LG LG G2 User manual

BAHASA MELAYU
简体中文
ENGLISH
Panduan mula ringkas
快速入门指南
Quick start guide
www.lg.comMBM64396618 (1.0)


BAHASA MELAYU
Untuk memuat turun panduan pengguna versi lengkap terkini,
pergi ke www.lg.com pada PC atau komputer riba anda.
Panduan mula ringkas
Do you know* memperkenalkan anda kepada ciri-ciri utama baru bagi G2. Ini
tersedia pada telefon:
1. Daripada Skrin utama, seret ke kiri sehingga anda melihat skrin Do you know.
2. Ketik skrin Do you know dan ketik untuk mengetahui setiap ciri.
* Memerlukan sambungan data.
** Untuk menyembunyikan skrin Do you know, ketik > > Tetapan skrin
utama > buang tanda Do you know?.

2
Gambaran keseluruhan
Alat cuping
telinga
Kanta Kamera
Sensor Kedekatan
Kanta Kamera
Menghadap ke Depan
Bicu Alat Dengar
Mikrofon
Pembesar suara
Kekunci
Menu: Periksa
pilihan yang
tersedia.
Kekunci Utama:
Kembali ke skrin
utama dari mana-
mana skrin.
Kekunci Kembali:
Kembali ke skrin
sebelumnya. Keluar
dari aplikasi selepas
menggunakannya.
Kekunci Volum
(Skrin semasa
dimatikan)
- Tekan Lama
ke Atas untuk
melancar
QuickMemo
- Tekan Lama ke
Bawah untuk
melancar
Kamera
Kekunci
Kuasa/Kunci
DEPAN
BELAKANG
ATAS
BAWAH
Mikrofon
Skrin sentuh
Flash
Pengecas/Port USB
LED IR

3
Persediaan
NOTA:
Pastikan kawasan sesentuh emas pada kad menghadap ke bawah.
Sebelum anda mula menggunakan telefon, anda perlu masukkan kad micro-USIM.
Memasang kad micro-USIM
Apertur butang keluar
Butang keluar adalah apertur bulat kecil di bawah pintu dulang.
Untuk memasang kad micro-USIM baru:
1. Masukkan alat mengeluarkan micro-USIM yang disertakan
bersama telefon (atau pin halus) ke dalam apertur butang keluar,
dan tekan dengan lembut sehingga dulang tersebut muncul.
2. Alih keluar dulang dan letakkan kad micro-USIM ke dalamnya,
dengan bahagian sentuhan di luar dan penjuru bersudut di
sebelah kanan. Hanya terdapat satu cara yang mungkin untuk
memuatkan kad dengan elok ke dalam dulang.
3. Dengan berhati-hati ubah kedudukan dulang di dalam slot dan
tolakkannya dengan perlahan ke dalam telefon semula.

4
Pada kali pertama anda menghidupkan telefon, anda akan dipandu menerusi beberapa
langkah penting untuk mengkonfigurasi tetapan telefon.
Menghidupkan telefon
Kekunci
Kuasa/Kunci
Tekan dan tahan kekunci Kuasa/Kunci selama dua saat.
PETUA! Jika telefon berkunci dan tidak berfungsi, tekan dan tahan
kekunci Kuasa/Kunci selama 10 saat untuk mematikannya.
Mengecas telefon
• Port mengecas terdapat di bahagian bawah telefon.
• Masukkan salah satu hujung kabel pengecas ke dalam telefon,
dan plag masuk hujung yang satu lagi ke dalam soket elektrik.
• Untuk memaksimumkan jangka hayat bateri, pastikan bateri dicas
sepenuhnya sebelum anda menggunakannya pada kali pertama.
AMARAN!
Hanya gunakan pengecas, bateri dan kabel yang disokong LG. Apabila menggunakan
pengecas atau kabel yang tidak diluluskan, ia boleh menyebabkan pengecasan bateri yang perlahan atau
mesej pop timbul berkenaan pengecasan yang perlahan. Atau, pengecas atau kabel yang tidak diluluskan
boleh menyebabkan bateri meletup atau merosakkan peranti, di mana ia tidak dilindungi oleh waranti.
Persediaan

