Samung GE731K User manual

Ketuhar Gelombang Mikro
Manual pengguna
GE731K/GE731K-M
GE731K-M_XSM_DE68-03917L-00_MS+ZH+EN.indb 1 2017-05-16 11:45:27

2Bahasa Melayu
Kandungan
Kandungan
Arahan keselamatan 3
Keselamatan umum 6
Langkah berjaga-jaga dalam mengoperasi ketuhar gelombang mikro 8
Waranti terhad 8
Pemasangan 9
Aksesori 9
Tapak pemasangan 10
Piring putar 10
Penyelenggaraan 11
Pembersihan 11
Penggantian (pembaikan) 11
Penjagaan terhadap tempoh panjang tidak digunakan 11
Ciri-ciri ketuhar 12
Ketuhar 12
Panel kawalan 12
Penggunaan ketuhar 13
Bagaimana ketuhar gelombang mikro berfungsi 13
Memeriksa bagi memastikan ketuhar anda beroperasi dengan betul 13
Menetapkan masa 14
Memasak/Memanas Semula 14
Aras kuasa 15
Melaraskan masa memasak 15
Menghentikan proses memasak 15
Menetapkan mod penjimatan tenaga 16
Menggunakan ciri kukus sihat 16
Panduan masakan kukus kuasa 17
Menggunakan ciri pemanasan semula/masakan auto 19
Menggunakan ciri mencair beku cepat automatik 20
Menggunakan ciri kekal panas 21
Menggril 22
Menggabungkan gelombang mikro dan gril 22
Memilih aksesori 23
Mengunci ketuhar gelombang mikro anda untuk keselamatan 23
Mematikan pembunyi bip 23
Panduan perkakas memasak 24
Panduan memasak 25
Gelombang mikro 25
Memasak 25
Memanas semula 27
Memanaskan semula cecair 28
Memanas semula makanan bayi 29
Tanda 29
Mencair beku manual 30
Gril 31
Gelombang mikro + Gril 32
Tip dan cara yang berkesan 34
Penyelesaian masalah 35
Penyelesaian masalah 35
Kod maklumat 37
Spesikasi teknikal 38
GE731K-M_XSM_DE68-03917L-00_MS+ZH+EN.indb 2 2017-05-16 11:45:27

Bahasa Melayu 3
Arahan keselamatan
Arahan keselamatan
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
BACA DENGAN TELITI DAN SIMPAN UNTUK RUJUKAN PADA MASA
HADAPAN.
FUNGSI GELOMBANG MIKRO SAHAJA
AMARAN: Jika pintu atau kedap pintu rosak, ketuhar tidak boleh
dikendalikan sehingga ia telah dibaiki oleh orang yang cekap.
AMARAN: Adalah merbahaya bagi seseorang yang tidak
cekap menjalankan sebarang servis atau operasi pembaikan
yang melibatkan kerja menanggalkan penutup yang memberi
perlindungan daripada pendedahan kepada tenaga gelombang
mikro.
AMARAN: Cecair dan makanan lain tidak boleh dipanaskan di
dalam bekas yang di kedap kerana ia boleh meletup.
AMARAN: Hanya benarkan kanak-kanak menggunakan ketuhar tanpa
penyeliaan apabila arahan yang mencukupi telah diberikan supaya
kanak-kanak tersebut boleh menggunakan ketuhar dengan cara yang
selamat dan memahami bahaya penggunaan yang tidak betul.
Alat ini bertujuan untuk digunakan dalam rumah sahaja dan ia
tidak bertujuan untuk digunakan seperti:
• kawasan kakitangan dapur di dalam kedai, pejabat dan
persekitaran bekerja yang lain;
• rumah ladang;
• oleh klien di hotel, motel dan persekitaran penginapan
yang lain;
• persekitaran jenis inap-sarapan;
Hanya gunakan perkakas dapur yang sesuai untuk digunakan
dalam ketuhar gelombang mikro.
Apabila memanaskan makanan dalam bekas plastik atau kertas,
perhatikan ketuhar untuk mengesan kemungkinan pencetusan
bunga api.
Bekas logam untuk makanan dan minuman tidak dibenarkan
semasa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro.
Ketuhar gelombang mikro dimaksudkan untuk pemanasan
makanan dan minuman. Pengeringan makanan atau pakaian
dan pemanasan pad penghangat, selipar, span, kain lembap dan
yang seakan-akan sama boleh menyebabkan risiko kecederaan,
penyalaan atau kebakaran.
Jika asap dikeluarkan, matikan atau cabut palam alat dan pastikan
pintu ketuhar ditutup untuk mematikan api;
Memanaskan minuman menggunakan gelombang mikro boleh
mengakibatkan pendidihan meluap tertunda, oleh itu pastikan
anda berhati-hati apabila memegang bekas.
Kandungan botol makanan bayi dan balang makanan bayi harus
dikacau atau di goncang dan suhunya diperiksa sebelum makanan
dimakan, bagi mengelakkan luka terbakar.
GE731K-M_XSM_DE68-03917L-00_MS+ZH+EN.indb 3 2017-05-16 11:45:27

