
1. Unit ini menggunakan gas LPG.
2. Gunakan Pengawal atur bertekanan rendah yang diluluskan.
3. Gunakan hanya hos yang direka khas untuk membekalkan Gas Cecair Petroleum dan pastikan hos
tidak bocor kerana tela lama tidak digunakan. Pastikan hos tidak melepasi atau menyentuh badan
dapur gas peralatan.
4. Sebelum guna, pastikan kedudukan Pendiri Trivet diletakkan dalam keadaan yang betul.
5. Jangan gunakan peralatan ini untuk mengeringkan pakaian atau sebagainya.
6. Pastikan sentiasa mengekalkan pengudaraan yang baik di dalam kawasan memasak.
7. Jika terdapat kebocoran, tutup picu pada pengawal atur dengan memutar picu ke atas. Buka semua
tingkap untuk pengudaraan. Jangan nyalakan mancis atau pemetik api dan elakkan daripada
menghidup dan mematikan suis elektrik ketika ini. Hubungi juruteknik yang berkelayakan dengan
segera.
8. Perkakas ini bukan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya fizikal,
deria atau kecacatan mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka diberi
perhatian atau tunjuk ajar berkaitan penggunaan perkakas oleh orang yang bertanggungjawab untuk
keselamatan mereka.
Kanak-kanak haruslah diperhatikan untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
9. Matikan peralatan apabila tidak digunakan.
10. Jangan letakkan sebarang benda mudah terbakar di atas peralatan ini.
11. Jangan sentuh bahagian-bahagian besi dan pada bahagian tengah permukaan atas peralatan semasa
dan selepas masakan kerana kawasan ini berada pada suhu panas yang tinggi.
1. Perkakas ini hendaklah dipasang oleh individu yang berkelayakan bagi mengelakkan bahaya.
2. Sambungkan hos ke Pengawal atur gas
dan paip saluran masuk LPG. Ketatkan
hos dengan klip.
3. Pastikan hos tidak melintang atau terlalu rapat dengan badan
perkakas.
4. Masukkan Pengawal atur Gas ke saluran keluar injap silinder
LPG.
5. Pusing tuil kawalan Pengawal atur Gas ke bawah untuk
melepaskan gas LPG ke perkakas.
6. Selepas pemasangan, uji dengan air sabun untuk kebocoran gas.
7. Jangan gunakan hos sambungan yang panjangnya melebihi 2 meter.
8. Perhatikan agar jarak bersih sekurang-kurangnya 150mm daripada dinding dan 1 meter daripada
siling.
1. Sentiasa membiarkan perkakas dalam keadaan sejuk sebelum dibersihkan.
2. Gunakan kain yang lembut dan air sabun suam untuk pembersihan am.
3. Jangan guna larutan kaustik, soda pembasuh, penyembur pembersih aerosol, peluntur dan sesetengah
pemebersih kasar untuk membersihkan perkakas.
4. Jangan cuba untuk membersihkan permukaan pembakar semasa ianya masih panas.
Pengawal Atur Bertekanan Rendah Pengawal Atur Bertekanan Tinggi
87
Hos
Klip Hos Skru
OK
Ke Pengatur
Gas
Paip Saluran
Masuk LPG
Model
Size Pembakar
Kategori Produk
Jenis Gas
Tekanan Gas
Jumlah Haba Masukan
Penggunaan Kuasa Gas
Berat Bersih
Dimensi Produk (PxLxT)
:
:
:
:
:
:
:
:
:
GC9122
Kiri: 130mm; Kanan: 130mm
I3B/P(30)
Gas Cecair Petroleum
3000Pa / 30mBar
10.4kW
Kiri: 5.2kW; Kanan: 5.2kW
6.8kg
700 x 400 x 190mm
Perhatian
Pembersihan & Penyelenggaraan
Pengenalan Bahagian
Spesifikasi
Panduan Pemasangan
*Perubahan spesifikasi boleh dilakukan
tanpa sebarang notis
Pendiri Trivet
Tombol Pelarasan Api
Kaki Getah