LG G3 Stylus Dual User manual

BAHASA MELAYU
简体中文
ENGLISH
Panduan mula ringkas
快速入门指南
Quick start guide
MBM64679417 (1.1)
www.lg.com
LG-D690


BAHASA MELAYU
Panduan mula ringkas
LG-D690
Untuk memuat turun panduan pengguna versi lengkap terkini,
pergi ke www.lg.com pada PC atau komputer riba anda.

2
Gambaran keseluruhan
ATAS
DEPAN BELAKANG
BAWAH
Bicu Fon Telinga
Pen Stilus
Alat cuping telinga
Kekunci
volum
Pembesar
suara
Denyar
Skrin sentuh
Sensor kedekatan
LED IR
(Inframerah)
Kanta Kamera
Hadapan
LED Pemberitahuan
Kekunci Kuasa/Kunci
Kanta Kamera
Belakang
Port Pengecas/
USB
Mikrofon

3
Persediaan
Sebelum anda mula menggunakan telefon, anda perlu memasukkan bateri dan kad SIM.
Memasang kad SIM dan bateri
1. Keluarkan
penutup
belakang.
2. Luncurkan kad
SIM ke dalam slot
masing-masing,
pastikan kawasan
sesentuh emas pada
kad menghadap ke
bawah.
3. Masukkan bateri. 4. Pasang penutup
belakang.

4
Persediaan
Menghidupkan telefon
Tekan dan tahan kekunci Kuasa/Kunci selama beberapa saat.
Semasa anda menghidupkan telefon buat pertama kali,
anda akan dipandu melalui satu siri langkah penting untuk
mengkonfigurasikan tetapan telefon.
Mengecas telefon
• Port mengecas terletak di bahagian bawah telefon.
• Masukkan hujung kabel pengecas ke dalam telefon dan
pasangkan plag hujung yang satu lagi ke dalam soket elektrik.
• Untuk memaksimumkan jangka hayat bateri, pastikan bateri dicas
sepenuhnya sebelum anda menggunakannya pada kali pertama.
AMARAN! Hanya gunakan pengecas, bateri, dan kabel yang disokong LG. Apabila menggunakan pengecas
atau kabel yang tidak diluluskan, ia boleh menyebabkan pengecasan bateri yang perlahan atau mesej pop timbul
berkenaan pengecasan yang perlahan . Atau, pengecas atau kabel yang tidak diluluskan boleh menyebabkan bateri
meletup atau merosakkan peranti, di mana ia tidak dilindungi oleh waranti.

5
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak
mengikut garis panduan ini mungkin merbahaya
atau tidak sah.
Alat ini hanya mengumpulkan data yang khusus
kepada kesilapan, seperti kekuatan isyarat, cell
ID position (kedudukan ID sel) dalam kegagalan
panggilan dan aplikasi yang dimuatkan secara
tiba-tiba.
Log hanya digunakan untuk membantu
menentukan punca bagi kesilapan.
Log ini dienkripsi dan hanya boleh diakses oleh
Pusat pembaikan LG yang sah, sekiranya anda
perlu mengembalikan peranti anda untuk dibaik
pulih.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi
radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio
dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Telefon mudah alih model LG-D690 telah
direka bentuk untuk mematuhi keperluan
keselamatan yang dikenakan bagi pendedahan
pada gelombang radio. Keperluan ini adalah
berdasarkan garis panduan saintifik yang
termasuk margin keselamatan yang direka bentuk
untuk memastikan keselamatan semua orang
tanpa mengira umur dan kesihatan.
•Garis panduan bagi pendedahan kepada
gelombang radio menggunakan unit ukuran
yang disebut sebagai Kadar Penyerapan
Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR dijalankan
menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

