
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke
Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada
sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk
anda di www.philips.com/welcome.
Penting
Baca buku panduan pengguna ini dengan teliti sebelum
anda menggunakan perkakas dan simpannya untuk
rujukan masa depan.
Jangan sekali-kali tenggelamkan seterika di dalam air.
Amaran
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada
perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa
atau perkakas itu sendiri menunjukkan kerosakan
yang nyata, atau jika perkakas telah terjatuh
atau bocor.
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips,
pusat servis yang dibenarkan oleh Philips atau pihak
yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
Jangan sekali-kali biarkan seterika tanpa diawasi pada
bila-bila masa ia tersambung dengan punca kuasa.
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang
berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan
perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
Jangan biarkan tali aliran eletrik utama bersentuh
dengan tapak plat seterika yang panas.
Jika perkakas disediakan dengan plag yang dibumikan,
ia mesti dipasangkan ke dalam soket dinding yang
dibumikan.
Periksa tali aliran eletrik utama secara tetap untuk
mencari sebarang kerosakan.
Bahagian plat tapak seterika boleh menjadi amat
panas dan mungkin menyebabkan kelecuran jika
tersentuh.
Apabila anda selesai menyeterika, apabila anda
membersihkan perkakas, apabila anda mengisi atau
mengosongkan tangki air dan juga apabila anda
meninggalkan seterika tanpa dijaga biarpun seketika:
tetapkan kawalan stim di kedudukan 0, dirikan
seterika pada tumitnya dan cabutkan plag sesalur dari
soket dinding.
Sentiasa letak dan gunakan seterika pada permukaan
yang stabil, rata dan mendatar.
Jangan masukkan minyak wangi, cuka, kanji, agen
penanggal kerak, bahan bantu penyeterikaan atau
bahan kimia lain ke dalam tangki air.
Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan di
rumah sahaja.
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF). Jika
dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam
manual pengguna ini, perkakas selamat untuk digunakan
menurut bukti saintik yang boleh didapati pada masa ini.
A Muncung sembur
B Mengisi bukaan dengan tukup
C Butang pancutan stim ( 9)
D Butang sembur ( 8)
EKawalan stim
FLampu suhu ambar (jenis tertentu sahaja: dengan
penunjuk auto pematian merah)
G Butang Pembersihan Kerak
HTombol suhu
IKord sesalur kuasa
JTumit
KTablet anti-Kerak (jenis tertentu sahaja)
LTangki air
Tidak ditunjukkan: cawan isian
Sebelum penggunaan pertama
1 Tanggalkan sebarang pelekat, kerajang atau plastik
pelindung dari plat tapak (Gamb. 2).
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jangan masukkan minyak wangi, cuka, kanji, agen
penanggal kerak, bahan bantu penyeterikaan atau bahan
kimia lain ke dalam tangki air.
1 Pastikan palam perkakas ditanggalkan.
2 Setkan pengawal stim pada kedudukan 0 (= tiada
stim) (Gamb. 3).
3 Bukakan tukup bukaan isian.
4 Condongkan seterika ke belakang dan gunakan
cawan isian untuk mengisi tangki air denga air paip
sehingga paras maksimum. (Gamb. 4)
Jangan isikan tangki air melepasi tanda MAKSIMUM.
5 Tutuptukupbukaanisian(‘klik’).
1 Letak seterika pada tumitnya.
2 Untuk menetapkan suhu seterika yang
dikehendaki, putar tombol suhu ke kedudukan yang
betul (Gamb. 5).
Periksa label penjagaan untuk mengetahui suhu seterika
yang sesuai:
1 untuk fabrik sintetik (cth. akrilik, nilon, poliamida,
poliester)
1untuk sutera
2untuk benang bulu
3untuk kapas dan linen
Jika anda tidak tahu jenis kain sesuatu pakaian itu
diperbuat, tentukan suhu penyeterikaan yang betul dengan
menyeterika bahagian pakaian yang tidak kelihatan apabila
anda memakainya.
Bahan sutera, benang bulu dan sintetik: seterika bahagian
belakang kain tersebut untuk mencegah tompok-tompok
berkilau. Bagi mengelakkan tanda, jangan gunakan fungsi
semburan.
Mulai menyeterika barang yang memerlukan suhu seterika
yang paling rendah, seperti barang yang dibuat daripada
serat sintetik.
3 Masukkan plag perkakas. Jika perkakas mempunyai
plag yang dibumikan, pasang plag sesalur kuasa di
dalam soket dinding yang dibumikan.
Lampu suhu kuning jingga menyala (Gamb. 6).
4 Apabila lampu suhu padam, tunggu sebentar
sebelum anda mula menyeterika.
