LG F7100 User manual

MODEL: F7100
MALAY
ENGLISH
Telefon GPRS & MMS
BUKU PANDUAN PENGGUNA
MODEL: F7100
Sila baca buku panduan ini dengan teliti
sebelum mengendalikan telefon bimbit anda.
Simpan ia untuk rujukan masa depan.
T•E•L•E•F•O•N•G•P•R•S•&•M•M•S
BUKU PANDUAN PENGGUNA
P/N : MMBB0125707
ISSUE 1.0
PRINTED IN KOREA

MALAY
1
1
MALAY
Telefon GPRS & MMS
BUKU PANDUAN PENGGUNA
MODEL: F7100
Sila baca buku panduan ini dengan teliti
sebelum mengendalikan telefon bimbit anda.
Simpan ia untuk rujukan masa depan.

Pendahuluan
Tahniah atas pembelian telefon selular F7100 yang maju
dan padat, yang direka bentuk untuk beroperasi dengan
teknologi komunikasi bergerak digital yang terkini.
Panduan pengguna ini mengandungi maklumat penting
mengenai penggunaan dan pengendalian telefon ini. Sila baca
semua maklumat dengan teliti untuk prestasi optimum dan untuk
mencegah sebarang kerosakan atau penyalah gunaan telefon ini.
Sebarang perubahan atau pengubahsuaian yang tidak diluluskan
dengan nyata di dalam panduan pengguna ini boleh
mentaksahkan waranti bagi alat ini.

MALAY
3
Untuk Keselamatan Anda
Telefon Bimbit mesti dimatikan
sepanjang masa di dalam
pesawat.
Jangan gunakan telefon anda
berdekatan dengan stesen
minyak, depot bahan bakar,
loji kimia atau operasi
peletupan.
Jangan pegang telefon dengan
tangan yang basah semasa ia
dicas. Ini boleh menyebabkan
kejutan elektrik atau kerosakan
yang serius pada telefon anda.
Jangan pegang telefon di
dalam tangan anda semasa
memandu.
Untuk keselamatan anda,
gunakan HANYA bateri dan
pengecas yang ditentukan
TULEN.
Simpan telefon di tempat yang
selamat jauh dari capaian
kanak-kanak. Ini termasuk
bahagian-bahagiannya yang
kecil yang boleh menimbulkan
bahaya tercekik jika dipisahkan.
Amaran

MALAY
4
Untuk Keselamatan Anda
Matikan telefon di sebarang
tempat di mana peraturan khas
menghendakinya. Misalnya,
jangan gunakan telefon anda di
hospital kerana ia boleh
menjejas peralatan perubatan
yang peka.
Gunakan hanya aksesori
TULEN bagi mengelakkan
kerosakan pada telefon anda.
Bateri harus dibuang menurut
undang-undang yang
berkaitan.
Panggilan kecemasan mungkin
tidak terdapat di bawah semua
rangkaian. Oleh itu, anda tidak
harus bergantung semata-mata
pada telefon ini untuk panggilan
kecemasan.
Semua pemancar radio
mempunyai risiko gangguan
jika berdekatan dengan
barangan elektronik.
Gangguan yang sedikit boleh
menjejas TV, radio, PC, dan
sebagainya.
Jangan buka bahagian-
bahagian telefon atau bateri.
Awas