6
telefon memancarkan pada aras kuasa diperakui
yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
•Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR
pelbagai model telefon LG, semuanya direka
bentuk untuk memenuhi garis panduan yang
berkaitan bagi pendedahan kepada gelombang
radio.
•Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya
mengenai Perlindungan Sinaran Bukan Pengion
Antarabangsa (International Commission on
Non-Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP)
ialah 2W/kg dipuratakan ke atas 10g tisu.
•Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon model ini
yang diuji untuk penggunaan telinga ialah 0.
272
W/kg (10g) dan apabila dipakai pada badan
ialah 0.427 W/kg (10g).
•Peranti ini memenuhi garis panduan
pendedahan RF apabila digunakan sama
ada dalam kedudukan penggunaan normal
pada telinga atau apabila diletakkan pada
jarak sekurang-kurangnya 1.5cm dari badan.
Apabila bekas pembawa, klip tali pinggang
atau pemegang digunakan untuk pengendalian
pemakaian pada badan, ia tidak sepatutnya
mengandungi logam dan perlu meletakkan
produk pada jarak sekurang-kurangnya 1.5cm
dari badan anda. Untuk memindahkan data fail
dan mesej, peranti ini memerlukan sambungan
berkualiti pada rangkaian. Dalam beberapa
kes, pemindahan fail data atau mesej mungkin
ditangguhkan sehingga sambungan tersebut
tersedia. Pastikan arahan jarak pemisahan diikuti
sehingga pemindahan selesai.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

7
Penjagaan dan penyelenggaraan
produk
AMARAN
Hanya gunakan bateri, pengecas dan aksesori
yang diluluskan untuk digunakan bersama
model tertentu telefon ini. Penggunaan
sebarang jenis lain boleh mentaksahkan
sebarang kelulusan atau waranti yang
berkaitan dengan telefon, dan mungkin
berbahaya.
•Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa
ia kepada juruteknik servis yang layak jika kerja
pembaikan diperlukan.
•Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi
bicara LG, mungkin termasuk penggantian
bahagian atau papan yang sama ada baru
atau yang diperbaiki, asalkan kefungsiannya
sebanding dengan bahagian yang diganti.
•Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio,
dan komputer peribadi.
•Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber
haba seperti radiator atau dapur.
•Jangan jatuhkan.
•Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran
mekanikal atau kejutan.
•Matikan telefon di mana-mana tempat yang
memerlukan anda berbuat demikian oleh
undang-undang khas. Contohnya, jangan
gunakan telefon di hospital kerana ia mungkin
mengganggu peralatan hospital yang sensitif.
•Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang
basah semasa telefon sedang dicas. Ia boleh

8
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
menyebabkan terjadinya renjatan elektrik dan
telefon mungkin akan rosak teruk.
•Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan
yang mudah terbakar kerana telefon bimbit akan
menjadi panas dan boleh menyebabkan bahaya
kebakaran.
•Gunakan kain yang kering untuk membersihkan
bahagian luar unit ini (jangan gunakan pelarut
seperti benzena, pencair atau alkohol).
•Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
•Telefon hendaklah dicas di kawasan
berpengudaraan baik.
•Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau
habuk yang berlebihan.
•Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit
atau tiket pengangkutan; ia boleh menjejaskan
maklumat pada jalur magnetik.
•Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam
kerana ia boleh merosakkan telefon.
•Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau
kelembapan.
•Guna aksesori seperti fon telinga dengan
berhati-hati. Jangan sentuh antena jika tidak
diperlukan.
•Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk
mengeluarkan atau membaiki kaca yang pecah,
sumbing atau retak. Kerosakan pada paparan
kaca kerana ia disia-siakan dan disalahgunakan
adalah tidak diliputi oleh waranti ini.
•Telefon anda adalah peranti elektronik yang
menjana haba pada penggunaan biasa.
Sentuhan langsung dengan kulit dalam tempoh
yang berpanjangan dalam keadaan pengudaraan
tidak mencukupi mungkin akan mengakibatkan

