Noxxa BM325SC User manual

1
KETUHAR PEMBUAT ROTI
Model no. BM325SC
Manual

2
SELAMAT DATANG KE DUNIA PEMBUATAN ROTI DENGAN
Pelanggan yang kami hormati,
Terima kasih dan tahniah di atas pembelian Ketuhar Pembuat Roti Noxxa yang baru ini.
Noxxa dengan gembira dan bangganya menambah kualiti hidup anda dengan model Ketuhar
Pembuat Roti Automatik terbaru ini. la bukan sahaja boleh membuat pelbagai jenis roti malah
boleh membuat pelbagai makanan enak seperti kek, pastri, biskut, dan sebagainya. Kami yakin
bahawa anda akan mendapat kepuasan dan keseronokan semasa menggunakan Ketuhar Pembuat
Roti yang baru ini.
Sila ambil masa untuk membaca seluruh manual operasi supaya mendapat kejayaan semasa
menggunakan peralatan ini.
Panel paparan mempunyai lampu untuk memudahkan penglihatan serta mudah digunakan. Cuba
tekan butang-butangnya dan biasakan diri dengan peralatan ini. Anda bukan sahaja akan berasa
selesa dengan mesin ini, malah akan menjadi lebih yakin untuk menggunakannya.
Ketuhar Pembuat Roti Serbaguna ini mempunyai pelbagai kemudahan dan membolehkan anda
menjimatkan ruang kaunter dapur kerana pembuat roti, pembakar roti, dan ketuhar semuanya
berada dalam satu perkakas yang kompak. la boleh melakukan kesemuanya!
Kami turut menyertakan panduan maklumat mengenai ramuan, penyelesaian masalah dan resipi-
resipi yang enak. Ambil perhatian terhadap suhu, kelembapan, kesegaran yis dan ketinggian dari
paras laut kerana kesemua ini mungkin akan memberi kesan kepada konsistensi roti. Oleh itu,
patuhi arahan di dalam resipi dengan teliti untuk menikmati kepuasan yang sepenuhnya.
Selamat Memasak!

3
KANDUNGAN
KESELAMATAN PENTING 4
SEBELUM PENGGUNAAN KALI PERTAMA 5
BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS
5
PENGENALAN KETUHAR PELBAGAI FUNGSI/PEMBUAT ROTI
Bahagian dan Aksesori 6
Panel Kawalan 7
FUNGSI KETUHAR
Memprogram Prapanas Bakar, Bakar dan Salai 9
Memprogram Nyahbeku 10
Memprogram Kekal Hangat 10
FUNGSI PEMBAKARAN ROTI
Memprogram Pembakaran Roti 11
Memprogram Top Brown 11
FUNGSI PEMBUAT ROTI
Program Pilihan 12
Spesifikasi Program 13
Ramuan 14
Memprogram Pembuat Roti 20
ARAHAN PEMBERSIHAN
23
SEBELUM DIHANTAR UNTUK SERVIS
Soal & Jawab untuk Roti dan Doh 24
Senarai Semakan untuk Roti dan Doh 25
Cadangan 26
SPESIFIKASI 79

4
KESELAMATAN PENTING
Apabila menggunakan peralatan elektrik, langkah keselamatan asas hendaklah sentiasa dipatuhi untuk mengurangkan
risiko kebakaran, kejutan elektrik, dan kecederaan pada orang, termasuk yang berikut:
• Baca semua arahan sebelum menggunakan peralatan ini.
• Jangan rendam kord elektrik, plag atau mesin di dalam air atau sebarang cecair ( lihat arahan pembersihan ).
• Jangan sentuh permukaan panas. Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar apabila memegang periuk roti yang
panas.
• Penyeliaan rapi diperlukan apabila peralatan ini diguna berhampiran kanak-kanak.
• Peralatan ini bukan untuk kegunaan kanak-kanak.
• Tanggalkan plag dari sesalur dinding apabila tidak digunakan atau sebelum dibersihkan. Tekan butang
STOP
sebelum menanggalkan plag. Biarkan sejuk sebelum memasang atau menanggalkan bahagian-bahagian untuk
dibersihkan.
• Untuk menanggalkan plag dengan suis unit dimatikan, pegang plag dan tarik keluar dari sesalur dinding.
Jangan tarik kord elektrik..
• Jangan sentuh bahagian yang sedang bergerak. Jangan masukkan tangan ke dalam periuk roti semasa
beroperasi.
• Jangan guna peralatan yang rosak. Jangan guna dengan kord atau plag yang rosak atau selepas peralatan
gagal berfungsi atau telah terjatuh atau rosak dalam apa cara jua. Kembalikan peralatan kepada pusat servis
bertauliah yang berdekatan untuk pemeriksaan, pembaikan, penyelarasan elektrikal atau mekanikal.
• Guna pasangan aksesori yang disyorkan oleh Noxxa sahaja.
• Jangan guna di luar rumah atau semasa berada di kawasan yang lembap.
• Jangan guna peralatan ini untuk kegunaan lain selain daripada yang dikhaskan.
• Jangan biarkan kord elektrik tergantung di tepi meja atau kaunter atau menyentuh permukaan yang panas.
• Jangan letak peralatan atau kord elektrik pada atau berhampiran permukaan yang panas, termasuk penutup
gas atau elektrik atau ketuhar yang panas.
• Jangan biarkan peralatan ini tanpa pengawasan semasa menyalai atau memanggang.
• Jangan bersihkan dengan penyental logam. Serat boleh tercarik daripada penyental dan menyentuh bahagian
berkuasa elektrik.
• Apabila menggunakan peralatan ini, sediakan sekurang-kurangnya 4 inci ruang udara di atas dan di sekeliling
untuk peredaran udara. Jangan guna di atas permukaan di mana haba boleh mendatangkan masalah.
• Berhati-hati apabila menggerakkan peralatan yang mengandungi minyak panas atau cecair panas lain.
• Berhati-hati apabila mengeluarkan dulang atau membuang gris panas.
• Kebakaran mungkin akan berlaku jika peralatan ini menyentuh atau ditutup dengan bahan mudah terbakar,
seperti langsir, kain hiasan, dinding, dan sebagainya apabila sedang beroperasi.
• Jangan simpan sebarang bahan selain daripada aksesori yang disyorkan pengilang di dalam peralatan ini
apabila tidak digunakan.
• Jangan tutup penutup penggaul atau sebarang bahagian ketuhar dengan kertas logam. Ini akan menyebabkan
pemanasan berlebihan di dalam ketuhar.
• Berhati-hati apabila menggunakan bekas yang diperbuat selain daripada logam.
• Jangan letak sebarang bahan mudah terbakar seperti kertas, kadbod, plastik, dan sebagainya di sebelah, di
atas, atau di dalam ketuhar.
• Apabila menyalai, dulang bakar/salai dan rak bakar/salai mestilah digunakan.
• Makanan atau perkakas yang terlalu besar janganlah dimasukkan ke dalam ketuhar.
SIMPAN ARAHAN INI
WASPADA:
Kord bekalan kuasa yang pendek diberi untuk mengurangkan risiko kecederaan diri akibat
tersimpul atau terlanggar kord yang panjang. Jika kord elektrik rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, agen
servis atau pihak yang berkelayakan untuk mengelakkan bahaya.
KUASA ELEKTRIK:
Jika litar elektrik terlebih beban dengan peralatan lain, ketuhar Pembuat Roti mungkin
tidak dapat beroperasi dengan betul. Ketuhar Pembuat Roti hendaklah beroperasi di litar elektrik berasingan
daripada peralatan lain yang sedang beroperasi.