Arahan keselamatan
4Bahasa Melayu
Arahan keselamatan
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus dipanaskan di
dalam ketuhar gelombang mikro oleh kerana ia boleh meletup,
walaupun setelah pemanasan gelombang mikro telah selesai.
Ketuhar harus dibersihkan dengan tetap dan sebarang cebisan
makanan ditanggalkan.
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan yang bersih
boleh mengakibatkan kerosakan pada permukaannya yang boleh
memendekkan hayat peralatan ini dan mungkin mengakibatkan
situasi yang berbahaya.
Ketuhar gelombang mikro ini dimaksudkan untuk digunakan di
atas kaunter (bebas) sahaja, ketuhar gelombang mikro ini tidak
harus diletakkan di atas kabinet.
Alat ini tidak sepatutnya dibersihkan dengan pancutan air.
Alat ini tidak dimaksudkan untuk dipasang di dalam kenderaan
jalan raya, karavan, dan kenderaan-kenderaan yang serupa dll.
Alat ini bukan untuk digunakan oleh orang-orang (termasuk
kanak-kanak) yang mempunyai keupayaan zikal, sensori
atau mental yang kurang, atau tidak berpengalaman dan
berpengetahuan, kecuali mereka telah diberikan penyeliaan
atau arahan tentang penggunaan alat ini oleh orang yang
bertanggungjawab bagi keselamatan mereka.
Kanak-kanak harus diselia bagi memastikan mereka tidak bermain
dengan alat ini.
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun ke
atas dan orang-orang yang kekurangan keupayaan zikal, deria
atau mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika
mereka telah diselia atau diberi arahan mengenai penggunaan
alat dengan cara yang selamat dan memahami bahaya yang
terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan alat ini.
Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna tidak seharusnya
dilakukan oleh kanak-kanak tanpa seliaan.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, ejen
perkhidmatannya atau orang-orang yang sama berkelayakan bagi
mengelakkan bahaya.
Ketuhar ini mesti diletakkan mengadap arah dan ketinggian
yang betul yang membenarkan capaian mudah pada rongga dan
kawasan kawalan.
Sebelum menggunakan ketuhar anda buat kali pertama, ketuhar
harus dikendalikan bersama air selama 10 minit dan kemudian
baru digunakan.
Jika ketuhar ini mengeluarkan bunyi bising, bau terbakar atau
mengeluarkan asap , cabut palam kuasa dengan segera dan
hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
Ketuhar gelombang mikro harus diletakkan di tempat yang sesuai
supaya palamnya mudah dicapai.
GE731K-M_XSM_DE68-03917L-00_MS+ZH+EN.indb 4 2017-05-16 11:45:27

Bahasa Melayu 5
Arahan keselamatan
FUNGSI KETUHAR SAHAJA PILIHAN
AMARAN: Apabila alat dikendalikan dalam mod kombinasi, kanak-
kanak hanya boleh menggunakan ketuhar di bawah penyeliaan
orang dewasa kerana suhu yang dijana.
Semasa digunakan, alat ini menjadi panas. Berhati-hati agar tidak
menyentuh elemen-elemen pemanas di dalam ketuhar.
AMARAN: Bahagian-bahagian yang boleh dicapai akan menjadi
panas semasa digunakan. Kanak-kanak kecil tidak harus
mendekati ketuhar.
Pembersih wap tidak boleh digunakan.
Jangan gunakan pembersih kasar yang kuat atau pengerik logam
yang tajam untuk membersihkan kaca pintu ketuhar kerana ia
boleh mencalarkan permukaannya, yang boleh mengakibatkan
kaca itu pecah.
AMARAN: Pastikan alat ini dimatikan sebelum menggantikan
lampu bagi mengelakkan kemungkinan kejutan elektrik.
Jangan gunakan pembersih kasar yang kuat atau pengerik logam
yang tajam untuk membersihkan kaca pintu ketuhar kerana ia
boleh mencalarkan permukaannya, yang boleh mengakibatkan
kaca itu pecah.
AMARAN: Alat dan bahagian alat yang boleh dicapai menjadi
panas semasa penggunaan.
Berhati-hati agar tidak menyentuh elemen-elemen pemanas.
Kanak-kanak berusia kurang daripada 8 tahun seharusnya
dijauhkan melainkan sentiasa diselia.
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun ke
atas dan orang-orang yang kekurangan keupayaan zikal, deria
atau mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika
mereka telah diselia atau diberi arahan mengenai penggunaan
alat dengan cara yang selamat dan memahami bahaya yang
terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan alat ini.
Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna tidak seharusnya
dilakukan oleh kanak-kanak tanpa seliaan.
Pintu atau permukaan luar mungkin menjadi panas semasa alat
sedang beroperasi.
Suhu permukaan boleh dicapai mungkin tinggi semasa alat
sedang beroperasi.
Alat-alat tidak dimaksudkan untuk dikendalikan dengan
menggunakan pemasa luaran atau sistem kawalan jauh
berasingan.
GE731K-M_XSM_DE68-03917L-00_MS+ZH+EN.indb 5 2017-05-16 11:45:27

Arahan keselamatan
6Bahasa Melayu
Arahan keselamatan
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun ke
atas dan orang-orang yang kekurangan keupayaan zikal, deria
atau mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika
mereka telah diselia atau diberi arahan mengenai penggunaan
alat dengan cara yang selamat dan memahami bahaya yang
terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan alat
ini. Kanak-kanak tidak sepatutnya melakukan pembersihan dan
penyenggaraan pengguna melainkan mereka berusia daripada 8
tahun ke atas dan diawasi.
Jauhkan alat dan kordnya daripada capaian kanak-kanak berusia
kurang daripada 8 tahun.
Keselamatan umum
Sebarang pengubahsuaian atau pembaikan perlu dilakukan oleh kakitangan berkelayakan
sahaja.
Jangan panaskan makanan atau cecair yang dikedapkan dalam bekas untuk fungsi gelombang
mikro.
Jangan gunakan benzena, pencair, alkohol, pembersih wap atau pembersih tekanan tinggi
untuk membersihkan alat ini.
Jangan pasang ketuhar berdekatan dengan alat pemanas atau bahan mudah terbakar; lokasi
yang lembap, berminyak, berhabuk atau didedahkan kepada cahaya matahari secara terus
atau air; atau di mana gas mungkin bocor; atau permukaan yang tidak rata.
Alat ini mesti dibumikan dengan betul menurut kod-kod tempatan dan antarabangsa.
Gunakan kain kering secara kerap untuk menanggalkan bahan asing daripada terminal palam
kuasa dan sentuhan.
Jangan tarik atau terlalu bengkokkan atau letakkan objek berat atas kord kuasa.
Jika terdapat kebocoran gas (propana, LP, dsb) alih udarakan dengan segera. Jangan sentuh
kord kuasa.
Jangan sentuh kord kuasa dengan tangan yang basah.
Semasa ketuhar beroperasi, jangan matikannya dengan menanggalkan kord kuasa.
Jangan selitkan jari atau bahan asing. Jika bahan asing memasuki ketuhar, tanggalkan kord
kuasa dan hubungi pusat perkhidmatan Samsung tempatan.
Jangan kenakan tekanan atau hentaman berlebihan pada alat.
Jangan letak ketuhar di atas objek mudah pecah.
Pastikan voltan kuasa, frekuensi, dan arus sepadan dengan spesikasi produk.
Pasang palam kuasa pada soket dinding dengan kukuh. Jangan gunakan penyesuai berbilang
palam, kord pemanjang atau pengubah elektrik.
Jangan cangkukkan kord kuasa pada objek logam. Pastikan kord berada di antara objek atau di
belakang ketuhar.
Jangan gunakan palam kuasa yang rosak, kord kuasa yang rosak atau soket dinding yang
longgar. Untuk palam atau kord kuasa yang rosak, hubungi pusat perkhidmatan Samsung
tempatan.
Jangan tuang atau sembur air pada ketuhar.
Jangan letakkan objek di atas ketuhar, di dalam atau di pintu ketuhar.
Jangan semburkan bahan meruap seperti ubat serangga pada permukaan ketuhar.
GE731K-M_XSM_DE68-03917L-00_MS+ZH+EN.indb 6 2017-05-16 11:45:27

