Penting
Baca manual pengguna ini dengan berhati-hati sebelum
anda menggunakan perkakas dan simpannya untuk
rujukan masa depan.
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada
perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
Jangan gunakan perkakas jika kord sesalur kuasa,
plag, atau perkakas itu sendiri rosak.
Jika kord sesalur rosak,ia mesti digantikan oleh
Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan
bahaya.
Jauhkan perkakas dan kordnya dari capaian kanak-
kanak. Jangan biarkan kord sesalur kuasa tergantung
melepasi pinggir meja atau permukaan kerja tempat
perkakas disimpan.
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang
berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan
perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
Jangan letakkan pembancuh kopi di atas permukaan
panas dan pastikan kord sesalur kuasa utama tidak
bersentuhan dengan permukaan panas.
Jangan sekali-kali menenggelamkan perkakas di
dalam air atau apa-apa cecair lain.
Cabut plag perkakas jika masalah berlaku semasa
penjerangan dan sebelum membersihkannya.
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF). Jika
dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam
manual pengguna ini, perkakas selamat untuk digunakan
menurut bukti saintik yang boleh didapati pada masa ini.
AKord sesalur kuasa
BSuis hidup/mati
CPembancuh kopi
DTudung tangki air
ETangki air
FPemegang turas
GTudung jag
HJag
I Gelang penimbal (HD7502 sahaja)
1 Letak perkakas di atas permukaan yang rata dan
stabil.
2 Biarkan perkakas menyelesaikan satu kitaran
penjerangan tanpa turas dan serbuk kopi (lihat bab
‘Menggunakan perkakas’).
3 Bersihkan bahagian-bahagian yang boleh
ditanggalkan (lihat bab ‘Pembersihan’).
Anda boleh menyimpan kord yang berlebihan
dengan menolaknya ke dalam bukaan di bahagian
belakang perkakas (Gamb.2).
1 Isikan tangki air dengan air sejuk yang
baru (Gamb. 3).
Penyenggatan di sebelah kiri adalah untuk cawan
besar (120 ml) (Gamb.4).
Penyenggatan di sebelah kanan adalah untuk cawan
kecil (80 ml).
2 Buka pemegang turas (Gamb.5).
3 Ambil turas kertas (jenis 1x4 atau no. 4) dan
lipat pinggir berkedap supaya tidak terkoyak dan
terlipat (Gamb. 6).
4 Masukkan turas ke dalam pemegang
turas (Gamb. 7).
Nota: Sesetengah versi dilengkapi turas kekal. Bagi versi ini,
anda tidak perlu menggunakan turas kertas.
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
5 Masukkan serbuk kopi (kisaran halus) ke dalam
turas (Gamb. 8).
Bagi cawan besar: gunakan satu sudu penyukat penuh
serbuk kopi bagi setiap cawan.
Bagi cawan kecil: gunakan satu sudu penyukat rata
serbuk kopi bagi setiap cawan.
6 Tutupkan pemegang turas. (Gamb.9)
7 Letakkan jag di atas plat panas (Gamb.10).
8 Tekan butang hidup/mati untuk menghidupkan
perkakas (Gamb. 11).
9 Apabila semua air sudah melalui turas,anda boleh
mengeluarkan jag dari perkakas (Gamb.12).
10 Selepas menuang kopi,letakkan kembali jag dengan
baki kopi di atas plat panas untuk mengekalkan
kepanasan dan perisanya.
Jika anda hendak serta-merta membancuh sejag lagi
kopi segar, matikan peralatandan biarkannya menyejuk
selama tiga minit. Isikan semula tangki air dan masukkan
serbuk kopi baru ke dalam turas kertas yang baru (atau
ke dalam turas kekal selepas mengosongkannya dan
membersihkannya). Sekarang anda boleh membancuh
kopi segar lagi.
Jika anda hendak memanaskan kopi, anda boleh
meletakkan jag ke dalam ketuhar gelombang mikro,
walaupun dengan gelang penimbal (jenis HD7502 sahaja)
terpasang.
Pemberhenti titisan
Sistem pencegah titisan menghalang kopi daripada
menitis melalui turas ke atas plat panas apabila anda
mengeluarkan jag dari perkakas semasa atau selepas
menjerang.
Gelang penimbal perlindungan (jenis HD7502
sahaja) (Gamb. 13)
Jag mempunyai gelang penimbal yang boleh ditanggalkan
yang membantu mengelakkan jag daripada pecah.
Jangan sekali-kali menenggelamkan perkakas ke dalam
air.
1 Tanggalkan plag perkakas.
2 Bersihkan bahagian luar perkakas dengan kain
lembap.
3 Tanggalkan pemegang turas. (Gamb.14)
Anda tidak perlu menanggalkan springnya.
4 Tanggalkan bahagian depan pemegang
turas. (Gamb. 15)
5 Tanggalkan gelang penimbal (jenis HD7502
sahaja) (Gamb. 16).
6 Bersihkan pemegang turas, jag dan gelang penimbal
(HD7502 sahaja) di dalam air panas dengan sedikit
cecair pembersih atau di dalam mesin basuh pinggan
mangkuk.
Penanggalan kerak secara kerap akan melanjutkan hayat
perkakas dan akan menjamin hasil pembancuhan yang
unggul untuk masa yang lama.
Bagi penggunaan biasa (dua jag penuh kopi setiap hari),
tanggalkan kerak perkakas:
2 atau 3 kali setahun jika anda menggunakan air
lembut (sehingga
18 dH);
4 atau 5 kali setahun jika anda menggunakan air keras
(lebih daripada 18dH).
Rujuk pada lembaga air tempatan anda untuk maklumat
kesadahan air di tempat anda.
1 Isikan tangki air dengan cuka putih (4% asid asetik).
Jangan masukkan turas atau serbuk kopi ke dalam
pemegang turas.
2 Biarkan perkakas menyelesaikan dua kitaran
penjerangan (lihat bab ‘Menggunakan perkakas’).
3 Biarkan lagi sehingga peralatan melengkapkan dua
kitaran menjerang dengan air sejuk yang baru untuk
menanggalkan apa-apa sisa cuka dan kerak.
-
-
,
,
-
-
4 Bersihkan jag dan pemegang turas (lihat bab
‘Membersihkan’).
Anda boleh memesan jag kaca daripada wakil pengedar
Philips di tempat anda atau daripada pusat servis Philips.
Jag jenis HD7954/88 bagi pembancuh kopi jenis
HD7502/88 atau HD7500/88 (putih / kuning pucat)
Jag jenis HD7957 bagi pembancuh kopi jenis
HD7502/31 (ungu lembut).
Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada
akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat pungutan
rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan
sedemikian anda akan membantu memelihara alam
sekitar (Gamb. 17).
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi
masalah, sila kunjungi laman web Philips di www.philips.
com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips
di negara anda (anda boleh mendapatkan nombor
telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada
Pusat Layanan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil
pengedar Philips tempatan atau Jabatan Servis Syarikat
Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri Philips.
-
-
-