Noxxa LSR822 User manual

1
Periuk Nasi Rendah Gula
Model no. LSR822
Buku Panduan

2

3
KANDUNGAN
TINDAKAN KESELAMATAN PENTING 4
SEBELUM PENGGUNAAN KALI PERTAMA 5
BAHAGIAN & AKSESORI 6
PANEL KAWALAN 7
FUNGSI & PROGRAM 8
BAGAIMANA UNTUK BEROPERASI 9
• Nasi Putih Rendah Gula & Nasi Multigrain Rendah Gula 9
• Nasi 11
• Sup 12
• Bubur 12
• Mensteril 13
• Tumis 13
• Yogurt 14
• Slow Cook 14
• Kukus 15
• Kekal Hangat 16
• Preset 16
PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN 17
PENYELESAIAN MASALAH 18
SPESIFIKASI PRODUK 19

4
Ketika menggunakan produk ini, langkah-langkah keselamatan yang harus dipatuhi adalah seperti
berikut:
1. Sila baca SELURUH BUKU PANDUAN sebelum menggunakan produk ini.
2. Pastikan kord kuasa dipasang dengan betul pada unit.
3. Pastikan plag dimasukkan dengan betul pada socket dinding. Jangan berkongsi soket yang
sama dengan peralatan elektrik lain.
4. Sambungan yang longgar antara soket dan kord kuasa akan mengakibatkan kebakaran.
5. Jauhi periuk daripada kanak-kanak dan bayi, dan arahkan kanak-kanak supaya tidak bermain
dengan produk ini.
6. Jangan gunakan periuk di atas meja atau meja yang tidak stabil atau tidak tahan panas.
7. Jangan gunakan periuk berhampiran dinding atau perabot. Wap panas dan haba dari
saluran keluar wap mungkin akan merosakkannya. Jauhikannya dari sebarang dinding atau
perabot pada jarak sekurang-kurangnya 30cm. Sentiasa simpan di tempat yang kering
dengan pengudaraan yang baik.
8. Jangan masukkan sebarang jarum atau benda tajam ke dalam saluran keluar wap atau celah
unit. Ini mungkin akan menyebabkan kejutan elektrik. Bersihkan penutup dengan kerap.
Pastikan bunyi klik yang jelas kedengaran setiap kali anda menutup penutup.
9. Jangan letakkan sebarang benda ke dalam periuk selain daripada periuk dalaman.
10. Hanya penapis seramik dan periuk dalaman keluli tahan karat yang disertakan dengan
produk ini boleh digunakan. Jangan gunakan sebarang periuk atau bekas memasak selain
daripada yang disediakan bersama unit.
11. Sentiasa gunakan periuk dalaman yang disediakan untuk memasak dan jangan beroperasi
sehingga periuk dalaman berada di dalam unit.
12. Jangan letakkan periuk dalaman di atas dapur gas atau di atas alat memasak lain untuk
dipanaskan. Ia boleh menyebabkan kerosakan.
13. Semasa beroperasi, jangan alihkan produk atau keluarkan periuk dalaman. Jangan buka
penutup semasa memasak. Ini mungkin akan mengakibatkan tumpahan dan melecur.
14. Apabila menggunakan produk ini, wap panas akan keluar dari saluran keluar wap. Jauhi
saluran keluar wap untuk mengelakkan daripada melecur.
15. Jangan tutup saluran keluar wap yang panas semasa mengendalikan produk. Jika tidak, ia
akan merosakkan unit.
16. Jangan gunakan unit di tempat yang bersuhu tinggi, kelembapan tinggi atau kawasan
beraltitud tinggi.
17. Jangan basuh beras di dalam periuk dalaman. Cadangkan supaya basuh beras di dalam
bekas lain dan kemudian masukkannya ke dalam periuk dalaman.
18. Kendalikan penapis seramik dengan berhati-hati pada setiap masa.
19. Jika terdapat sebarang kerosakan pada periuk dalaman atau penapis seramik, jangan
gunakannya lagi. Sila hubungi bahagian perkhidmatan selepas jualan untuk membeli periuk
dalaman yang baharu.
TINDAKAN KESELAMATAN PENTING

