
Maklumat Langkah-Langkah Keselamatan
Peringatan
Langkah-langkah Keselamatan
1. Sila baca buku arahan ini bagi mengelakkan sebarang kecederaan dan kerosakkan harta benda. Pastikan
bekalan kuasa adalah 220-240V~50-60Hz.
2. Perkakas ini bukan untuk digunakan oleh orang ( termasuk kanak-kanak ) yang kurang upaya fizikal, deria
atau kecacatan mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka diberi perhatian atau
tunjuk ajar berkaitan penggunaan perkakas oleh orang yang bertanggungjawab untuk keselamatan mereka.
Kanak-kanak haruslah diperhatikan untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
3. Jika talikod telah rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, wakil servis atau orang yang berkelayakan untuk
mengelakan sebarang bahaya.
4. Sentiasa gunakan Tab Putar Kering untuk operasi pengeringan.
5. Jangan basuh pakaian dengan bahan yang mudah meruap (seperti tiner, petrol dan lain-lain).
6. Jangan basuh pakaian yang kalis air seperti baju hujan, penutup kenderaan dan lain-lain untuk mengelakkan
gegaran melampau ketika pengeringan.
7. Keluarkan segala barangan kecil seperti duit syiling, pasir, pin rambut dari kocek pakaian sebelum membasuh.
8. Pastikan kuantiti pakaian yang hendak dibasuh tidak melebihi paras kapasiti maksima basuhan & pengeringan
seperti yang telah ditentukan.
9. Perkakas ini adalah untuk kegunaan rumah tangga dalaman sahaja, jangan gunakan di luar rumah.
Penggunaan komersial akan membatalkan jaminan
Amaran
Jangan cuba untuk membuka
unit. Penyelenggaraan hanya
boleh dibuat oleh juruteknik
yang berkelayakkan.
Jangan sembur air secara
terus ke unit.
Jangan benarkan kanal-kanak
bermain atau mengendalikan
unit.
Pastikan unit dan punca
bekalan telah dibumikan.
Suhu air tidak boleh melebihi
daripada 50 C.
Jangan masukkan tangan ke
dalam ‘Spin Tub’ yang
sedang berputar.
Jangan letakkan unit di tempat
yang lembab atau basah untuk
mengelakkan daripada kejutan
elektrik atau kebakaran.
Jangan letakkan sebarang
benda yang panas dan mudah
terbakar di atas unit.
Jangan dedahkan unit kepada
cahaya matahari dan hujan.
4 5