LG A270 User manual

LG-A270
MFL67478235 (1.0) www.lg.com
Panduan Pengguna
用户手册
User Guide
Bahasa Melayu
简体中文
ENGLISH


LG-A270
Panduan Pengguna - Bahasa Melayu
Panduan ini akan membantu anda memahami telefon mudah alih baru anda.
Ia akan menyediakan untuk anda penerangan berguna mengenai ciri-ciri pada
telefon anda.
Sesetengah kandungan dalam manual ini mungkin berbeza daripada telefon
anda, bergantung pada perisian telefon atau pembekal khidmat anda.

2
Mengenali telefon anda................................. 3
Memasang Kad SIM dan Mengecas
Bateri..................................................................... 5
Menu dan Pilihan.............................................. 8
Memasukkan Teks............................................ 9
Rujukan ciri pantas ........................................13
Pemesejan.........................................................13
Kenalan ..............................................................14
Sejarah panggilan ..........................................16
Permainan.........................................................16
Kepunyaan saya..............................................17
Media..................................................................17
Alatan..................................................................20
Pengatur ............................................................21
Tetapan .............................................................22
Aksesori..............................................................36
Penyelesaian Masalah...................................37
Kandungan

3
Mengenali telefon anda
Bicu fon telinga
Kekunci lembut
Setiap kekunci melakukan fungsi yang
ditunjukkan oleh teks pada paparan
dengan segera di atasnya.
Kekunci navigasi
Gunakan untuk akses pantas ke fungsi
telefon.
(atas) : Suluh
(bawah) : Kalendar
(kiri) : Mesej Baru
(kanan) : Pemain MP3
(Jika Kad SD Dimasukkan)
Kekunci Hantar
Anda boleh mendail nombor telefon
dan menjawab panggilan masuk.
Cuping telinga telefon
Lubang Tali Tangan
Skrin paparan
Kekunci Tamat/Kuasa
Membolehkan anda menghidupkan
atau mematikan kuasa telefon,
menamatkan panggilan atau kembali
ke mod Siap Sedia.
Kekunci abjad angka
Selalunya kekunci angka digunakan
untuk memasukkan angka atau aksara.
Nota: Hanya kekunci abjad
angka yang bercahaya semasa
menggunakan telefon.

4
Mengenali telefon anda
Suluh
Port pengecas
Membolehkan anda menggunakan
pengecas kuasa sahaja.

5
Memasang Kad SIM dan Mengecas Bateri
Memasang Kad SIM
Apabila anda melanggan kepada rangkaian telefon mudah alih, anda disediakan dengan kad SIM plag
masuk yang dimuatkan dengan butiran langganan anda, seperti PIN anda, sebarang perkhidmatan
pilihan yang tersedia dan banyak lagi.
Penting!
› Kad SIM plag masuk dan sesentuhnya boleh rosak dengan mudah akibat tercalar atau bengkokan,
oleh itu berhati-hati semasa mengendalikan, memasukkan atau mengeluarkan kad ini. Simpan semua
kad SIM jauh dari capaian kanak-kanak kecil.
› hanya SIM 2G disokong

6
Memasang Kad SIM dan Mengecas Bateri
Ilustrasi
1Buka penutup bateri
2Keluarkan bateri
3Masukkan SIM anda
4Masukkan bateri
5Tutup penutup bateri
6Caskan bateri anda
AMARAN: Jangan keluarkan bateri semasa telefon
dihidupkan, kerana ini boleh merosakkan telefon.
12
34
56

7
Maklumat Paparan
Kawasan ikon
Kawasan teks dan grak
Penunjuk kekunci lembut
Menu Kenalan
Ikon Pada Skrin
Memberitahu anda kekuatan isyarat
rangkaian.
Menunjukkan tahap cas bateri.
Menunjukkan mesej teks baru.
Menunjukkan mesej suara baru.
Menunjukkan bahawa jam penggera telah
ditetapkan.
Menunjukkan bahawa telefon anda
menggunakan prol umum.
Menunjukkan bahawa telefon anda
menggunakan prol senyap.
Menunjukkan bahawa telefon anda
menggunakan prol luar bangunan.
Menunjukkan bahawa telefon anda
menggunakan prol fon kepala.
Menunjukkan bahawa semua panggilan
dialihkan ke nombor lain.
Menunjukkan telefon anda berada dalam
mod Penerbangan.
Menunjukkan jadual baru.

