Samung MG23K3575 Series User manual

Ketuhar Gelombang Mikro
Manual pengguna
MG23K3575**
MG23K3575AS_SP_DE68-04403J-00_MS+ZH+EN.indb 1 3/28/2016 4:22:10 PM

2 Bahasa Melayu
Kandungan
Kandungan
Menggunakan panduan pengguna ini 3
Simbol-simbol berikut digunakan di dalam manual pengguna ini: 3
Arahan keselamatan 3
Arahan keselamatan penting 3
Pemasangan 9
Aksesori 9
Tapak pemasangan 9
Piring putar 9
Penyelenggaraan 10
Pembersihan 10
Penggantian (pembaikan) 10
Penjagaan terhadap tempoh panjang tidak digunakan 10
Panduan carian cepat 11
Ciri-ciri ketuhar 11
Ketuhar 11
Panel kawalan 12
Penggunaan ketuhar 12
Bagaimana ketuhar gelombang mikro berfungsi 12
Memeriksa bagi memastikan ketuhar anda beroperasi dengan betul 13
Memasak/memanas semula 13
Menetapkan masa 14
Aras kuasa dan variasi masa 14
Melaraskan masa memasak 15
Menghentikan proses memasak 15
Menetapkan mod penjimatan tenaga 15
Menggunakan ciri gril gelombang haba 16
Menggunakan ciri auto gelombang haba 16
Menggunakan ciri cair beku pantas. 19
Menggunakan ciri memasak auto 20
Menggunakan ciri-ciri kekal panas 22
Menyatukan gelombang mikro dan gril 23
Menggunakan ciri gril+30s 24
Menggunakan ciri kunci kanak-kanak 24
Mematikan pembunyi bip 24
Panduan perkakas memasak 25
Panduan memasak 26
Penyelesaian masalah dan kod maklumat 35
Penyelesaian masalah 35
Kod maklumat 38
Spesifikasi teknikal 39
MG23K3575AS_SP_DE68-04403J-00_MS+ZH+EN.indb 2 3/28/2016 4:22:10 PM

Bahasa Melayu 3
Menggunakan panduan pengguna ini
Arahan keselamatan
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
BACA DENGAN TELITI DAN SIMPAN UNTUK RUJUKAN PADA
MASA HADAPAN.
FUNGSI GELOMBANG MIKRO SAHAJA
AMARAN: Jika pintu atau kedap pintu rosak, ketuhar tidak boleh
dikendalikan sehingga ia telah dibaiki oleh orang yang cekap.
AMARAN: Adalah merbahaya bagi seseorang yang tidak
cekap menjalankan sebarang servis atau operasi pembaikan
yang melibatkan kerja menanggalkan penutup yang memberi
perlindungan daripada pendedahan kepada tenaga gelombang
mikro.
AMARAN: Cecair dan makanan lain tidak boleh dipanaskan di
dalam bekas yang di kedap kerana ia boleh meletup.
AMARAN: Hanya benarkan kanak-kanak menggunakan ketuhar
tanpa penyeliaan apabila arahan yang mencukupi telah
diberikan supaya kanak-kanak tersebut boleh menggunakan
ketuhar dengan cara yang selamat dan memahami bahaya
penggunaan yang tidak betul.
Alat ini bertujuan untuk digunakan dalam rumah sahaja dan ia
tidak bertujuan untuk digunakan seperti:
• kawasan kakitangan dapur di dalam kedai, pejabat dan
persekitaran bekerja yang lain;
Menggunakan panduan pengguna ini
Anda baru sahaja membeli ketuhar gelombang mikro SAMSUNG. Panduan Pemilik anda
mengandungi maklumat yang berguna mengenai cara memasak menggunakan ketuhar
gelombang mikro anda:
• Langkah-langkah keselamatan
• Aksesori dan perkakas memasak yang sesuai
• Petua memasak yang berguna
• Petua memasak
Simbol-simbol berikut digunakan di dalam manual pengguna ini:
AMARAN
Bahaya atau amalan-amalan yang tidak selamat yang boleh menyebabkan kecederaan diri
yang teruk atau kematian.
AWAS
Bahaya atau amalan-amalan yang tidak selamat yang boleh menyebabkan kecederaan diri
yang tidak serius atau kematian.
NOTA
Petua-petua, saranan, atau maklumat berguna yang membantu pengguna
memanipulasikan produk.
MG23K3575AS_SP_DE68-04403J-00_MS+ZH+EN.indb 3 3/28/2016 4:22:10 PM

4 Bahasa Melayu
Arahan keselamatan
Arahan keselamatan
• rumah ladang;
• oleh klien di hotel, motel dan persekitaran penginapan
yang lain;
• persekitaran jenis inap-sarapan;
Hanya gunakan perkakas dapur yang sesuai untuk digunakan
dalam ketuhar gelombang mikro.
Apabila memanaskan makanan dalam bekas plastik atau
kertas, perhatikan ketuhar untuk mengesan kemungkinan
pencetusan bunga api.
Bekas logam untuk makanan dan minuman tidak dibenarkan
semasa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro.
Ketuhar gelombang mikro dimaksudkan untuk pemanasan
makanan dan minuman. Pengeringan makanan atau pakaian
dan pemanasan pad penghangat, selipar, span, kain lembap
dan yang seakan-akan sama boleh menyebabkan risiko
kecederaan, penyalaan atau kebakaran.
Jika asap dikeluarkan, matikan atau cabut palam alat dan
pastikan pintu ketuhar ditutup untuk mematikan api;
Memanaskan minuman menggunakan gelombang mikro boleh
mengakibatkan pendidihan meluap tertunda, oleh itu pastikan
anda berhati-hati apabila memegang bekas.
Kandungan botol makanan bayi dan balang makanan bayi
harus dikacau atau di goncang dan suhunya diperiksa
sebelum makanan dimakan, bagi mengelakkan luka terbakar.
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus dipanaskan di
dalam ketuhar gelombang mikro oleh kerana ia boleh meletup,
walaupun setelah pemanasan gelombang mikro telah selesai.
Ketuhar harus dibersihkan dengan tetap dan sebarang
cebisan makanan ditanggalkan.
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan yang
bersih boleh mengakibatkan kerosakan pada permukaannya
yang boleh memendekkan hayat peralatan ini dan mungkin
mengakibatkan situasi yang berbahaya.
Ketuhar gelombang mikro ini dimaksudkan untuk digunakan
di atas kaunter (bebas) sahaja, ketuhar gelombang mikro ini
tidak harus diletakkan di atas kabinet.
Alat ini tidak sepatutnya dibersihkan dengan pancutan air.
Alat ini tidak dimaksudkan untuk dipasang di dalam kenderaan
jalan raya, karavan, dan kenderaan-kenderaan yang serupa dll.
Alat ini bukan untuk digunakan oleh orang-orang (termasuk
kanak-kanak) yang mempunyai keupayaan fizikal, sensori
atau mental yang kurang, atau tidak berpengalaman dan
berpengetahuan, kecuali mereka telah diberikan penyeliaan
atau arahan tentang penggunaan alat ini oleh orang yang
bertanggungjawab bagi keselamatan mereka.
Kanak-kanak harus diselia bagi memastikan mereka tidak
bermain dengan alat ini.
MG23K3575AS_SP_DE68-04403J-00_MS+ZH+EN.indb 4 3/28/2016 4:22:10 PM