Bahasa Melayu 7
Arahan keselamatan
Jangan simpan bahan-bahan mudah terbakar di dalam ketuhar. Oleh kerana wap alkohol boleh
mengenai bahagian ketuhar yang panas, berhati-hati apabila memanaskan makanan atau
minuman yang mengandungi alkohol.
Kanak-kanak mungkin berlanggar atau jari mereka tersepit di pintu. Apabila membuka/
menutup pintu, pastikan kanak-kanak tidak ada yang berdekatan.
Amaran gelombang mikro
Memanaskan minuman menggunakan gelombang mikro mungkin mengakibatkan pendidihan
meluap tertunda, sentiasa berhati-hati apabila memegang bekas. Biarkan minuman berada
di dalam ketuhar sekurang-kurangnya 20 saat sebelum mengendalikannya. Jika perlu, kacau
semasa dipanaskan. Sentiasa kacau selepas dipanaskan.
Sekiranya kulit anda melecur, ikut arahan Pertolongan Cemas berikut:
1. Rendam bahagian yang melecur dalam air sejuk selama sekurang-kurangnya 10 minit.
2. Balut dengan pembalut yang bersih dan kering.
3. Jangan sapu sebarang krim, minyak atau losen.
Untuk mengelakkan kerosakan pada dulang atau rak, jangan letak dulang atau rak di dalam air
sejurus selepas memasak.
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro untuk menggoreng dengan minyak yang banyak
kerana suhu minyak tidak boleh dikawal. Ini boleh menyebabkan minyak yang panas itu
mendidih secara mendadak.
Langkah berhati-hati ketuhar gelombang mikro
Hanya gunakan peralatan yang tahan gelombang mikro. Jangan gunakan bekas logam,
pinggan mangkuk dan pencucuk dengan hiasan emas atau perak.
Tanggalkan ikatan pintalan wayar. Pengarkaan elektrik mungkin berlaku.
Jangan gunakan ketuhar untuk mengeringkan kertas atau kain.
Gunakan masa yang lebih singkat untuk makanan yang sedikit bagi mengelakkan pemanasan
berlebihan atau hangus.
Jauhkan kord kuasa dan palam kuasa daripada sumber air dan haba.
Untuk mengelakkan risiko letupan, jangan panaskan telur yang berkulit atau telur yang
direbus keras. Jangan panaskan bekas kedap udara atau kedap vakum, kekacang, tomato, dsb.
Jangan tutup lubang-lubang alur pengalihan udara dengan kain atau kertas. Ini ialah punca
kebakaran. Ketuhar juga mungkin menjadi terlalu panas dan dimatikan secara automatik, dan
akan kekal dimatikan sehingga ia sejuk secukupnya.
Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar apabila mengeluarkan hidangan.
Kacau cecair separuh masa semasa memanas atau selepas pemanasan tamat dan biarkan
cecair sekurang-sekurangnya 20 saat selepas pemanasan untuk mencegah didihan yang
membuak-buak.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila membuka pintunya untuk mengelakkan
melecur disebabkan udara atau wap panas yang keluar.
Jangan kendalikan ketuhar semasa ia kosong. Ketuhar akan dimatikan secara automatik
selama 30 minit untuk tujuan keselamatan. Kami menyarankan meletakkan segelas air di
dalam ketuhar sepanjang masa untuk menyerap gelombang mikro jika ketuhar dihidupkan
secara tidak sengaja.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan di dalam manual ini. (Lihat Memasang ketuhar
gelombang mikro Anda)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain ke soket berhampiran ketuhar.
GE731K-M_XSM_DE68-03917L-00_MS+ZH+EN.indb 7 2017-05-16 11:45:27

Arahan keselamatan
8Bahasa Melayu
Arahan keselamatan
Langkah berjaga-jaga dalam mengoperasi ketuhar gelombang mikro
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh mengakibatkan pendedahan
kepada tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
• Jangan kendalikan ketuhar semasa pintu terbuka. Jangan usik kunci salingan keselamatan
(selak pintu). Jangan selit apa-apa ke dalam lubang kunci salingan keselamatan.
• JANGAN letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan muka depan atau
membiarkan sisa makanan atau bahan pembersih terkumpul pada permukaan kedap.
Pastikan pintu dan permukaan pengedap pintu sentiasa bersih dengan mengelapnya
dengan kain lembap dan kemudian dengan kain kering yang lembut setiap kali selepas
digunakan.
• Jangan kendalikan ketuhar jika ia rosak. Hanya kendalikannya selepas ia diperbaik oleh
juruteknik yang berkelayakan.
Penting: pintu ketuhar mesti ditutup dengan betul. Pintu tidak boleh melengkung; selak
tidak boleh pecah atau longgar; pengedap pintu dan permukaan pengedap tidak boleh
rosak.
• Semua pelarasan atau pembaikan perlu dilakukan oleh juruteknik yang berkelayakan.
Waranti terhad
Samsung akan mengenakan caj pembaikan bagi menggantikan aksesori atau memperbaiki
kecacatan kosmetik sekiranya kerosakan pada unit atau aksesori disebabkan oleh pelanggan.
Item yang dilindungi oleh syarat ini termasuk:
• Pintu, pemegang, panel luar, atau panel kawalan yang kemik, tercalar, atau pecah.
• Tray, roda pandu, pengganding atau rak wayar yang rosak atau hilang.
Gunakan ketuhar ini hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti yang diterangkan di
dalam manual arahan ini. Amaran dan Arahan Keselamatan di dalam buku panduan ini tidak
merangkumi semua keadaan dan situasi yang boleh berlaku. Anda bertanggungjawab untuk
menggunakan akal, berwaspada dan berhati-hati semasa memasang, menyelenggarakan dan
mengendalikan ketuhar anda.
Oleh kerana arahan pengendalian berikut meliputi pelbagai model, ciri ketuhar gelombang
mikro anda mungkin berbeza sedikit daripada yang diterangkan di dalam manual ini dan
bukan semua tanda-tanda amaran boleh digunakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan
atau keprihatinan, hubungi pusat perkhidmatan Samsung di tempat anda atau dapatkan
bantuan dan maklumat dalam talian di www.samsung.com.
Gunakan ketuhar ini untuk memanaskan makanan sahaja. Ianya bertujuan untuk
kegunaandomestik sahaja. Jangan panaskan apa-apa jenis tekstil atau kusyen yang diisi
dengan bijian. Pengilang tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk kerosakan yang
disebabkan oleh penggunaan ketuhar yang tidak sesuai atau tidak betul.
Untuk mengelakkan daripada permukaan ketuhar menjadi lusuh dan situasi berbahaya,
sentiasa pastikan ketuhar bersih dan diselenggarakan dengan baik.
GE731K-M_XSM_DE68-03917L-00_MS+ZH+EN.indb 8 2017-05-16 11:45:27