8
Telefon anda menawarkan suatu set fungsi yang membenarkan anda menyuaikannya. Fungsi ini disusun
dalam menu dan sub menu, yang diakses melalui kekunci lembut kiri dan kanan. Label pada bahagian
bawah skrin paparan betul-betul di atas kekunci lembut menandakan fungsi semasanya.
Tekan kekunci lembut kanan
untuk mengakses kenalan.
Tekan kekunci lembut kiri untuk
mengakses menu yang tersedia.
Menu Kenalan
Menu dan Pilihan

9
Memasukkan Teks
Anda boleh memasukkan aksara abjad angka
menggunakan pad kekunci telefon. Misalnya,
menyimpan nama dalam Kenalan, menulis
mesej dan menjadualkan acara dalam kalendar
semuanya perlu memasukkan teks. Untuk
menukar mod, tekan kekunci .
Penunjuk Fungsi (Mod Pintar Bahasa
Inggeris)
Angka
Berbilang ketik Abc
Berbilang ketik abc
Berbilang ketik ABC
Mod T9
Dalam Editor, Tekan Pilihan Pilih “Set T9”Pilih
On (Hidupkan). Mod ini membolehkan anda
memasukkan perkataan dengan hanya satu
ketukan kekunci bagi setiap huruf. Setiap
kekunci pada pad kekunci dikaitkan dengan
lebih daripada satu huruf. Mod T9 secara
automatik membandingkan ketukan kekunci
anda dengan kamus linguistik dalaman untuk
menentukan perkataan yang betul, yang sekali
gus memerlukan amat kurang ketukan kekunci
berbanding mod ABC yang biasa.

10
Memasukkan Teks
Menghidupkan dan Mematikan
Telefon Anda
Anda boleh menghidup dan mematikan telefon
dengan menekan atau menahan kekunci kuasa.
Membuat Panggilan
1Taipkan nombor pada pad kekunci.
2Tekan untuk memulakan panggilan.
3Untuk menamatkan panggilan, tekan .
PETUA! Untuk memasukkan + ketika membuat
panggilan antarabangsa, tekan dan tahan 0.
Membuat panggilan daripada
kenalan anda
1Tekan Menu, pilih Kenalan lalu pilih Cari.
2Pada pad kekunci, masukkan beberapa huruf
awal kenalan yang ingin anda hubungi.
3Untuk menatal merentasi kenalan anda,
gunakan kekunci navigasi ke atas dan ke
bawah. Dan untuk menatal melalui nombor
mereka yang berbeza, gunakan kekunci
navigasi kiri dan kanan.
4Tekan untuk memulakan panggilan.

11
Menjawab dan Menolak Panggilan
Apabila telefon anda berdering, tekan Terima
atau tekan untuk menjawab panggilan.
Apabila telefon anda berdering, pilih Senyap
untuk membisukan deringan. Ini bagus bagi
mesyuarat jika anda terlupa untuk menukar prol
anda kepada Senyap. Tekan atau Tolak untuk
menolak panggilan masuk.
PETUA! Anda boleh mengubah tetapan pada
telefon anda untuk menjawab panggilan
dengan cara yang berbeza. Tekan Menu,
pilih Tetapan dan pilih Panggil. Pilih Mod
jawapan dan pilih Sebarang kekunci atau
Kekunci Hantar sahaja.
• Tekan sebarang kekunci – Anda boleh
menjawab panggilan dengan menekan sebarang
kekunci.
• Kekunci Hantar sahaja – Anda boleh menjawab
panggilan hanya dengan menekan kekunci
Hantar.
Menukar tetapan panggilan anda
Anda boleh menetapkan menu bergantung pada
panggilan. Tekan Menu, pilih Tetapan dan pilih
Panggil.
• Alihan panggilan – Pilih kaedah untuk
mengalihkan panggilan.
• Panggilan menunggu – Pilih Aktif atau batalkan
panggilan menunggu.