Bahasa Melayu 5
Arahan keselamatan
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun
ke atas dan orang-orang yang kekurangan keupayaan fizikal,
deria atau mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan
jika mereka telah diselia atau diberi arahan mengenai
penggunaan alat dengan cara yang selamat dan memahami
bahaya yang terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain
dengan alat ini. Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna
tidak seharusnya dilakukan oleh kanak-kanak tanpa seliaan.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, ejen
perkhidmatannya atau orang-orang yang sama berkelayakan
bagi mengelakkan bahaya.
Ketuhar ini mesti diletakkan mengadap arah dan ketinggian
yang betul yang membenarkan capaian mudah pada rongga
dan kawasan kawalan.
Sebelum menggunakan ketuhar anda buat kali pertama,
ketuhar harus dikendalikan bersama air selama 10 minit dan
kemudian baru digunakan.
Jika ketuhar ini mengeluarkan bunyi bising, bau terbakar
atau mengeluarkan asap , cabut palam kuasa dengan segera
dan hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
Ketuhar gelombang mikro harus diletakkan di tempat yang
sesuai supaya palamnya mudah dicapai.
FUNGSI KETUHAR SAHAJA PILIHAN
AMARAN: Apabila alat dikendalikan dalam mod kombinasi,
kanak-kanak hanya boleh menggunakan ketuhar di bawah
penyeliaan orang dewasa kerana suhu yang dijana.
Semasa digunakan, alat ini menjadi panas. Berhati-hati agar
tidak menyentuh elemen-elemen pemanas di dalam ketuhar.
AMARAN: Bahagian-bahagian yang boleh dicapai akan
menjadi panas semasa digunakan. Kanak-kanak kecil tidak
harus mendekati ketuhar.
Pembersih wap tidak boleh digunakan.
Jangan gunakan pembersih kasar yang kuat atau pengerik
logam yang tajam untuk membersihkan kaca pintu ketuhar
kerana ia boleh mencalarkan permukaannya, yang boleh
mengakibatkan kaca itu pecah.
AMARAN: Pastikan alat ini dimatikan sebelum menggantikan
lampu bagi mengelakkan kemungkinan kejutan elektrik.
Jangan gunakan pembersih kasar yang kuat atau pengerik
logam yang tajam untuk membersihkan kaca pintu ketuhar
kerana ia boleh mencalarkan permukaannya, yang boleh
mengakibatkan kaca itu pecah.
AMARAN: Alat dan bahagian alat yang boleh dicapai menjadi
panas semasa penggunaan.
MG23K3575AS_SP_DE68-04403J-00_MS+ZH+EN.indb 5 3/28/2016 4:22:10 PM

6 Bahasa Melayu
Arahan keselamatan
Arahan keselamatan
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun
ke atas dan orang-orang yang kekurangan keupayaan fizikal,
deria atau mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan
jika mereka telah diselia atau diberi arahan mengenai
penggunaan alat dengan cara yang selamat dan memahami
bahaya yang terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain
dengan alat ini. Kanak-kanak tidak sepatutnya melakukan
pembersihan dan penyenggaraan pengguna melainkan
mereka berusia daripada 8 tahun ke atas dan diawasi.
Jauhkan alat dan kordnya daripada capaian kanak-kanak
berusia kurang daripada 8 tahun.
Keselamatan umum
Sebarang pengubahsuaian atau pembaikan perlu dilakukan oleh kakitangan berkelayakan
sahaja.
Jangan panaskan makanan atau cecair yang dikedapkan dalam bekas untuk fungsi gelombang
mikro.
Jangan gunakan benzena, pencair, alkohol, pembersih wap atau pembersih tekanan tinggi
untuk membersihkan alat ini.
Jangan pasang ketuhar berdekatan dengan alat pemanas atau bahan mudah terbakar; lokasi
yang lembap, berminyak, berhabuk atau didedahkan kepada cahaya matahari secara terus
atau air; atau di mana gas mungkin bocor; atau permukaan yang tidak rata.
Alat ini mesti dibumikan dengan betul menurut kod-kod tempatan dan antarabangsa.
Gunakan kain kering secara kerap untuk menanggalkan bahan asing daripada terminal palam
kuasa dan sentuhan.
Jangan tarik atau terlalu bengkokkan atau letakkan objek berat atas kord kuasa.
Jika terdapat kebocoran gas (propana, LP, dsb) alih udarakan dengan segera. Jangan sentuh
kord kuasa.
Jangan sentuh kord kuasa dengan tangan yang basah.
Semasa ketuhar beroperasi, jangan matikannya dengan menanggalkan kord kuasa.
Berhati-hati agar tidak menyentuh elemen-elemen pemanas.
Kanak-kanak berusia kurang daripada 8 tahun seharusnya
dijauhkan melainkan sentiasa diselia.
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun
ke atas dan orang-orang yang kekurangan keupayaan fizikal,
deria atau mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan
jika mereka telah diselia atau diberi arahan mengenai
penggunaan alat dengan cara yang selamat dan memahami
bahaya yang terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain
dengan alat ini. Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna
tidak seharusnya dilakukan oleh kanak-kanak tanpa seliaan.
Pintu atau permukaan luar mungkin menjadi panas semasa
alat sedang beroperasi.
Suhu permukaan boleh dicapai mungkin tinggi semasa alat
sedang beroperasi.
Alat-alat tidak dimaksudkan untuk dikendalikan dengan
menggunakan pemasa luaran atau sistem kawalan jauh
berasingan.
MG23K3575AS_SP_DE68-04403J-00_MS+ZH+EN.indb 6 3/28/2016 4:22:11 PM

