
i
PERHATIAN
Perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian untuk operasi yang selamat pada
kenderaan anda.
• Kesemua maklumat, gambarajah dan
spesifikasi dalam buku panduan ini
merupakan yang terkini pada waktu
ianya diterbitkan. Kami berhak membuat
sebarang perubahan dari masa ke
semasa tanpa sebarang notis.
• Sila beri perhatian bahawa buku panduan
ini merujuk kepada semua model dan
keterangan mengenai kesemua peralatan
termasuk peralatan pilihan. Oleh itu, anda
mungkin mendapati sesetengah pene-
rangan mengenai peralatan tertentu tidak
dipasang dalam Perodua anda.
• Sekiranya anda menjual Perodua anda,
tinggalkan buku panduan ini di dalam
kenderaan anda untuk kegunaan dan
kemudahan bakal pemilik lain.
Model Penerangan
M502 Kenderaan dipasang jenis
enjin 3SZ-VE (1,500 cc)
Buku panduan pemilik
• Jenis enjin dan model yang diterangkan
dalam kenderaan ini ialah:
Model Penerangan
3SZ-VE Enjin 1,500 cc EFI*1+DVVT*2
*1 Pencucuh bahan api elektronik
*2 Pemasaan injap bolehubah dinamik
• Sebelum mengendalikan kenderaan
Perodua anda, bacalah buku panduan
ini dengan teliti.
Bagi melindungi dan memanjangkan usia
Perodua anda, sila patuhi arahan-arahan
yang terdapat di dalam buku panduan ini.
Kegagalan mematuhi arahan ini boleh
mengakibatkan kecederaan fizikal yang
serius dan kerosakkan pada kenderaan
anda.
• Dalam buku panduan ini, anda harus
merujuk kepada AMARAN, PERINGATAN
dan PERHATIAN.
AMARANw
Sekiranya amaran-amaran ini tidak
dihiraukan, ia boleh mengakibatkan
kecederaan jangka masa panjang atau
kecederaan yang serius.
PERINGATAN
Jika amaran-amaran ini tidak dihiraukan,
ia akan mengakibatkan kecederaan,
kemalangan atau kerosakan kepada
kenderaan anda.
Sect 00 BM.indd 1 11/04/2018 11:03 AM