Terjemahan manual asal 135
Bagi perkakas yang mempunyai dwi-penebat, dua sistem penebat
disediakan berbanding dengan sistem pembumian. Pembumian tidak
disediakan pada perkakas yang mempunyai dwi-penebat, kemudahan
ini juga tidak perlu untuk ditambah kepada perkakas tersebut. Kerja-
kerja penyelenggaraan ke atas perkakas dwi-penebat memerlukan
perhatian yang lebih serta pengetahuan yang tinggi tentang sistem
tersebut, dan perlu dilakukan hanya oleh mereka yang berkelayakan.
Penggantian alat ganti untuk perkakas dwi-penebat mestilah sama
dengan bahagian yang digantikan. Perkakas yang mempunyai dwi-
penebat akan ditandakan dengan "DWI-PENEBAT" atau “PENEBAT
BERGANDA.” Simbol (persegi dalam satu segiempat sama) juga boleh
digunakan pada produk tersebut.
Mesin ini dilengkapi dengan kord khas dan sekiranya ia rosak, kord
tersebut hendaklah diganti dengan jenis kord yang sama. Ianya boleh
didapati di pusat perkhidmatan dan wakil penjual dan hendaklah
dipasang oleh kakitangan yang terlatih.
AWAS
• Pembersih basah hendaklah sentiasa mempunyai
Penapis Katrij, Penapis Basah dan Sistem Terapung
dipasang dalam mesin semasa dalam operasi BASAH
DAN KERING. Sila ambil perhatian bahawa faktor isi
pada bekas mungkin berbeza-beza apabila menggunakan
penapis karung semasa operasi ambilan basah.
• Bersihkan peranti pembatas paras air secara kerap dan
semak bagi sebarang kesan kerosakan.
• Mesin ini hendaklah disimpan dalam bangunan sahaja.
1.6 Sambungan elektrik AMARAN
• Pembersih vakum tidak boleh digunakan jika kabel
elektrik atau palam menunjukkan sebarang tanda
kerosakan. Sentiasa memeriksa kabel dan palam bagi
sebarang kerosakan. Sekiranya berlaku kerosakan, ia
perlu dibaiki oleh pihak NIlfisk-Advance atau Pengedar
Perkhidmatan Nilfisk-Advance yang sah sahaja.
• Jangan mengendalikan kabel elektrik atau palam dengan
tangan yang basah.
• Jangan cabut palam dengan menarik kabel. Untuk
mencabut palam, genggam palam, bukan kabel tersebut.
Palam mesti sentiasa dikeluarkan dari soket sebelum
memulakan apa-apa perkhidmatan atau kerja membaiki
mesin atau kabel.
1.7 Bahan-bahan
berbahaya
AMARAN
Memvakum bahan-bahan berbahaya boleh membawa kepada
kecederaan serius atau kecederaan yang boleh membawa
maut.
Bahan-bahan berikut tidak boleh dikutip oleh pembersih
vakum:
• habuk berbahaya
• bahan-bahan yang panas (puntung rokok yang menyala,
abu panas, dan lain-lain)
• cecair yang agresif, mudah terbakar, mudah meletup
(seperti petrol, pelarut, asid, alkali, dan lain-lain.)
• habuk yang mudah terbakar, meletup (seperti habuk
magnesium atau aluminium, dan lain-lain.)