5
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut
garis panduan ini mungkin merbahaya atau tidak sah.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi
radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar
Penyerapan Khusus (SAR).
Telefon bimbit model
ini telah direka bentuk
untuk mematuhi keperluan keselamatan yang dikenakan
bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini
adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk
margin keselamatan yang direka bentuk untuk memastikan
keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan
kesihatan.
• Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio
menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai Kadar
Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR dijalankan
menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon
memancarkan pada aras kuasa diperakui yang tertinggi
dalam semua jalur frekuensi.
• Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai
model telefon LG, semuanya direka bentuk untuk
memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi pendedahan
kepada gelombang radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai
Perlindungan Sinaran Bukan Pengion Antarabangsa
(International Commission on Non-Ionizing Radiation
Protection) (ICNIRP) ialah 2W/kg dipuratakan ke atas
10g tisu.
• Nilai SAR yang tertinggi untuk model ini yang diuji untuk
penggunaan telinga ialah 0.409W/kg (10g) dan apabila
dipakai pada badan ialah 0.470W/Kg (10g).
• Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan
RF apabila digunakan sama ada dalam kedudukan
penggunaan normal pada telinga atau apabila diletakkan
pada jarak sekurang-kurangnya 1.5cm dari badan. Apabila
bekas pembawa, klip tali pinggang atau pemegang

6
digunakan untuk pengendalian pemakaian pada badan,
ia tidak sepatutnya mengandungi logam dan perlu
meletakkan produk pada jarak sekurang-kurangnya 1.5cm
dari badan anda. Untuk memindahkan data fail dan
mesej, peranti ini memerlukan sambungan berkualiti pada
rangkaian. Dalam beberapa kes, pemindahan fail data
atau mesej mungkin ditangguhkan sehingga sambungan
tersebut tersedia. Pastikan arahan jarak pemisahan diikuti
sehingga pemindahan selesai.
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
AMARAN
Hanya gunakan bateri, pengecas dan aksesori yang
diluluskan untuk digunakan bersama model tertentu
telefon ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh
mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang
berkaitan dengan telefon, dan mungkin berbahaya.
• Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa ia
kepada juruteknik servis yang layak jika kerja pembaikan
diperlukan.
• Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG,
mungkin termasuk penggantian bahagian atau papan yang
sama ada baru atau yang diperbaiki, asalkan kefungsiannya
sebanding dengan bahagian yang diganti.
• Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan
komputer peribadi.
• Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti
radiator atau dapur.
• Jangan jatuhkan.
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran mekanikal
atau kejutan.
• Matikan telefon di mana-mana tempat yang memerlukan
anda berbuat demikian oleh undang-undang khas.
Contohnya, jangan gunakan telefon di hospital kerana ia
mungkin mengganggu peralatan hospital yang sensitif.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

7
• Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang basah
semasa telefon sedang dicas. Ia boleh menyebabkan
terjadinya renjatan elektrik dan telefon mungkin akan
rosak teruk.
• Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan yang
mudah terbakar kerana telefon bimbit akan menjadi panas
dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
• Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian
luar unit ini (jangan gunakan pelarut seperti benzena,
pencair atau alkohol).
• Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
• Telefon hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan baik.
• Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang
berlebihan.
• Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit atau tiket
pengangkutan; ia boleh menjejaskan maklumat pada
jalur magnetik.
• Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana ia
boleh merosakkan telefon.
• Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau kelembapan.
• Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati.
Jangan sentuh antena jika tidak diperlukan.
• Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan
atau membaiki kaca yang pecah, sumbing atau retak.
Kerosakan pada paparan kaca kerana ia disia-siakan dan
disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh waranti ini.
• Telefon anda adalah peranti elektronik yang menjana
haba pada penggunaan biasa. Sentuhan langsung
dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan dalam
keadaan pengudaraan tidak mencukupi mungkin akan
mengakibatkan ketidakselesaan atau melecur sedikit. Oleh
itu, anda hendaklah berjaga-jaga apabila mengendalikan
telefon anda atau betul-betul selepas menggunakannya.
• Jika telefon anda basah, tanggalkan plag dengan serta
merta untuk mengeringkan ia sepenuhnya. Jangan cuba
untuk mempercepatkan proses mengering dengan sumber
pemanasan luaran, seperti ketuhar, ketuhar gelombang
mikro atau pengering rambut.

8
• Cecair dalam telefon basah anda mengubah warna label
produk dalam telefon anda. Kerosakan pada peranti
anda akibat pendedahan kepada cecair tidak diliputi oleh
waranti anda.
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin mendapat gangguan,
yang boleh menjejaskan prestasi.
• Jangan gunakan telefon mudah alih anda berhampiran
kelengkapan perubatan tanpa meminta kebenaran. Elakkan
meletak telefon di atas perentak jantung, contohnya, di
dalam poket dada anda.
• Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin diganggu
oleh telefon mudah alih.
• Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV, radio,
PC, dsb.
• Guna telefon anda dalam suhu di antara 0ºC dan 40ºC,
jika boleh. Mendedahkan telefon anda kepada suhu
yang terlampau rendah atau tinggi akan mengakibatkan
kerosakan, malfungsi atau letupan.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai
penggunaan telefon mudah alih di kawasan tempat anda
memandu.
• Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa
memandu.
• Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
• Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum membuat
atau menjawab panggilan jika keadaan pemanduan
memerlukan anda berbuat demikian.
• Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem
elektronik di dalam kenderaan anda seperti stereo kereta
dan kelengkapan keselamatan.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