5
20. Sentiasa perhatikan dan periksa permukaan plat pemanas dan dasar periuk dalaman,
pastikan tiada sisa makanan. Pastikan kedua-dua permukaan adalah bersih dan rata.
21. Jangan melebihi kapasiti memasak maksimum ketika memasak. Ia boleh menjejaskan
prestasi memasak, nasi melimpah atau unit tidak berfungsi.
22. Pastikan anda mencabut plag sebelum membersihkan unit.
23. Biarkan unit sejuk sebelum dibersihkan.
24. Gunakan kain lembap untuk membersihkan bahagian luar periuk. Jangan sekali-kali letakkan
unit di bawah air paip yang mengalir atau rendam unit di dalam air.
25. Tudung dalaman keluli tahan karat boleh ditanggalkan untuk dibersihkan setiap kali selepas
digunakan.
26. Cabut plag unit jika tidak digunakan. Simpan di tempat yang bersih dan kering sahaja.
27. Hentikan penggunaan jika kord kuasa rosak atau haus. Sila hubungi bahagian perkhidmatan
selepas jualan untuk penggantian.
28. Jika periuk tidak berfungsi seperti yang sepatutnya, telah terjatuh atau rosak, ditinggalkan
di luar rumah di bawah keadaan cuaca yang melampau atau terjatuh ke dalam air, jangan
gunakannya dan hantar ke bahagian perkhidmatan selepas jualan untuk servis atau
pembaikan.
29. Jika terdapat sebarang kod ralat pada skrin, matikan suis dan cabut plag terlebih dahulu.
Sila rujuk kepada jadual penyelesaian masalah pada muka surat 18 sebelum menghubungi
bahagian perkhidmatan selepas jualan untuk servis dan pembaikan. Jangan cuba melakukan
sebarang penyelenggaraan sendiri.
30. Periuk ini bukan bertujuan untuk digunakan oleh sesiapa (termasuk kanak-kanak) yang
kurang keupayaan fizikal, deria, atau mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan,
kecuali mereka yang telah diberi pengawasan atau arahan mengenai penggunaan periuk ini
oleh pihak yang bertanggungjawab di atas keselamatan mereka.
31. Pengawasan rapi mesti disediakan apabila periuk ini digunakan oleh atau berhampiran
kanak-kanak.
PERALATAN INI ADALAH UNTUK KEGUNAAN ISI RUMAH SAHAJA
PENGILANG DAN NOXXA TIDAK AKAN MENERIMA APA-APA LIABILITI JIKA
PERALATAN INI DIGUNA UNTUK TUJUAN KOMERSIAL ATAU DALAM APA-APA
CARA YANG TIDAK MEMATUHI ARAHAN PANDUAN.
!
SEBELUM PENGGUNAAN KALI PERTAMA
1. Pastikan voltan di rumah anda ialah 220v.
2. Untuk menggunakan produk, buka kotak terlebih dahulu dan keluarkan unit. Tanggalkan
semua komponen boleh tanggal seperti tudung dalaman, periuk dalaman dan penapis
seramik untuk dicuci. Lap bahagian luar unit dengan kain lembap.
3. Jangan gunakan pembersih yang kasar pada mana-mana bahagian mesin.
4. Letakkan dan gunakan unit di atas permukaan yang bersih dan rata, dan jangan letakkan
bahan mudah terbakar berdekatan dengannya.

