
-Pembersih vakum ini direka untuk penggunaan di rumah sahaja. Jangan gunakan pembersih
vakum ini untuk menyedut sampah bangunan, habuk simen, abu, pasir halus, kapur dan bahan
yang serupa. Jangan sekali-kali menggunakan pembersih vakum tanpa sebarang penuras. Ini akan
merosakkan motor dan memendekkan hayat pembersih vakum. Sentiasa bersihkan semua
bahagian pembersih vakum seperti ditunjukkan dalam manual pengguna. Jangan bersihkan
sebarang bahagian dengan air dan/atau agen pembersih jika ini tidak ditunjukkan secara khusus
dalam manual pengguna.
Awas
-Hanya cas perkakas dengan penyesuaiyang dibekalkan. Hanya gunakan penyesuai 29V
ZD12D290050. Nombor penyesuai yang sepadan boleh ditemui pada penyesuai itu.
-Semasa mengecas, penyesuai menjadi panas untuk disentuh. Ini perkara biasa.
-Jangan pasang palam,cabut palamatau kendalikan perkakas dengan tangan yang basah.
-Jangan cabut palam penyesuai dari soket dinding dengan menarik kordnya (Raj. 1). Apabila anda
tidak menggunakan stesen pengecas untuk mengecas, sentiasa cabut perkakas dengan
menanggalkan cakera pengecas terlebih dahulu daripada bahagian bawah perkakas (Raj. 2).
-Sentiasa matikan perkakas selepas menggunakan dan sebelum anda mengecasnya.
-Jangan sekali-kali menghalang bukaan udara ekzos semasa memvakum.
-Jangan bersihkan bekas habuk dan penutup bekas habuk dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
Baldi habuk tidak kalis mesin basuh pinggan.
-Pastikan untuk mencuci penuras sekurang-kurangnya sekali setiap dua minggu untuk memastikan
prestasi terbaik.
-Jangan bersihkan penuras menggunakan pad penyental atau agen pembersih yang melelas.
-Sentiasa gunakan pembersih vakum bersama penuras.
-Jika anda membersihkan penuras dengan air, pastikan penuras tersebut kering sepenuhnya
sebelum anda memasang kembali ke dalam bekas habuk. Jangan mengeringkan penuras di bawah
cahaya matahari, pada radiator atau dalam mesin pengering.
-Gantikan penuras jika tidak lagi dapat dibersihkan dengan betul atau jika rosak (lihat 'Memesan
aksesori').
-Jangan sekali-kali gunakan sebarang aksesori atau bahagian daripada pengilang lain atau yang
tidak disyorkansecara khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian
sedemikian, jaminan anda menjadi tidak sah.
-Gunakan dan simpan perkakas pada suhu antara 5°C hingga 40°C.
-Pastikan perkakas dipasang dengan stesen pengecas dilekapkan ke dinding mengikut arahan
dalam manual pengguna.
-Untuk mengelak risiko kejutan elektrik, berhati-hatilah semasa menggerudi lubang di dinding untuk
melekapkan stesen pengecas.
-Oleh sebab perkakas ini menggunakan air untuk dibersihkan, lantai mungkin akan kekal basah dan
licin buat seketika (Raj. 3).
-Untuk mencegah kerosakan, jangan masukkan lilin, minyak, produk penyelenggaraan lantai atau
pencuci lantai cecair yang tidak boleh dicairkan dengan air ke dalam tangki air.
-Jangan campurkan pelbagai jenis pencuci lantai cecair. Apabila anda sudah menggunakan sejenis
pencuci lantai cecair, kosongkan dahulu dan bilas tangki air sebelum anda menambah pencuci
lantai cecair lain ke dalam air dalam tangki air.
-Untuk mencegah kerosakan, jangan gunakan pencuci lantai cecair yang tidak lut sinar ataupun
keruh.
-Jangan melebihi kuantiti maksimum yang disebutkan pada botol tersebut apabila anda
menggunakan pencuci lantai cecair. Jangan tambah lebih daripada beberapa titis pada air dalam
tangki air, kerana tangki ini mempunyai kapasiti sebanyak 200ml.
15
Bahasa Melayu