9
ketidakselesaan atau melecur sedikit. Oleh
itu, anda hendaklah berjaga-jaga apabila
mengendalikan telefon anda atau betul-betul
selepas menggunakannya.
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin mendapat
gangguan, yang boleh menjejaskan prestasi.
•Jangan gunakan telefon mudah alih anda
berhampiran kelengkapan perubatan tanpa
meminta kebenaran. Elakkan meletak telefon
di atas perentak jantung, contohnya, di dalam
poket dada anda.
•Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin
diganggu oleh telefon mudah alih.
•Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan
TV, radio, PC, dsb.
•Guna telefon anda dalam suhu di antara 0ºC
dan 40ºC, jika boleh. Mendedahkan telefon
anda kepada suhu yang terlampau rendah atau
tinggi akan mengakibatkan kerosakan, malfungsi
atau letupan.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai
penggunaan telefon mudah alih di kawasan
tempat anda memandu.
•Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa
memandu.
•Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
•Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum
membuat atau menjawab panggilan jika

10
keadaan pemanduan memerlukan anda berbuat
demikian.
•Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah
sistem elektronik di dalam kenderaan anda
seperti stereo kereta dan kelengkapan
keselamatan.
•Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara,
jangan halangnya dengan kelengkapan wayarles
yang dipasang atau yang mudah alih. Ia mungkin
tidak berfungsi atau menyebabkan kecederaan
serius disebabkan prestasi yang tidak betul.
•Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan
berjalan, sila pastikan bahawa volumnya berada
pada paras yang berpatutan agar anda sedar
akan keadaan di sekeliling anda. Ini khususnya
amat penting jika anda berdekatan jalan raya.
Elakkan kerosakan kepada pendengaran
anda
Untuk mencegah kerosakan
pendengaran, jangan mendengar
pada tahap volum yang tinggi untuk
tempoh yang panjang
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh
berlaku jika anda terdedah kepada bunyi yang
kuat untuk tempoh yang lama. Kami dengan ini
mengesyorkan agar anda tidak menghidupkan
atau mematikan telefon mudah alih berhampiran
dengan telinga anda. Kami juga mengesyorkan
bahawa volumnya muzik dan panggilan ditetapkan
pada paras yang berpatutan.
•Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan
volumnya jika anda tidak dapat mendengar
orang yang bercakap berdekatan dengan anda
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

11
atau jika orang yang duduk di sebelah anda
dapat mendengar apa yang sedang anda
dengar.
NOTA: Tekanan bunyi yang melampau dari fon
telinga dan fon kepala boleh menyebabkan
kehilangan pendengaran.
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti mudah alih anda
dibuat daripada kaca. Kaca ini akan retak
atau pecah jika telefon anda terjatuh ke atas
permukaan yang keras atau menerima impak
yang kuat. Jika kacanya pecah, jangan sentuh
atau cuba untuk menanggalkannya. Berhenti
menggunakan peranti mudah alih anda sehingga
kaca diganti oleh pembekal khidmat yang
diluluskan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan
sedang dijalankan. Patuhi sekatan dan ikut
sebarang aturan dan peraturan.
Persekitaran boleh meletup
•Jangan gunakan telefon di tempat mengisi
minyak.
•Jangan gunakan berhampiran bahan api atau
bahan kimia.
•Jangan angkut atau simpan gas mudah
terbakar, cecair atau bahan letupan di dalam
ruang yang sama dengan yang mengandungi
telefon mudah alih anda dan aksesorinya.

12
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di
dalam pesawat.
•Matikan telefon mudah alih anda sebelum
menaiki sebarang pesawat terbang.
•Jangan gunakannya apabila mendarat tanpa izin
anak kapal.
Kanak-kanak
Simpan telefon di tempat yang selamat dan jauh
daripada kanak-kanak kecil. Ia termasuk bahagian
kecil yang boleh menyebabkan bahaya tercekik
jika ia tertanggal.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia di
bawah semua rangkaian mudah alih. Oleh itu,
anda tidak sepatutnya bergantung semata-mata
kepada telefon anda untuk membuat panggilan
kecemasan. Semak dengan pembekal khidmat
tempatan anda.
Maklumat dan penjagaan bateri
•Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya
sebelum mengecasnya semula. Tidak seperti
sistem bateri lain, tiada kesan memori yang
boleh menjejaskan prestasi bateri.
•Gunakan hanya bateri dan pengecas
LG. Pengecas LG direka bentuk untuk
memaksimumkan hayat bateri.
•Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan
bateri.
•Pastikan sesentuh logam pada bateri sentiasa
bersih.

