
1. Baca semua arahan sebelum menggunakan perkakas ini.
2. Jangan gunakan perkakas ini jika talikod kuasa telah rosak, atau berlaku kerosakan pada unit ini.
3. Perkakas ini bukan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya fizikal, deria
atau kecacatan mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka diberi perhatian atau
tunjuk ajar berkaitan penggunaan perkakas oleh orang yang bertanggungjawab untuk keselamatan mereka.
Kanak-kanak haruslah diperhatikan untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
4. Jika talikod telah rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, wakil servis atau orang yang berkelayakan untuk
mengelakkan sebarang bahaya
5. Jangan letakkan perkakas berhampiran gas panas atau penunu elektrik.
6. Sediakan / biarkan jarak 4 inci dari semua sisi apabila mengendali perkakas bagi membenarkan kitaran
udara di dalamnya.
7. Jangan menutup dulang pembakar atau sebarang bahagian pada perkakas dengan kerajang logam (untuk
mengelakkan terlampau panas). Kerajang logam boleh digunakan untuk membungkus makanan yang ingin
dibakar di atas dulang pembakar.
8. Ambil langkah berjaga-jaga apabila mengalihkan dulang yang panas atau ketika membuang minyak.
9. Jangan biarkan perkakas tanpa pengawasan ketika memanggang atau membakar makanan.
10. Jangan masukkan makanan yang terlalu besar atau bekas logam yang terlalu besar ke dalam perkakas
kerana ia boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
11. Jangan letakkan sebarang benda di atas perkakas ketika sedang menggunakannya. Cecair yang mudah
terbakar boleh menyebabkan kebakaran.
12. Berhati-hati ketika menggunakan bekas selain daripada seramik atau logam ke dalam perkakas.
13. Jangan letakkan bahan-bahan berikut di dalam ketuhar ketika mengendalikan perkakas:
1) Kadbod 2) Beg plastik 3) Bahan-bahan mudah terbakar.
14. Jangan simpan sebarang perkakas dapur yang lain selain daripada aksesori yang dibekalkan di
dalam ketuhar.
15. AWAS! Permukaan-permukaan pada perkakas mungkin panas semasa perkakas sedang
beroperasi. Jangan sentuh pintu dan permukaan perkakas semasa dan selepas operasi
memasak. Ia sangat panas! Sentiasa memakai sarung tangan berpenebat ketika
memasukkan atau mengalihkan makanan daripada perkakas.
16. Perkakas ini adalah untuk kegunaan dalam rumah sahaja. Jangan gunakan perkakas selain daripada
yang disyorkan.
17. Jangan gunakan sebarang pemasa luaran atau sistem kawalan jauh berasingan untuk mengendalikan
perkakas.
109
Maklumat Langkah Keselamatan
!
:
:
:
:
:
:
OT10
220-240V ~ 50/60Hz
550W
10L
2.0kg
336 x 256 x 196mm
Spesifikasi
* Spesifikasi tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Model
Voltan
Kuasa
Kapasiti
Berat Bersih
Dimensi Produk (PxLxT)
Pengenalan Bahagian
* Gambar-Gambar hanyalah untuk tujuan ilustrasi.
1. Badan Oven
2. Tombol Pilihan Pemasa
3. Tombol Pilihan Suhu
4. Penunjuk Kuasa
5. Pintu Kaca
6. Talikod Kuasa
7. Pemegang Pintu
8. Dulang Pembakar
9. Rak Pemanggang
Ciri-ciri Operasi
Sila biasakan fungsi-fungsi yang terdapat pada oven ini serta segala aksesorinya sebelum digunakan:
1. Tombol Pilihan Suhu: untuk memilih suhu yang dikehendaki dari 70˚C hingga 250˚C untuk membakar,
memanas dan memanggang.
2. Tombol Pilihan Pemasa: untuk memilih tempoh memasak dari 1 minit hingga 60 minit. Untuk
menetapkannya, putarkan tombol mengikut arah pusingan jam. Loceng akan berbunyi apabila tempoh
masakan tamat.
3. Lampu Indikasi Kuasa : pilih tetapan masakan yang diinginkan dan lampu indikasi akan menyala.
4. Dulang Pembakar: boleh digunakan untuk memanggang dan memanaskan daging, ayam, ikan dan pelbagai
makanan lain. Ia juga boleh digunakan sebagai dulang tadahan
1
2
3
4
5
7
6
8
9
AWAS! Permukaan Panas
1. Tutupkan suis, tanggalkan plag dan biarkan perkakas ini sejuk apabila perkakas tidak digunakan, atau setiap
kali menanggalkan dan memasangkan aksesori-aksesori atau ketika perlu dibersihkan.
2. Untuk membersih perkakas, lap dengan kain lembut atau span yang dicelup dengan cecair pembersih neutral.
Jangan gunakan berus keras, ia mungkin mencalarkan permukaan.
3. Bersihkan dulang pembakar dan rak pembakar di dalam air panas dan basuh dengan span setiap kali selepas
digunakan.
4. Jangan gunakan pembersih yang kasar seperti bahan pencair atau pelarut untuk membersih perkakas.
Maklumat Keselamatan & Peringatan
Pembersihan & Penyelenggaraan