LG D315 User manual

1
1
MFL68520403 (1.0)
Panduan Pengguna
用户手册
用户手册
User Guide
LG-D315
www.lg.com
BAHASA MELAYU
简体中文
ENGLISH


Panduan Pengguna
BAHASA MELAYU
•
Paparan dan ilustrasi skrin mungkin berbeza
daripada yang anda lihat pada telefon sebenar.
•
Sesetengah kandungan panduan ini mungkin
tidak berkaitan dengan telefon anda, bergantung
kepada perisian dan pembekal perkhidmatan
anda. Semua maklumat dalam dokumen ini
tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
•
Telefon bimbit ini tidak sesuai untuk orang yang
mempunyai kurang daya penglihatan disebabkan
papan kekunci skrin sentuhnya.
•
Hak cipta ©2014 LG Electronics, Inc. Hak
cipta terpelihara. LG dan logo LG adalah tanda
dagangan berdaftar bagi Kumpulan LG dan
entiti yang berkaitan dengannya. Semua tanda
dagangan lain adalah harta pemiliknya masing-
masing.
•
Google™, Google Maps™, Gmail™, YouTube™,
Hangouts™ dan Play Store™ adalah tanda
dagangan Google, Inc.

2
Garis panduan untuk penggunaan
selamat dan efisien ............................... 5
Notis penting........................................ 13
Mengenali telefon anda....................... 19
Gambaran keseluruhan telefon ............. 19
Memasang kad SIM dan bateri ............. 21
Mengecas telefon.................................. 23
Menggunakan kad memori ................... 24
Mengunci dan membuka kunci skrin .... 25
Knock Code........................................... 26
Pasangkan skrin ................................... 26
Beralih antara aplikasi dan keluar dari
aplikasi ................................................. 27
Skrin utama anda ................................ 28
Petua skrin sentuh ................................ 28
Skrin utama .......................................... 29
Menyesuaikan Skrin utama ................. 30
Pemberitahuan...................................... 31
Tetapan Pantas ................................... 32
QSlide Aplikasi ...................................... 32
Untuk mengatur semula item aplikasi
Qslide pada Panel Pemberitahuan ....... 32
Ikon Pemberitahuan pada Bar Status ... 33
Papan kekunci atas skrin ...................... 34
Memasukkan aksara khas................... 34
Persediaan akaun Google.................... 35
Membuat akaun Google anda ............... 35
Mendaftar masuk ke akaun Google
anda...................................................... 36
Menyambung kepada Rangkaian dan
Peranti.................................................. 37
WLAN.................................................... 37
Menyambung ke rangkaian WLAN ....... 37
Menghidupkan WLAN dan menyambung
kepada rangkaian WLAN ..................... 37
Bluetooth .............................................. 38
WLAN Direct.......................................... 40
Sambungan PC dengan kabel USB........ 40
Panggilan ............................................. 42
Membuat panggilan.............................. 42
Membuat panggilan kepada kenalan
anda...................................................... 42
Menjawab dan Menolak Panggilan........ 42
Apabila skrin dikunci ........................... 42
Melaraskan volum panggilan masuk..... 43
Membuat panggilan kedua ................... 43
Melihat log panggilan anda ................... 44
Tetapan panggilan................................. 44
Kenalan ................................................ 45
Mencari Kenalan ................................... 45
Tambah Kenalan Baharu ....................... 45
Kenalan kegemaran.............................. 46
Kandungan