Bahasa Melayu 9
Pemasangan
Pemasangan
Aksesori
Bergantung kepada model yang telah anda beli, anda diberikan beberapa aksesori yang boleh
digunakan dengan pelbagai cara.
01
01 Gelang roda, perlu diletakkan di tengah-
tengah ketuhar.
Gelang roda menyokong pinggan putar.
02
02 Pinggan putar, perlu diletakkan pada gelang
roda dengan bahagian tengahnya terpasang
pada pengganding.
Pinggan putar berfungsi sebagai permukaan
memasak utama; ia boleh dikeluarkan dengan
mudah untuk dibersihkan.
03
03 Rak gril, perlu diletakkan di atas pinggan
putar.
Rak-rak logam boleh digunakan dalam gril dan
proses memasak kombinasi.
04
04 Pemasak kukus, lihat halaman 17.
Pemasak kukus plastik apabila menggunakan
fungsi kukus sihat.
AWAS
• JANGAN kendalikan ketuhar gelombang mikro tanpa gelang pengguling dan piring putar.
• JANGAN kendalikan mod Gril dan Kombi dengan pemasak kukus.
Mod Operasi MW GRIL KOMBI
(Pemasak kukus)
O X X
GE731K-M_XSM_DE68-03917L-00_MS+ZH+EN.indb 9 2017-05-16 11:45:27

Pemasangan
10 Bahasa Melayu
Pemasangan
Tapak pemasangan
20 sm
di atas
85 sm
dari lantai
10 sm di
belakang
10 sm
di tepi
• Pilih permukaan rata, mendatar sekitar
85 sm atas lantai. Permukaan itu mestilah
menyokong berat ketuhar.
• Biarkan ruang untuk pengudaraan, sekurang-
kurangnya 10 sm daripada dinding belakang
dan kedua-dua tepi, dan 20 sm daripada atas.
• Jangan pasang ketuhar dalam persekitaran
yang panas atau lembap, seperti di sebelah
penyinar atau ketuhar gelombang mikro lain.
• Mematuhi spesikasi bekalan kuasa ketuhar
ini.
• Hanya gunakan kabel sambungan jika anda
perlu menggunakannya.
• Lap bahagian dalam dan pengadang
pintu dengan kain yang lembap sebelum
menggunakan ketuhar anda buat pertama kali.
Piring putar
Buang semua bahan pembungkusan dari bahagian
dalam ketuhar. Pasang gelang pengguling dan
pinggan putar. Periksa bagi memastikan pinggan
putar berputar dengan bebas.
GE731K-M_XSM_DE68-03917L-00_MS+ZH+EN.indb 10 2017-05-16 11:45:28

Bahasa Melayu 11
Penyelenggaraan
Penyelenggaraan
Pembersihan
Bersihkan ketuhar dengan kerap untuk mengelakkan kotoran daripada terkumpul pada atau di
dalam ketuhar. Berikan juga perhatian khusus pada pintu, pengadang pintu, dan pinggan putar
serta gelang roda (model berkenaan sahaja).
Jika pintu tidak terbuka dan tertutup dengan lancar, periksa dahulu jika pengadang pintu telah
mengumpulkan kotoran. Gunakan kain lembut dalam air sabun untuk membersihkan kedua-
dua bahagian dalam dan luar ketuhar. Bilas dan keringkan.
Untuk membuang kotoran degil dengan bau busuk daripada bahagian dalam ketuhar
1. Dengan ketuhar yang kosong, letakkan secawan jus lemon yang dicairkan di tengah
pinggan putar.
2. Panaskan ketuhar selama 10 minit pada kuasa maks.
3. Apabila kitaran lengkap, tunggu sehingga ketuhar menyejuk. Kemudian, buka pintu dan
bersihkan ruang memasak.
Untuk membersihkan bahagian dalam model pemanas-berputar
A
Untuk membersihkan kawasan atas ruang
memasak, rendahkan elemen pemanasan atas
sebanyak 45° (A) seperti yang ditunjukkan.
Ini akan membantu membersihkan kawasan
atas. Apabila selesai, letakkan semula elemen
pemanasan atas.
AWAS
• Pastikan pintu dan pengadang pintu bersih dan pastikan pintu terbuka dan tertutup
dengan lancar. Jika tidak, kitar hidup ketuhar akan pendek.
• Ambil langkah berjaga-jaga untuk tidak menumpahkan air ke dalam pengudaraan ketuhar.
• Jangan gunakan sebarang bahan kimia atau pelelas untuk pembersihan.
• Selepas setiap penggunaan ketuhar, gunakan bahan pencuci lembut untuk membersihkan
ruang memasak selepas menunggu ketuhar untuk menyejuk.
Penggantian (pembaikan)
AMARAN
Ketuhar ini tidak mempunyai bahagian boleh alih-pengguna di dalam. Jangan cuba untuk
menggantikan atau membaiki ketuhar sendiri.
• Jika anda menghadapi masalah dengan engsel, pengadang, dan/atau pintu, hubungi
juruteknik bertauliah atau pusat perkhidmatan Samsung setempat untuk mendapatkan
bantuan teknikal.
• Jika anda mahu menggantikan mentol lampu, hubungi pusat perkhidmatan Samsung
setempat. Jangan menggantikan ia sendiri.
• Jika anda menghadapi masalah dengan perumah luar ketuhar, cabut palam kod kuasa
daripada sumber kuasa, dan kemudian hubungi pusat perkhidmatan Samsung setempat.
Penjagaan terhadap tempoh panjang tidak digunakan
Jika anda tidak menggunakan ketuhar untuk tempoh yang panjang, cabut palam daripada kod
kuasa dan alihkan ketuhar ke lokasi yang kering, bebas habuk. Habuk dan lembapan yang
terbina di dalam ketuhar mungkin menjejaskan prestasi ketuhar.
GE731K-M_XSM_DE68-03917L-00_MS+ZH+EN.indb 11 2017-05-16 11:45:28

