralatan) dan tanggalkan pintu bagi mengelakkan kanak-kanak bermain dan terkena kejutan elektrik atau terkunci
dari dalam.
Simbol pada produk atau bungkusan ini menunjukkan bahawa produk tidak boleh dibuang sebagai sampah dari
rumah. Sebaliknya, ia harus dibawa ke tempat pembuangan peralatan elektrik dan elektronik yang sesuai untuk
dikitar semula. Bagi memastikan produk ini dibuang dengan betul, anda akan membantu mencegah kesan negatif
terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia, yang mungkin disebabkan oleh pengendalian sisa produk yang tidak
sesuai. Untuk maklumat lebih terperinci mengenai kitar semula produk ini, sila hubungi majlis bandaraya anda,
perkhidmatan pembuangan sampah perumahan anda atau kedai di mana anda membeli produk tersebut.
Pembersihan & Penyelenggaraan
Untuk menjaga kebersihan, bahagian dalam peralatan dan aksesori dalaman perlu dibersihkan selalu.
1. Sentiasa matikan peralatan dan tanggalkan plag utama dari soket utama sebelum menyelenggara atau membersihkan
peralatan.
2. Balut makanan dan simpan di tempat yang sejuk.
3. Jangan gunakan bahan kimia, pencuci keluli, kayu atau cecair yang menghakis untuk membersihkan peralatan.
4. Jangan bersihkan alat dengan objek logam.
5. Jangan gunakan objek tajam untuk menanggalkan ketulan beku atau ais dari peralatan. Gunakan pengikis plastik.
6. Minyak dari tumbuhan dan pelarut organik boleh menghakis bahagian plastik, sebagai contoh, jus lemon atau jus
dari kulit oren, asid butirik, pembersih yang mengandungi asid asetik. Jangan biarkan bahan tersebut menyentuh
bahagian peralatan.
7. Jangan membersihkan peralatan dengan pembersih wap. Kelembapan boleh terkumpul dalam komponen elektrik,
bahaya dari kejutan elektrik! Wap panas menyebabkan kerosakan bahagian plastik.
8. Bersihkan peralatan dan aksesori dalaman dengan kain dan air suam.
9. Gunakan air suam untuk membersihkan kesan minyak dan sisa melekat pada getah penghadang untuk menjaga
keanjalannya.
10. Setelah membersihkan, lap alatan sehingga kering. Perkakas mesti kering sebelum dipasang semula.
11. Sentiasa periksa saluran pembuangan air di dalam peti sejuk. Sekiranya saluran air tersumbat, air akan terkumpul
di bahagian bawah peralatan.