
11
Bahasa Melayu
Nota: Sewaktu proses Pembersihan Kerak, air yang bersih mungkin keluar dari plat tapak jika tiada kerak yang
terkumpul di dalam seterika. Ini perkara biasa.
Penyelesai Masalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang anda hadapi dengan perkakas. Jika anda tidak dapat menyelesaikan
masalah dengan maklumat di bawah, lawati www.philips.com/support untuk mendapatkan senarai soalan lazim atau
hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.
Masalah Penyebab yang mungkin Penyelesaian
Seterika tidak menghasilkan
stim.
Anda telah menetapkan tombol
suhu kepada SYNTH hingga 1.
Putar tombol suhu kepada 2atau lebih tinggi.
Fungsi stim telah dinyahdayakan
sehingga anda melakukan proses
Pembersihan Kerak.
Lakukan proses Pembersihan Kerak
untuk memulihkan fungsi stim. (lihat bab
'Pembersihan dan penyelenggaraan')
Pada permulaan sesi penyeterikaan
anda, picu stim tidak ditekan
dengan cukup lama.
Tekan dan tahan picu stim sehingga stim keluar.
Perkakas mungkin akan mengambil masa
selama 30 saat untuk mengeluarkan stim.
Lampu Pembersihan Kerak
berkelip. Stim tidak keluar
dari plat tapak dan/atau
perkakas mengeluarkan
bunyi bip.
Anda tidak melakukan atau belum
melengkapkan proses Pembersihan
Kerak.
Lakukan proses Pembersihan Kerak untuk
mendayakan fungsi stim sekali lagi (lihat bab
'Pembersihan dan penyelenggaraan').
Perkakas telah mati. Fungsi pematian automatik
diaktifkan secara automatik apabila
perkakas tidak digunakan selama
lebih 5 minit.
Untuk mengaktifkan semula perkakas, tetapkan
suis hidup/mati kepada kedudukan ‘mati’,
kemudian kepada kedudukan ‘hidup’. Perkakas
akan menjadi panas sekali lagi.
Perkakas mengeluarkan
bunyi mengepam yang kuat.
Tangki air kosong. Isikan semula tangki air dengan air dan tekan
picu stim sehingga bunyi mengepam menjadi
lebih lembut dan stim keluar dari plat tapak.
Titisan air menitik keluar dari
plat tapak.
Selepas proses Pembersihan Kerak,
baki air mungkin akan mengalir
keluar dari plat tapak.
Lap plat tapak dengan sekeping kain. Jika
lampu Pembersihan Kerak masih berkelip
dan perkakas masih mengeluarkan bunyi bip,
lakukan proses Pembersihan Kerak (lihat bab
'Pembersihan dan penyelenggaraan').
Air kotor dan kotoran
(kotoran perang atau emping
putih dsb) keluar dari plat
tapak.
Kotoran atau bahan kimia yang
ada di dalam air mungkin telah
termasuk di dalam bolong stim
dan/atau plat tapak.
Lakukan proses Pembersihan Kerak
dengan kerap (lihat bab 'Pembersihan dan
penyelenggaraan').
Air mengalir keluar daripada
plat tapak.
Anda telah memulakan proses
Pembersihan Kerak secara tidak
sengaja (lihat bab 'Pembersihan
dan penyelenggaraan').
Matikan perkakas. Kemudian, hidupkannya
semula. Biarkan seterika menjadi panas
sehingga lampu 'seterika sedia' terus bernyala.