12 Bahasa Melayu
Ciri-ciri ketuhar
Ciri-ciri ketuhar
Ketuhar
01
06 10 1109
02 0403 05
07 1208
01 Selak pintu 02 Lubang pengalihan
udara
03 Gril
04 Lampu 05 Paparan 06 Pintu
07 Piring putar 08 Pengganding 09 Gelang roda
10 Lubang saling kunci
keselamatan
11 Butang tolak pintu buka 12 Panel kawalan
Panel kawalan
01
05
08
11
14
17
02
03
04 06
07 09
10 12
13 15
16 18
01 Healthy Steam (Kukus Sihat)
02 Ready Meals (Hidangan Siap Sedia)
03 Frozen Dishes (Makanan Sejuk Beku)
04 Drinks (Minuman)
05 Frozen Mini Quich/Pizza (Quich/Piza Mini
Sejuk Beku)
06 Keep Warm (Kekal Panas)
07 Rapid Defrost (Cair Beku Pantas)
08 Clock (Jam)
09 Child Lock (Kunci Kanak-kanak)
10 Microwave (Gelombang mikro)
11 Grill (Gril)
12 Combi (Kombi)
13 Naik
14 Select (Pilih)
15 Turun
16 STOP/ECO (BERHENTI/EKO)
17 +30s
18 START (MULA)
GE731K-M_XSM_DE68-03917L-00_MS+ZH+EN.indb 12 2017-05-16 11:45:28

Bahasa Melayu 13
Penggunaan ketuhar
Penggunaan ketuhar
Bagaimana ketuhar gelombang mikro berfungsi
Gelombang mikro adalah gelombang elektromagnetik berfrekuensi tinggi; tenaga yang
dikeluarkan membolehkan makanan dimasak atau dipanaskan semula tanpa mengubah bentuk
atau warna.
Anda boleh menggunakan ketuhar gelombang mikro anda untuk:
• Mencair beku
• Memanas semula
• Memasak
Dasar memasak.
1. Gelombang mikro yang dijana magnetron
dipantulkan pada rongga ketuhar dan
diagihkan dengan seragam sementara
makanan berputar di atas pinggan putar.
Dengan itu, makanan dimasak sama rata.
2. Gelombang mikro diserap makanan sehingga
kira-kira sedalam 1 inci (2.5 sm). Proses
memasak berterusan apabila haba dilesapkan
di dalam makanan.
3. Masa memasak berbeza-beza mengikut bekas
yang digunakan dan sifat-sifat makanan:
• Kuantiti dan ketumpatan
• Kandungan air
• Suhu awal (disejukkan atau tidak)
AWAS
Oleh kerana bahagian tengah makanan dimasak melalui pelesapan haba, proses memasak
masih berterusan walaupun anda sudah mengeluarkan makanan dari ketuhar. Masa biar yang
ditentukan dalam resipi dan dalam buku panduan ini hendaklah dipatuhi bagi memastikan:
• Pemasakan makanan yang rata hingga ke bahagian tengah.
• Suhu yang sama pada seluruh makanan.
Memeriksa bagi memastikan ketuhar anda beroperasi dengan betul
Prosedur mudah yang berikut membolehkan anda memeriksa bagi memastikan ketuhar anda
sentiasa berfungsi dengan betul. Buka pintu ketuhar dengan menekan butang besar di sudut
kanan bawah panel kawalan.
Pertama, letakkan semangkuk air di atas pinggan putar. Kemudian, tutup pintu ketuhar.
01 02
1. Tekan butang +30s sekali untuk setiap 30 saat
yang hendak ditambahkan.
2. Tekan butang START (MULA).
Ketuhar akan memanaskan air selama 4
hingga 5 minit. Air itu kemudiannya akan
mula mendidih.
NOTA
Palam ketuhar mestilah dipasang pada soket dinding yang sesuai. Pinggan putar mestilah
berada di kedudukannya di dalam ketuhar. Jika aras kuasa yang lain daripada aras maksimum
digunakan, air akan mengambil masa lebih lama untuk mendidih.
GE731K-M_XSM_DE68-03917L-00_MS+ZH+EN.indb 13 2017-05-16 11:45:28