5
SEBELUM PENGGUNAAN KALI PERTAMA
Keluarkan Ketuhar Pembuat Roti daripada pembungkusan dengan cermat dan buangkan semua
bahan pembungkusan. Untuk membersihkan sebarang habuk yang mungkin bertimbun semasa
pembungkusan, cuci periuk roti, bilah penguli, dulang bakar/salai, redai dan penutup penggaul.
Jangan rendam periuk roti ( lihat arahan pembersihan ). Lap bahagian luar mesin dengan kain
lembap. Jangan guna pencuci kasar pada sebarang bahagian mesin.
Sila PREHEAT (pra-panas) ketuhar selama 20 minit pada suhu 250°C sebelum penggunaan kali
pertama. Adalah biasa untuk ketuhar ini mengeluarkan sedikit asap semasa proses ini dijalankan.
Letak di atas permukaan kering dan stabil, jauh daripada penunu dapur dan jauh dari kawasan di
mana gris memasak atau air mungkin terpercik ke atasnya.
Pasangkan plag ke sesalur dinding.
TIP KESELAMATAN PENTING
• Ruang ketuhar, penutup penggaul, bilah penguli, pemegang periuk roti, dulang bakar/salai,
redai dan makanan akan menjadi sangat panas selepas digunakan. Sentiasa gunakan sarung
tangan ketuhar.
• Tanggalkan plag unit dan biarkan sejuk sebelum dibersihkan. Buang sebarang tepung, serbuk
roti atau bahan-bahan lain di dalam ketuhar menggunakan span, kain lembap atau pembersih
vakum mudah alih.
• Pembuat roti boleh membakar roti sehingga berat 2 paun. Jangan masukkan kuantiti ramuan
yang berlebihan ke dalam periuk roti selain daripada yang disyorkan. Jika anda buat begitu,
roti mungkin tidak dapat digaul dan dibakar dengan betul dan pembuat roti mungkin akan
rosak. Jumlah maksimum tepung yang harus digunakan di dalam resipi selain daripada yang
terkandung di dalam buku resipi ini adalah seperti berikut:
Seting BAKAR - kira-kira 4 cawan
Kek dan campuran roti prabungkus - 4 cawan
Seting PENGGAULAN dan DOH - 4 2/3 cawan
• Pegang periuk roti yang panas dengan cermat menggunakan pemegang periuk atau sarung
tangan. Keluarkan periuk roti dengan menarik keluar menggunakan pemegang periuk roti.
• Bila-bila masa apabila pintu dibuka semasa program pembuat roti berada dalam proses
menguli, pastikan unit berhenti sepenuhnya sebelum mengeluarkan periuk roti.
BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS
Ketuhar Serbaguna/Pembuat Roti Noxxa mempunyai sistem memori sekiranya bekalan elektrik
terputus atau plag tertanggal tanpa disengajakan. Sekiranya tempoh bekalan elektrik terputus
tidak melebihi 60 minit, unit akan mengingati dan secara automatik akan meneruskan program.
Jika anda tidak pasti akan masa bekalan itu terputus, adalah lebih selamat jika ramuan-ramuan itu
dibuang dan mulakan program sekali lagi.
PERALATAN INI UNTUK KEGUNAAN ISI RUMAH SAHAJA
PENGILANG DAN NOXXA TIDAK MENANGGUNG LIABILITI JIKA PERALATAN INI
DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIL ATAU DALAM SEBARANG
CARA YANG TIDAK MEMATUHI ARAHAN OPERASI.

6
PENGENALAN KETUHAR PEMBUAT ROTI
nBAHAGIAN DAN AKSESORI
PANEL
KAWALAN
LUNGSURKAN
PERIUK ROTI
DI BAWAH
LANDASAN
UNTUK FUNGSI
PEMBUAT ROTI
1
23
4
1 5
2 6
3
4
7
8
7
56
8

7
nPANEL KAWALAN
SKRIN PAPARAN
Menunjukkan program
yang dipilih dan jumlah
masa yang tinggal
untuk program tamat.
Menunjukkan isyarat
paparan.
(rujuk muka surat 25)
TOMBOL
PELARASAN
Pusing untuk melaraskan
masa dan suhu untuk
PRA-PANAS BAKAR atau
BAKAR. Ataupun pusing
untuk melaraskan warna roti
bakar.
BUTANG FUNGSI
KETUHAR (OVEN)
Tekan untuk pilih Program
PRA-PANAS BAKAR, BAKAR
atau SALAI.
BUTANG LAMPU
Untuk pasang/padamkan
lampu di dalam pembuat
roti.
SUHU/BERAT
(TEMP/WEIGHT)
i) Tekan untuk paparkan
suhu untuk PRA-PANAS
BAKAR, BAKAR atau
SALAI.
ii) Tekan untuk paparkan
berat bagi program ROTI
yang terpilih.
MULA (START)
Selepas memilih fungsi,
suhu (jika perlu) dan masa
(jika perlu), tekan untuk
memulakan program.
BUTANG FUNGSI
ROTI (BREAD)
Tekan untuk pilih
program membuat roti.
BUTANG FUNGSI
PEMBAKAR ROTI
(TOAST)
Tekan untuk pilih
program 4 atau 2 keping
roti bakar.
MASA (TIME)
Tekan untuk pilih pemasa
sebelum memusing
tombol untuk selaraskan
masa. Mesti ditetapkan
untuk fungsi BAKAR,
SALAI, atau penangguh
masa membuat roti.
HENTI (STOP)
Tekan 2 saat semasa
program sedang
beroperasi untuk
membatalkan program
tersebut.
TEMP
WEIGHT
STARTSTOP
TIME
PROGRAM
BATAL
Jika ingin membatalkan program yang dipilih, tekan butang STOP
melebihi 2 saat pada bila-bila masa semasa program sedang berjalan.

