
5
TINDAKAN KESELAMATAN PENTING
Ketika menggunakan produk ini, langkah-langkah keselamatan yang harus dipatuhi adalah
seperti berikut:
1. Jangan beroperasi dengan kord atau plag yang rosak. Jika peralatan ini tidak
berfungsi seperti yang sepatutnya, telah jatuh atau rosak, dibiarkan di luar rumah atau
terjatuh ke dalam air, jangan gunakannya dan sila hantar ke pusat servis bertauliah
yang terdekat untuk pemeriksaan dan pembaikan.
2. Pastikan suis dipadamkan sebelum mencabut plag dari dinding untuk dibersihkan
atau mengeluarkan sebarang bahagian.
3. Untuk mengelakkan kejutan elektrik, jangan rendam plag, kord dan ruang periuk di
dalam air atau sebarang cecair lain.
4. Jangan biarkan kord elektrik tergantung di pinggir meja atau kaunter dapur.
5. Jangan biarkan kord elektrik menyentuh permukaan panas.
6. Sentiasa gunakan periuk tekanan di kawasan yang mempunyai pengudaraan yang
baik.
7. JANGAN gunakan tanpa periuk dalaman dan jangan gantikan dengan periuk yang
berlainan daripada yang disediakan oleh Noxxa.
8. Pastikan bahagian luar periuk dalaman kering sebelum digunakan.
9. Pastikan periuk dalaman mengandungi cecair yang mencukupi semasa memasak
dengan fungsi tekanan.
10. JANGAN cuba menggoreng dalam minyak lebih atau menggoreng di bawah tekanan.
Ia adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kebakaran dan kerosakan yang serius.
11. Dengan fungsi tekanan (SOUP/BROTH, MEAT/STEW, LOW PRESSURE, RICE, MULTI
GRAIN, PORRIDGE, MANUAL), JANGAN mengisi periuk dengan makanan melebihi
½ periuk atau dengan cecair melebihi 2/3 periuk. Apabila memasak makanan yang
boleh mengembang, jangan mengisi periuk melebihi ½ periuk. Muatan berlebihan
mungkin akan menyebabkan injap tersekat dan ruang di dalam periuk tidak
mencukupi untuk pembinaan tekanan yang betul.
12. Jangan memasak minuman keras di bawah tekanan.
13. Untuk resipi yang perlu dipekatkan, jangan memekatkan resipi atau menggunakan
agen pemekat sebelum atau semasa memasak di bawah tekanan. Makanan yang
pekat boleh menyebabkan letusan yang tidak dijangka selepas penutup dibuka.
PEMEKAT MESTI DITAMBAH HANYA SELEPAS MEMASAK.
14. Produk ini tidak harus digunakan untuk tujuan selain daripada kegunaan yang telah
ditetapkan.
15. PASTIKAN penutup ditutup dengan betul sebelum memulakan sebarang fungsi
kecuali fungsi STIR FRY (Tumis). Apabila menggunakan fungsi STIR FRY, jangan
letakkan penutup pada periuk.
16. Jangan sentuh bahagian keluli tahan karat pada penutup kerana ia akan menjadi
panas.
17. JANGAN menutupi sebarang injap tekanan semasa penggunaan. Ini mungkin
akan menyebabkan pembinaan tekanan terlampau dan mungkin mengakibatkan
kemalangan serius.
PERHATIAN:
Apabila memasak kebanyakan makanan menggunakan fungsi tekanan, sekurang-
kurangnya 1 cawan (250ml) cecair perlu ditambahkan.