12
Memasukkan Teks
Menyemak sejarah panggilan anda
Anda boleh semak rekod Semua panggilan,
Panggilan tak dijawab, Panggilan didail, Panggilan
diterima dan Tempoh panggilan. Nombor dan
nama (jika tersedia) dipaparkan bersama-sama
tarikh dan masa panggilan dibuat. Anda juga
boleh melihat bilangan panggilan yang telah anda
buat kepada nombor tertentu. Tekan Menu, pilih
Sejarah panggilan.

13
Pemesejan
Menghantar mesej
1Tekan Menu, pilih Mesej dan pilih Mesej baru.
2Editor mesej baru akan terbuka. Tetapan lalai
mesej editor ialah mod SMS.
3Masukkan mesej anda menggunakan sama
ada mod ramalan T9 atau mod manual Abc
atau mod 123. Anda boleh menukar mod input
teks dengan menekan .
4Tekan Pilihan dan pilih Masukkan untuk
menambah Simbol, Templat, Kenalan, Kad
niaga.
5Tekan Hantar kepada.
6Masukkan nombor telefon atau tekan Pilihan
dan pilih Kenalan atau Senarai terbaru untuk
membuka senarai kenalan anda.
7Tekan Pilihan dan pilih Hantar.
• Peti masuk – Anda akan diberitahu apabila anda
menerima mesej. Ia juga akan disimpan di sini.
• Draf – Menu ini menunjukkan mesej yang telah
anda simpan.
• Peti keluar – Menu ini membolehkan anda
melihat mesej yang akan dihantar atau gagal
dihantar.
• Dihantar – Menu ini membolehkan anda melihat
mesej yang telah pun dihantar, termasuk masa
dan kandungan.
Rujukan ciri pantas

14
• Dengar mel suara – Menu ini menyediakan cara
yang pantas untuk mengakses peti mel suara
anda.
• Mesej info – Mesej info adalah mesej teks yang
disampaikan oleh rangkaian ke telefon bimbit
anda.
• Templat – Terdapat mesej yang dipratetap dalam
senarai. Anda boleh melihat dan mengedit mesej
templat atau membuat templat baru.
• Tetapan – Menu ini membolehkan anda
menetapkan ciri-ciri penyedia perkhidmatan
rangkaian anda.
Kenalan
Anda boleh mencari kenalan yang disimpan
dalam menu Kenalan anda.
1Tekan Menu dan pilih Kenalan, pilih Cari atau
tekan (kekunci lembut kanan) daripada
skrin siap sedia.
2Pada pad kekunci, masukkan huruf pertama
kenalan yang hendak anda hubungi.
3Untuk menatal melalui kenalan, gunakan
kekunci navigasi ke atas dan ke bawah. Untuk
menatal melalui nombornya yang berbeza,
gunakan kekunci navigasi kiri dan kanan.
• Kenalan baru – Anda boleh menambah entri
buku telefon dengan menggunakan menu ini.

15
• Dail cepat – Untukkan kenalan pada sebarang
kekunci antara 3 dan 8. Dailan cepat 2 ditetapkan
kepada Bajet SIM dan 9 ditetapkan kepada mod
SOS, jadi anda tidak boleh menukar kekunci
tersebut.
› SIM budget (Bajet SIM) - Anda boleh
menetapkan Speed SIM budget melalui Startup
Wizard (Bestari Pemulaan) dan menu Dail cepat.
Ia adalah cara mudah untuk menyemak bajet
SIM dengan menekan dan menahan kekunci 2
dalam Skrin Melahu.
• Salin semua – Anda boleh menyalin semua entri
dari memori kad SIM ke Memori telefon atau dari
Memori telefon ke Memori kad SIM.
• Padam semua – Anda boleh memadamkan
semua entri daripada memori kad SIM atau
memori Telefon.
• Status memori – Anda boleh memeriksa status
memori pada SIM dan telefon anda.
• Maklumat
› Nombor dail perkhidmatan – Akses senarai
nombor yang diuntukkan oleh pembekal
khidmat anda dengan selamat.
› Nombor sendiri – Anda boleh menyimpan dan
menyemak nombor anda sendiri pada kad SIM.
› Kad niaga – Anda boleh menyimpan dan
menyemak kad niaga anda yang mengandungi
maklumat nama, nombor telefon mudah alih,
rumah, pejabat dan e-mel, dan menghantarnya
dalam mesej.