Baca garis panduan mudah ini. Melanggar peraturan mungkin
merbahaya atau menyalahi undang-undang. Maklumat terperinci
lanjut diberi di dalam buku panduan ini.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan gelombang radio dan Kadar
Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate, SAR)
Telefon bimbit model F7100 telah direka bentuk supaya mematuhi
keperluan keselamatan yang berkenaan bagi pendedahan kepada
gelombang radio. Keperluan ini berdasarkan garis panduan saintifik
yang termasuk margin keselamatan yang bertujuan memastikan
keselamatan ini bagi semua orang, tidak kira umur dan kesihatan.
• Garis panduan pendedahan gelombang radio menggunakan unit
pengukuran yang disebut Kadar Penyerapan Tertentu (Specific
Absorption Rate), atau SAR. Ujian-ujian bagi SAR dijalankan
menggunakan kaedah berpiawai dengan telefon memancar pada
aras kuasa tertinggi yang diiktiraf dalam semua jalur frekuensi
yang digunakan.
• Walaupun mungkin terdapat perbezaan antara paras SAR bagi
pelbagai model telefon LG, semua model ini direka bentuk agar
mematuhi garis panduan yang relevan bagi pendedahan kepada
gelombang radio.
• Had SAR yang disarankan oleh Suruhanjaya Perlindungan
Sinaran Bukan Ion (Commission on Non-Ionizing Radiation
Protection, ICNIRP) antarabangsa, iaitu 2W/kg dipuratakan pada
sepuluh (10) gram tisu.
• Nilai tertinggi SAR bagi telefon model ini yang diuji oleh DASY4
untuk penggunaan pada telinga ialah 0.0319 W/kg (10g).
• Maklumat data SAR bagi penduduk di negara/kawasan yang
telah menerima had SAR yang disarankan oleh Institusi Jurutera
Elektrik dan Elektronik (Institute of Electrical and Electronics
Engineers, IEEE), iaitu 1.6 W/kg dipuratakan pada satu (1) gram
tisu.
MALAY
5
Garis panduan untuk penggunaan
yang selamat dan cekap

Penjagaan dan penyenggaraan produk
Amaran: Gunakan hanya bateri, pengecas dan aksesori yang
diluluskan untuk digunakan khususnya bersama model telefon
ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan
sebarang kelulusan atau waranti bagi telefon ini, dan mungkin
merbahaya.
• Jangan buka bahagian-bahagian unit ini. Bawa ia kepada juruteknik
servis yang berkelayakan apabila kerja pembaikan diperlukan.
• Jauhkan dari alat elektrik seperti TV, radio atau komputer peribadi.
• Unit ini harus dijauhkan dari sumber haba seperti penyinar atau alat
memasak.
• Jangan jatuhkan ia.
• Jangan dedahkan unit ini kepada getaran atau kejutan mekanikal.
• Salut telefon boleh rosak jika ditutup dengan balutan atau pembalut
vinil.
• Jangan gunakan bahan kimia yang keras (seperti alkohol, benzena,
pencair, dll.) atau bahan pencuci untuk membersihkan telefon anda.
Terdapat risiko ini boleh menyebabkan kebakaran.
• Jangan dedahkan unit ini kepada asap dan habuk yang berlebihan.
• Jangan simpan telefon bersebelahan dengan kad kredit atau tiket
pengangkutan; ia boleh menjejas maklumat pada jalur-jalur magnet.
• Jangan ketuk skrin dengan benda tajam; ini boleh merosakkan
telefon.
• Jangan dedahkan telefon ini kepada cecair atau lembapan.
• Gunakan aksesori-aksesori seperti cuping telinga dengan berhati-
hati.
• Jika anda meletakkan telefon anda di dalam kocek atau beg tanpa
menutup reseptakel telefon (pin palam kuasa), benda-benda
berlogam (seperti duit syiling, klip kertas atau pen) boleh melitar
pintas telefon. Sentiasa tutup reseptakel apabila tidak digunakan.
• Jangan sekali-kali meletakkan telefon anda di dalam ketuhar
gelombang mikro kerana ini akan menyebabkan baterinya meletup.
Garis panduan
MALAY
6

