
10 11
Perhatian
1. Baca keseluruhan manual ini dan ikut arahannya.
2. Gunakan bahagian yang disertakan yang dibekalkan oleh pengilang sahaja.
3. Perkakas ini hanya untuk tujuan penggunaan di rumah sahaja. Penggunaan komersial akan membatalkan
jaminan.
4. Jangan biarkan peralatan tanpa pengawasan dalam keadaaan wayar masih bersambung pada bekalan kuasa.
5. Jika talikod telah rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, wakil servis atau orang yang berkelayakan untuk
mengelakkan sebarang bahaya.
6. Jangan tarik, angkat dan bawa peralatan dengan menggunakan talikod bagi mengelakkan kerosakan pada
talikod.
7. Sentiasa matikan bekalan kuasa elektrik sebelum menanggalkan plag dari punca kuasa.
8. Jangan pegang plag atau perkakas ini dengan tangan basah.
9. Jangan vakum benda-benda berikut: bahan penghakis atau cecair mudah terbakar, pembakar rokok, debu
atau mancis, benda tajam atau sebarang jenis objek yang boleh menghalang dan menyumbat pada tiub.
10. Sila lebih berhati-hati apabila anda mahu membersih dan memvakum di kawasan tangga.
11. Sila pastikan voltan elektrik dirumah sama seperti yang tertera pada pelekat rating pada unit.
12. Jangan gunakan perkakas ini tanpa penapis.
13. Pegang kepala plag ketika menggulung talikod ke rel. Jangan benarkan plag melibas ketika menggulung
talikod.
14. Pastikan perkakas sentiasa kering untuk mengelakkan dari kejutan elektrik.
15. Jauhkan peralatan dari ketuhar oven dan dapur gas serta lain-lain.
16. Perkakas ini bukan untuk digunakan oleh orang ( termasuk kanak-kanak ) yang kurang upaya fizikal, deria
atau kecacatan mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka diberi perhatian atau
tunjuk ajar berkaitan penggunaan perkakas oleh orang yang bertanggungjawab untuk keselamatan mereka.
Kanak-kanak haruslah diperhatikan untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
Pembersihan dan Penyelenggaraan
1. Cabut plag dan putuskan bekalan kuasa sebelum pembersihan.
2. Jangan bersihkan perkakas dengan pad metalik kerana ia boleh mencalarkan permukaan atau menyebabkan
kejutan elektrik. Gunakan kain lembut yang basah untuk lap bersih.
3. Jangan rendamkan perkakas ini ke dalam air ketika pembersihan.
4. Jangan gunakan bahan kimia, petrol, thinner atau minyak tanah untuk membersihkan perkakas ini.
Membersihkan dan Menukar Penapis Habuk
Untuk mendapatkan prestasi terbaik, kosongkan bekas habuk dan bersihkan penapis habuk setiap kali selepas
digunakan.
1. Untuk melepaskan bekas habuk, tekan kebawah butang pelepasnya dan pisahkan bekas habuk dadi unit utama.
2. Tarik keluar penapis habuk.
3. Kosongkan bekas habuk dari segala sisa.
4. Basuk penapis habuk dengan air dan biarkan kering selama 24jam sebelum memasukkan semula ia ke dalam
bekasnya.
Nota Penting:
JANGAN gunakan mesin basuh untuk membersihkan penapis habuk. Jangan gunakan pengering rambut untuk
mengeringkannya. Bia ia kering sendiri.
Pembersihan dan Penyelenggaraan
Cara-cara Penggunaan
Perhatian:
Lubang sedutan perlulah sentiasa di buka dan bebas dari sebarang halangan pada setiap masa. Jika tidak, motor
akan menjadi panas lampau dan boleh menyebabkab rosak.
Suis Kuasa
• Luncurkan ke bawah butang ini untuk menghidupkan unit.
• Luncurkan ke atas untuk mematikannya.
Menggunakan Unit Ini Secara Tegak Lurus
• Masukkan tiub penyambungnya ke dalam unit vakum genggam.
• Pilih aksesori yang sesuai (nozel celah atau nozel berus utama) dan pasangkan ia ke bukaan lubang sedutan
pada unit vakum genggam.
Menggunakan Vakum Secara Genggaman
• Pisahkan tiub penyambung dari unit vakum genggam dengan menekan butang pelepas pemegangnya.
Melilit Dan Melepaskan Talikod
Terdapat penyangkuk atas dan bawah pada unit ini. Ia membantu untuk melilit dan melepaskan talikod pada
perkakas ini.
Suis kuasa
OFF
ON
Tekan Tanggal
Pisah
5. Masukkan penapis habuk semula ke dalam bekas habuk. Jangan gunakan vakum tanpa penapis ini.
6. Pasang semula bekas habuk ke unit utama.
Nota Penting: Pastikan kesemua penapis benar-benar kering sebelum dipasang semula ke unit utama.
Nota: Penapis habuk (HEPA) ini boleh di cuci. Disyorkan agar penapis habuk ini ditukar setiap
tiga(3) bulan (bergantung kepada kekerapan penggunaannya) untuk memastikan prestasi
vakum yang optimum.