
6
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Sila baca garis panduan yang mudah ini.
Tidak mengikut garis panduan ini mungkin
merbahaya atau tidak sah.
Sekiranya kesilapan berlaku, sebuah alat
perisian dibina di dalam peranti anda akan
mengumpulkan log kesilapan. Alat ini hanya
mengumpulkan data yang khusus kepada
kesilapan, seperti kekuatan isyarat, cell ID
position (kedudukan ID sel) dalam kegagalan
panggilan dan aplikasi yang dimuatkan
secara tiba-tiba. Log hanya digunakan
untuk membantu menentukan punca bagi
kesilapan. Log ini dienkripsi dan hanya boleh
diakses oleh Pusat pembaikan LG yang sah,
sekiranya anda perlu mengembalikan peranti
anda untuk dibaik pulih.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi
radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang
radio dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Telefon mudah alih model LG-H959
ini telah direka bentuk untuk mematuhi
keperluan keselamatan yang dikenakan
bagi pendedahan kepada gelombang radio.
Keperluan ini adalah berdasarkan garis
panduan saintifik yang termasuk margin
keselamatan yang direka bentuk untuk
memastikan keselamatan semua orang
tanpa mengira umur dan kesihatan.
• Garis panduan bagi pendedahan kepada
gelombang radio menggunakan unit