6
BAHAGIAN & AKSESORI
Penapis Seramik
Periuk Dalaman
Keluli Tahan Karat
Tudung Dalaman
Dengan Gasket
Ruang Periuk
Plat Pemanas
Aksesori
Cawan
Spatula
Kord Kuasa
Saluran Keluar Wap
Skrin Paparan
Panel Kawalan
Penutup
Butang Penutup
Soket

7
PANEL KAWALAN
Paparan LED
(operasi/paparan masa)
Lampu Menu
Kekal Hangat /
Butang Batal
Butang
Penunda Waktu
Butang
Pelarasan Masa
(+/-)
Butang
Menu
Butang Mula

8
FUNGSI & PROGRAM
Menu Masa Asal
(jj:mm)
Julat Masa
Memasak
(jj:mm)
Suhu (°C)
Kapasiti
Cecair
/ Bahan
Maksimum
Nisbah
Beras : Air
yang Disyorkan
Low Sugar
White Rice
0:30
(masa count-down) Tidak boleh laras
suhu nasi
sekitar
140°C
3 cawan
beras
air 3-5mm di
atas permukaan
beras
Low Sugar
Multigrain Rice
0:45
(masa count-down) Tidak boleh laras
suhu nasi
sekitar
140°C
3 cawan
beras
air 5-8mm di
atas permukaan
beras
Rice 0:15
(masa count-down) Tidak boleh laras
suhu nasi
sekitar
140°C
10 cawan
beras 1:1 atau 1:1.2
Soup 1:00 1:00 - 2:00 100°C
setakat
tanda
10-cup
Porridge 1:00 0:40 - 1:30 100°C 3 cawan
beras
air setakat
tanda 8-cup
Sterillize 0:20 0:20 - 0:30 100°C setakat
tanda 1/5
Stir Fry 0:10 0:01 - 0:30 150°C
Yogurt 8:00 6:00 - 12:00 42°C - 45°C
setakat
tanda
10-cup
Slow Cook 2:00 0:30 - 12:00 89°C
setakat
tanda
10-cup
Steam 0:15 0:15 - 1:00 100°C setakat
tanda 1/5
Keep Warm Masa terkumpul
sehingga 24 jam 00:30 - 24:00 60°C - 80°C
Preset 0:30 00:30 - 12:00

9
BAGAIMANA UNTUK BEROPERASI
nNasi Putih Rendah Gula &
Nasi Multigrain Rendah Gula
(Gunakan periuk dalaman keluli tahan karat dan penapis seramik)
1. Untuk nasi rendah gula, kapasiti memasak maksimum ialah 3 cawan beras.
Dicadangkan supaya air ditambah sehingga menutupi beras pada ketinggian
3mm melebihi paras beras. (Anda boleh melaraskan jumlah air dan beras
mengikut kehendak anda).
2. Tekan butang 3MENU untuk pilih LOW SUGAR WHITE RICE (Nasi Putih
Rendah Gula) atau LOW SUGAR MULTIGRAIN RICE (Nasi Multigrain
Rendah Gula), -- -- akan berkelip pada skrin. Tekan butang START (Mula)
untuk bermula.
3. Unit akan mula menjadi panas. Untuk Nasi Putih Rendah Gula, skrin akan
menunjukkan 00:30 dan mula count down apabila air mendidih. Untuk Nasi
Multigrain Rendah Gula, skrin akan menunjukkan 00:45 dan mula count
down apabila air mendidih.
4. Unit akan berbunyi bip apabila proses count down selesai. Ia akan bertukar
kepada KEEP WARM (Kekal Hangat) secara automatik. Masa terpanjang
untuk KEEP WARM ialah 24 jam.
5. Tekan butang CANCEL (Batal) untuk menghentikan unit dan kembali ke mod
siap sedia -- --.
• Untuk nasi putih rendah gula, maksimum 3 cawan beras, tambahkan
kira-kira 10 cawan air ke garisan 5 cup pada periuk dalaman.
• Masa memasak: Kira-kira 45 hingga 50 minit untuk nasi putih. Kira-kira
60 hingga 65 minit untuk beras perang.
• Masa memasak mungkin berbeza mengikut jumlah beras dan air.
YOGURT
3mm lebih tinggi
YOGURT