16
Sejarah panggilan
Anda boleh menyemak rekod bagi semua
panggilan, yang tidak dijawab, didail, diterima,
dan tempoh panggilan. Nombor dan nama (jika
tersedia) dipaparkan bersama-sama tarikh dan
masa panggilan dibuat. Anda juga boleh melihat
bilangan panggilan yang telah anda buat.
• Semua panggilan – Memaparkan semua tiga
jenis senarai (Diterima/Didail/Panggilan tidak
dijawab) mengikut masa.
• Panggilan tak dijawab – Pilihan ini
membolehkan anda melihat 20 panggilan
terakhir yang tidak dijawab.
• Panggilan didail – Pilihan ini membolehkan
anda melihat 20 panggilan keluar yang terakhir
(sama ada berjaya atau tidak).
• Panggilan diterima – Pilihan ini membolehkan
anda melihat 20 panggilan masuk yang terakhir.
• Tempoh panggilan – Membolehkan anda
melihat tempoh panggilan terakhir, semua
panggilan, panggilan didail dan panggilan
diterima.
Permainan
LG-A270 anda disertakan dengan permainan yang
telah dipramuat agar anda terhibur pada masa
lapang anda. Tekan Menu dan pilih Permainan.

17
Kepunyaan saya
• Bunyi saya - Folder Bunyi saya mengandungi
bunyi lalai dan bunyi Memori luaran. Dari sini
anda boleh memain atau menetapkan bunyi
sebagai nada dering.
Nota: Untuk memainkan fail MP3 daripada
folder Bunyi saya, anda sepatutnya
menyimpan fail MP3 dalam Memori Luaran
> folder Bunyi.
• Lain-lain – Dalam folder Lain-lain, anda akan
dapat melihat fail yang tidak disimpan dalam
Bunyi saya.
• Memori luaran – Jika anda telah memasukkan
kad memori, ia akan dipapar sebagai folder
dalam Barangan saya.
Media
LG-A270 anda mempunyai pemain muzik terbina
dalam agar anda boleh memainkan semua muzik
kegemaran anda.
Pemain MP3
Memainkan lagu
1Tekan Menu dan pilih Media dan kemudian
pilih Pemain MP3.
2Pilih Semua lagu kemudian pilih lagu yang
anda hendak mainkan, pergi ke Pilihan dan
kemudian tekan Main.

18
3Semasa muzik sedang dimainkan, pergi ke
Pilihan→Jeda untuk menjedakan lagu.
4Tekan kekunci navigasi ke kanan untuk
melangkau ke lagu seterusnya.
5Tekan kekunci navigasi kiri untuk melangkau
ke lagu sebelumnya.
6Semasa muzik dimainkan, tekan kekunci
“Kembali” untuk menghentikan muzik dan
kembali ke menu sebelumnya.
Nota: Hak cipta fail muzik mungkin
dilindungi oleh perjanjian antarabangsa dan
undang-undang hak cipta nasional. Oleh
itu, kebenaran atau lesen mungkin perlu
diperoleh untuk mengeluarkan semula atau
menyalin muzik. Dalam sesetengah negara,
undang-undang nasionalnya melarang
penyalinan peribadi bahan berhak cipta.
Sebelum memuat turun atau menyalin fail,
semak undang-undang nasional negara yang
berkenaan mengenai penggunaan bahan
sedemikian.
Table of contents
Languages:
Other LG Cell Phone manuals