9
• Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan
halangnya dengan kelengkapan wayarles yang dipasang
atau yang mudah alih. Ia mungkin tidak berfungsi atau
menyebabkan kecederaan serius disebabkan prestasi yang
tidak betul.
• Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan,
sila pastikan bahawa volum berada pada paras yang
berpatutan agar anda sedar akan keadaan di sekeliling
anda. Ini khususnya amat penting jika anda berdekatan
jalan raya.
Elakkan kerosakkan ke pendengaran
anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran,
jangan mendengar pada tahap volum
yang tinggi untuk tempoh yang panjang.
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika
anda terdedah kepada bunyi yang kuat untuk tempoh
yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan agar anda
tidak menghidupkan atau mematikan telefon mudah alih
berhampiran dengan telinga anda. Kami juga mengesyorkan
bahawa volum muzik dan panggilan ditetapkan pada paras
yang berpatutan.
• Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volum
jika anda tidak dapat mendengar orang yang bercakap
berdekatan dengan anda atau jika orang yang duduk di
sebelah anda dapat mendengar apa yang sedang anda
dengar.
NOTA: Tekanan bunyi yang melampau dari fon
telinga dan fon kepala boleh menyebabkan
kehilangan pendengaran.

10
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti mudah alih anda dibuat daripada
kaca. Kaca ini akan retak atau pecah jika telefon anda terjatuh
ke atas permukaan yang keras atau menerima impak yang
kuat. Jika kacanya pecah, jangan sentuh atau cuba untuk
menanggalkannya. Berhenti menggunakan peranti mudah
alih anda sehingga kaca diganti oleh pembekal khidmat yang
diluluskan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang
dijalankan. Patuhi sekatan dan ikut sebarang aturan dan
peraturan.
Persekitaran boleh meletup
• Jangan gunakan telefon di tempat mengisi minyak.
• Jangan gunakan berhampiran bahan api atau bahan kimia.
• Jangan angkut atau simpan gas mudah terbakar, cecair
atau bahan letupan di dalam ruang yang sama dengan yang
mengandungi telefon mudah alih anda dan aksesorinya.
Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam
pesawat.
• Matikan telefon mudah alih anda sebelum menaiki
sebarang pesawat terbang.
• Jangan gunakannya apabila mendarat tanpa izin anak
kapal.
Kanak-kanak
Simpan telefon di tempat yang selamat dan jauh daripada
kanak-kanak kecil. Ia termasuk bahagian kecil yang boleh
menyebabkan bahaya tercekik jika ia tertanggal.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

11
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia di bawah
semua rangkaian mudah alih. Oleh itu, anda tidak sepatutnya
bergantung semata-mata kepada telefon anda untuk
membuat panggilan kecemasan. Semak dengan pembekal
khidmat tempatan anda.
Maklumat dan penjagaan bateri
• Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum
mengecasnya semula. Tidak seperti sistem bateri lain, tiada
kesan memori yang boleh menjejaskan prestasi bateri.
• Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG
direka bentuk untuk memaksimumkan hayat bateri.
• Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan bateri.
• Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang
boleh diterima. Pek bateri mungkin dicas beratus kali
sehingga ia perlu digantikan.
• Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat tempoh
masa yang lama untuk memaksimumkan kebolehgunaan.
• Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya
matahari langsung atau gunakannya pada kelembapan
yang tinggi, seperti di bilik air.
• Jangan biarkan bateri di tempat yang panas atau sejuk, ini
mungkin menjejaskan prestasi bateri.
• Terdapat risiko letupan jika bateri digantikan dengan jenis
yang salah.
• Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut arahan
pengilang. Sila kitar semula yang mana mungkin. Jangan
lupuskan sebagai sampah rumah yang biasa.
• Jika anda hendak mengganti bateri, bawa ia ke pusat
servis LG Electronics atau wakil penjual yang disahkan
untuk mendapatkan bantuan.
• Tanggalkan pengecas dari soket dinding selepas telefon
dicas sepenuhnya untuk menjimatkan kuasa pengecas
daripada penggunaan yang tidak perlu.
• Hayat sebenar bateri bergantung kepada konfigurasi
rangkaian, tetapan produk, corak penggunaan, dan
keadaan bateri dan persekitaran.

