
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke
Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada
sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk
anda di www.philips.com/welcome.
Perihalan umum (Gamb. 1)
A Butang kelajuan biasa
B Butang kelajuan turbo
C Unit motor
DButang pelepas
EBar pengisar
FTudung
GBikar
Penting
Baca buku panduan pengguna ini dengan teliti sebelum
anda menggunakan perkakas dan simpannya untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
Jangan sekali-kali tenggelamkan unit motor ke dalam
air atau apa-apa cecair lain, mahupun membilaskannya
di bawah air paip. Hanya gunakan kain lembap untuk
membersihkan unit motor.
Amaran
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada
perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
Jangan gunakan perkakas jika kord utama, plag atau
bahagian lain sudah rosak.
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips,
pusat servis yang dibenarkan oleh Philips atau pihak
yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang
berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan
perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
Elakkan daripada menyentuh mata pisau, terutamanya
apabila perkakas diplag masuk. Mata pisaunya amat
tajam.
Jika pisau tersekat, cabut plag perkakas sebelum
mengeluarkan bahan-bahan yang menyekat pisau.
Awas
Matikan perkakas dan putuskan sambungannya dari
sesalur kuasa sebelum anda menukar aksesori atau
mendekati bahagian-bahagian yang bergerak semasa
penggunaan.
Jangan melebihi kuantiti dan masa pemprosesan yang
ditunjukkan dalam jadual.
Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan di
rumah sahaja.
Jangan menjalankan pengisar tangan lebih daripada
60 saat pada sesuatu masa apabila anda mengisar
atau mencincang muatan yang berat. Selepas 60 saat,
biar perkakas menyejuk secukupnya sebelum anda
meneruskan.
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF). Jika
dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam
manual pengguna ini, perkakas selamat untuk digunakan
menurut bukti saintik yang boleh didapati pada masa ini.
Sebelum penggunaan pertama
Bersihkan dengan rapi semua bahagian yang bersentuhan
dengan makanan sebelum anda menggunakan perkakas
pada kali pertama (lihat bab ‘Membersihkan’).
1 Biar bahan-bahan panas menyejuk sebelum anda
memprosesnya (suhu maksimum 80°C).
2 Potong bahan-bahan yang besar menjadi ketulan
kecil anggaran 2cm sebelum anda memprosesnya.
3 Pasangkan perkakas dengan betul sebelum
memasukkan plag ke dalam soket dinding.
Pengisar tangan dimaksudkan untuk:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
membancuh cecair, cth. hasil tenusu, sos, jus buah, sup,
bancuhan minuman dan minuman kocak.
Mencampur bahan-bahan lembut, contohnya adunan
lempeng atau mayones.
Memurikan bahan yang telah dimasak, misalnya, untuk
menyediakan makanan bayi.
1 Sambungkan bar pengisar pada unit motor
(‘klik’) (Gamb. 2).
2 Masukkan bahan ke dalam bikar.
Lihat jadual di bawah untuk kuantiti dan masa memproses
yang disarankan.
Kuantiti dan tempoh pemprosesan
Ramuan: Kuantiti
membancuh
Tempoh
Buah-buahan &
sayur-sayuran
100-200g 60 saat
Makanan bayi, sup
& sos
100-400ml 60 saat
Adunan tepung 100-500ml 60 saat
Minuman kocak &
minuman campur
100-1000ml 60 saat
3 Rendamkan adang mata pisau sep[enuhnya ke dalam
bahan (Gamb. 3).
4 Tekan butang kelajuan biasa atau butang kelajuan
turbo untuk menghidupkan perkakas.
5 Gerakkan perkakas ke atas dan ke bawah serta
dalam bulatan dengan perlahan-lahan untuk
mengadun bahan-bahannya (Gamb. 4).
Pembersihan
Jangan tenggelamkan unit motor ke dalam air.
1 Tanggalkan plag perkakas.
2 Tekan butang pelepas pada unit motor untuk
menanggalkan bar pengisar.
3 Lapkan unit motor dengan kain lembap.
4 Bersihkan bar pengisar dan bikar di dalam mesin
basuh pinggan mangkuk atau di dalam air hangat
dengan sedikit cecair pencuci.
Nota:Anda juga boleh membersihkan unit pisau bar
pengisar semasa ia masih terpasang pada unit motor. Untuk
berbuat demikian, tenggelamkan bar pengisar dalam air
panas dengan sedikit cecair pencuci pinggan mangkuk dan
biarkan perkakas berjalan sebentar.
Jangan buang perkakas ke dalam tong sampah rumah
apabila sampai akhir hayatnya, tetapi bawanya ke
pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan
melakukan sedemikian anda akan membantu
memelihara alam sekitar (Gamb. 5).
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat
atau jika anda mengalami masalah, sila lawati tapak
web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat
Penjagaan pelanggan Philips di negara anda (anda boleh
mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan
sedunia). Jika tiada Pusat Penjagaan Pelanggan di negara
anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan.
-
-
-
-