10
Teknologi Memasak Nasi Rendah Gula
PERINGKAT 1
MENDIDIH
PERINGKAT 2
MELESAP
PERINGKAT 3
MENGUKUS
Beras direndam di dalam air dan
kemudian dididih pada suhu tinggi.
Peredaran air melalui penapis seramik
membantu membuang kanji yang tidak
sihat daripada bijirin beras.
Kanji beras akan meresap ke dalam air
kemudian ke dalam periuk dalaman dan
diasingkan daripada beras.
Nasi dimasak dengan proses optimum
mereneh dan mengukus dengan
kawalan probe termo yang tepat.
• Mengurangkan sebanyak 41% kandungan kanji
daripada beras.
• Sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan.

11
nNasi
(Gunakan periuk dalaman keluli tahan karat sahaja)
1. 10 cawan beras untuk kapasiti memasak yang maksimum. Nisbah yang
dicadangkan untuk beras dan air ialah 1:1 atau 1:1.2. (Anda boleh
melaraskan air dan nasi mengikut kehendak anda).
2. Tekan butang 3MENU untuk pilih RICE (Nasi). -- -- akan berkelip pada
skrin. Kemudian tekan butang START (Mula).
3. Unit mula menjadi panas. Skrin akan menunjukkan 00:15 dan mula count
down apabila air mendidih.
4. Unit akan berbunyi bip apabila proses memasak selesai dan bertukar
kepada KEEP WARM (Kekal Hangat) secara automatik.
Tip:
• Rasa nasi adalah paling enak dalam masa 15 minit selepas unit bertukar
kepada KEEP WARM.
• Bergantung kepada jenis beras yang berlainan, nasi kadangkala
boleh melekat pada dasar periuk dalaman. Untuk memudahkan
pembersihan, rendam periuk dalaman di dalam air selama 15 minit
sebelum dibersihkan.
YOGURT

12
nSup
(Gunakan periuk dalaman keluli tahan karat sahaja)
Tekan butang 3MENU untuk pilih fungsi SOUP (Sup). 01:00 akan berkelip
pada skrin. Set masa memasak yang dikehendaki dari 01:00 hingga 02:00
dengan menekan butang +/-. Kemudian tekan butang START (Mula).
Unit akan berbunyi bip apabila count down tamat dan bertukar kepada
KEEP WARM (Kekal Hangat) secara automatik.
• Jangan melebihi tanda 10 cup dalam periuk dalaman.
nBubur
(Gunakan periuk dalaman keluli tahan karat sahaja)
Tekan butang 3MENU untuk pilih fungsi PORRIDGE (Bubur). 01:00 akan
berkelip pada skrin. Set masa memasak yang dikehendaki dari 00:40 hingga
01:30. Kemudian tekan butang START (Mula).
Unit akan berbunyi bip apabila proses memasak selesai dan bertukar
kepada KEEP WARM (Kekal Hangat) secara automatik.
Tip:
• Kapasiti maksimum untuk bubur ialah 3 cawan beras. Nisbah untuk
air adalah kira-kira 8 cawan air untuk 1 cawan beras. Jangan melebihi
tanda 8 cup dalam periuk dalaman keluli tahan karat.
YOGURT
YOGURT