3
Membuat kumpulan.............................. 46
Mesej.................................................... 47
Menghantar mesej................................ 47
Mod paparan ........................................ 48
Menukar tetapan mesej anda ............... 48
E-mel ................................................... 49
Menguruskan akaun e-mel................... 49
Menggunakan folder akaun .................. 49
Mengarang dan menghantar e-mel....... 50
Multimedia........................................... 51
Kamera ................................................. 51
Mengenali pencari pandangan............. 51
Menggunakan tetapan lanjutan............ 52
Menangkap foto pantas ...................... 53
Setelah anda mengambil gambar ........ 53
Melihat foto yang disimpan.................. 55
Kamera video........................................ 55
Mengenali pencari pandangan............. 55
Menggunakan tetapan lanjutan............ 56
Merakam video pantas........................ 57
Selepas merakam video ...................... 57
Melihat video anda yang disimpan ....... 57
Melaraskan volum semasa melihat
video .................................................. 58
Galeri .................................................... 58
Melihat gambar................................... 58
Memainkan video................................ 59
Mengedit foto/video ............................ 59
Memadamkan imej ............................. 59
Menetapkan foto sebagai penghias
latar.................................................... 59
Video..................................................... 60
Memainkan video................................ 60
Muzik.................................................... 61
Memainkan lagu ................................. 61
Utiliti..................................................... 64
Penggera / Jam..................................... 64
Menggunakan kalkulator anda.............. 65
Menambah acara pada kalendar anda.. 65
Perakam suara...................................... 66
ThinkFree Viewer .................................. 67
Google+................................................ 68
Hangouts............................................... 68
Mod tetamu .......................................... 69
Carian Voice .......................................... 69
MUAT TURUN ........................................ 69
QuickMemo........................................... 70
QSlide ................................................... 71
QuickRemote ........................................ 72
Radio FM............................................... 73
LG SmartWorld...................................... 74
Web ...................................................... 76
Internet ................................................. 76
Menggunakan bar alat web ................. 76
Melihat halaman web.......................... 76
Membuka halaman ............................. 77

4
Membuat carian web menggunakan
suara.................................................. 77
Penanda Buku .................................... 77
Sejarah............................................... 77
Chrome................................................. 77
Melihat halaman web.......................... 77
Membuka halaman ............................. 78
Membuat carian web menggunakan
suara.................................................. 78
Menyegerak dengan peranti lain.......... 78
Menambah dan melihat penanda
buku................................................... 78
Tetapan ................................................ 79
Akses menu Tetapan............................. 79
Rangkaian............................................. 79
Bunyi..................................................... 83
Paparan ................................................ 84
Umum................................................... 87
Perisian PC (LG PC Suite) .................... 95
Kemas kinian perisian telefon ............ 98
Mengenai panduan pengguna ini ..... 100
Mengenai panduan pengguna ini........ 100
Tanda dagangan ................................. 101
Aksesori ............................................. 102
Pencarisilapan ................................... 103
Soalan Lazim ..................................... 107

5
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini mungkin
merbahaya atau tidak sah.
Alat ini hanya mengumpulkan data yang khusus kepada kesilapan, seperti kekuatan isyarat,
cell ID position (kedudukan ID sel) dalam kegagalan panggilan dan aplikasi yang dimuatkan
secara tiba-tiba. Log hanya digunakan untuk membantu menentukan punca bagi kesilapan.
Log ini dienkripsi dan hanya boleh diakses oleh Pusat pembaikan LG yang sah, sekiranya
anda perlu mengembalikan peranti anda untuk dibaik pulih.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Telefon mudah alih model LG-D315 telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan
keselamatan yang dikenakan bagi pendedahan pada gelombang radio. Keperluan ini adalah
berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang direka bentuk
untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan kesihatan.
•Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit ukuran
yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR dijalankan
menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras kuasa
diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
•Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model telefon LG, semuanya
direka bentuk untuk memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi pendedahan kepada
gelombang radio.
•Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran Bukan
Pengion Antarabangsa (International Commission on Non-Ionizing Radiation Protection)
(ICNIRP) ialah 2W/kg dipuratakan ke atas 10g tisu.
•Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon model ini yang diuji untuk penggunaan telinga ialah
0.527 W/kg (10g) dan apabila dipakai pada badan ialah 0.472 W/kg (10g).
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

6
•Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila digunakan sama ada
dalam kedudukan penggunaan normal pada telinga atau apabila diletakkan pada jarak
sekurang-kurangnya 1.5cm dari badan. Apabila bekas pembawa, klip tali pinggang atau
pemegang digunakan untuk pengendalian pemakaian pada badan, ia tidak sepatutnya
mengandungi logam dan perlu meletakkan produk pada jarak sekurang-kurangnya
1.5cm dari badan anda. Untuk memindahkan data fail dan mesej, peranti ini memerlukan
sambungan berkualiti pada rangkaian. Dalam beberapa kes, pemindahan fail data atau
mesej mungkin ditangguhkan sehingga sambungan tersebut tersedia. Pastikan arahan
jarak pemisahan diikuti sehingga pemindahan selesai.
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
AMARAN
Hanya gunakan bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan untuk
digunakan bersama model tertentu telefon ini. Penggunaan sebarang jenis
lain boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang berkaitan
dengan telefon, dan mungkin berbahaya.
•Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa ia kepada juruteknik servis yang layak jika
kerja pembaikan diperlukan.
•Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG, mungkin termasuk penggantian
bahagian atau papan yang sama ada baru atau yang diperbaiki, asalkan kefungsiannya
sebanding dengan bahagian yang diganti.
•Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan komputer peribadi.
•Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti radiator atau dapur.
•Jangan jatuhkan.
•Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran mekanikal atau kejutan.
•Matikan telefon di mana-mana tempat yang memerlukan anda berbuat demikian oleh
undang-undang khas. Contohnya, jangan gunakan telefon di hospital kerana ia mungkin