• Hanya kakitangan berdaftar sahaja yang harus menservis telefon
dan aksesori-aksesorinya. Pemasangan atau servis yang tidak betul
boleh menyebabkan kemalangan dan akibatnya mentaksahkan
waranti.
• Jangan gunakan telefon jika antenanya rosak. Jika antena yang
rosak bersentuhan dengan kulit, ia mungkin menyebabkan sedikit
kelecuran. Sila hubungi Pusat Servis Berdaftar LG untuk
menggantikan antena yang rosak.
• Label telefon mengandungi maklumat penting bagi tujuan sokongan
pelanggan. Jangan tanggalkan ia.
Operasi cekap telefon
Untuk menikmati prestasi optimum dengan penggunaan kuasa yang
minimum sila:
• Pegang telefon sepertimana anda memegang telefon lain. Semasa
becakap langsung ke dalam mikrofon, halakan antena ke atas dan
melepasi bahu anda. Jika antena boleh dipanjangkan/dipendekkan,
ia harus dipanjangkan semasa panggilan.
• Jangan pegang antena semasa telefon digunakan. Jika anda
memegangnya, ia boleh menjejas mutu panggilan, ia juga boleh
menyebabkan telefon beroperasi pada aras kuasa yang lebih tinggi
daripada apa yang diperlukan dan memendekkan masa bual dan
masa tunggu sedia.
• Jika telefon bimbit anda menyokong inframerah, jangan sekali-kali
menghalakan alur inframerah ke arah mata sesiapa.
Peranti elektronik
Semua telefon bimbit boleh mendapat gangguan, yang boleh
menjejas prestasinya.
• Jangan gunakan telefon bimbit anda berdekatan dengan
kelengkapan perubatan tanpa meminta kebenaran. Elakkan daripada
meletakkan telefon di atas perentak jantung, iaitu di dalam kocek
dada anda.
Garis panduan
MALAY
7

• Sesetengah alat bantuan pendengaran boleh mendapat gangguan
daripada telefon bimbit.
• Gangguan yang sedikit boleh menjejas TV, radio, PC, dll.
• Jangan bengkokkan, calarkan, atau dedahkan kepada elektrik statik.
Keselamatan di jalan raya
Periksa undang-undang dan peraturan tentang penggunaan telefon
bimbit di sesuatu kawasan apabila anda memandu.
• Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
• Berikan perhatian penuh kepada kegiatan memandu.
• Gunakan kit bebas tangan, jika terdapat.
• Keluar dari jalan raya dan letakkan kereta sebelum membuat atau
menjawab panggilan jika keadaan memandu menghendakinya.
• Tenaga RF boleh menjejas sesetengah sistem elektronik di dalam
kenderaan anda seperti stereo kereta, kelengkapan keselamatan.
• Semasa menaiki kereta, jangan tinggalkan telefon atau pasang kit
bebas tangan berdekatan dengan beg udara. Jika kelengkapan
wayarles tidak dipasang dengan betul dan beg udara diaktifkan, anda
boleh mendapat kecederaan yang serius.
Tempat peletupan
Jangan gunakan telefon di tempat peletupan sedang dijalankan.
Patuhi sekatan-sekatan, dan ikut sebarang undang-undang atau
peraturan.
Persekitaran yang boleh meletup
• Jangan gunakan telefon di tempat mengisi bahan bakar. Jangan
gunakan berdekatan dengan bahan bakar atau bahan kimia.
• Jangan angkut atau simpan gas, cecair mudah bakar, atau bahan
letupan di dalam petak simpanan kenderaan anda, yang
mengandungi telefon bimbit anda dan aksesori-aksesorinya.
Garis panduan
MALAY
8

Di dalam pesawat
Peranti-peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam
pesawat.
• Matikan telefon bimbit anda sebelum menaiki sebarang pesawat.
• Jangan gunakan ia di lapangan terbang tanpa kebenaran
kakitangan.
Maklumat dan penjagaan bateri
• Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecas
semula. Tidak seperti sistem-sistem bateri lain, tidak ada kesan
memori yang boleh menjejas prestasi bateri.
• Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas-pengecas LG
direka bentuk supaya memaksimumkan hayat bateri.
• Jangan buka pek bateri atau melitar pintas ia.
• Pastikan sentuhan-sentuhan logam pek bateri sentiasa bersih.
• Gantikan bateri apabila ia tidak lagi memberikan prestasi yang boleh
diterima. Pek bateri boleh dicas beratus-ratus kali sehingga ia perlu
diganti.
• Cas semula bateri jika ia tidak digunakan untuk masa yang lama bagi
memaksimumkan kegunaannya.
• Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung
atau gunakan ia dalam persekitaran lembapan tinggi, seperti di bilik
air.
• Jangan tinggalkan bateri di tempat yang panas atau sejuk; ini boleh
melemahkan prestasi bateri.
Khidmat rangkaian
• Sesetengah khidmat dan fungsi yang diperihalkan di dalam panduan
pengguna ini bergantung kepada rangkaian atau langganan. Oleh itu,
tidak semua menu mungkin terdapat di dalam telefon anda. Sila
hubungi operator rangkaian untuk maklumat lanjut tentang langganan
anda.
Garis panduan
MALAY
9

