
19
1 Penting
Keselamatan
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum
anda menggunakan pelembap udara dan simpan
untuk rujukan masa depan.
Bahaya
•Jangan sembur sebarang bahan mudah bakar
seperti racun serangga atau wangian di
sekeliling pelembap udara.
•Air di dalam tangki air tidak sesuai untuk
diminum. Jangan minum air ini dan jangan
gunakannya sebagai minuman haiwan atau
menyiram tumbuh-tumbuhan. Apabila anda
mengosongkan tangki air, tuang air ke dalam
parit.
Amaran
•Pastikan voltan yang ditunjukkan pada
bahagian bawah pelembap udara sepadan
dengan kuasa voltan setempat sebelum anda
menyambungkan pelembap udara.
•Jika kord kuasa rosak, anda hendaklah
menggantikannya di Philips, pusat servis yang
disahkan oleh Philips ataupun orang yang
layak seumpamanya untuk mengelakkan
bahaya.
•Jangan gunakan pelembap udara jika plag,
kord kuasa atau pelembap udara itu sendiri
rosak.
•Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-
kanak berumur 8 tahun dan ke atas dan
orang yang kurang keupayaan zikal, deria
atau mental, atau kekurangan pengalaman dan
pengetahuan jika mereka diberi pengawasan
dan arahan berkaitan penggunaan perkakas
secara selamat dan memahami bahaya
yang mungkin berlaku. Kanak-kanak tidak
sepatutnya bermain dengan perkakas ini.
Pembersihan dan penyenggaraan tidak
sepatutnya dilakukan oleh kanak-kanak tanpa
pengawasan.
•Jangan halang salur masuk dan salur keluar
udara, contohnya dengan meletakkan item
di salur keluar udara atau di hadapan salur
masuk udara.
Awas
•Jika soket kuasa yang digunakan untuk
menyalurkan kuasa kepada pelembap udara
mempunyai sambungan yang lemah, plag
pelembap udara akan menjadi panas. Sila
pastikan anda memasang plag pelembap
udara ke dalam soket dinding yang
disambungkan dengan baik.
•Sentiasa letak dan gunakan pelembap udara
pada permukaan yang kering, stabil, rata dan
mendatar.
•Jangan letakkan apa-apa benda di atas
pelembap udara dan jangan duduk di atas
pelembap udara.
•Pastikan pelembap udara dipasang/
disambungkan dengan betul setiap kali selepas
anda membersihkannya atau selepas anda
mengalihkan penutup atas dan/atau tangki
air untuk isian semula. Pelembap udara perlu
dipasang dengan betul untuk memberikan
prestasi yang baik dan selamat.
•Gunakan penapis asli Philips yang khusus
untuk digunakan dengan pelembap udara ini
sahaja. Jangan gunakan sebarang penapis lain.
•Elakkan dari melanggar pelembap udara (salur
masuk dan salur keluar udara terutamanya)
dengan objek keras.
•Jangan selitkan jari anda atau objek ke
dalam salur masuk atau salur keluar udara
untuk mengelakkan kecederaan zikal atau
kerosakan pelembap udara.
•Jangan gunakan pelembap udara ini apabila
anda menggunakan bahan penjauh serangga
jenis asap di dalam rumah atau di tempat
yang mempunyai sisa berminyak, kemenyan
yang membara atau wasap kimia.
•Jangan gunakan pelembap udara berhampiran
dengan perkakas gas, perkakas pemanasan
atau pendiangan.