13
nMensteril
(Gunakan periuk dalaman keluli tahan karat dan penapis seramik)
1. Untuk mensterilkan produk bayi, pinggan mangkuk dan lain-lain. Isi periuk
dalaman keluli tahan karat dengan 2-5 cawan air dan letakkan barang
untuk disteril ke dalam penapis seramik.
2. Tekan butang 3MENU untuk pilih STERILIZE. 00:20 akan berkelip pada
skrin. Set masa pensterilan dari 00:20 hingga 00:30, kemudian tekan
START (Mula).
• Hanya bahan tahan panas boleh digunakan.
• Fungsi ini boleh digunakan untuk mensterilkan periuk dalaman keluli
tahan karat sebelum digunakan untuk membuat yogurt.
nTumis
(Gunakan periuk dalaman keluli tahan karat sahaja)
1. Masukkan jumlah minyak yang sesuai ke dalam periuk dalaman seperti
yang diperlukan oleh resipi anda.
2. Tekan butang 3MENU untuk pilih STIR FRY (Tumis). Masa 0:10 akan
ditunjukkan pada skrin. Tekan butang +/- untuk melaraskan masa
memasak dari 0:01 hingga 0:30. Kemudian tekan START (Mula).
3. Unit akan berbunyi bip apabila masa memasak tamat. Anda boleh
menekan butang CANCEL (Batal) pada bila-bila masa untuk menamatkan
proses memasak.
• Apabila menggunakan fungsi STIR FRY, jangan tutup penutup.
• JANGAN biarkan unit tanpa pengawasan apabila fungsi STIR FRY
sedang beroperasi.
YOGURT
YOGURT

14
nYogurt
(Gunakan periuk dalaman keluli tahan karat)
Isi periuk dalaman dengan susu dan starter yogurt, gaul sebati.
Tekan Butang 3MENU untuk pilih YOGURT. Masa asal 08:00 akan
berkelip pada skrin. Set masa fermentasi yang dikehendaki dari 06:00
hingga 12:00. Kemudian, tekan START (Mula).
nSlow cook
(Use stainless steel inner pot)
Takan Butang 3MENU untuk pilih SLOW COOK. 02:00 akan berkelip
pada skrin. Set masa memasak yang dikehendaki dari 0:30 - 12:00.
Kemudian tekan START (Mula).
Unit akan berbunyi bip apabila proses memasak sudah selesai dan ia akan
bertukar kepada KEEP WARM (Kekal Hangat) secara automatik.
Menu Masa Asal Suhu Pamasa
Yogurt 8 Jam 42 - 45°C 6:00 - 12:00
YOGURT
YOGURT

15
nKukus
(Gunakan periuk dalaman keluli tahan karat dan penapis seramik)
Masukkan 2-5 cawan air ke dalam periuk dalaman keluli tahan karat
dan masukkan penapis seramik ke dalam periuk dalaman. Letakkan
makanan di atas pinggan atau bekas makanan tahan panas dan
letakkan di atas penapis seramik. Tutup penutup.
Tekan butang 3MENU untuk pilih STEAM (Kukus). 00:15 akan
berkelip. Set masa mengukus yang dikehendaki dari 00:15 hingga
01:00. Kemudian tekan START (Mula).
Unit akan berbunyi bip apabila proses mengukus sudah selesai
dan unit akan bertukar kepada KEEP WARM (Kekal Hangat) secara
automatik.
• JANGAN melebihi tanda 1/5 dalam periuk dalaman apabila
mengisi air.
YOGURT

16
nKekal Hangat|Batal
Semua fungsi akan bertukar kepada KEEP WARM (Kekal Hangat) secara
automatik selepas proses memasak selesai kecuali STERILIZE, STIR FRY, dan
YOGURT. Masa kekal hangat terpanjang ialah 24 jam.
Semasa unit beroperasi, tekan KEEP WARM|CANCEL, unit akan berhenti
beroperasi.
Dalam mod siap sedia -- --, tekan butang KEEP WARM|CANCEL selama 2 saat,
unit akan memulakan fungsi KEEP WARM.
Untuk memanaskan semula nasi
(Gunakan periuk dalaman keluli tahan karat)
Isi periuk dalaman dengan nasi dan masukkan sedikit air.
Dalam mod siap sedia, tekan butang KEEP WARM|CANCEL untuk pilih
KEEP WARM. 00:30 akan ditunjuk pada skrin. Set masa kekal hangat yang
dikehendaki dari 00:30 hingga 24:00. Kemudian tekan START.
nPreset (Penunda Waktu)
Ia membolehkan proses memasak bermula beberapa jam kemudian mengikut
masa yang ditetapkan.
Masa tunda terpanjang ialah 12 jam.
Tetapkan fungsi memasak dahulu, kemudian tekan butang PRESET untuk
menetapkan masa tunda yang dikehendaki.
Tekan START untuk mula count down.
Unit akan menghabiskan masa tunda dahulu dan kemudian mula memasak.
YOGURT
YOGURT