8
nDulang Bakar/Salai, Redai dan Periuk Roti
Untuk hasil yang terbaik, gunakan bekas untuk membakar, menyahbeku, perangkan warna
makanan, kekalkan hangat dan untuk mengurangkan pembersihan akibat tumpahan.
Apabila membakar roti anda boleh gunakan sama ada dulang bakar atau redai serta bekas lain
yang sesuai. Masukkan ke dalam ketuhar pada kedudukan #2 kecuali jika memerlukan ketinggian
yang lebih, letakkan pada kedudukan #1. Penutup penggaul mestilah digunakan.
Apabila menyalai, kedua-dua dulang salai dan redai mesti digunakan. Masukkan ke dalam
ketuhar pada kedudukan #2 atau #3 bergantung kepada ketebalan makanan. Penutup penggaul
mestilah digunakan.
Apabila menggunakan program pembuat roti tanggalkan penutup penggaul. Letakkan bilah
penguli ke dalam periuk roti. Lungsurkan periuk roti di bawah landasan pada bahagian bawah
ketuhar dengan ”FRONT q“ menunjuk ke arah pintu. Sentiasa gunakan pemegang periuk roti dan
sarung tangan ketuhar untuk mengeluarkan periuk roti.
AMARAN : PERMUKAAN KETUHAR ADALAH PANAS SEMASA DAN SELEPAS DIGUNAKAN.
AMARAN : Sarung tangan ketuhar harus sentiasa dipakai ketika menyentuh ketuhar atau dulang
serta makanan yang panas, atau apabila memasukkan atau mengeluarkan rak, bekas
atau dulang pembakar.
PERHATIAN : PENUTUP PENGGAUL MESTILAH DILETAKKAN DI ATAS MEKANISME PENGGAUL
APABILA FUNGSI INI DIGUNAKAN.
KEDUDUKAN 3
KEDUDUKAN 2
KEDUDUKAN 1

9
FUNGSI KETUHAR
nFungsi Ketuhar
Program
BAKE (Bakar)
dan
BROIL (Salai)
pada ketuhar baru anda mempunyai keupayaan untuk membakar,
menyalai, menyahbeku dan mengekalkan kehangatan makanan. Ketuhar mempunyai termostat mudahsuai
dengan suhu dari 40°C hingga 260°C yang membolehkan anda menyediakan resipi kegemaran mengikut
arahan pakej atau resipi. Program bakar mempunyai pemasa 4 jam dan program salai mempunyai pemasa 1
jam.
Lampu pada paparan akan terpadam selepas 10 minit jika tiada program yang terpilih. Tekan butang lampu
untuk buka/tutup lampu di dalam ketuhar. Lampu akan menyala selama 1 minit.
Pengilang peralatan ketuhar tidak mengesyorkan penggunaaan bekas atau penutup kaca jernih di dalam
ketuhar ini. Bekas pembakar yang diperbuat daripada kaca-seramik boleh digunakan. Jangan gunakan
pembungkus pembakar di dalam ketuhar ini, kerana ia mungkin boleh bersentuhan dengan elemen pemanas
dan akan menjadi cair atau terbakar.
n
MEMPROGRAM PRAPANAS BAKAR, BAKAR DAN SALAI
1. Letakkan penutup penggaul di atas mekanisme penggaul. Pasangkan plag ke sesalur dinding.
2. Tekan butang OVEN untuk memilih program ketuhar. Jika ditekan sekali, program PREHEAT
BAKE (Prapanas Bakar) akan terpilih. Jika ditekan dua kali, program BAKE (Bakar) akan terpilih.
Jika ditekan tiga kali, program BROIL pula akan terpilih.
3. Apabila sebarang program ketuhar dipilih, jam akan muncul pada skrin paparan dahulu.
Set masa membakar dengan memusingkan tombol untuk memilih masa yang dikehendaki.
Apabila menggunakan program PREHEAT BAKE, masa tidak akan mula count down sehingga
ketuhar bertukar kepada program BAKE. Anda juga boleh memprogramkan masa selepas
prapanas tamat dan apabila makanan diletakkan ke dalam ketuhar.
4. Tekan butang TEMP (Suhu). Suhu asal untuk fungsi PREHEAT BAKE dan BAKE ialah 150°C (ini
akan ditunjukkan pada skrin paparan). Untuk melaraskan suhu bagi PREHEAT BAKE dan BAKE,
pusingkan tombol untuk memilih suhu yang dikehendaki. Suhu akan naik atau turun sebanyak
5°C pada satu masa. Suhu yang ditetapkan untuk fungsi BROIL ialah 260°C (ini tidak boleh
dilaraskan). Prapemanasan ketuhar tidak perlu untuk fungsi BROIL.
5. Jika anda menggunakan program PREHEAT BAKE, apabila suhu yang dikehendaki telah
dipilih, tekan START. Sebaik sahaja ketuhar telah tiba pada suhu yang dipilih, ia akan berbunyi
bip dan suhu akan berkelip pada skrin paparan.
6. Buka pintu dan letakkan makanan ke dalam ketuhar kemudian tekan START. PREHEAT BAKE
akan bertukar kepada BAKE. Kaunter masa akan mula count down. Kolon pada kaunter masa
akan berkelip. Jika anda tidak membuka pintu dan meletakkan makanan ke dalam ketuhar, ia
akan mengekalkan suhu prapanas selama 30 minit. Jika anda tidak juga membuka pintu dalam
masa ini, ketuhar akan terpadam secara automatik.
7. Unit akan berbunyi bip 3 kali untuk menunjukkan program telah TAMAT.
8. Tanggalkan palam dan biarkan ia benar-benar sejuk sebelum dibersihkan.
PROGRAM
FUNGSI
MASA