MALAY
10
Untuk telefon anda ...................................................................... 13
• Bahagian Depan Telefon .......................................................... 13
• Bahagian Belakang Telefon ...................................................... 15
Perihalan Kekunci ....................................................................... 16
Maklumat Paparan ...................................................................... 17
• Ikon Pada Skrin ........................................................................ 17
Pemasangan ................................................................................ 19
• Memasukkan Kad SIM .............................................................. 19
• Mengecas Bateri ....................................................................... 21
• Memutuskan sambungan pengecas ......................................... 22
Membuat dan Menjawab Panggilan .......................................... 23
• Membuat Panggilan .................................................................. 23
• Panggilan Antarabangsa .......................................................... 23
• Membuat panggilan menggunakan Kekunci Hantar ................. 23
• Membuat panggilan menggunakan Buku telefon ..................... 23
Menu Dalam Panggilan ............................................................... 24
• Semasa panggilan .................................................................... 24
• Panggilan Berbilang Pihak atau Persidangan .......................... 26
Kod Akses ................................................................................... 29
• Kod PUK (4 hingga 8 angka) .................................................... 29
• Kod PUK2 (4 hingga 8 angka) .................................................. 29
• Kod PUK (4 hingga 8 angka) .................................................... 29
• Kod PUK2 (4 hingga 8 angka) .................................................. 29
• Kod keselamatan (4 hingga 8 angka) ....................................... 30
Pokok Menu ................................................................................. 31
Mesej [Menu 1] ............................................................................ 34
• Tulis Mesej Pendek [Menu 1-1] ................................................ 34
• Tulis Mesej Multimedia [Menu 1-2] ........................................... 36
• Peti Masuk [Menu 1-3] .............................................................. 41
• Peti Keluar [Menu 1-4] .............................................................. 43
• Mel Suara [Menu 1-5] ............................................................... 44
Kandungan

Kandungan
MALAY
11
• Maklumat Servis [Menu 1-6] ..................................................... 44
• Templat [Menu 1-7] ................................................................... 46
• Tetapan [Menu 1-8] .................................................................. 47
Daftar Panggilan [Menu 2] .......................................................... 49
• Panggilan Tidak Dijawab [Menu 2-1] ........................................ 49
• Senarai Nombor Panggilan Terima [Menu 2-2] ........................ 49
• Panggilan Dail [Menu 2-3] ........................................................ 49
• Semua senarai panggilan [Menu 2-4] ....................................... 49
• Padam Panggilan Terkini [Menu 2-5] ....................................... 49
• Caj Panggilan [Menu 2-6] ......................................................... 49
• Maklumat GPRS [Menu 2-7] ..................................................... 52
Profil [Menu 3] ............................................................................. 53
• Getar Sahaja [Menu 3-1] .......................................................... 53
• Senyap [Menu 3-2] ................................................................... 53
• biasa [Menu 3-3] ....................................................................... 53
• Kuat [Menu 3-4] ........................................................................ 53
• Alat Dengar [Menu 3-5] ............................................................. 53
Tetapan [Menu 4] ........................................................................ 56
• Jam loceng [Menu 4-1] ............................................................. 56
• Tarikh & Masa [Menu 4-2] ........................................................ 56
• Tetapan Telefon [Menu 4-3] ..................................................... 57
• Tetapan Panggilan [Menu 4-4] ................................................. 59
• Tetapan Sekuriti [Menu 4-5] ..................................................... 63
• Tetapan Rangkaian [Menu 4-6] ................................................ 67
• Tetap Semula Aturan [Menu 4-7] .............................................. 68
Salah [Menu 5] ............................................................................. 69
• Arah kiblat [Menu 5-1] ............................................................... 69
• Lihat Azan [Menu 5-2] ............................................................... 70
• Tetapan azan [Menu 5-3] .......................................................... 70
• Tetapan bandar [Menu 5-4] ...................................................... 72