17
PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
Tip:
• Pastikan unit dibersihkan selepas kord kuasa ditanggalkan.
• Untuk penggunaan yang selamat, jangan sembur air atau bersihkan produk dengan
benzena atau thinner.
• Jika tidak dibersihkan dengan betul, ia boleh menyebabkan bau atau pertumbuhan
bakteria.
• Bersihkan unit selepas ia sejuk.
1. Gunakan kain lembap yang lembut untuk membersihkan badan periuk nasi dan ruang dalam
periuk. Pastikan permukaan plat pemanas adalah bersih dan kering.
2. Jangan rendam badan periuk nasi di dalam air.
3. Selepas periuk dalaman keluli tahan karat dan penapis seramik direndam di dalam air, basuh
dengan kain lembut atau span.
4. Bersihkan penapis seramik dengan berhati-hati supaya tidak retak.
5. Adalah normal jika periuk dalaman keluli tahan karat bertukar warna. Lap kesan kotoran
pada periuk dalaman keluli tahan karat dengan cuka atau jus lemon.
6. Tekan butang pelepas pada penutup untuk tanggalkan tudung dalaman.

18
PENYELESAIAN MASALAH
Kod
ralat Senarai semak Tindakan
E1 Sensor suhu tidak normal di bahagian
bawah badan periuk
Sila hubungi bahagian perkhidmatan
selepas jualan
E2 Sensor suhu tidak normal pada penutup Sila hubungi bahagian perkhidmatan
selepas jualan
E3 Litar pintas pada sensor suhu untuk litar
elektrik di bawah badan utama periuk
Sila hubungi bahagian perkhidmatan
selepas jualan
E4 Litar pintas pada sensor suhu di bahagian
elemen pemanas pada penutup
Sila hubungi bahagian perkhidmatan
selepas jualan
E5
1. Plat pemanas berubah bentuk Sila hubungi bahagian perkhidmatan
selepas jualan
2. Periuk dalaman keluli tahan karat
tidak seimbang
Seimbangkan periuk dalaman keluli tahan
karat dengan memusingkannya ke kiri dan
kanan.
3. Terdapat bahan asing di antara
periuk dalaman keluli tahan karat
dan plat pemanas
Keluarkan sebarang bahan asing sebelum
digunakan.
4. Kerosakan pada dasar periuk
dalaman keluli tahan karat
Sila hubungi bahagian perkhidmatan
selepas jualan
5. Kerosakan pada panel kawalan Sila hubungi bahagian perkhidmatan
selepas jualan

19
Nama Produk Periuk Nasi Rendah Gula Noxxa
Model LSR822
Saiz 340 x 270 x 246mm
Kapasiti Memasak Maksimum Nasi rendah gula: 3 cawan beras
Nasi putih biasa: 10 cawan beras
Voltan 220-240V~ / 50-60Hz
Penggunaan Kuasa 1000W
Berat 6.07 Kg
Kapasiti Periuk dalaman keluli tahan karat 5L / Penapis Seramik 3L
SPESIFIKASI PRODUK

20
AMARAN: Risiko kebakaran dan kejutan elektrik wujud dalam semua peralatan elektrik serta
mungkin menyebabkan kecederaan diri atau maut. Sila patuhi semua arahan keselamatan.
!
Table of contents
Languages: