Pendahuluan
Alat ini dipasang dengan satu kunci keselamatan terbina dalam yang
menghalangnya dari berfungsi jika aksesori telah dipasang dengan salah
atau tidak terpasang langsung.
Jangan sekali-kali gunakan aksesori untuk menghidupkan dan mematikan
alat ini!
Penting
◗Simpan arahan ini untuk rujukan di masa hadapan.
◗Baca arahan penggunaan alat ini dengan teliti dan lihat ilustrasinya
sebelum menggunakan alat ini.
◗Semak sama ada voltan yang tertulis pada alat ini menyamai voltan
pada punca utama setempat (115, 127V atau 220-230V) sebelum
menyambungkan alat ini.
◗Jangan sekali-kali gunakan aksesori atau bahagian-bahagian yang
dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar lain atau yang tidak disyorkan
oleh Philips. Jaminan anda akan menjadi tidak sah jika anda
menggunakan aksesori atau bahagian-bahagian tersebut
◗Jangan gunakan alat ini jika kord utama, plag atau bahagian-bahagian
lain mengalami kerosakan.
◗Jika kord utama alat ini rosak, ia mestilah sentiasa digantikan oleh
Philips atau satu pusat khidmat yang diluluskan Philips untuk
mengelakkan situasi berbahaya.
◗Bersihkan bahagian-bahagian yang akan bersentuhan dengan
makanan dengan teliti sebelum menggunakan alat ini buat pertama
kali.
◗Jangan melebihi kuantiti dan masa penyediaan yang ditunjukkan di
jadual.
◗Jangan melebihi tahap maksimum yang tertulis pada aksesori ini.
◗Cabut plag alat dengan segera selepas penggunaan, contohnya
sebelum membuka balang itu.
◗Pasangkan alat dengan betul sebelum memasukkan plag ke dalam
soket dinding.
◗Jangan sekali-kali biarkan alat ini digunakan tanpa diawasi.
◗Jaga supaya alat di luar jangkauan anak-anak.
◗Jangan sekali-kali merendamkan unit motor di dalam air atau cecair
lain mahupun membilasnya di bawah paip. Gunakan hanya sehelai
kain lembab untuk membersihkan unit motor.
◗Apabila anda memasang unit balang dan aksesori lain dengan
sempurna ke unit motor, anda akan mendengar bunyi klik.
◗Jangan sekali-kali menyentuh mata pisau itu semasa balang masih
terpasang pada unit motor.
◗Jangan sekali-kali memasukkan jari anda atau objek lain ke dalam
balang semasa alat sedang berjalan.
◗Sentiasa cabutkan plag alat sebelum anda mula membersihkan unit
motor.
◗Jika mata pisau tersekat, cabut plag alat sebelum mengeluarkan
bahan yang menyebabkan mata pisau itu tersekat.
16 BAHASA MALAYSIA