10
PETUA UNTUK MEMBAKAR DAN MENYALAI
• Jika masa tidak dipilih dan butang START tidak ditekan, unit akan berbunyi bip 5 kali untuk
menunjukkan bahawa masa masih belum dipilih. Unit tidak akan mula membakar atau
menyalai kecuali apabila masa telah dipilih.
• Masa dan suhu (BAKE sahaja) boleh diubah pada sebarang masa semasa menggunakan fungsi
BAKE atau BROIL. Pusingkan tombol untuk menambah atau mengurangkan masa.
• Ketuhar akan BERHENTI SEBENTAR selama 10 minit apabila pintu dibuka. Jika melebihi 10
minit, program akan set semula.
• Tekan butang STOP pada sebarang masa untuk menghentikan unit.
nMEMPROGRAM NYAHBEKU
JANGAN GUNAKAN KAEDAH INI UNTUK DAGING, TERNAKAN ATAU IKAN.
Untuk menyahbeku menggunakan Ketuhar Pembuat Roti, ikuti arahan BAKAR dan tetapkan suhu
pada 75°C. Proses nyahbeku akan mengambil lebih kurang 1/3 masa yang disyorkan pada pakej
untuk menyahbeku pada suhu bilik. Sebaik selesai, hidang atau bakar mengikut arahan.
TIP UNTUK NYAHBEKU
• Jangan tutup makanan.
• Sapukan doh yang disejukbeku dengan minyak untuk mencegah kekeringan semasa
NYAHBEKU, keluarkan dan prapanas ketuhar sebelum membakar.
nMEMPROGRAM KEKAL HANGAT
Untuk mengekalkan kehangatan makanan menggunakan Ketuhar Pembuat Roti, ikuti arahan
BAKAR dan set suhu pada 75°C.
TIP UNTUK KEKAL HANGAT
• Gunakan untuk tempoh masa yang singkat selepas makanan dimasak.
• Untuk memanaskan makanan yang disejukbeku, lihat arahan untuk nyahbeku.

11
FUNGSI PEMBAKAR ROTI
Fungsi TOAST (Pembakar Roti) mempunyai program untuk membakar 4 atau 2 keping roti. Fungsi
ini boleh juga digunakan untuk perangkan warna makanan (Top Brown). Contohnya: Jika sesuatu
resipi memerlukan bahagian atas makanan dibakar menjadi warna keperangan, anda boleh
menggunakan fungsi TOAST.
nMEMPROGRAM PEMBAKAR ROTI
1. Letakkan penutup penggaul di atas mekanisme penggaul. Pasangkan plag ke sesalur dinding.
2. Tekan butang TOAST sekali, program 4 keping akan dipaparkan. Jika ditekan lagi, program 2
keping akan dipilih.
3. Pusing tombol untuk memilih warna roti bakar yang dikehendaki dengan menambah atau
mengurangkan tanda warna. Seting asal sederhana ditunjukkan pada skrin paparan. Tambah
tanda warna untuk seting gelap dan kurangkan tanda warna untuk seting cerah.
4. Tekan butang START. Ketuhar akan memulakan proses membakar. Tiga sengkang dan satu
kolon berkelip akan muncul pada skrin paparan. Sebaik ketuhar menentukan masa yang
diperlukan untuk membakar roti pada tahap keperangan yang dipilih, sengkang akan berubah
menjadi minit dan/atau saat dan mula count down.
5. Kondensasi mungkin akan timbun pada bahagian dalam pintu kaca, tetapi ia akan terwap
semasa proses membakar. Purata masa program pertama adalah dari 4 - 8 1/2 minit,
bergantung kepada warna yang dipilih. Disebabkan ruang ketuhar sudah dipanaskan, purata
masa program kedua dan selebihnya akan mengambil masa 2 - 6 minit bergantung kepada
warna yang dipilih.
6. Unit akan berbunyi bip 3 kali apabila fungsi TOAST telah TAMAT.
7. Tanggalkan plag dan biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum dibersihkan.
PERHATIAN: Jika anda ingin meneruskan program ini sebaik sahaja program pertama selesai,
program kedua dan semua program tambahan akan mengambil masa yang lebih singkat kerana
ruang ketuhar masih lagi panas. Tiada pelarasan kawalan warna diperlukan untuk membakar pada
warna yang sama. Pelarasan warna hanya diperlukan sekiranya anda ingin menukar warna kerak roti
yang lebih cerah atau lebih gelap.
TIP UNTUK MEMBAKAR ROTI
• Guna seting 4 KEPING untuk membakar 3 atau 4 keping roti. Gunakan seting 2 KEPING untuk
membakar 1 atau 2 keping roti.
• Ikuti arahan pembakar makanan.
• Roti yang disejukbeku dan berat memerlukan seting yang lebih gelap (contohnya, bagel dan
mafin Inggeris).
• Buangkan serbuk roti setiap kali selepas digunakan.
nMEMPROGRAM TOP BROWN
Untuk memberi warna keperangan pada bahagian atas makanan, ikuti arahan membakar di atas
tetapi letakkan makanan di atas dulang pembakar.
TIP UNTUK TOP BROWN
• TopBrownbolehdigunakanuntukmemberiwarnakeperanganpadabagel,manlnggerisatau
untuk mencairkan keju di atas sandwic atau kaserol.
FUNGSI
PROGRAM
TANDA WARNA

12
FUNGSI PEMBUAT ROTI
nPROGRAM DIPILIH
Semua resipi Noxxa menyatakan program apa yang patut dipilih untuk setiap resipi. Program
CAKE (Kek) dan MIX (Penggaulan) mengandungi bunyi isyarat untuk memeriksa penggaulan yang
betul. Pada masa ini, gunakan spatula untuk menggaul sebarang tepung di sekeliling periuk.
Program SWEET (Manis) mengandungi bunyi isyarat untuk menambah ramuan (seperti kismis,
kacang). Rujuk kepada halaman spesifikasi program.
• BASIC LIGHT / MEDIUM / DARK
Cerah, Sederhana, Gelap Asas
Gunakan program ini untuk resipi roti dan campuran asas.
• BASIC RAPID
Segera
Jimatkan masa dengan menggunakan program ini dengan
menggunakan amaun yis yang lebih banyak seperti yang
dicadangkan di dalam buku resipi.
• WHOLE WHEAT
Gandum Penuh
Jika resipi mengandungi lebih daripada 50% tepung gandum
penuh, gunakan program ini. Pada 30 minit pertama,
pembuat roti akan diprapanas sebelum pengulian pertama.
• WHOLE WHEAT RAPID
Gandum Penuh Cepat
Jimatkan masa untuk menyediakan resipi gandum
penuh dengan menggunakan amaun yis yang lebih banyak
seperti yang dicadangkan di dalam buku resipi. Pada 5 minit
pertama, Pembuat Roti akan diprapanas sebelum pengulian
pertama.
• FRENCH
Perancis
Jika resipi anda kurang lemak dan gula dan menghasilkan
kerak roti yang rangup dan kasar, gunakan program ini.
• SWEET
Manis
Program ini sesuai untuk resipi yang mengandungi
kandungan gula atau lemak yang tinggi. Mesin akan berbunyi
bip pada 2:58 sebagai isyarat untuk menambah ramuan
tambahan seperti kismis dan kacang.
• CAKE
Kek
Gunakan program ini untuk menyediakan campuran kek
prapakej, kek dan roti segera yang terdapat di dalam buku
resipi.
• DOUGH
Doh
Program ini digunakan untuk menyediakan doh untuk
membuat roti atau rol yang dibentuk sebelum dibakar di
dalam ketuhar pembuat roti atau ketuhar konvensional.
• PIZZA DOUGH
Doh Piza
Gunakan program ini untuk menyediakan doh yang kurang
memerlukan mengulian dan penaikan seperti pizza dan doh
foccasia.
• MIX
Penggaulan
Gunakan program ini untuk menggaul ramuan seperti
doh pasta, doh pai atau doh biskut. Mesin akan berbunyi bip
pada :06 sebagai isyarat untuk memeriksa penggaulan yang
betul.
1Lb
1.5Lb
2Lb
PROGRAM
FUNGSI
MASA
BERAT ROTI