7
mengganggu peralatan hospital yang sensitif.
•Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang basah semasa telefon sedang dicas. Ia
boleh menyebabkan terjadinya renjatan elektrik dan telefon mungkin akan rosak teruk.
•Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan yang mudah terbakar kerana telefon bimbit
akan menjadi panas dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
•Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit ini (jangan gunakan
pelarut seperti benzena, pencair atau alkohol).
•Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
•Telefon hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan baik.
•Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.
•Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh
menjejaskan maklumat pada jalur magnetik.
•Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana ia boleh merosakkan telefon.
•Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau kelembapan.
•Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati. Jangan sentuh antena jika tidak
diperlukan.
•Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau membaiki kaca yang
pecah, sumbing atau retak. Kerosakan pada paparan kaca kerana ia disia-siakan dan
disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh waranti ini.
•Telefon anda adalah peranti elektronik yang menjana haba pada penggunaan biasa.
Sentuhan langsung dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan dalam keadaan
pengudaraan tidak mencukupi mungkin akan mengakibatkan ketidakselesaan atau
melecur sedikit. Oleh itu, anda hendaklah berjaga-jaga apabila mengendalikan telefon
anda atau betul-betul selepas menggunakannya.

8
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin mendapat gangguan, yang boleh menjejaskan prestasi.
•Jangan gunakan telefon mudah alih anda berhampiran kelengkapan perubatan tanpa
meminta kebenaran. Elakkan meletak telefon di atas perentak jantung, contohnya, di
dalam poket dada anda.
•Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin diganggu oleh telefon mudah alih.
•Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV, radio, PC, dsb.
•Guna telefon anda dalam suhu di antara 0ºC dan 40ºC, jika boleh. Mendedahkan telefon
anda kepada suhu yang terlampau rendah atau tinggi akan mengakibatkan kerosakan,
malfungsi atau letupan.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan telefon mudah alih di
kawasan tempat anda memandu.
•Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
•Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
•Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum membuat atau menjawab panggilan jika
keadaan pemanduan memerlukan anda berbuat demikian.
•Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem elektronik di dalam kenderaan anda
seperti stereo kereta dan kelengkapan keselamatan.
•Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halangnya dengan kelengkapan
wayarles yang dipasang atau yang mudah alih. Ia mungkin tidak berfungsi atau
menyebabkan kecederaan serius disebabkan prestasi yang tidak betul.
•Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan, sila pastikan bahawa volumnya
berada pada paras yang berpatutan agar anda sedar akan keadaan di sekeliling anda. Ini
khususnya amat penting jika anda berdekatan jalan raya.

9
Elakkan kerosakan kepada pendengaran anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran, jangan mendengar pada tahap volum
yang tinggi untuk tempoh yang panjang
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika anda terdedah kepada bunyi
yang kuat untuk tempoh yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan agar anda tidak
menghidupkan atau mematikan telefon mudah alih berhampiran dengan telinga anda. Kami
juga mengesyorkan bahawa volumnya muzik dan panggilan ditetapkan pada paras yang
berpatutan.
•Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volumnya jika anda tidak dapat mendengar
orang yang bercakap berdekatan dengan anda atau jika orang yang duduk di sebelah
anda dapat mendengar apa yang sedang anda dengar.
NOTA: Tekanan bunyi yang melampau dari fon telinga dan fon kepala boleh
menyebabkan kehilangan pendengaran.
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti mudah alih anda dibuat daripada kaca. Kaca ini akan retak
atau pecah jika telefon anda terjatuh ke atas permukaan yang keras atau menerima impak
yang kuat. Jika kacanya pecah, jangan sentuh atau cuba untuk menanggalkannya. Berhenti
menggunakan peranti mudah alih anda sehingga kaca diganti oleh pembekal khidmat yang
diluluskan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang dijalankan. Patuhi sekatan dan ikut
sebarang aturan dan peraturan.