Bahasa Melayu 7
Arahan keselamatan
Jangan selitkan jari atau bahan asing. Jika bahan asing memasuki ketuhar, tanggalkan kord
kuasa dan hubungi pusat perkhidmatan Samsung tempatan.
Jangan kenakan tekanan atau hentaman berlebihan pada alat.
Jangan letak ketuhar di atas objek mudah pecah.
Pastikan voltan kuasa, frekuensi, dan arus sepadan dengan spesifikasi produk.
Pasang palam kuasa pada soket dinding dengan kukuh. Jangan gunakan penyesuai berbilang
palam, kord pemanjang atau pengubah elektrik.
Jangan cangkukkan kord kuasa pada objek logam. Pastikan kord berada di antara objek atau di
belakang ketuhar.
Jangan gunakan palam kuasa yang rosak, kord kuasa yang rosak atau soket dinding yang
longgar. Untuk palam atau kord kuasa yang rosak, hubungi pusat perkhidmatan Samsung
tempatan.
Jangan tuang atau sembur air pada ketuhar.
Jangan letakkan objek di atas ketuhar, di dalam atau di pintu ketuhar.
Jangan semburkan bahan meruap seperti ubat serangga pada permukaan ketuhar.
Jangan simpan bahan-bahan mudah terbakar di dalam ketuhar. Oleh kerana wap alkohol boleh
mengenai bahagian ketuhar yang panas, berhati-hati apabila memanaskan makanan atau
minuman yang mengandungi alkohol.
Kanak-kanak mungkin berlanggar atau jari mereka tersepit di pintu. Apabila membuka/
menutup pintu, pastikan kanak-kanak tidak ada yang berdekatan.
Amaran gelombang mikro
Memanaskan minuman menggunakan gelombang mikro mungkin mengakibatkan pendidihan
meluap tertunda, sentiasa berhati-hati apabila memegang bekas. Biarkan minuman berada
di dalam ketuhar sekurang-kurangnya 20 saat sebelum mengendalikannya. Jika perlu, kacau
semasa dipanaskan. Sentiasa kacau selepas dipanaskan.
Sekiranya kulit anda melecur, ikut arahan Pertolongan Cemas berikut:
1. Rendam bahagian yang melecur dalam air sejuk selama sekurang-kurangnya 10 minit.
2. Balut dengan pembalut yang bersih dan kering.
3. Jangan sapu sebarang krim, minyak atau losen.
Untuk mengelakkan kerosakan pada dulang atau rak, jangan letak dulang atau rak di dalam air
sejurus selepas memasak.
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro untuk menggoreng dengan minyak yang banyak
kerana suhu minyak tidak boleh dikawal. Ini boleh menyebabkan minyak yang panas itu
mendidih secara mendadak.
Langkah berhati-hati ketuhar gelombang mikro
Hanya gunakan peralatan yang tahan gelombang mikro. Jangan gunakan bekas logam,
pinggan mangkuk dan pencucuk dengan hiasan emas atau perak.
Tanggalkan ikatan pintalan wayar. Pengarkaan elektrik mungkin berlaku.
Jangan gunakan ketuhar untuk mengeringkan kertas atau kain.
Gunakan masa yang lebih singkat untuk makanan yang sedikit bagi mengelakkan pemanasan
berlebihan atau hangus.
Jauhkan kord kuasa dan palam kuasa daripada sumber air dan haba.
Untuk mengelakkan risiko letupan, jangan panaskan telur yang berkulit atau telur yang
direbus keras. Jangan panaskan bekas kedap udara atau kedap vakum, kekacang, tomato, dsb.
Jangan tutup lubang-lubang alur pengalihan udara dengan kain atau kertas. Ini ialah punca
kebakaran. Ketuhar juga mungkin menjadi terlalu panas dan dimatikan secara automatik, dan
akan kekal dimatikan sehingga ia sejuk secukupnya.
Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar apabila mengeluarkan hidangan.
Kacau cecair separuh masa semasa memanas atau selepas pemanasan tamat dan biarkan
cecair sekurang-sekurangnya 20 saat selepas pemanasan untuk mencegah didihan yang
membuak-buak.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila membuka pintunya untuk mengelakkan
melecur disebabkan udara atau wap panas yang keluar.
Jangan kendalikan ketuhar semasa ia kosong. Ketuhar akan dimatikan secara automatik
selama 30 minit untuk tujuan keselamatan. Kami menyarankan meletakkan segelas air di
dalam ketuhar sepanjang masa untuk menyerap gelombang mikro jika ketuhar dihidupkan
secara tidak sengaja.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan di dalam manual ini. (Lihat Memasang ketuhar
gelombang mikro Anda)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain ke soket berhampiran ketuhar.
MG23K3575AS_SP_DE68-04403J-00_MS+ZH+EN.indb 7 3/28/2016 4:22:11 PM

8 Bahasa Melayu
Arahan keselamatan
Arahan keselamatan
Waranti terhad
Samsung akan mengenakan caj pembaikan bagi menggantikan aksesori atau memperbaiki
kecacatan kosmetik sekiranya kerosakan pada unit atau aksesori disebabkan oleh pelanggan.
Item yang dilindungi oleh syarat ini termasuk:
• Pintu, pemegang, panel luar, atau panel kawalan yang kemik, tercalar, atau pecah.
• Tray, roda pandu, pengganding atau rak wayar yang rosak atau hilang.
Gunakan ketuhar ini hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti yang diterangkan di
dalam manual arahan ini. Amaran dan Arahan Keselamatan di dalam buku panduan ini tidak
merangkumi semua keadaan dan situasi yang boleh berlaku. Anda bertanggungjawab untuk
menggunakan akal, berwaspada dan berhati-hati semasa memasang, menyelenggarakan dan
mengendalikan ketuhar anda.
Oleh kerana arahan pengendalian berikut meliputi pelbagai model, ciri ketuhar gelombang
mikro anda mungkin berbeza sedikit daripada yang diterangkan di dalam manual ini dan
bukan semua tanda-tanda amaran boleh digunakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan
atau keprihatinan, hubungi pusat perkhidmatan Samsung di tempat anda atau dapatkan
bantuan dan maklumat dalam talian di www.samsung.com.
Gunakan ketuhar ini untuk memanaskan makanan sahaja. Ianya bertujuan untuk
kegunaandomestik sahaja. Jangan panaskan apa-apa jenis tekstil atau kusyen yang diisi
dengan bijian. Pengilang tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk kerosakan yang
disebabkan oleh penggunaan ketuhar yang tidak sesuai atau tidak betul.
Untuk mengelakkan daripada permukaan ketuhar menjadi lusuh dan situasi berbahaya,
sentiasa pastikan ketuhar bersih dan diselenggarakan dengan baik.
Langkah berjaga-jaga dalam mengoperasi ketuhar gelombang mikro
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh mengakibatkan pendedahan
kepada tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
• Jangan kendalikan ketuhar semasa pintu terbuka. Jangan usik kunci salingan
keselamatan (selak pintu). Jangan selit apa-apa ke dalam lubang kunci salingan
keselamatan.
• JANGAN letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan muka depan atau
membiarkan sisa makanan atau bahan pembersih terkumpul pada permukaan kedap.
Pastikan pintu dan permukaan pengedap pintu sentiasa bersih dengan mengelapnya
dengan kain lembap dan kemudian dengan kain kering yang lembut setiap kali selepas
digunakan.
• Jangan kendalikan ketuhar jika ia rosak. Hanya kendalikannya selepas ia diperbaik oleh
juruteknik yang berkelayakan.
Penting: pintu ketuhar mesti ditutup dengan betul. Pintu tidak boleh melengkung; selak
tidak boleh pecah atau longgar; pengedap pintu dan permukaan pengedap tidak boleh
rosak.
• Semua pelarasan atau pembaikan perlu dilakukan oleh juruteknik yang berkelayakan.
MG23K3575AS_SP_DE68-04403J-00_MS+ZH+EN.indb 8 3/28/2016 4:22:11 PM