13
nSPESIFIKASI PROGRAM

14
nRAMUAN
Kami syorkan supaya anda membaca maklumat berikut sebelum membeli ramuan. Pembuat
roti ini boleh membakar sehingga 2 paun roti segar yang mengandungi lebih kurang 4 cawan
tepung. Semua ramuan mestilah berada pada suhu bilik. Ramuan hendaklah sentiasa diletakkan ke
dalam periuk roti mengikut susunan yang disenaraikan di dalam resipi: cecair, ramuan kering dan
kemudian yis. Jumlah sesetengah ramuan adalah sama untuk roti yang berlainan saiz.
• Menyukat : Cara Betul
Untuk membuat roti dengan berjaya, pastikan ramuan disukat dengan betul.
Kesilapan menyukat walaupun sedikit akan menyebabkan perbezaan besar terhadap
hasilnya. Sukat setiap ramuan dengan tepat sebelum dimasukkan ke dalam periuk roti.
Apabila menyukat cecair, gunakan cawan penyukat kaca atau plastik jernih. Untuk
menjamin ketepatan, letak cawan penyukat di atas permukaan kaunter dan baca
sukatan pada paras mata.
Untuk menyukat tepung, kacau tepung di dalam kanister untuk menggebukannya,
sudukan perlahan-lahan ke dalam cawan penyukat ramuan kering bersukatan piawai
dan ratakannya dengan bahagian tepi pisau yang lurus. Jangan goncang cawan
atau hentakkannya di atas permukaan kaunter. Jangan cedok tepung dengan cawan
penyukat kerana ini akan menambah lebih banyak tepung daripada yang diperlukan
resipi.
Gunakan sudu penyukat berukuran piawai dan ratakan dengan tepi pisau yang lurus.
Cawan Penyukat Cecair
CAWAN PENYUKAT
1 Cawan
250ml
1 SB
15ml
1/2 SB
7.5ml
1 st
5ml
1/2 st
2.5ml 1/8 st
0.6ml
1/4 st
1.2ml
1/2 Cawan
125ml 1/3 Cawan
83ml
1/4 Cawan
62ml
1/8 Cawan
31ml
SUDU PENYUKAT
Sudu Besar = SB sudu teh = st

15
• Carta Sukatan / Penukaran
1 1/2 sudu teh = 1/2 Sudu Besar 8 Sudu Besar = 1/2 cawan
3 sudu teh = 1 Sudu Besar 12 Sudu Besar = 3/4 cawan
1/2 Sudu Besar = 1 1/2 sudu teh 16 Sudu Besar = 1 cawan
2 Sudu Besar = 1/8 cawan 3/8 cawan = 1/4 cawan + 2 Sudu Besar
4 Sudu Besar = 1/4 cawan 5/8 cawan = 1/2 cawan + 2 Sudu Besar
5 Sudu Besar + 1 sudu teh = 1/3 cawan 7/8 cawan = 3/4 cawan + 2 Sudu Besar
• Bebola Doh : Penting Untuk Roti Yang Berjaya
Kami mendapati amaun cecair yang dinyatakan di dalam sesuatu resipi mungkin perlu
dilaraskan sedikit kerana iklim dan musim yang berlainan boleh menghasilkan pelbagai paras
kelembapan. Anda mungkin mahu memeriksa bebola doh pada separuh masa progam pengulian.
Pada masa ini, bebola hendaklah berbentuk bulat, bertekstur Iicin, lembut dan melekit sedikit
apabila disentuh. Jika ia tidak membentuk bebola dan lebih seperti beter, tambahkan 1 sudu besar
tepung pada satu-satu masa sehingga mencapai konsistensi yang betul. Sebaliknya, jika campuran
itu terlampau kering untuk membentuk bebola atau membentuk lebih daripada satu bebola,
tambahkan 1 sudu teh air dan biarkan ia diserap.Tambah air lagi jika perlu. Asalkan anda sudah
menggunakan kesemua ramuan yang ditetapkan di dalam resipi, menyukat ramuan dengan betul,
dan mempunyai bebola doh yang “bagus”, anda seharusnya berjaya mendapatkan roti yang baik.
• Yis : Ramuan Nombor Satu untuk Roti Yis dan Doh
Kami menggunakan Yis Kering Aktif semasa menyediakan semua resipi roti. Namun, yis
segera boleh juga digunakan. Kami mendapati pelarasan amaun yis tidak diperlukan apabila kami
menggantikan satu dengan yang lain. 1 bungkus ¼ auns Yis Kering Aktif mengandungi lebih
kurang 2¼ sudu teh yis. Apabila yis terdedah kepada oksigen, kelembapan atau kehangatan,
aktivitinya akan rosak. Oleh itu, kami syorkan supaya yis dimasukkan ke dalam bekas kedap udara
dan disimpan di dalam peti sejuk atau disejukbekukan. Sukat amaun yang diperlukan dan biarkan
pada suhu bilik sebelum menggunakannya - ini mengambil masa kira-kira 15 minit.
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai aktiviti yis, anda boleh mencuba salah
satu ujian berikut untuk menentukan keaktifannya. Setiap ujian memerlukan amaun yis yang
berlainan sebagai ramuan asas. Ini memberikan anda lebih banyak pilihan roti apabila ujian ini
selesai.
Untuk menguji satu bungkus (1¼ sudu teh) Yis CEPAT NAIK atau Yis Kering Aktif, gunakan
cawan penyukat cecair dan isikan air bersuhu 110°F/27°C - 115°F/46°C sehingga ke paras ½
cawan. Masukkan 1 sudu teh gula pasir dan 1 bungkus ( 2¼ sudu teh ) Yis Kering Aktif atau Yis
CEPAT NAIK dan kacau. Biarkan sudu pengacau berada di dalam cawan itu. Set pemasa untuk
10 minit. Apabila yis menyerap cecair, ia akan mula aktif dan naik ke atas permukaan. Sekiranya
selepas 10 minit yis berganda sehingga ke tanda 1 cawan, ia sangatlah aktif. Campuran yis ini
boleh digunakan dalam Pembuat Roti Noxxa menggunakan resipi yang memerlukan 2 ¼ sudu
teh yis. Ingatlah supaya melaraskan resipi untuk ½ cawan air dan 2¼ sudu teh yis yang digunakan
dalam ujian. Amaun gula tidak perlu dilaraskan.
Untuk menguji 1½ sudu teh Yis Kering Aktif atau Yis CEPAT NAIK, gunakan cawan penyukat
cecair dan isikan air bersuhu 110°F/27°C sehingga ke paras ¼ cawan. Masukkan 1 sudu teh gula
pasir dan 1½ sudu teh Yis Kering Aktif atau Yis CEPAT NAIK dan kacau. Biarkan sudu pengacau
berada di dalam cawan itu. Set pemasa untuk 10 minit. Apabila yis menyerap cecair, ia akan
mula aktif dan naik ke atas permukaan. Sekiranya selepas 10 minit yis berganda sehingga ke
tanda ½ cawan, ia sangatlah aktif. Campuran yis ini boleh digunakan dalam Pembuat Roti Noxxa
menggunakan resipi yang memerlukan 1½ sudu teh yis. Ingatlah supaya melaraskan resipi untuk ¼
cawan air dan 1½ sudu teh yis yang digunakan di dalam ujian. Amaun gula tidak perlu dilaraskan.