Lampu suhu akan menyala dari masa ke masa masa
menyeterika.
Nota: Seterika mungkin mengeluarkan sedikit asap semasa
anda menggunakannya pada kali pertama. Ini akan berhenti
selepas beberapa ketika.
1 Pastikan air di dalam tangki air mencukupi.
2 Pilih suhu seterika yang dikehendaki (lihat bab
‘Bersediauntukmenggunakannya’,bahagian
‘Menetapkansuhu’).
3 Pilih tetapan stim yang sesuai. Pastikan tetapan
stim sesuai dengan suhu seterika yang telah
ditetapkan: (Gamb. 7)
1 - 2 bagi stim sederhana (seting suhu 2hingga
3)
3 - 4 untuk stim maksimum (seting suhu 3hingga
MAX)
Nota: Seterika mula mengeluarkan stim sebaik saja
ia mencapai suhu yang disetkan.
Nota: Jika suhu seterika yang dipilih terlalu rendah (MIN
hingga 2) air boleh menitis dari tapak plat (lihat bab ‘Ciri’,
bahagian ‘Henti titisan’).
1 Setkan pengawal stim pada kedudukan 0 (= tiada
stim) (Gamb. 3).
2 Pilih suhu seterika yang dikehendaki (lihat bab
‘Bersediauntukmenggunakannya’,bahagian
‘Menetapkansuhu’).
-
-
-
-
,
-
-
Anda boleh menggunakan fungsi sembur pada sebarang
suhu untuk melembapkan kain yang hendak digosok. Ini
membantu menghilangkan kedutan yang degil.
1 Pastikan air di dalam tangki air mencukupi.
2 Tekan butang sembur beberapa kali untuk
melembapkan kain yang hendak digosok (Gamb. 8).
Pancutan stim yang kuat menolong melicinkan kedut yang
sangat degil.
Fungsi pancutan stim hanya boleh digunakan pada suhu
antara 2 dengan MAX.
1 Tekan dan lepaskan butang pancutan stim (Gamb. 9).
Pancutan stim tertumpu dari bolong panjang pada Hujung
Stim meningkatkan pengagihan stim ke setiap bahagian
pakaian anda. Fungsi pancutan stim tertumpu hanya boleh
digunakan pada tetapan suhu antara 2 dan MAX.
1 Tekan dan lepaskan butang pancutan
stim (Gamb. 10).
Anda juga boleh menggunakan fungsi pancutan
stim apabila anda memegang seterika dalam kedudukan
menegak. Ini berguna untuk melicinkan kedutan pada
pakaian yang tergantung, langsir, dsb.
1 Pegang seterika pada kedudukan menegak dan tekan
dan lepaskan butang pancutan stim (Gamb. 11).
Jangan sekali-kali halakan stim ke arah orang.
Seterika ini dilengkapi fungsi penghenti titisan: seterika
berhenti menghasilkan stim secara automatik apabila suhu
terlalu rendah supaya air tidak menitis keluar dari plat
tapak. Apabila ini berlaku, bunyi mungkin kedengaran.
Fungsi pematian automatik mematikan seterika secara
automatik jika ia tidak digerakkan buat beberapa waktu.
Penunjuk merah auto-mati lampu suhu berkelip
untuk menunjukkan bahawa seterika telah dimatikan
oleh fungsi pematian automatik (Gamb. 6).
Untuk membolehkan seterika memanas semula:
1 Angkat seterika atau gerakkannya sedikit.
Penunjuk merah auto-mati padam.
Jika suhu plat tapak telah turun ke bawah suhu
penyeterikaan yang ditetapkan, lampu suhu
berwarna ambar terus menyala.
2 Jika lampu pandu kuning jingga menyala selepas anda
menggerakkan seterika, tunggu sehingga ia padam
sebelum mula menyeterika.
Nota: Jika lampu pandu kuning jingga tidak menyala selepas
anda menggerakkan seterika, plat tapak masih berada pada
suhu yang betul dan seterika sedia untuk digunakan.
1 Setkan kawalan stim pada kedudukan 0, tanggalkan
plag dari soket dinding dan biarkan seterika
menyejuk.
2 Kesatkan emping dan apa-apa sisa lain pada plat
tapak dengan kain yang lembap dan agen pembersih
(cecair) yang tidak melelas.
Agar plat tapak sentiasa licin, elakkan sentuhan kuat
dengan objek logam. Jangan sekali-kali gunakan pad
penyental, cuka atau bahan kimia yang lain untuk
membersihkan plat tapak.
3 Membersihkan bahagian atas alat seterika dengan
kain yang lembap.
4 Sentiasa basuh tangki air dengan air.
Kosongkan tangki air selepas anda telah
membasuhnya (Gamb. 12).
,
,
,