Kandungan
MALAY
12
Penyelenggara [Menu 6] ............................................................. 74
• Penyelenggara [Menu 6-1] ....................................................... 74
• Buku Telefon [Menu 6-2] .......................................................... 75
• Tetapan kalendar [Menu 6-3] .................................................... 82
Mainan & Utiliti [Menu 7] ............................................................ 83
• Permainan [Menu 7-1] .............................................................. 83
• Folder Saya [Menu 7-2] ............................................................ 83
• Komposer Melodi [Menu 7-3] .................................................... 84
• Kalkulator [Menu 7-4] ................................................................ 85
• Pengubah Unit [Menu 7-5] ........................................................ 85
• Masa Dunia [Menu 7-6] ............................................................ 86
• Alat Rakaman Suara [Menu 7-7] .............................................. 86
• Jawapan automatik [Menu 7-8] ................................................. 86
• Java [Menu 7-9] ........................................................................ 89
Internet [Menu 8] ......................................................................... 90
• Rumah [Menu 8-1] .................................................................... 90
• Penanda Buku [Menu 8-2] ........................................................ 90
• Mesej Push [Menu 8-3] ............................................................. 90
• Profil [Menu 8-4] ....................................................................... 91
• Pergi Ke URL [Menu 8-5] .......................................................... 94
• Tetapan Cache [Menu 8-6] ....................................................... 94
• Pengesahan Sekuriti [Menu 8-7] .............................................. 94
• Tetap Semula Profil [Menu 8-8] ................................................ 94
• Versi Pelayar [Menu 8-9] .......................................................... 94
Mengenai menyemak imbas menu ............................................ 95
Layanan SIM [Menu 9] ................................................................ 96
Aksesori ....................................................................................... 97
Data Teknikal ............................................................................... 99

MALAY
13
Untuk telefon anda
Bahagian Depan Telefon
1. Cuping Telinga
2. Ikon-ikon paparan
• Atas: Kekuatan isyarat, paras bateri
dan pelbagai fungsi
• Bawah: Penunjuk-penunjuk kekunci
lembut
3. Kekunci Angka
• Dalam mod tunggu sedia: Masukkan
nombor untuk didail.
Tekan dan tahan
0
– Panggilan antarabangsa
1
– Memanggil peti mel suara anda
2
hingga
9
– Dail cepat
*
– Aktifkan Dail suara
• Dalam mod edit: Masukkan nombor
dan aksara.
4. Mikrofon
5. Antena bersepadu
6. Lubang penyambung alat dengar
7. Kekunci Tepi
• Dalam mod tunggu sedia:
kelantangan nada kekunci
• Dalam menu: tatal ke atas & ke
bawah
• Semasa panggilan: kelantangan
cuping telinga
• Kekunci Bawah
Tekan dan tahan: Aktifkan arah Kiblat
1
2
3
4
5
6
7