10
Persekitaran boleh meletup
•Jangan gunakan telefon di tempat mengisi minyak.
•Jangan gunakan berhampiran bahan api atau bahan kimia.
•Jangan angkut atau simpan gas mudah terbakar, cecair atau bahan letupan di dalam
ruang yang sama dengan yang mengandungi telefon mudah alih anda dan aksesorinya.
Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
•Matikan telefon mudah alih anda sebelum menaiki sebarang pesawat terbang.
•Jangan gunakannya apabila mendarat tanpa izin anak kapal.
Kanak-kanak
Simpan telefon di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak kecil. Ia termasuk
bahagian kecil yang boleh menyebabkan bahaya tercekik jika ia tertanggal.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia di bawah semua rangkaian mudah alih. Oleh
itu, anda tidak sepatutnya bergantung semata-mata kepada telefon anda untuk membuat
panggilan kecemasan. Semak dengan pembekal khidmat tempatan anda.
Maklumat dan penjagaan bateri
•Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya semula. Tidak
seperti sistem bateri lain, tiada kesan memori yang boleh menjejaskan prestasi bateri.
•Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk untuk
memaksimumkan hayat bateri.

11
•Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan bateri.
•Pastikan sesentuh logam pada bateri sentiasa bersih.
•Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang boleh diterima. Pek bateri
mungkin dicas beratus kali sehingga ia perlu digantikan.
•Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat tempoh masa yang lama untuk
memaksimumkan kebolehgunaan.
•Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung atau gunakannya
pada kelembapan yang tinggi, seperti di bilik air.
•Jangan biarkan bateri di tempat yang panas atau sejuk, ini mungkin menjejaskan prestasi
bateri.
•Terdapat risiko letupan jika bateri digantikan dengan jenis yang salah.
•Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut arahan pengilang. Sila kitar semula yang
mana mungkin. Jangan lupuskan sebagai sampah rumah yang biasa.
•Jika anda hendak mengganti bateri, bawa ia ke pusat servis LG Electronics atau wakil
penjual yang disahkan untuk mendapatkan bantuan.
•Tanggalkan pengecas dari soket dinding selepas telefon dicas sepenuhnya untuk
menjimatkan kuasa pengecas daripada penggunaan yang tidak perlu.
•Hayat sebenar bateri bergantung kepada konfigurasi rangkaian, tetapan produk, corak
penggunaan, dan keadaan bateri dan persekitaran.
•Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau gigi haiwan, bersentuhan dengan
bateri. Ini akan menyebabkan kebakaran.

12
BAGAIMANA UNTUK MENGEMAS KINI TELEFON PINTAR ANDA
Akses ke keluaran peralatan tegar terkini, fungsi perisian baru dan
peningkatan.
• Kemas kini telefon pintar anda tanpa menggunakan PC. Pilih
Pusat kemaskini
> Kemaskini perisian.
• Kemas kini telefon pintar anda dengan menyambungkannya
kepada PC anda. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang
menggunakan fungsi ini, sila lawati http://www.lg.com/common/index.
jsp pilih negara dan bahasa.
PENGISYTIHARAN PEMATUHAN
Dengan ini, LG Electronics mengisytiharkan bahawa produk LG-D315
mematuhi keperluan penting dan peruntukan lain yang berkaitan pada
Arahan 1999/5/EC. Satu salinan Perisytiharan Pematuhan boleh didapati
di http://www.lg.com/global/declaration

