
Penggunaan ketuhar
14 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Menu Saiz Hidangan Bahan dan Pengesyoran
2
Ikan Tenggiri
Bungkus Daun
Pisang
1-2 hidangan 2-3 keping Ikan Tenggiri, Garam dan serbuk Kunyit secukup
rasa, Daun Pisang, 2 sudu besar Minyak
Sapukan semua bahan dan bungkus dalam daun pisang. Masukkan ia ke dalam
ketuhar gelombang mikro. Pilih menu ini dalam masak auto dan tekan butang
START (MULA). Apabila berbunyi bip, keluarkan dan terbalikkan makanan
tersebut. Walaupun anda tidak mengeluarkannya untuk menterbalikkannya,
ketuhar ini terus beroperasi. Jika anda mengeluarkannya, tekan butang START
(MULA) selepas menterbalikkan. Selepas masak, hidangkan panas.
3
Kari Ayam
6-8 hidangan 70 g Minyak, 600 g Bahagian Ayam, 100 g Bawang Bombay
(2 biji) - dihiris, 20 g Bawang Putih (6 ulas), 25 g Halia
Dikupas (2 inci), 5 tangkai Bunga Cengkih, 1 batang Kulit
Kayu Manis, 3 biji Bunga Lawang, 5 sudu besar Serbuk Kari
Daging, 1 sudu besar Serbuk Jintan Putih, 1 sudu besar
Serbuk Kas Kas, 3 biji Kentang – dipotong dadu besar,
Garam dan gula secukup rasa, Air yang mencukupi
Masukkan minyak, bawang, bawang putih, halia dan bunga cengkih, batang
kulit kayu manis dan bunga lawang ke dalam kaserol. Masukkan ia ke dalam
ketuhar gelombang mikro. Pilih menu ini dalam masak auto dan tekan butang
START (MULA). Apabila berbunyi bip kali pertama, keluarkannya daripada
ketuhar dan kacau rata. Tambah semua serbuk rempah dan kacau rata.
Masukkan ia ke dalam ketuhar gelombang mikro dan tekan butang START
(MULA) sekali lagi. Apabila berbunyi bip kali kedua, keluarkannya daripada
ketuhar dan tambah semua bahan dan kacau rata. Selepas masak, kacau rata
dan hidangkan.
Menu Saiz Hidangan Bahan dan Pengesyoran
4
Tikka Ayam/
Ayam Mentega
3-4 hidangan Untuk Bahan Perapan Ayam
250 g paha ayam tanpa tulang, ½ sudu teh serbuk buah
pala, ½ sudu teh buah pelaga, ½ sudu teh serbuk cili, ½ sudu
teh serbuk ketumbar, ½ sudu putih serbuk jintan putih,
2 sudu besar yogurt, 2 sudu besar minyak, Garam dan gula
secukup rasa
Untuk Sos
50 g Minyak, 10 g Bawang Putih (2 ulas) - dipecahkan, 13
g Halia (1 inci) - dipecahkan, ½ sudu teh Buah Pala, ½ sudu
teh Buah Pelaga, 1 sudu teh Serbuk Cili, 1 sudu teh Serbuk
Ketumbar, 1 sudu teh Serbuk Jintan Putih, 2 sudu besar
Pes Tomato, 50 g Krim Untuk Masakan Anchor, 50 g Air,
Garam dan Gula secukup rasa, 70 g Mentega Masin Anchor
- terakhir selepas masak, 2 sudu besar Daun Ketumbar
Cincang - terakhir selepas masak
Kaedah Untuk Memerap Ayam
Campurkan semua bahan ke dalam pes dan sapukan pada Ayam. Perap selama
2 jam. Ambil ayam dan susun di atas pinggan. Masukkan ia ke dalam ketuhar
gelombang mikro. Kendalikan pada 800 W selama 15 minit. Selepas masak,
keluarkan daripada ketuhar, biarkan sehingga ia sejuk dan hiriskan. Ketepikan.
Untuk Sajian Lengkap
Campurkan semua bahan sos hingga sebati. Masukkan ia ke dalam ketuhar
gelombang mikro. Pilih menu ini dalam masak auto dan tekan butang START
(MULA). Apabila berbunyi bip, keluarkannya daripada ketuhar dan gaul rata.
Masukkan ia ke dalam ketuhar gelombang mikro dan tekan butang START
(MULA) sekali lagi. Selepas masak, tambah mentega dan serbuk ketumbar. Gaul
rata dan hidangkan.
ME731K-M_XSM_DE68-04491A-00_MS+ZH+EN.indb 14 2017-04-20 8:39:51