Penggunaan ketuhar
14 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Menetapkan masa
Ketuhar gelombang mikro anda mempunyai jam terbina dalam. Apabila ada bekalan elektrik,
“:0”, “88:88” atau “12:00” dipaparkan secara automatik pada paparan.
Sila tetapkan masa. Masa boleh dipaparkan dalam notasi 24 jam atau 12 jam. Anda mestilah
menetapkan jam:
• Apabila anda mula-mula memasang ketuhar gelombang mikro anda
• Selepas bekalan elektrik terputus
NOTA
Jangan lupa untuk menetap semula jam apabila anda beralih dari waktu musim panas kepada
waktu musim sejuk dan sebaliknya.
01
02
04
06
03
05
07
1. Tekan butang Clock (Jam).
2. Tekan butang Naik/Turun untuk menetapkan
jenis paparan masa. (12J atau 24J)
3. Tekan butang Select (Pilih) untuk
melengkapkan persediaan.
4. Tekan butang Naik/Turun untuk menetapkan
jam.
5. Tekan butang Select (Pilih).
6. Tekan butang Naik/Turun untuk menetapkan
minit.
7. Apabila masa yang betul dipaparkan, tekan
butang Select (Pilih)untuk memulakan jam.
Masa dipaparkan apabila anda tidak
menggunakan ketuhar gelombang mikro.
Memasak/Memanas Semula
Prosedur berikut menerangkan cara memasak atau memanaskan semula makanan.
SENTIASA periksa tetapan memasak anda sebelum meninggalkan ketuhar tanpa dijaga.
Mula-mula, letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar dan tutup pintu ketuhar.
01
02 02
03
04
1. Tekan butang Microwave (Gelombang Mikro).
2. Tekan butang Naik/Turun sehingga aras kuasa
yang sesuai dipaparkan. Pada ketika itu, tekan
butang Select (Pilih) untuk menetapkan aras
kuasa.
• Jika aras kuasa tidak ditetapkan dalam
masa 5 saat, ia akan bertukar ke
peringkat penetapan masa memasak
secara Automatik.
3. Tetapkan masa memasak dengan menekan
butang Naik/Turun.
Masa memasak dipaparkan.
4. Tekan butang START (MULA).
Lampu ketuhar menyala dan pinggan putar
mula berputar. Proses memasak bermula dan
apabila ia selesai. Ketuhar berbunyi bip dan
mengelipkan “End (Tamat)” 4 kali. Ketuhar
kemudian akan berbunyi bip sekali setiap
minit.
AWAS
Jangan sekali-kali hidupkan ketuhar gelombang mikro semasa ia kosong.
GE731K-M_XSM_DE68-03917L-00_MS+ZH+EN.indb 14 2017-05-16 11:45:29

Bahasa Melayu 15
Penggunaan ketuhar
Aras kuasa
Anda boleh memilih antara aras kuasa yang di bawah.
Aras kuasa Output
MWO GRIL
TINGGI
750 W -
TINGGI SEDERHANA
600 W -
SEDERHANA
450 W -
RENDAH SEDERHANA
300 W -
MENCAIR BEKU
180 W -
RENDAH / KEKAL PANAS
100 W -
GRIL
- 1100 W
KOMBI I
600 W 1100 W
KOMBI II
450 W 1100 W
KOMBI III
300 W 1100 W
NOTA
• Jika anda memilih aras kuasa yang lebih tinggi, masa memasak mestilah dikurangkan.
• Jika anda memilih aras kuasa yang lebih rendah, masa memasak mestilah ditambah.
Melaraskan masa memasak
Anda boleh menambah masa memasak dengan menekan butang +30s sekali untuk setiap 30
saat yang hendak ditambahkan.
01 02
1. Tekan butang +30s sekali untuk setiap 30 saat
yang hendak ditambahkan.
2. Tekan butang START (MULA).
Menghentikan proses memasak
Anda boleh memberhentikan proses memasak pada bila-bila masa supaya anda boleh:
• Memeriksa makanan
• Membalikkan makanan atau mengacaunya
• Membiarkan ia
Untuk memberhentikan
proses memasak...
Kemudian...
Buat sementara waktu • Buka pintu. Proses memasak berhenti.
• Untuk meneruskan proses memasak, tutup pintu ketuhar
sekali lagi dan tekan butang START (MULA).
Sepenuhnya • Tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO) sekali.
Proses memasak berhenti.
• Jika anda mahu membatalkan tetapan memasak, tekan
butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO) sekali lagi.
GE731K-M_XSM_DE68-03917L-00_MS+ZH+EN.indb 15 2017-05-16 11:45:29

Penggunaan ketuhar
16 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Menetapkan mod penjimatan tenaga
Ketuhar ini mempunyai mod Penjimatan tenaga. Kemudahan ini menjimatkan elektrik apabila
ketuhar tidak digunakan.
• Tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO).
Paparan dipadamkan.
• Untuk menghentikan mod jimat tenaga,
buka pintu atau tekan butang STOP/ECO
(BERHENTI/EKO) dan kemudian paparan
menunjukkan waktu semasa. Ketuhar sedia
untuk digunakan.
NOTA
Fungsi penjimatan tenaga auto
Jika anda tidak memilih mana-mana fungsi ketika alat berada di tengah-tengah tetapan
atau beroperasi dengan keadaan berhenti sementara waktu, fungsi dibatalkan dan jam akan
dipaparkan selepas 25 minit.
Lampu ketuhar akan dimatikan selepas 5 minit dengan keadaan pintu terbuka.
Menggunakan ciri kukus sihat
Dengan ciri Kukus Sihat, masa memasak dilaraskan secara automatik.
Anda boleh memilih makanan dengan menekan butang Healthy Steam (Kukus Sihat) dan
butang Naik/Turun seberapa banyak kali yang perlu.
Mula-mula, letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar dan tutup pintu ketuhar.
04
01
02
02 03
1. Tekan butang Healthy Steam (Kukus Sihat)
yang anda mahu kategori yang diperlukan.
2. Tekan butang Naik/Turun untuk memilih
makanan yang anda mahu. Dan kemudian
tekan butang Select (Pilih) untuk memilih jenis
makanan.
3. Pilih saiz hidangan dengan menekan butang
Naik/Turun.
4. Tekan butang START (MULA).
Apabila ia selesai:
1) Ketuhar berbunyi bip empat kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan berbunyi
bip 3 kali. (sekali setiap minit)
3) Masa semasa dipaparkan sekali lagi.
AWAS
Hanya gunakan bekas yang selamat digunakan dengan gelombang mikro.
GE731K-M_XSM_DE68-03917L-00_MS+ZH+EN.indb 16 2017-05-16 11:45:29