Bahasa Melayu 9
Pemasangan
Pemasangan
Aksesori
Bergantung kepada model yang telah anda beli, anda diberikan beberapa aksesori yang boleh
digunakan dengan pelbagai cara.
01
01 Gelang roda, perlu diletakkan di tengah-
tengah ketuhar.
Tujuan: Gelang roda menyokong pinggan
putar.
02
02 Pinggan putar, perlu diletakkan pada gelang
roda dengan bahagian tengahnya terpasang
pada pengganding.
Tujuan: Pinggan putar berfungsi sebagai
permukaan memasak utama; ia
boleh dikeluarkan dengan mudah
untuk dibersihkan.
03
03 Rak gril, perlu diletakkan di atas pinggan
putar.
Tujuan: Rak-rak logam boleh digunakan
dalam gril dan proses memasak
kombinasi.
PENTING
JANGAN kendalikan ketuhar gelombang mikro tanpa gelang pengguling dan piring putar.
Tapak pemasangan
10 sm di
belakang
20 sm di
atas
10 sm di
tepi
85 sm dari
lantai
• Pilih permukaan rata, mendatar sekitar
85 sm atas lantai. Permukaan itu mestilah
menyokong berat ketuhar.
• Bilik yang selamat untuk pengudaraan,
sekurang-kurangnya 10 sm daripada dinding
belakang dan kedua-dua tepi, dan 20 sm
daripada atas.
• Jangan pasang ketuhar dalam persekitaran
yang panas atau lembap, seperti di sebelah
penyinar atau ketuhar gelombang mikro lain.
• Mematuhi spesifikasi bekalan kuasa ketuhar
ini. Hanya gunakan kabel sambungan jika
anda perlu menggunakannya.
• Lap bahagian dalam dan pengadang
pintu dengan kain yang lembap sebelum
menggunakan ketuhar anda buat pertama
kali.
Piring putar
Buang semua bahan pembungkusan dari bahagian
dalam ketuhar. Pasang gelang pengguling dan
pinggan putar. Periksa bagi memastikan pinggan
putar berputar dengan bebas.
MG23K3575AS_SP_DE68-04403J-00_MS+ZH+EN.indb 9 3/28/2016 4:22:11 PM

10 Bahasa Melayu
Penyelenggaraan
Penyelenggaraan
Pembersihan
Bersihkan ketuhar dengan kerap untuk mengelakkan kotoran daripada terkumpul pada atau di
dalam ketuhar. Berikan juga perhatian khusus pada pintu, pengadang pintu, dan pinggan putar
serta gelang roda (model berkenaan sahaja).
Jika pintu tidak terbuka dan tertutup dengan lancar, periksa dahulu jika pengadang pintu telah
mengumpulkan kotoran. Gunakan kain lembut dalam air sabun untuk membersihkan kedua-
dua bahagian dalam dan luar ketuhar. Bilas dan keringkan.
Untuk membuang kotoran degil dengan bau busuk daripada bahagian dalam ketuhar
1. Dengan ketuhar yang kosong, letakkan secawan jus lemon yang dicairkan di tengah
pinggan putar.
2. Panaskan ketuhar selama 10 minit pada kuasa maks.
3. Apabila kitaran lengkap, tunggu sehingga ketuhar menyejuk. Kemudian, buka pintu dan
bersihkan ruang memasak.
Untuk membersihkan bahagian dalam model pemanas-berputar
Untuk membersihkan kawasan atas ruang
memasak, rendahkan elemen pemanasan atas
sebanyak 45° seperti yang ditunjukkan. Ini akan
membantu membersihkan kawasan atas. Apabila
selesai, letakkan semula elemen pemanasan atas.
AWAS
• Pastikan pintu dan pengadang pintu bersih dan pastikan pintu terbuka dan tertutup
dengan lancar. Jika tidak, kitar hidup ketuhar akan pendek.
• Ambil langkah berjaga-jaga untuk tidak menumpahkan air ke dalam pengudaraan ketuhar.
• Jangan gunakan sebarang bahan kimia atau pelelas untuk pembersihan.
• Selepas setiap penggunaan ketuhar, gunakan bahan pencuci lembut untuk membersihkan
ruang memasak selepas menunggu ketuhar untuk menyejuk.
Penggantian (pembaikan)
AMARAN
Ketuhar ini tidak mempunyai bahagian boleh alih-pengguna di dalam. Jangan cuba untuk
menggantikan atau membaiki ketuhar sendiri.
• Jika anda menghadapi masalah dengan engsel, pengadang, dan/atau pintu, hubungi
juruteknik bertauliah atau pusat perkhidmatan Samsung setempat untuk mendapatkan
bantuan teknikal.
• Jika anda mahu menggantikan mentol lampu, hubungi pusat perkhidmatan Samsung
setempat. Jangan menggantikan ia sendiri.
• Jika anda menghadapi masalah dengan perumah luar ketuhar, cabut palam kod kuasa
daripada sumber kuasa, dan kemudian hubungi pusat perkhidmatan Samsung setempat.
Penjagaan terhadap tempoh panjang tidak digunakan
• Jika anda tidak menggunakan ketuhar untuk tempoh yang panjang, cabut palam daripada
kod kuasa dan alihkan ketuhar ke lokasi yang kering, bebas habuk. Habuk dan lembapan
yang terbina di dalam ketuhar mungkin menjejaskan prestasi ketuhar.
MG23K3575AS_SP_DE68-04403J-00_MS+ZH+EN.indb 10 3/28/2016 4:22:11 PM