16
• Tepung : Tepung Roti Penting untuk Roti dan Doh
Semua jenis tepung menerima kesan daripada pelbagai faktor, seperti gred pengisaran,
kandungan kelembapan, tempoh penyimpanan dan proses-proses pengilangan. Pelarasan
terhadap resipi mungkin perlu dibuat untuk disesuaikan dengan perubahan iklim di kawasan yang
berlainan untuk menjamin roti yang bagus.
Tepung roti sememangnya satu kemestian. Ia dikisar daripada gandum musim sejuk atau
musim bunga dan mempunyai kandungan protein lebih tinggi yang menjadikannya lebih tahan
lama daripada tepung serba guna. Protein, apabila dicampur dengan cecair akan menjadi gluten.
Apabila diuli, gluten akan menjadi kenyal dan membentuk struktur roti yang lebih baik. Sebaliknya,
tepung serba guna yang dikisar daripada kombinasi gandum lembut dan keras, terlalu mudah
menjadi kenyal untuk digunakan dalam pembuatan roti dan cepat kehilangan keupayaan untuk
meregang dengan bagus. Hasilnya, roti yang dibuat dengan tepung serba guna adalah lebih kecil
dan padat. Beberapa buah kilang terkenal kini telah memasarkan tepung roti. Pakejnya dilabel
sebagai tepung roti atau tepung protein tinggi dan boleh didapati di kedai menjual barangan
bakeri.
Gandum merupakan satu-satunya bijirin yang mengandungi jenis protein yang akan menjadi
kenyal apabila diuli. Tepung lain, seperti rai, barli, oat, soya, beras dan gandum buck, menambah
perisa dan serat kepada roti tetapi tidak menambah struktur kepada doh. Oleh itu, tepung gandum
penting sebagai asas dalam pembuatan roti.
Gluten Gandum Vital dihasilkan dengan cara memproses tepung putih dengan satu langkah
tambahan. Tepung putih mengandungi kedua-dua protein dan kanji, dan pengilang kini boleh
membuang kebanyakan kanji dan meninggalkan hanya protein (gluten). Apabila gluten dimasukkan
ke dalam resipi yang mengandungi tepung bijirin penuh, isipadu dan bentuk roti akan diperbaiki
dengan jelas sekali. Banyak kedai keperluan harian menyimpan stok gluten di bahagian tepung.
Pusat makanan kesihatan juga ada menjual barangan ini.
Tepung lebih elok disimpan di dalam bekas kedap udara. Jika anda menyimpan tepung untuk
tempoh yang lama, anda mungkin mahu menyimpannya di dalam peti pembeku kerana peti
sejuk lebih cenderung untuk mengeringkannya. Tepung gandum bijirin penuh yang mempunyai
kandungan minyak lebih tinggi akan menjadi tengik dengan lebih cepat berbanding tepung putih
dan hendaklah sentiasa disimpan di dalam peti pembeku. Namun, pastikan semua tepung berada
pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam pembuat roti.
• Tepung Serba Guna : Penting Untuk Pembakaran Am
Tepung serba guna adalah endosperma isirong gandum dikisar halus yang dipisahkan daripada
bran dan germa semasa proses pengilangan. Tepung serba guna diperbuat daripada gandum
musim sejuk atau kombinasi gandum lembut dan keras yang boleh digunakan oleh tukang roti di
rumah untuk menyediakan satu rangkaian lengkap produk roti - kek, biskut, pastri, dan sebagainya.
Sebahagian besar tepung serba guna mempunyai zat besi dan vitamin B yang ditambah mengikut
amaun yang sama atau melebihi apa yang terdapat di dalam tepung gandum penuh.
• Tepung Suji : Tepung Yang Sesuai untuk Pasta
Suji ialah endosperma gandum durum yang ditumbuk kasar. Mempunyai kandungan protein
tinggi, ia digunakan untuk membuat produk pasta yang berkualiti tinggi. Tepung serba guna boleh
menggantikan tepung suji dalam resipi pasta kami.
• Gandum Patah : Menambah Rasa Kekacang
Gandum patah ialah isirong penuh yang dipecah-pecahkan menjadi kecil, tetapi ia tidak
dipramasak. la boleh dimasukkan ke dalam makanan bakar untuk mendapatkan perasa kekacang
dan tekstur rangup.
• Germa Gandum : Menambah Nutrisi Tambahan
Germa isirong gandum sering dimasukkan ke dalam makanan bakar dan kaserol untuk