Bahasa Melayu 17
Penggunaan ketuhar
Panduan masakan kukus kuasa
Pengukus Kuasa adalah berasaskan prinsip mengukus, dan direka bentuk untuk proses
memasak yang cepat dan sihat menggunakan ketuhar Gelombang Mikro Samsung anda.
Aksesori ini ideal untuk memasak nasi, pasta, sayur, dsb. dalam masa yang amat pantas, sambil
memelihara khasiat pemakanannya.
Set Pengukus Kuasa Gelombang Mikro ini terdiri daripada 3 item:
Mangkuk Dulang sisip Penutup
Semua bahagian tahan suhu daripada -10 °C hingga 130 °C.
Sesuai untuk disimpan di dalam simpanan sejuk beku. Boleh juga digunakan secara berasingan
atau bersama.
Syarat penggunaan
NOTA
• Jangan gunakan:
untuk memasak makanan dengan kandungan gula atau lemak yang tinggi, dengan fungsi
gril atau haba berputar atau di atas hob.
• Basuh semua bahagian dengan bersih dalam air bersabun sebelum digunakan kali
pertama.
• Untuk mengetahui masa memasak, sila rujuk arahan dalam jadual pada halaman
seterusnya.
Penyenggaraan
Pengukus anda boleh dibasuh di dalam pembasuh pinggan mangkuk.
Apabila membasuh dengan tangan, gunakan air panas dan cecair pembersih pinggan mangkuk.
Jangan gunakan pad lelas.
Beberapa makanan (seperti tomato) boleh mengubah warna plastik. Ini adalah biasa dan bukan
kerosakan pembuatan.
Mencair beku
Letakkan makanan sejuk beku di dalam mangkuk kukus tanpa penutupnya. Cecair akan kekal
di bahagian bawah periuk dan tidak akan menjejaskan makanan.
Mengendalikan pemasak kukus tulen
+
Mangkuk + Penutup Mangkuk dengan Dulang sisip + Penutup
AWAS
• Take special care when opening the lid of your steamer, because the steam escaping may
be very hot.
• Gunakan sarung tangan ketuhar semasa mengendalikan makanan selepas memasak.
GE731K-M_XSM_DE68-03917L-00_MS+ZH+EN.indb 17 2017-05-16 11:45:29

Penggunaan ketuhar
18 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Jadual yang berikut menunjukkan Program Kukus Sihat, kuantiti, masa biar (standing times)
dan pengesyoran yang sesuai.
Kod/Makanan Saiz hidangan Arahan
1
Floret Brokoli
200 g
400 g
Basuh dan bersihkan brokoli segar dan sediakan
oret. Tambah 150 ml air ke dalam mangkuk kukus
tulen. Letakkan brokoli di atas dulang sisip dan
letakkan di dalam mangkuk kukus tulen. Tutup
dengan penutup. Selepas memasak, biarkan selama
2-3 minit.
2
Lobak Merah
yang Dihiris
200 g
400 g
Bilas dan bersihkan lobak merah. Tambah 150 ml
air ke dalam mangkuk kukus tulen. Letakkan lobak
merah di atas dulang sisip dan letakkan di dalam
mangkuk kukus tulen. Tutup dengan penutup. Selepas
memasak, biarkan selama 2-3 minit.
3
Floret Kubis
Bunga
300 g
500 g
Basuh dan bersihkan kubis bunga segar dan sediakan
oret. Tambah 150 ml air ke dalam mangkuk kukus
tulen. Letakkan kubis bunga di atas dulang sisip
dan letakkan di dalam mangkuk kukus tulen. Tutup
dengan penutup. Selepas memasak, biarkan selama
2-3 minit.
4
Sayur-sayuran
berdaun hijau
200 g
400 g
Tambah 150 ml air ke dalam mangkuk kukus tulen.
Bilas sayur-sayuran berdaun hijau. Letakkannya di
atas dulang sisip dan letakkan di dalam pengukus
kaca. Tutup dengan penutup. Selepas memasak,
biarkan selama 2-3 minit.
5
Labu
300 g
600 g
Bilas dan hiris labu kepada 8 bahagian yang sama.
Tambah 150 ml air ke dalam mangkuk kukus tulen.
Letakkan labu di atas dulang sisip dan letakkan di
dalam mangkuk kukus tulen. Tutup dengan penutup.
Selepas memasak, biarkan selama 2-3 minit.
Kod/Makanan Saiz hidangan Arahan
6
Kentang yang
Dikupas
250 g
500 g
Basuh dan kupas kentang dan potong kepada saiz
yang serupa. Tambah 150 ml air ke dalam mangkuk
kukus tulen. Letakkan kentang di atas dulang sisip
dan letakkan di dalam mangkuk kukus tulen. Tutup
dengan penutup. Selepas memasak, biarkan selama
2-3 minit.
7
Beras Putih
200 g Letakkan beras putih ke dalam mangkuk kukus tulen.
Tambahkan 500 ml air sejuk. Tutup dengan penutup.
Selepas memasak, biarkan selama 5 minit.
8
Beras Ceruh
200 g Letakkan beras ceruh ke dalam mangkuk kukus tulen.
Tambahkan 500 ml air sejuk. Tutup dengan penutup.
Selepas memasak, biarkan selama 5 minit.
9
Oat
200 g Letakkan oat ke dalam mangkuk kukus tulen.
Tambahkan 500 ml air sejuk. Tutup dengan penutup.
Selepas memasak, biarkan selama 5 minit.
10
Barli
200 g Letakkan barli ke dalam mangkuk kukus tulen.
Tambahkan 500 ml air sejuk. Tutup dengan penutup.
Selepas memasak, biarkan selama 5 minit.
11
Dada Ayam
250 g
500 g
Bilas kepingan dan belah permukaan kulit. Tambah
150 ml air ke dalam mangkuk kukus tulen. Letakkan
dada ayam di atas dulang sisip dan letakkan di dalam
mangkuk kukus tulen. Tutup dengan penutup. Selepas
memasak, biarkan selama 2-3 minit.
12
Bubur Ayam
Dihiris
650 g Potong 150 g paha ayam menjadi hirisan, campurkan
dengan tepung jagung, Tambah 400 ml air dan stok
ayam ke dalam mangkuk kukus tulen. Letakkan
hirisan ayam dan 100 g beras kembang ke dalam
mangkuk kukus tulen. Tutup dengan penutup. Selepas
memasak, kacau dan biarkan selama 2-3 minit.
GE731K-M_XSM_DE68-03917L-00_MS+ZH+EN.indb 18 2017-05-16 11:45:29