Bahasa Melayu 11
Panduan carian cepat
Panduan carian cepat
Jika anda mahu memasak makanan.
Letakkan makanan itu di dalam ketuhar.
Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil: Proses memasak bermula.
Apabila ia selesai:
1) Ketuhar berbunyi bip empat kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan berbunyi
bip 3 kali (sekali setiap minit).
3) Masa semasa dipaparkan semula.
Jika anda mahu mengril makanan.
Letakkan makanan itu di dalam ketuhar. Tekan
butang Grill+30s (Gril+30s).
Hasil: Gril bermula.
1) Ketuhar berbunyi bip empat kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan berbunyi
bip 3 kali (sekali setiap minit)
3) Masa semasa dipaparkan semula.
Jika anda ingin menambah 30 saat tambahan.
1
2
1. Tekan butang START/+30s (MULA/+30s)
sekali atau beberapa kali bagi setiap 30 saat
tambahan yang ingin anda tambahkan.
2. Dengan memutar Tombol Dail, anda boleh
tetapkan masa yang anda mahu.
Ciri-ciri ketuhar
Ketuhar
01 02 060504
11 120908
03
1007
01 Pemegang pintu 02 Pintu 03 Lubang pengalihan
udara
04 Gril pinggan 05 Elemen pemanas 06 Lampu
07 Selak pintu 08 Piring putar 09 Pengganding
10 Gelang roda 11 Lubang saling kunci
keselamatan
12 Panel kawalan
MG23K3575AS_SP_DE68-04403J-00_MS+ZH+EN.indb 11 3/28/2016 4:22:12 PM

12 Bahasa Melayu
Ciri-ciri ketuhar
Panel kawalan
01
03
05
07
12
09
02
04
06
08
11
10
01 Butang Heat Wave Grill
(Gril Gelombang Haba)
02 Butang Heat Wave Auto
(Auto Gelombang Haba)
03 Butang Quick Defrost (Cair Beku Pantas)
04 Butang Auto Cook (Auto Masak)
05 Butang Microwave (Gelombang Mikro)
06 Butang Keep Warm (Kekal Panas)
07 Butang Combi (Kombi)
08 Butang Grill+30s (Gril+30s)
09 Tombol Dail (Berat/Hidangan/Masa)
10 Butang Pilih/Jam
11 Butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO)
12 Butang START/+30s (MULA/+30s)
Penggunaan ketuhar
Bagaimana ketuhar gelombang mikro berfungsi
Gelombang mikro adalah gelombang elektromagnetik berfrekuensi tinggi; tenaga yang
dikeluarkan membolehkan makanan dimasak atau dipanaskan semula tanpa mengubah bentuk
atau warna.
Anda boleh menggunakan ketuhar gelombang mikro anda untuk:
• Mencair beku
• Memanas semula
• Memasak
Dasar memasak.
1. Gelombang mikro yang dijana magnetron
dipantulkan pada rongga ketuhar dan
diagihkan dengan seragam sementara
makanan berputar di atas pinggan putar.
Dengan itu, makanan dimasak sama rata.
2. Gelombang mikro diserap makanan
sehingga kira-kira sedalam 1 inci (2.5 cm).
Proses memasak berterusan apabila haba
dilesapkan di dalam makanan.
3. Masa memasak berbeza-beza mengikut
bekas yang digunakan dan sifat-sifat
makanan:
• Kuantiti dan ketumpatan
• Kandungan air
• Suhu awal (disejukkan atau tidak)
PENTING
Oleh kerana bahagian tengah makanan dimasak melalui pelesapan haba, proses memasak
masih berterusan walaupun anda sudah mengeluarkan makanan dari ketuhar. Masa biar yang
ditentukan dalam resipi dan dalam buku panduan ini hendaklah dipatuhi bagi memastikan:
• Pemasakan makanan yang rata hingga ke bahagian tengah.
• Suhu yang sama pada seluruh makanan.
Ciri-ciri ketuhar
MG23K3575AS_SP_DE68-04403J-00_MS+ZH+EN.indb 12 3/28/2016 4:22:12 PM

Bahasa Melayu 13
Penggunaan ketuhar
Memeriksa bagi memastikan ketuhar anda beroperasi dengan betul
Prosedur mudah yang berikut membolehkan anda memeriksa bagi memastikan ketuhar anda
sentiasa berfungsi dengan betul. Jika anda ragu-ragu, rujuk kepada bahagian yang bertajuk
"Penyelesaian Masalah" di halaman 35 hingga 38.
NOTA
Palam ketuhar mestilah dipasang pada soket dinding yang sesuai. Pinggan putar mestilah
berada di kedudukannya di dalam ketuhar. Jika aras kuasa yang lain daripada aras maksimum
(100 % - 800 W) digunakan, air akan mengambil masa lebih lama untuk mendidih.
Buka pintu ketuhar dengan menarik pemegang di sebelah atas pintu.
Letakkan segelas air di atas piring putar. Tutup pintu ketuhar.
Tekan butang START/+30s (MULA/+30s) dan
laraskan masa ke 4 atau 5 minit, dengan menekan
butang START/+30s (MULA/+30s) beberapa kali
mengikut keperluan.
Hasil: Ketuhar akan memanaskan air selama
4 atau 5 minit.
Air itu kemudiannya akan mula
mendidih.
Memasak/memanas semula
Prosedur berikut menerangkan cara memasak atau memanaskan semula makanan.
PENTING
• SENTIASA periksa tetapan memasak anda sebelum meninggalkan ketuhar tanpa dijaga.
• Masa Microwave (Gelombang Mikro) ialah 99 minit.
Buka pintu. Letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar. Tutup pintu ketuhar. Jangan
sekali-kali hidupkan ketuhar gelombang mikro semasa ia kosong.
1
1. Tekan butang Microwave (Gelombang Mikro).
Hasil: Penunjuk 800 W (Kuasa
memasak maksimum)
dipaparkan.
(mod gelombang mikro)
2
2. Pilih aras kuasa yang bersesuaian dengan
memutar Tombol Dail. (Rujuk kepada jadual
aras kuasa.)
Dan kemudian tekan butang Pilih/Jam.
4
3
3. Pilih masa memasak dengan memutar
Tombol Dail.
Hasil: Masa memasak dipaparkan.
4. Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil: Lampu ketuhar menyala dan
pinggan putar mula berputar.
Proses memasak bermula dan
apabila ia selesai.
1) Ketuhar berbunyi bip empat kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan berbunyi
bip 3 kali (sekali setiap minit).
3) Masa semasa dipaparkan semula.
MG23K3575AS_SP_DE68-04403J-00_MS+ZH+EN.indb 13 3/28/2016 4:22:13 PM