13
•Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi
prestasi yang boleh diterima. Pek bateri mungkin
dicas beratus kali sehingga ia perlu digantikan.
•Cas semula bateri jika ia tidak digunakan
buat tempoh masa yang lama untuk
memaksimumkan kebolehgunaan.
•Jangan dedahkan pengecas bateri kepada
cahaya matahari langsung atau gunakannya
pada kelembapan yang tinggi, seperti di bilik air.
•Jangan biarkan bateri di tempat yang panas
atau sejuk, ini mungkin menjejaskan prestasi
bateri.
•Terdapat risiko letupan jika bateri digantikan
dengan jenis yang salah.
•Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut
arahan pengilang. Sila kitar semula yang mana
mungkin. Jangan lupuskan sebagai sampah
rumah yang biasa.
•Jika anda hendak mengganti bateri, bawa ia ke
pusat servis LG Electronics atau wakil penjual
yang disahkan untuk mendapatkan bantuan.
•Tanggalkan pengecas dari soket dinding selepas
telefon dicas sepenuhnya untuk menjimatkan
kuasa pengecas daripada penggunaan yang
tidak perlu.
•Hayat sebenar bateri bergantung kepada
konfigurasi rangkaian, tetapan produk,
corak penggunaan, dan keadaan bateri dan
persekitaran.
•Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku
atau gigi haiwan, bersentuhan dengan bateri. Ini
akan menyebabkan kebakaran.

14
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
BAGAIMANA UNTUK MENGEMAS KINI
TELEFON PINTAR ANDA
Akses ke keluaran peralatan tegar terkini,
fungsi perisian baru dan peningkatan.
•Kemas kini telefon pintar anda tanpa
menggunakan PC. Pilih Kemaskini perisian.
•Kemas kini telefon pintar anda dengan
menyambungkannya kepada PC anda. Untuk
mendapatkan maklumat selanjutnya tentang
menggunakan fungsi ini, sila lawati http://
www.lg.com/common/index.jsp pilih negara
dan bahasa.
PENGISYTIHARAN PEMATUHAN
Dengan ini, LG Electronics mengisytiharkan
bahawa produk LG-D690 mematuhi
keperluan penting dan peruntukan lain yang
berkaitan pada Arahan 1999/5/EC.
Satu salinan Perisytiharan Pematuhan
boleh didapati di http://www.lg.com/global/
declaration

15
Notis: Perisian Sumber Terbuka
Untuk mendapatkan kod sumber yang
berpadanan di bawah GPL, LGPL, MPL dan
lesen sumber terbuka yang lain, sila lawati
http://opensource.lge.com/
Semua terma lesen, penafian dan notis sedia
untuk dimuat turun dengan kod sumber.
NOTA:
•Paparan dan ilustrasi skrin mungkin
berbeza daripada yang anda lihat pada
telefon sebenar.
•Selalu gunakan aksesori LG yang tulen.
Kegagalan melakukan ini mungkin akan
mentaksahkan waranti anda.
•Aksesori mungkin berbeza bergantung
kepada rantau, negara atau pembekal
khidmat anda.
•Sesetengah ciri dan perkhidmatan mungkin
berbeza mengikut kawasan, telefon,
pembekal khidmat dan versi perisian.
•Semua maklumat dalam dokumen ini
tertakluk kepada perubahan tanpa notis.


简体中文
快速入门指南
LG-D690
要下载用户手册的最新完整版本,请在 PC 或膝上型电脑上转到
www.lg.com。

2
概述
顶部
正面 背面
底部
耳机插孔
手写笔
听筒
音量键
扬声器
闪光灯
触摸屏
近程传感器
红外线 LED
前置相机镜头
通知 LED
电源/锁定键
后置相机镜头
充电器/USB
端口
麦克风
Other manuals for G3 Stylus Dual
5
This manual suits for next models
1
Table of contents
Languages:
Other LG Cell Phone manuals