Bahasa Melayu 19
Penggunaan ketuhar
Kod/Makanan Saiz hidangan Arahan
13
Seekor Ikan
Kukus
300 g
600 g
Bilas seekor ikan dengan air sejuk. Taburkan dengan
1 sudu teh garam dan sedikit serbuk lada. Tuangkan
1 sudu besar kicap soya dan masukkan dalam peti
ais selama 30 minit. Tambah 150 ml air ke dalam
mangkuk kukus tulen. Letakkan seekor ikan di atas
dulang sisip dan letakkan di dalam mangkuk kukus
tulen. Tutup dengan penutup. Selepas memasak,
biarkan selama 2-3 minit.
14
Ladu Kukus
200 g
400 g
Tambah 150 ml air ke dalam mangkuk kukus tulen.
Letakkan ladu sejuk beku di atas dulang sisip dan
letakkan di dalam mangkuk kukus tulen. Tutup
dengan penutup. Selepas memasak, biarkan selama
2-3 minit.
15
Udang kukus
300 g Tambah 150 ml air ke dalam mangkuk kukus tulen.
Bilas udang Segar. Letakkannya di atas dulang sisip
dan letakkan di dalam pengukus kaca. Tutup dengan
penutup. Selepas memasak, biarkan selama 2-3 minit.
Menggunakan ciri pemanasan semula/masakan auto
Dengan ciri Pemanasan Semula/Masakan Auto, masa memasak dilaraskan secara automatik.
Anda boleh menetapkan bilangan hidangan dengan menekan butang Pemanasan Semula/
Masakan Auto yang sesuai seberapa banyak kali yang perlu.
Mula-mula, letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar dan tutup pintu ketuhar.
03
01
02
1. Tekan butang Pemanasan Semula/Masakan
Auto yang anda hendak masak. (Drinks
(Minuman), Ready Meals (Hidangan Siap
Sedia), Frozen Dishes (Makanan Sejuk Beku),
dan Frozen Mini Quich/Pizza (Quiche/Piza
Mini Sejuk Beku).)
2. Tekan Butang Naik/Turun untuk memilih saiz
hidangan. Rujuk jadual di laman berikutnya
untuk keterangan pelbagai tetapan yang
dipraprogram.
3. Tekan butang START (MULA).
Apabila ia selesai:
1) Ketuhar berbunyi bip empat kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan berbunyi
bip 3 kali. (sekali setiap minit)
3) Masa semasa dipaparkan sekali lagi.
AWAS
Hanya gunakan bekas yang selamat digunakan dengan gelombang mikro.
GE731K-M_XSM_DE68-03917L-00_MS+ZH+EN.indb 19 2017-05-16 11:45:30

Penggunaan ketuhar
20 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Jadual yang berikut menunjukkan Program ciri Auto Reheat/Cook (Pemanasan Semula/
Masakan Auto), kuantiti, masa biar (standing times) dan pengesyoran yang sesuai.
Makanan Kod/Saiz
Hidangan Arahan
Hidangan Siap
Sedia
(Dingin)
1. 300-350 g
2. 400-450 g
Masukkan ke dalam pinggan seramik dan tutup
dengan plastik lekap gelombang mikro. Program
ini sesuai untuk hidangan yang terdiri daripada 3
komponen (contohnya daging dengan sos, sayur
dan hidangan sampingan seperti kentang, nasi atau
pasta). Biarkan selama 3 minit.
Makanan Sejuk
Beku
Hidangan Siap
Sedia Sejuk Beku
1. 300-350 g
2. 400-450 g
Ambil hidangan siap sedia sejuk beku dan periksa
sama ada bekasnya sesuai untuk gelombang mikro.
Cucuk plastik hidangan siap sedia. Letakkan hidangan
siap sedia sejuk beku di tengah-tengah. Program ini
sesuai untuk hidangan siap sedia sejuk beku yang
terdiri daripada 3 komponen (contohnya daging
dengan sos, sayur dan hidangan sampingan seperti
kentang, nasi atau pasta). Biarkan selama 4 minit.
Pasta/Gratin
Sejuk Beku
3. 200 g
4. 400 g
Letakkan gratin pasta sejuk beku ke dalam bekas
pyrex kaca yang bersaiz sesuai. Letakkan bekas
di atas rak. Program ini sesuai untuk gratin pasta
sejuk beku seperti lasagna, kaneloni atau makaroni.
Biarkan selama 2-3 minit.
Minuman
1. 150 ml
(1 cawan)
2. 250 ml
(1 koleh)
Tuang ke dalam cawan seramik dan panaskan
semula tanpa ditutup. Letakkan cawan (150 ml) atau
koleh (250 ml) di tengah-tengah pinggan putar,
kacau dengan berhati-hati sebelum dan selepas
masa biar. Biarkan selama 1-2 minit.
Quich/Piza Mini
Sejuk Beku
1. 150 g
(4-6 keping)
2. 250 g
(7-9 keping)
Letakkan quich mini atau piza mini sejuk beku
dengan rata di atas rak.
Menggunakan ciri mencair beku cepat automatik
Ciri Cair Beku Pantas Auto membolehkan anda mencair bekukan daging, daging ayam itik,
ikan, buah/beri.
Masa mencair beku dan aras kuasa dilaraskan secara automatik.
Anda hanya pilih program dan berat makanan.
Mula-mula, letakkan makanan sejuk beku di tengah-tengah pinggan putar dan tutup pintu ketuhar.
01
04
05
02
02 03
1. Tekan butang Rapid Defrost (Cair Beku
Pantas).
2. Pilih jenis makanan yang ingin anda masak
dengan menekan butang Naik/Turun. Rujuk
jadual di laman berikutnya untuk keterangan
pelbagai tetapan yang dipraprogram. Pada
masa itu, tekan butang Select (Pilih) untuk
memilih jenis makanan.
3. Pilih saiz hidangan dengan menekan butang
Naik/Turun.
4. Tekan butang START (MULA).
• Proses mencair beku bermula.
• Ketuhar berbunyi bip separuh
jalan semasa mencair beku untuk
mengingatkan anda supaya membalikkan
makanan itu.
5. Tekan butang START (MULA) sekali lagi untuk
meneruskan proses mencair beku. Setelah
proses memasak selesai, ketuhar akan
berbunyi bip dan mengelipkan “End (Tamat)”
4 kali. Ketuhar kemudian akan berbunyi bip
sekali setiap minit.
NOTA
• Anda juga boleh mencair beku makanan secara manual. Untuk melakukan demikian, pilih
fungsi memasak/memanas semula gelombang mikro dengan aras kuasa 180 W. Rujuk kepada
bahagian yang bertajuk “Memasak/Memanas Semula” pada halaman 14 untuk butiran lanjut.
• Gunakan hanya bekas yang selamat digunakan dengan gelombang mikro.
GE731K-M_XSM_DE68-03917L-00_MS+ZH+EN.indb 20 2017-05-16 11:45:30
This manual suits for next models
1
Table of contents
Languages:
Other Samung Microwave Oven manuals