
PERHATIAN
Perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian untuk mengendalikan kenderaan
anda dengan selamat.
• Kesemua maklumat, gambarajah dan
spesifikasi dalam buku panduan ini
merupakan yang terkini pada waktu ianya
diterbitkan. Kami berhak menghentikan
atau membuat sebarang perubahan
spesifikasi atau reka bentuk pada bila-bila
masa tanpa sebarang notis dan tanpa
menanggung sebarang obligasi.
• Sila beri perhatian bahawa buku panduan
ini merujuk kepada semua varian
dan penerangan mengenai kesemua
peralatan termasuk peralatan pilihan.
Oleh itu, anda mungkin mendapati
sesetengah penerangan mengenai
peralatan tertentu tidak dipasang dalam
Perodua anda.
• Sekiranya anda menjual Perodua anda,
tinggalkan buku panduan ini di dalam
kenderaan anda untuk kegunaan dan
kemudahan bakal pemilik lain.
Buku panduan pemilik
• Sebelum mengendalikan kenderaan
Perodua anda, bacalah buku panduan
ini dengan teliti.
Bagi melindungi dan memanjangkan usia
Perodua anda, sila patuhi arahan-arahan
yang terdapat di dalam buku panduan ini.
Kegagalan mematuhi arahan ini boleh
mengakibatkan kecederaan fizikal yang
serius dan kerosakan pada kenderaan
anda.
• Dalam buku panduan ini, anda harus
merujuk kepada AMARAN, PERINGATAN
dan PERHATIAN.
wAMARAN
Sekiranya amaran-amaran ini tidak
dihiraukan, ia boleh mengakibatkan
kecederaan jangka masapanjangatau
kecederaan yang serius.
PERINGATAN
Jika amaran-amaran ini tidak dihiraukan,
ia akan mengakibatkan kecederaan,
kemalangan atau kerosakan kepada
kenderaan anda.
i
• Jenis enjin dan model yang diterangkan
dalam kenderaan ini ialah:
Model Penerangan
B300RS Kenderaan dipasang jenis
enjin 1KR-VE (1,000cc)
B301RS Kenderaan dipasang jenis
enjin 1NR-VE (1,300cc)
Enjin Penerangan
1KR-VE Enjin 1,000cc EFI*1+DOHC*2
+VVT-I*3
1NR-VE Enjin 1,300cc EFI*1+DOHC*2
+DUAL VVT-I*3
*1 Pencucuh bahan api elektronik
*2 Aci sesondol atas berkembar
*3 Pemasaan injap bolehubah - pintar
Sect 00_BM D42L.indd 3 31/10/2019 5:40 PM