14 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Penggunaan ketuhar
Menetapkan masa
Apabila ada bekalan elektrik, "88:88" dan kemudian "12:00" dipaparkan secara automatik pada
paparan.
Sila tetapkan masa. Masa boleh dipaparkan dalam notasi 12 jam atau 24 jam. Anda mestilah
menetapkan jam:
• Apabila anda mula-mula memasang ketuhar gelombang mikro anda
• Selepas bekalan elektrik terputus
NOTA
Jangan lupa untuk menetap semula jam apabila anda beralih dari waktu musim panas kepada
waktu musim sejuk dan sebaliknya.
1
1. Tekan butang Pilih/Jam.
4
3
2
2. Laraskan notasi 24-jam atau 12-jam dengan
memutar Tombol Dail. Dan kemudian tekan
butang Pilih/Jam.
3. Putar Tombol Dail untuk melaras jam. Dan
kemudian tekan butang Pilih/Jam.
4. Putar Tombol Dail untuk menetapkan minit.
5
5. Apabila masa yang betul dipaparkan, tekan
butang Pilih/Jam untuk memulakan jam.
Hasil: Masa dipaparkan apabila anda
tidak menggunakan ketuhar
gelombang mikro.
Aras kuasa dan variasi masa
Fungsi aras kuasa membolehkan anda menyesuaikan jumlah tenaga yang dilesapkan dan
dengan itu masa yang diperlukan untuk memasak atau memanaskan makanan anda, menurut
jenis dan kuantitinya. Anda boleh memilih antara enam aras kuasa.
Aras kuasa Peratusan Output
TINGGI 100 % 800 W
TINGGI SEDERHANA 75 % 600 W
SEDERHANA 56 % 450 W
RENDAH SEDERHANA 38 % 300 W
MENCAIR BEKU 23 % 180 W
RENDAH 13 % 100 W
Masa memasak yang diberikan dalam resipi dan di dalam buku panduan ini adalah sepadan
dengan aras kuasa tertentu yang ditunjukkan.
Jika anda memilih... Masa memasaknya mestilah...
Aras kuasa lebih tinggi
Aras kuasa lebih rendah
Dikurangkan
Ditambah
MG23K3575AS_SP_DE68-04403J-00_MS+ZH+EN.indb 14 3/28/2016 4:22:13 PM

Bahasa Melayu 15
Penggunaan ketuhar
Melaraskan masa memasak
Anda boleh menambah masa memasak dengan menekan butang START/+30s (MULA/+30s)
sekali untuk setiap 30 saat yang hendak ditambahkan.
Dalam mod Microwave (Gelombang Mikro), Heat Wave Grill (Gril Gelombang Haba) atau Combi
(Kombi), butang START/+30s (MULA/+30s) menambahkan masa memasak.
• Periksa bagaimana perkembangan proses memasak pada bila-bila masa dengan hanya
membuka pintu ketuhar.
• Menambah masa memasak yang tinggal
1
2
Kaedah 1.
Untuk menambah masa memasak makanan anda,
tekan butang START/+30s (MULA/+30s) sekali
untuk setiap 30 saat yang ingin anda tambahkan.
• Contoh: Untuk menambah tiga minit, tekan
butang START/+30s (MULA/+30s) enam kali.
Kaedah 2.
Hanya putar Tombol Dail untuk melaraskan masa
memasak.
• Bagi menambah masa memasak, putar
ke kanan dan bagi mengurangkan masa
memasak, putar ke kiri.
Menghentikan proses memasak
Anda boleh memberhentikan proses memasak pada bila-bila masa supaya anda boleh:
• Memeriksa makanan
• Membalikkan makanan atau mengacaunya
• Membiarkan ia
Untuk memberhentikan
proses memasak...
Kemudian...
Buat sementara waktu Buka pintu dan tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO) sekali.
Hasil: Proses memasak berhenti.
Untuk meneruskan proses memasak, tutup pintu ketuhar sekali
lagi dan tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Sepenuhnya Tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO) sekali.
Hasil: Proses memasak berhenti.
Jika anda mahu membatalkan seting memasak, tekan butang
STOP/ECO (BERHENTI/EKO) sekali lagi.
Menetapkan mod penjimatan tenaga
Ketuhar ini mempunyai mod penjimatan tenaga.
• Tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO).
Hasil: Paparan dipadamkan.
• Untuk menghentikan mod jimat tenaga,
buka pintu dan tekan butang STOP/ECO
(BERHENTI/EKO)dan kemudian paparan
menunjukkan waktu semasa. Ketuhar sedia
untuk digunakan.
NOTA
Fungsi penjimatan tenaga auto
Jika anda tidak memilih mana-mana fungsi ketika alat berada di tengah-tengah tetapan
atau beroperasi dengan keadaan berhenti sementara waktu, fungsi dibatalkan dan jam akan
dipaparkan selepas 25 minit.
Lampu Ketuhar akan dimatikan selepas 5 minit dengan keadaan pintu terbuka.
MG23K3575AS_SP_DE68-04403J-00_MS+ZH+EN.indb 15 3/28/2016 4:22:13 PM

16 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Penggunaan ketuhar
Menggunakan ciri auto gelombang haba
Ciri Heat Wave Auto (Auto Gelombang Haba) mempunyai 15 masa memasak yang
dipraprogramkan. Anda tidak perlu melaras masa memasak atau aras kuasa. Anda boleh
melaraskan bilangan hidangan dengan memutar Tombol Dail.
PENTING
Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar apabila menyentuh bekas di dalam ketuhar, kerana ia
sangat panas.
1
1. Tekan butang Heat Wave Auto
(Auto Gelombang Haba).
3
2
2. Pilih jenis makanan yang ingin anda masak
dengan memutar Tombol Dail.
(Rujuk kepada jadual di sisi.)
3. Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil: Makanan dimasak menurut
seting praprogram yang dipilih.
1) Ketuhar berbunyi bip empat kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan berbunyi
bip 3 kali (sekali setiap minit).
3) Masa semasa dipaparkan semula.
Menggunakan ciri gril gelombang haba
Heat Wave Grill (Gril Gelombang Haba) membolehkan anda memanaskan dan memerang
makanan dengan cepat, tanpa menggunakan microwave (gelombang mikro).
• Bunyi kipas Hidup/Mati ialah keadaan yang biasa apabila Heat Wave Gill (Gril Gelombang
Haba) beroperasi.
• Anda boleh mendapat hasil masakan dan menggril yang lebih baik jika anda
menggunakan rak tinggi.
PENTING
Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar apabila menyentuh bekas di dalam ketuhar, kerana ia
sangat panas.
1. Buka pintu ketuhar dan letakkan makanan di
atas rak dan kemudian tutup pintu ketuhar.
2
2. Tekan butang Heat Wave Grill
(Gril Gelombang Haba).
Hasil: Penunjuk-penunjuk yang berikut
dipaparkan:
(Mod Heat Wave Grill
(Gril Gelombang Haba))
• Anda tidak boleh melaraskan suhu gril.
4
3
3. Laraskan masa menggril dengan memutar
Tombol dail.
• Masa mengril maksimum ialah 60 minit.
4. Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil: Gril bermula.
1) Ketuhar berbunyi bip empat kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan berbunyi
bip 3 kali (sekali setiap minit).
3) Masa semasa dipaparkan semula.
MG23K3575AS_SP_DE68-04403J-00_MS+ZH+EN.indb 16 3/28/2016 4:22:14 PM