Untuk telefon anda
MALAY
14
1. Kekunci-kekunci Pandu Arah
• Dalam mod tunggu sedia:
U
Secara ringkas: Senarai nama Buku
telefon
D
Secara ringkas: Senarai Memo suara
Tekan dan tahan: Aktifkan Memo suara
R
Secara ringkas: Senarai Mesej
L
Secara ringkas: Senarai Profil
Tekan dan tahan: Aktifkan mod Getar
• Dalam menu: tatal ke atas & ke bawah
2. Kekunci Pengesahan
•Dalam mod tunggu sedia: Aktifkan WAP
3. Kekunci Lembut
•Kekunci-kekunci ini melaksanakan fungsi yang ditunjukkan di
bahagian bawah paparan.
4. Kekunci Hantar
• Dail nombor telefon dan jawab panggilan.
• Dalam mod tunggu sedia: menunjukkan panggilan yang telah
didail, diterima dan tidak dijawab.
5. Kekunci TAMAT
• Menghidupkan/mematikan (tekan dan tahan).
• Menamatkan atau menolak panggilan.
6. Kekunci Padam
• Secara ringkas: Senarai Jawapan automatik.
• Tekan dan tahan: Aktifkan/Tidak Aktif Jawapan automatik.
12
3
465

Untuk telefon anda
MALAY
15
Bateri
Lubang Tali
Tangan
Kad SIM
Terminal-
Terminal
Bateri
Kunci Bateri
Penyambung Kabel
Penyambung PengecasanBateri
Bahagian Belakang Telefon

MALAY
16
Kekunci Huruf
Setiap kekunci boleh digunakan untuk beberapa simbol. Ini
ditunjukkan di bawah.
Kekunci Perihalan
1. , / ? ! - : ' " 1
2A B C 2 ÄÀÁÂÃÅÆÇa b c äàáâãåæç
3D E F 3 ËÈÉÊd e f ëèéê
4G H I 4 | ÏÌÍν g h i \ïìíî©
5J K L 5 j k l
6M N O 6 ÑÖØÒÓÔÕŒm n o ñöøòóôõœ
7P Q R S 7 ß™p q r s ß∫
8T U V 8 ÜÙÚÛt u v üùúû
9W X Y Z 9 w x y z
0[ruang] 0
Perihalan Kekunci

MALAY
17
Maklumat Paparan
Skrin memaparkan beberapa ikon. Ini diperihalkan di bawah.
Ikon Pada Skrin
Ikon/Penunjuk
Perihalan
Memberitahu anda kekuatan isyarat rangkaian.
Panggilan disambungkan.
Anda boleh menggunakan khidmat GPRS.
Menunjukkan bahawa anda sedang menggunakan
khidmat perayauan.
Talian 1/2 sedang digunakan untuk panggilan keluar
– Jika anda melanggani Khidmat Dua Talian.
Penggera telah ditetapkan dan sedang aktif.
Memberitahu anda status bateri.
Anda telah menerima mesej teks.
Anda telah menerima mesej suara.
Anda telah menerima mesej tolak.
Anda boleh melihat jadual anda.
Semua isyarat yang boleh didengar dimatikan.
Menu umum dalam profil.
Menu kuat dalam profil.
Menu senyap dalam profil.
Menu alat dengar dalam profil.
Anda boleh mengalihkan panggilan.

Maklumat
Paparan
MALAY
18
Ikon/Penunjuk
Perihalan
Menunjukkan ciri telefon jawab Umum diaktifkan.
Menunjukkan ciri telefon jawab Mesyuarat diaktifkan.
Menunjukkan ciri telefon jawab Memandu diaktifkan.
Menunjukkan ciri telefon jawab ditakrif pengguna 1
diaktifkan.
Menunjukkan ciri telefon jawab ditakrif pengguna 2
diaktifkan.

MALAY
19
1. Memasukkan Kad SIM
1. Di belakang telefon, tekan selak ke atas dan pegang ia. Angkat
bateri keluar seperti yang ditunjukkan.
2. Gelongsorkan kad SIM ke dalam lubang alur, di bawah
pemegang-pemegang berwarna perak, dengan penyambung-
penyambung berwarna emas menghadap ke bawah.
Pemasangan
Mengeluarkan kad SIM
Gelongsorkan kad SIM keluar dari lubang alur, seperti yang
ditunjukkan, ke arah bahagian atas telefon.
Other manuals for F7100
2
Table of contents
Languages:
Other LG Cell Phone manuals