17
mempertingkatkan nilai nutrisi dan memberikan tekstur kekacang lagi rangup. Kualiti protein
germa gandum setanding dengan susu. la mengandungi kira-kira 10% lemak, oleh itu ia hendaklah
disimpan di dalam peti sejuk. Anda boleh masukkan sebanyak 2 sudu besar untuk setiap 2 paun
roti atau setiap kaserol.
• Mentega atau Marjerin : Menambah Rasa
Mentega tulen mempunyai rasa yang amat bagus yang tidak dapat ditandingi oleh marjerin.
Namun, dalam resipi-resipi yang menggunakan mentega, marjerin boleh menggantikannya.
Jangan guna produk kurang-lemak atau tanpa lemak.
• Lemak : Pengangkat dan Peningkat Rasa Doh
Resipi roti dan doh kami menggunakan minyak sayuran. Anda boleh menggantikannya dengan
lemak pepejal, mentega tulen atau marjerin dalam nisbah yang setara. Bahagikannya kepada
kepingan kecil dan pastikan ia berada pada suhu bilik sebelum diletakkan ke dalam periuk roti.
Kami mendapati tiada perbezaan yang jelas pada rasa tetapi keraknya mungkin akan lebih rangup
jika mentega tulen digunakan. Marjerin cenderung untuk membentuk kerak yang keras sedikit.
Marjerin ringan dan marjerin putar tidak dapat berfungsi dengan baik.
• Cecair : Mengaktifkan Yis dan Mengikat Doh
Apabila menggunakan istilah cecair, kita maksudkan semua ramuan basah yang digunakan di
dalam resipi. Apabila yis digunakan dalam pembuat roti, adalah penting sekali bagi suhu cecair
supaya berada pada 80°F/27°C (suhu botol bayi). Dengan suhu ini, yis akan aktif secara beransur-
ansur untuk disesuaikan dengan program mesin itu. Jika suhu yang lebih tinggi digunakan, yis akan
aktif terlalu cepat dan doh akan menjadi terlalu panas.
Telur juga merupakan sebahagian daripada amaun cecair. Telur hendaklah berada pada suhu
bilik. Selepas dikeluarkan dari peti sejuk, letakkan di dalam mangkuk berisi air suam selama 15
minit untuk menghilangkan kesejukannya sebelum digunakan.
• Kayu Manis dan Bawang Putih : Bukan Sahabat Setia Yis
Sebelum ini, kayu manis dan gula ditaburkan di atas doh sebelum digulung seperti rol jeli.
Namun, penambahan kayu manis kepada doh di dalam pembuat roti mendatangkan masalah.
Kayu manis bertindak balas dengan doh roti seperti mana pelembut daging bertindak balas
dengan daging. la memecahkan strukturnya. Walaupun baunya indah semasa dibakar, rasanya
akan beransur hilang semasa proses pembakaran. JANGAN MASUKKAN LEBIH DARIPADA YANG
DISENARAIKAN DALAM RESIPI.
• Garam : Mengawal Aktiviti Yis
Garam diperlukan untuk mengawal aktiviti yis, mendisiplinkannya untuk bekerja secara perlahan-
lahan dan stabil. Tanpa garam, yis bertindak terlalu cepat. Garam juga mengukuhkan struktur doh.
Jika terlalu sedikit ataupun tanpa garam, roti akan naik dengan cepat dan kemudian mendap.
Tekstur juga akan menjadi lebih kasar dan / atau tidak rata.
• Gula : Makanan untuk Yis
Gula adalah makanan kegemaran yis, tetapi terlalu banyak gula akan menyebabkan yis
bertindak balas secara berlebihan. Roti akan menjadi kecil dan padat. Buah-buahan kering juga
menyumbang gula kepada doh roti. Gunakan gula pasir kecuali seperti yang diarahkan di dalam
resipi. Apabila gula perang diperlukan, padatkannya ketika menyukat. Kami tidak syorkan untuk
menambah lebih daripada yang ditentukan dalam setiap resipi. Tambahan pula, kami juga tidak
syorkan penggunaan pemanis tiruan kerana yis tidak dapat bertindak balas dengannya.
• Agen Penaik
Serbuk penaik dan soda penaik merupakan agen penaik yang membantu menaikkan beter dan
menghasilkan juadah yang lebih ringan. Sesetengah resipi menggunakan kedua-duanya.

18
• Esen : Ekstrak Tulen dan Perasa Tiruan
Ekstrak tulen dibuat dengan melarutkan minyak tulen bagi ramuan seperti badam, oren, lemon
dan kacang vanila di dalam asas alkohol. Ekstrak tulen mempunyai rasa yang lebih kuat berbanding
dengan perasa tiruan dan kedua-duanya boleh saling berganti antara satu sama lain dalam amaun
yang setara.
• Pengganti
Di dalam dapur uji, kami bereksperimen dengan sesetengah ramuan pengganti. Kami
hanya sampaikan kepada anda pengganti yang kami dapati boleh diterima. Namun, kami ingin
mengingatkan bahawa hasil yang anda perolehi mungkin akan berbeza dengan hasil kami.
Sekiranya anda ingin mencuba pengganti lain, terdapat banyak buku di kedai yang boleh
membantu anda. Namun, kami tidak menjamin hasilnya.
SUSU
Krimer kopi, krimer bukan tenusu atau buttermilk kering boleh menggantikan susu kering
dalam nisbah yang setara. Susu cecair (80°F/27°C) boleh menggantikan air dalam nisbah setara
dan susu kering bolehlah diabaikan. Roti akan menjadi lebih kecil.
GULA
Madu boleh menggantikan gula dalam nisbah setara; kurangkan cecair mengikut amaun yang
sama. Gula perang boleh menggantikan gula putih dalam nisbah setara.Yis PERLUKAN gula.
JANGAN gunakan pemanis tiruan.
GARAM
Resipi tanpa garam adalah tidak berjaya.
Garam diet tanpa natrium (kurang daripada 5 mg natrium setiap hidangan) atau rendah garam
( kurang daripada 1/2 natrium garam putih) boleh digunakan dalam amaun yang setara. Roti
akan menjadi lebih kasar.
TELUR
Pengganti telur cecair boleh digunakan seperti yang dinyatakan pada kotaknya. Dua putih telur
boleh menggantikan satu biji telur biasa.
INGATLAH, semua produk telur mesti berada pada suhu bilik.
• Buah-buahan dan Sayur-sayuran
Apabila memasukkan buah-buahan atau sayur-sayuran ke dalam resipi, jangan melebihi amaun
yang disenaraikan. Produk-produk ini, jika amaunnya diguna secara berlebihan, mungkin akan
menyekat kenaikan roti.
• Kacang
Kacang boleh bertukar ganti dan merupakan pilihan dalam semua resipi – badam, walnut, gajus
atau pekan. Anda boleh putuskan. Gantikan dengan amaun yang setara.
• Mengguna Penangguh Masa
Jika anda ingin menggunakan penangguh masa, pastikan yis dimasukkan pada giliran terakhir,
di atas tepung dan jauh daripada semua cecair. Ini akan menahan yis daripada aktif sehingga tiba
masa mesin mula menggaul.