13
Notis penting
Sila baca maklumat ini sebelum mula menggunakan
telefon anda!
Sila semak sama ada sebarang masalah telefon yang anda hadapi telah diterangkan dalam
bahagian ini, sebelum anda membawa telefon anda untuk diservis atau memanggil wakil
servis.
1. Memori telefon
Apabila ruang yang tinggal pada memori telefon anda kurang daripada 10%, telefon anda
tidak akan dapat menerima mesej yang baru. Anda perlu memeriksa memori telefon anda
dan memadamkan sebahagian data seperti aplikasi atau mesej, untuk menjadikan lebih
banyak memori tersedia.
Untuk membuang pemasangan aplikasi:
1 Daripada skrin Utama, ketik tab > Apl (jika perlu) > Tetapan > tab Umum >
Apl.
2 Selepas semua aplikasi muncul, tatal dan pilih aplikasi yang hendak anda membuang
pemasangan.
3 Ketik Buang pemasangan, kemudian ketik OK untuk mengesahkan.
2. Mengoptimumkan hayat bateri
Panjangkan hayat bateri anda antara cas dengan mematikan ciri yang anda tidak
perlukannya berjalan secara berterusan di latar belakang. Anda juga boleh memantau cara
aplikasi dan sumber sistem menggunakan kuasa bateri.
Memanjangkan hayat bateri anda:
•
Matikan komunikasi radio apabila anda tidak menggunakannya. Jika anda tidak
menggunakan WLAN, Bluetooth atau GPS, matikannya.

14
•
Kurangkan kecerahan skrin dan tetapkan masa tamat skrin yang lebih pendek.
•
Matikan penyegerakkan automatik bagi Gmail, Kalendar, Kenalan dan aplikasi lain.
•
Sesetengah aplikasi yang telah anda muat turun mungkin akan mengurangkan kuasa
bateri.
Untuk memeriksa tahap cas bateri:
•
Daripada skrin Utama, ketik tab > Apl (jika perlu) > Tetapan > tab Umum >
Mengenai telefon > Bateri.
Status bateri (mengecas atau menyahcas) dan tahap bateri (peratus dicaj) akan dipaparkan
pada bahagian atas skrin.
Untuk mengawasi dan mengawal cara kuasa bateri digunakan:
•
Daripada skrin Utama, ketik tab > Apl (jika perlu) > Tetapan > tab Umum >
Mengenai telefon > Bateri > Penggunaan bateri.
Masa penggunaan bateri dipaparkan pada skrin. Ciri ini memberitahu tempoh masa
semenjak anda menyambung telefon anda kepada sumber kuasa atau, jika sedang
disambung kepada sumber kuasa, berapa lama telefon berjalan menggunakan kuasa bateri
pada kali terakhir. Skrin akan menunjukkan aplikasi atau perkhidmatan yang menggunakan
kuasa bateri, yang disusun dari penggunaan terbesar hingga terkecil.
3. Sebelum memasang aplikasi dan sistem
pengendalian (OS) sumber terbuka
AMARAN
Jika anda memasang dan menggunakan OS selain daripada yang
disediakan oleh pengeluar, ini mungkin akan menyebabkan telefon anda
gagal berfungsi. Di samping itu, telefon anda tidak lagi dilindungi oleh
waranti ini.

15
AMARAN
Untuk melindungi telefon dan data peribadi anda, hanya muat turun aplikasi
daripada sumber yang boleh dipercayai, seperti Play Store™. Jika terdapat
aplikasi yang tidak dipasang dengan betul pada telefon anda, telefon anda
mungkin tidak akan berfungsi sebagaimana sepatutnya atau ralat yang
serius mungkin berlaku. Anda hendaklah menyahpasang aplikasi-aplikasi
tersebut dan semua data dan tetapannya daripada telefon.
4. Menggunakan kunci skrin
Tetapkan kunci skrin untuk mengunci telefon anda bagi mengelakkan penggunaan yang
tidak dibenarkan. Daripada skrin Utama, ketik tab > Apl (jika perlu) > Tetapan >
tab Paparan > Skrin kunci > Pilih skrin kunci > Tiada, Seret, Knock Code, Membuka
kunci Muka, Corak, PIN atau Kata laluan. Jika anda memilih Corak, anda akan digesa
untuk membuat PIN Sandaran sebagai langkah keselamatan jika anda terlupa kunci skrin
anda.
Amaran: Cipta akaun Google dahulu sebelum menetapkan kunci skrin dan
ingat PIN Sandaran yang anda cipta sewaktu mencipta kunci skrin anda.
AMARAN
Langkah berjaga-jaga perlu diambil semasa menggunakan kunci corak.
Mengingati kunci skrin yang anda tetapkan amatlah penting. Anda tidak
akan dapat mengakses telefon anda jika anda menggunakan kunci skrin
yang salah sebanyak 5 kali. Jika anda telah menggunakan kesemua 5
peluang, anda boleh mencuba lagi selepas 30 saat.