Bahasa Melayu 17
Penggunaan ketuhar
Jadual yang berikut menunjukkan saiz hidangan dan arahan yang sesuai tentang 15 pilihan
memasak yang telah dipraprogramkan. Program itu beroperasi dengan kombinasi heat wave
grill (gril gelombang haba) dan microwave (gelombang mikro).
PENTING
Gunakan sarung tangan ketuhar semasa mengeluarkan makanan.
Kod/Makanan Saiz
Hidangan Arahan
1
Gratin Sayur
Dibuat Dirumah
600 g • Bahan-bahan
400 g sayur-sayuran yang dipotong (cth. courgette,
tomato, kentang, bawang, lada), 75 ml krim, 25 g telur
yang dipukul, garam, lada, 75 g keju mozzarella yang
disagat, 1 sudu teh parsli atau rosemary
• Kaedah
Bilas sayur-sayuran dan hiris menjadi 3~5 mm tebal.
Susun hirisan dalam bekal gratin, kira-kira 14 x 22 cm,
campurkan krim, telur, garam, lada dan tuang ke
atasnya. Taburkan keju sagat di atasnya. Letakkan bekas
di atas pinggan putar.
Hidangkan dengan taburan beberapa daun taim segar.
Kod/Makanan Saiz
Hidangan Arahan
2
Lasagna Dibuat
Dirumah
550 g • Bahan-bahan
150 g daging lembu kisar, 100 g sos tomato, 50 ml stok
daging, 75 g kepingan lasagna (4 keping), ½ bawang
(dicincang), 1 sudu teh setiap satu daripada emping
parsli kering, oregano, basil, 100 g keju mozzarela sagat,
1 sudu besar minyak zaitun
• Kaedah
- Sos daging tomato
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masak daging
kisar dan bawang yang dicincang selama 10 minit
sehingga keperangan. Tuang sos tomato dan stok
daging, tambahkan herba kering. Didihkan, kemudian
reneh selama 10 minit.
- Lasagna
Masak kepingan lasagna mengikut arahan pada
bungkusan. Lapiskan kepingan lasagna, sos daging,
dan separuh daripada keju ke dalam bekas gratin,
kira-kira 14 x 22 cm dan ulang. Kemudian taburkan
keju mozzarella yang tinggal rata-rata di atas lapisan
kepingan. Letakkan bekas di atas pinggan putar.
3
Kentang Bakar
500 g
(2-3 keping)
• Bahan-bahan
2-3 kentang, garam, lada, 2 Sb. minyak zaitun, 50 g keju
mozzarella sagat
• Kaedah
Beruskan kentang dan potong dua secara memanjang.
Perasakan kentang dengan garam, lada dan minyak.
Taburkan keju sagat di atasnya. Letakkan kentang di
atas rak.
MG23K3575AS_SP_DE68-04403J-00_MS+ZH+EN.indb 17 3/28/2016 4:22:14 PM

18 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Penggunaan ketuhar
Kod/Makanan Saiz
Hidangan Arahan
9
Potongan Babi
400 g • Bahan-bahan
400 g potongan babi (2 keping), 1 sudu teh rosemary,
taim, lada, 2 Sudu besar minyak zaitun
• Kaedah
Perasakan babi dengan minyak, herba dan lada.
Letakkan di atas rak. Balikkan, sebaik saja ketuhar
berbunyi bip.
10
Kepingan Ayam
Bakar
500 g • Bahan-bahan
500 g kepingan ayam (2 keping), 2 Sudu besar minyak
sayur, 1 sudu teh rempah ayam
• Kaedah
Bilas kepingan ayam kemudian keringkan dengan
tuala kertas. Campurkan herba dengan minyak. Sapu
campuran minyak ke atas kepingan ayam. Letakkan di
atas rak. Balikkan, sebaik saja ketuhar berbunyi bip.
Selepas memasak biarkan selama 1-2 minit.
11
Udang Bakar
200 g • Bahan-bahan
200 g udang segar (8 keping)
• Kaedah
Bilas udang kemudian keringkan dengan tuala kertas.
Letakkan bekas kalis ketuhar di atas rak.
12
Ikan Bakar
300 g • Bahan-bahan
300 g trout, garam, 1 sudu besar jus lemon
• Kaedah
Bilas ikan dan keringkan dengan tuala kertas. Perasakan
filet dengan garam dan jus lemon. Letakkan ikan di atas
rak.
Kod/Makanan Saiz
Hidangan Arahan
4
Tomato Gril
400 g • Bahan-bahan
2 tomato
• Kaedah
Potong tomato menjadi dua bahagian. Letakkan di dalam
bekas kalis ketuhar dengan sebelah yang dipotong
menghadap ke bawah. Letakkan bekas di atas rak.
5
Sayur-Sayuran
Yang Digril
200 g • Bahan-bahan
200 g campuran sayur segar (lada, tomato ceri, hirisan
courgette, cendawan, hirisan terong)
• Kaedah
Bilas sayur-sayuran dan potong menjadi saiz yang sama
besar. Sapukannya dengan minyak dan taburkan garam
dan lada. Letakkan di atas rak.
6
Epal Bakar
500 g • Bahan-bahan
1 epal, ½ Sudu besar kulit kayu manis, ¼ cawan walnut
dan plum
• Kaedah
Buang empulur epal. Gaul rata dengan bahan lain dan
masukkan ke dalam lubang epal. Letakkan epal ke dalam
bekas kalis ketuhar di atas pinggan putar.
7
Stik Daging
400 g • Bahan-bahan
200 g stik daging (2 keping), 1 sudu teh rosemary, taim,
lada, 2 Sudu besar minyak zaitun
• Kaedah
Perasakan daging dengan minyak zaitun, rosemary, taim
dan lada. Letakkan daging di atas rak. Balikkan, sebaik
saja ketuhar berbunyi bip.
8
Sosej Bakar
280 g • Bahan-bahan
300 g sosej (4 keping)
• Kaedah
Letakkan sosej sebelah menyebelah di atas rak.
MG23K3575AS_SP_DE68-04403J-00_MS+ZH+EN.indb 18 3/28/2016 4:22:14 PM