19
• Campuran Roti Dan Buku-Buku Resipi Lain
Gunakan campuran yang berlabel setakat 2 paun roti sahaja. Untuk hasil terbaik, gunakan
program BASIC LIGHT. Walaupun kami memberi pelbagai jenis resipi roti dan doh, anda mungkin
mencari sesuatu yang tidak termasuk dalam buku resipi kami. Petua-petua Pembuat Roti dan buku-
buku resipi ada di kedai-kedai buku. la menawarkan pelbagai jenis resipi. Untuk hasil yang terbaik,
gunakan resipi yang boleh membuat buku roti sebesar 1.5lb (3 cawan) atau 2lb (4 cawan). Rujuk
Spesifikasi Program Pembuat Roti untuk mendapatkan program roti terbaik bagi resipi yang lain itu.
Pelarasan kecil mungkin diperlukan untuk hasil yang terbaik.
• Altitud Tinggi
ROTI DAN DOH
Ketinggian kawasan mungkin akan menyebabkan doh kembang dengan lebih cepat. Kami
syorkan anda supaya mencuba resipi seperti yang tercetak terlebih dahulu. Jika anda mendapati
hasilnya tidak berjaya, kurangkan yis sebanyak ¼ sudu teh pada satu-satu masa. Anda mungkin
juga perlu menambah air; mulakan dengan 2 sudu besar dan tambah lagi jika perlu. Penambahan
gluten akan membantu dalam membentuk struktur roti. Amaun yang disyorkan ialah 1 sudu teh
untuk setiap cawan tepung.
PEMBAKARAN AM (Kek, Roti Segera, dan sebagainya.)
Anda mungkin perlu membuat pelarasan dalam resipi sekiranya anda di kawasan yang melebihi
paras 3,000 kaki. Cuba amaun yang lebih kecil dahulu, kemudian buat sebarang pelarasan yang
perlu pada pembakaran di lain kali. Guna garis panduan ini hanya JIKA ramuan-ramuan ini
ada di dalam resipi:
Tambah air atau susu 1 - 4 sudu besar
Kurangkan serbuk penaik 1/8 - 1/4 sudu teh
Kurangkan gula 1 - 3 sudu besar
Serbuk soda mungkin memerlukan sedikit pengurangan
Pada paras 6,000 - 6,500 kaki, pelarasan berikut disyorkan JIKA ramuan-ramuan ini ada di
dalam resipi:
Tambah air atau susu 1 sudu besar
Kurangkan serbuk penaik 1/4 sudu teh
Kurangkan gula 2 sudu besar
Serbuk soda mungkin memerlukan sedikit pengurangan
• Menyejukbekukan Roti dan Rol yang sudah dibakar
Apabila menyejukbekukan roti dan rol, sejukkannya sebelum dibalut dengan pembalut plastik.
Letakkannya di dalam beg plastik dan kancing rapat. Roti boleh disejukbeku selama enam minggu.
Apabila menyahbeku, buka bungkusan sedikit untuk membolehkan lembapan keluar secara
perlahan-lahan bagi mendapatkan hasil yang terbaik.
• Menyejukbekukan Doh
Pada penghujung program doh, anda boleh keluarkan doh dan menyejukbekukannya
untuk dibakar pada masa lain. Bentukkan doh menjadi bentuk yang dikehendaki dan segera
sejukbekukan selama satu jam untuk mengeraskannya. Keluarkan dari peti pembeku dan bungkus
dengan plastik. Selepas itu, letakkannya di dalam beg plastik dan kancingkan. Doh boleh disimpan
di dalam peti pembeku selama empat minggu. Nyahbeku doh di dalam beg plastik di dalam peti
sejuk semalaman atau beberapa jam. Buka bungkusan dan letakkan di atas bekas pembakar. Tutup
dan biarkannya di tempat hangat tanpa angin sehingga naik sekali ganda dari saiz asal. Disebabkan
doh bukan pada suhu bilik, anda akan mendapati bahawa ia mengambil masa yang lebih lama
berbanding biasa untuk mengembang. Bakar mengikut arahan resipi.

20
nMEMPROGRAM PEMBUAT ROTI
APABILA MEMBUKA PINTU UNTUK MEMERIKSA BEBOLA DOH ATAU UNTUK MENAMBAH
RAMUAN PASTIKAN UNIT BERHENTI SEPENUHNYA SEBELUM MENGELUARKAN PERIUK ROTI.
Buka pintu dan keluarkan
periuk roti dengan menariknya
ke hadapan menggunakan
pemegang periuk roti.
Masukkan semua ramuan kecuali
yis ke dalam periuk roti. Gunakan
spatula silikon untuk meratakan
ramuan kering di dalam periuk
roti, pastikan semuanya memenuhi
setiap sudut. Perlahan-lahan ketuk
periuk 3 kali pada permukaan
kaunter untuk meratakan ramuan.
Letak yis di atasnya.
PERHATIAN: Apabila menggunakan
pemasa, masukkan semua ramuan pada
awalnya dan yis yang terakhir di atas
tepung, jauh daripada cecair. lni amat
penting untuk hasil yang baik.
1
3
Pasangkan bilah penguli pada
aci, bahagian rata menghala ke
bawah.
Lungsurkan periuk roti di
bawah Iandasan pada dasar
ketuhar sehingga ia benar-benar
kukuh di tempatnya dengan
tanda anak panah FRONT q
menghala ke hadapan pembuat
roti.
2
4
YIS
RAMUAN KERING
AIR ATAU CECAIR
Table of contents
Languages:
Popular Bread Maker manuals by other brands

Black & Decker
Black & Decker All-In-One Deluxe B1600 Series Operating instructions & cook book

Smartplanet
Smartplanet SUPERPRETZEL SPM-2 instruction manual

Clatronic
Clatronic BBA 2594 instruction manual

Kogan
Kogan KABRDMKRSSA user manual

Gemelli
Gemelli BM2531SSDRM Faq

Panasonic
Panasonic SD-ZD2010 operating instructions