16
Apabila anda tidak dapat mengingati kunci skrin anda:
< Jika anda terlupa corak anda >
Jika anda log masuk ke akaun Google anda pada telefon tetapi gagal memasukkan corak
yang betul sebanyak 5 kali, ketik butang Terlupa corak? di bahagian bawah skrin. Selepas
itu anda diminta untuk log masuk dengan Akaun Google anda atau masukkan PIN Sandaran
yang anda cipta.
Jika anda belum melog masuk ke akaun Google pada telefon atau anda terlupa PIN
Sandaran, anda perlu melakukan tetapkan semula keras.
< Jika anda telah terlupa PIN atau Kata Laluan anda >
Jika anda terlupa PIN atau Kata Laluan anda, anda perlu melakukan tetapan semula keras.
Amaran: Jika anda melakukan tetapan semula keras, semua aplikasi pengguna
dan data pengguna akan terpadam.
5. Menggunakan Tetapan Semula Keras (Tetapkan
semula kilang)
AMARAN
Jika anda melakukan Tetapan Semula Keras, semua aplikasi pengguna, data
pengguna dan lesen DRM akan dipadam. Jangan lupa untuk menyandarkan
sebarang data penting sebelum melakukan Tetapan Semula Keras.
1 Matikan telefon.
2 Tekan dan tahan Kekunci Kuasa/Kunci + Kekunci Turun Volum .
3 Lepaskan Kekunci Kuasa/Kunci apabila logo LG dipaparkan.
4 Tekan Kekunci Kuasa/Kunci sekali lagi dalam masa 3 saat.
5 Apabila skrin Tetapkan semula data kilang muncul, lepaskan semua kekunci.
6 Gunakan Kekunci Volum untuk menyerlahkan Ya dan tekan Kekunci Kuasa/Kunci
untuk mengesahkan.

17
7 Telefon anda akan melakukan tetapan semula kilang.
6. Membuka dan beralih aplikasi
Melakukan berbilang tugas menjadi mudah dengan Android kerana anda boleh membiarkan
lebih daripada satu aplikasi berjalan sekali gus. Tidak perlu keluar daripada suatu aplikasi
sebelum membuka yang satu lagi. Gunakan dan beralih antara beberapa aplikasi terbuka.
Android menguruskan setiap aplikasi, menghentikan dan memulakannya jika perlu untuk
memastikan bahawa aplikasi melahu tidak perlu menggunakan sumber.
Untuk menghentikan aplikasi:
1 Daripada skrin Utama, ketik tab > Apl (jika perlu) > Tetapan > tab Umum >
Apl > BERLARI.
2 Ketik aplikasi yang diingini dan tekan Henti untuk menghentikannya.
7. Memindahkan muzik, foto dan video
menggunakan Penyegerakan media (MTP)
1 Sambungkan telefon ke PC anda menggunakan kabel USB yang dibekalkan bersama
telefon anda.
2 Senarai jenis sambungan USB akan muncul pada skrin telefon anda. Ketik pilihan
Penyegerakan media (MTP).
3 Pilih pilihan Buka peranti untuk melihat fail pada PC anda. Anda kemudian akan dapat
melihat kandungan media pada PC anda dan memindahkan fail tersebut.
4 Salin fail dari PC anda ke dalam folder pemacu atau sebaliknya.
5 Seret Bar Status ke bawah dan ketik USB disambungkan > Cas telefon.
6 Tanggalkan kabel USB dari telefon anda.

18
8. Pegang telefon anda secara menegak
Pegang telefon bimbit anda secara menegak, sebagaimana anda memegang telefon
biasa. Telefon anda mempunyai antena dalaman. Anda hendaklah berhati-hati agar tidak
mencalarkan atau merosakkan bahagian belakang telefon, kerana ini mungkin akan
menjejaskan prestasi.
Semasa membuat/menerima panggilan atau menghantar/menerima data, elakkan
memegang bahagian bawah telefon tempat antena terletak. Berbuat demikian dapat
menjejaskan kualiti panggilan.
9. Apabila skrin menjadi kaku
Jika skrin menjadi kaku atau telefon tidak memberi respons ketika anda cuba
mengendalikannya:
Tekan dan tahan Kekunci Kuasa/Kunci selama 10 saat untuk memulakan semula telefon
anda.
Jika telefon masih tidak berfungsi, sila hubungi pusat servis.
Other manuals for D315
1
Table of contents
Languages:
Other LG Cell Phone manuals