
8
M
Jangan dedahkan cakera kepada pancaran
terus cahaya matahari atau sumber haba
seperti salur udara panas, atau
membiarkannya di dalam kereta yang
diletakkan di tempat yang tidak terlindung
langsung daripada pancaran matahari kerana
suhu di dalam kereta mungkin akan
meningkat agak tinggi.
Sebelum memainkannya, bersihkan cakera
dengan kain pembersih pilihan. Lap setiap
cakera dari tengah ke tepi.
Jangan menggunakan bahan pelarut seperti
benzena, bahan pencair, bahan pembersih
yang terjual di kedai atau semburan antistatik
yang dimaksudkan untuk cakera analog.
Catatan tentang pemeluwapan
lembapan
Apabila hari hujan atau di kawasan yang
lembap, mungkin terdapat pemeluwapan
lembapan pada kanta di dalam pemain CD.
Sekiranya perkara ini berlaku, alat ini tidak
akan berfungsi dengan baik. Dalam hal
sedemikian, keluarkan cakera dan tunggu
kira-kira sejam sehingga lembapan menyejat.
Apabila memainkan CD 8 cm
Gunakan alat pilihan iaitu penyesuai tunggal
cakera padat Sony (CSA-8) supaya pemain CD
tidak rosak.
Maklumat Tambahan
Peringatan
• Jika kereta anda diletakkan di tempat yang
tidak terlindung langsung daripada
pancaran matahari lalu menyebabkan suhu
di dalam kereta meningkat agak tinggi,
tunggu sehingga alat pemain sejuk semula
sebelum menggunakannya.
• Jika tidak ada kuasa yang dibekalkan kepada
alat tersebut, periksa semua sambungannya
dahulu. Jika semuanya seperti yang
sewajarnya, periksa fius.
• Jika tidak ada bunyi yang keluar daripada
pembesar suara dalam sistem dua pembesar
suara, setkan kawalan peresap (fader) ke
kedudukan tengah.
•Jika kereta anda dilengkapi antena kuasa,
antena akan menjulur keluar secara
automatik apabila alat sedang dimainkan.
Jika anda mempunyai sebaranbg soalan atau
masalah mengenai alat pemain ini yang tidak
diliputi dalam buku panduan ini, sila hubungi
penjual barangan Sony yang terdekat.
Catatan tentang pengendalian CD
Cakera yang kotor atau rosak mungkin
menyebabkan gangguan bunyi semasa
dimainkan. Untuk menikmati bunyi yang
optimum, kendalikan cakera seperti berikut:
Peganag cakera pada bahagian tepinya. Agar
cakera kekal bersih, jangan sentuh
permukaannya.
Jangan lekatkan kertas atau pita pada
permukaan yang berlabel.