Bahasa Melayu 19
Penggunaan ketuhar
Kod/Makanan Saiz
Hidangan Arahan
13
Stik Salmon
400 g • Bahan-bahan
400 g stik salmon (2 keping), 1 sudu teh garam, lada
• Kaedah
Perasakan salmon dengan garam dan jus lemon.
Letakkan dengan sebelah kulit menghadap ke bawah.
Balikkan, sebaik saja ketuhar berbunyi bip.
14
Popia Mini Sejuk
Beku
200 g • Bahan-bahan
200 g popia mini sejuk beku
• Kaedah
Susunkan popia sejuk beku di atas rak
Balikkan selepas bunyi bip, ketuhar terus beroperasi.
15
Croque-Monsieur
200 g
(2 kpg)
• Bahan-bahan
4 keping roti sandwic, 2 keping ham, 2 keping keju
(cth. Cheddar, Emmental), 50 g keju mozzarella sagat
• Kaedah
Bakar sandwic Tambahkan kepingan keju dan ham ke
atas setiap keping roti bakar. Letakkan 2 keping sandwic
lain di atas roti bakar itu. Taburkan keju mozzarella
sagat di atasnya.
Letakkan sebelah menyebelah di atas rak.
Menggunakan ciri cair beku pantas.
Ciri Quick Defrost (Cair Beku Pantas) membolehkan anda mencair bekukan daging, ayam itik,
ikan, roti, sayur sejuk beku dan roti sejuk beku. Masa mencair beku dan aras kuasa dilaraskan
secara automatik. Anda hanya pilih program dan berat makanan.
NOTA
Gunakan hanya bekas yang selamat digunakan dengan gelombang mikro.
Buka pintu. Letakkan makanan sejuk beku di atas bekas seramik di tengah-tengah pinggan putar.
Tutup pintu.
1
1. Tekan butang Quick Defrost
(Cair Beku Pantas).
2
2. Pilih jenis makanan yang ingin anda masak
dengan memutar Tombol Dail. Dan kemudian
tekan butang Pilih/Jam.
4
5
3
3. Pilih saiz hidangan dengan memutar
Tombol Dail. (Rujuk kepada jadual di sisi.)
4. Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil:
• Proses mencair beku bermula.
• Ketuhar berbunyi bip semasa mencair
beku untuk mengingatkan anda supaya
membalikkan makanan itu.
5. Tekan START/+30s (MULA/+30s) sekali lagi
untuk menamatkan proses mencair beku.
Hasil:
1) Ketuhar berbunyi bip empat kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan berbunyi
bip 3 kali (sekali setiap minit).
3) Masa semasa dipaparkan semula.
MG23K3575AS_SP_DE68-04403J-00_MS+ZH+EN.indb 19 3/28/2016 4:22:14 PM

20 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Penggunaan ketuhar
Menggunakan ciri memasak auto
Ciri Auto Cook (Masak Auto) mempunyai 20 masa memasak yang dipraprogramkan. Anda tidak
perlu melaras masa memasak atau aras kuasa.
Anda boleh melaraskan jenis hidangan dengan memutar Tombol Dail.
PENTING
Gunakan hanya bekas yang selamat digunakan dengan gelombang mikro.
Mula-mula, letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar dan tutup pintu ketuhar.
1
1. Tekan butang Auto Cook (Auto Masak).
2
2. Pilih jenis makanan yang ingin anda masak
dengan memutar Tombol Dail.
Dan kemudian tekan butang Pilih/Jam.
3
3. Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil: Makanan dimasak menurut
seting praprogram yang dipilih.
1) Ketuhar berbunyi bip empat kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan berbunyi
bip 3 kali (sekali setiap minit).
3) Masa semasa dipaparkan semula.
Jadual berikut menunjukkan pelbagai program Quick Defrost (Cair Beku Pantas), saiz
hidangan, masa biar dan arahan yang bersesuaian. Tanggalkan semua jenis bahan
pembungkusan sebelum mencair beku. Letakkan daging, ayam itik, ikan, sayur dan roti di atas
bekas kaca atau pinggan seramik yang leper.
Kod/Makanan Saiz hidangan Arahan
1
Daging
200-1500 g Balut bahagian-bahagian tepi dengan kerajang aluminium.
Balikkan daging apabila ketuhar berbunyi bip. Program
ini hanya sesuai untuk daging lembu, kambing, babi, stik,
potongan daging, daging kisar.
Biarkan selama 20-60 minit.
2
Ayam Itik
200-1500 g Balut bahagian kaki dan hujung kepak dengan kerajang
aluminium. Balikkan ayam itik apabila ketuhar berbunyi bip.
Program ini sesuai untuk seekor ayam dan juga kepingan-
kepingan ayam.
Biarkan selama 20-60 minit.
3
Ikan
200-1500 g Balut bahagian ekor ikan dengan kerajang aluminium.
Balikkan ikan apabila ketuhar berbunyi bip. Program ini
sesuai untuk seekor ikan dan juga untuk filet ikan.
Biarkan selama 20-60 minit.
4
Sayur-
Sayuran
200-1500 g Ratakan sayur sejuk beku di dalam bekas kaca yang leper.
Terbalikkan atau kacau sayur sejuk beku, apabila ketuhar
berbunyi bip.
Program ini sesuai untuk semua jenis sayur-sayuran sejuk
beku. Biarkan selama 5-20 minit.
5
Roti
200-1500 g Letakkan roti secara melintang di atas sekeping kertas dapur
dan balikkan, sebaik saja ketuhar berbunyi bip. Letakkan
kek di atas pinggan seramik dan jika boleh, balikkan sebaik
sahaja ketuhar berbunyi bip. (Ketuhar terus beroperasi dan
berhenti apabila anda membuka pintunya.) Program ini
sesuai untuk semua jenis roti, dalam bentuk kepingan atau
sebuku, serta untuk roti rol dan baget. Atur roti rol dalam
satu bulatan. Program ini sesuai untuk semua jenis kek ragi,
biskut, kek keju dan pastri lapis. Ia tidak sesuai untuk pastri
rapuh/kerak, kek buah dan krim, juga kek dengan hiasan
coklat di atasnya. Biarkan selama 10-30 minit.
MG23K3575AS_SP_DE68-04403J-00_MS+ZH+EN.indb 20 3/28/2016 4:22:14 PM
Table of contents
Languages:
Other Samung Microwave Oven manuals