12
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
• Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau gigi
haiwan, bersentuhan dengan bateri. Ini akan menyebabkan
kebakaran.
• Untuk keselamatan anda, jangan mengeluarkan bateri yang
dimasukkan dalam produk.
PENGISYTIHARAN PEMATUHAN
Dengan ini, LG Electronics mengisytiharkan bahawa
produk LG-D802 ini mematuhi keperluan penting dan
peruntukan lain yang berkaitan dalam Arahan 1999/5/
EC. Salinan Perisytiharan Pematuhan boleh didapati di
http://www.lg.com/global/declaration
Peraturan dan Keselamatan
Pergi ke "Tetapan sistem > Mengenai telefon >
Peraturan dan Keselamatan" untuk mendapatkan
maklumat mengenai peraturan dan keselamatan
Notis: Perisian Sumber Terbuka
Untuk mendapatkan kod sumber sepadan di bawah GPL,
LGPL, MPL dan lesen sumber terbuka yang lain, sila
lawati http://opensource.lge.com/
Semua terma lesen, penafian dan notis sedia untuk
dimuat turun dengan kod sumber.

13
NOTA:
• Paparan dan ilustrasi skrin mungkin berbeza daripada yang
anda lihat pada telefon sebenar.
• Sesetengah kandungan dalam panduan ini mungkin
berbeza daripada telefon anda bergantung pada perisian
telefon atau pembekal khidmat anda. Semua maklumat
dalam dokumen ini tertakluk kepada perubahan tanpa
notis.
• Selalu gunakan aksesori LG yang tulen. Kegagalan
melakukan ini mungkin akan mentaksahkan waranti anda.
• Aksesori mungkin berbeza bergantung kepada rantau,
negara atau pembekal khidmat anda.
• Sesetengah ciri dan perkhidmatan mungkin berbeza
mengikut kawasan, telefon, pembekal khidmat dan versi
perisian.


简体中文
快速入门指南
要下载用户手册的最新完整版本,请在 PC 或膝上型电脑上转到
www.lg.com。
Do you know* 向您介绍 G2 最新的重要功能。 视频指南可在手机上访问:
1. 从主页屏幕上向左滑动,直到您看见“Do you know”屏幕。
2. 轻触 Do you know 屏幕,然后轻触每个功能进行了解。
* 要求数据连接。
** 要隐藏“Do you know”屏幕,请轻触 > > 主屏幕设置 > 取消
选择 Do you know?。

2
概述
听筒
后置相机镜头
近程传感器
前置相机镜头
耳机插孔
麦克风 扬声器
菜单键:检
查可用的选
项。
音量键
(屏幕锁定时)
- 长按向上键
可启动快捷
备忘录
- 长按向下键
可启动相机
电源/锁定键
正面
背面
顶部
底部
麦克风
红外 LED
触摸屏
闪光灯
充电器/USB 端口
主屏键:从任何屏幕返
回到主屏。
返回键:返回上一屏。
使用该键后退出应用
程序。

3
备注:
确保卡的金色接触区域面朝下。
设置
使用手机之前,需要先插入 Micro-USIM 卡。
安装 Micro-USIM 卡 弹出按钮是文件盘门上方的小圆孔。安装新
Micro-USIM 卡:
1. 将手机随附的 Micro-USIM 弹出工具(或
细针)插入弹出按钮孔,捏紧并轻轻用力
推进,直至托盘弹出。
2. 取下托盘,放入 Micro-USIM 卡,触点朝
下,斜角朝左。只有采用这种方式才能完
全吻合地把 SIM 卡放入文件盘。
3. 小心地将文件盘重新放入插槽,轻轻推
入手机。
弹出按钮孔

4
首次打开手机时,将指导您完成一系列重要步骤,以配置手机设置。
打开手机
电源/锁定键
按住电源/锁定键几秒钟。
提示! 如果手机锁定而无法使用,请按住电源/锁定键 10 秒以重启。
为手机充电
• 充电端口在手机底部。
• 将充电器的一端插入手机,并将另一端插入电源插座。
• 要最大限度地延长电池使用寿命,请在首次使用前确保电池已
充满电。
警告! 只能使用已获得 LG 许可的充电器、电池和电缆。 使用未获许可的充电器或电缆时,可
能导致充电速度缓慢或弹出关于充电缓慢的消息。 未获许可的充电器或电缆还可导致电池爆炸或损坏
设备,相应后果不属于 LG 保修范围。
设置
Other manuals for LG G2
33
This manual suits for next models
1
Table of contents
Languages:
Other LG Cell Phone manuals