
itu sendiri.
Pakai pakaian pelindung dan
pelindung mata yang sesuai.
Jet pancut tidak boleh dihalakan ke
arah diri sendiri atau orang lain bagi
tujuan mencuci pakaian atau kasut.
Semasa mengendalikan pembersih,
daya sentakan dihasilkan pada
alat penyembur dan apabila paip
semburan dipegang pada suatu
sudut, daya kilas juga dihasilkan.
Alat penyembur tersebut oleh itu
mesti dipegang secara kukuh
dengan kedua-dua belah tangan.
Jangan menggunakan alat jika ada
orang tanpa pakaian pelindung
berada di tempat kerja.
Periksa bahawa pembersihan
tidak mengakibatkan bahan-bahan
berbahaya (cth. Asbestos, minyak)
terkeluar daripada objek yang
hendak dicuci dan memudaratkan
persekitaran.
Jangan membersihkan bahagian
halus yang diperbuat daripada
getah, kain dll., dengan penyembur
bulat seperti Tukul-Turbo. Jarakkan
muncung tekanan tinggi daripada
permukaan bagi mengelakkan
kerosakan pada permukaan.
Jangan menggunakan hos tekanan
tinggi sebagai pengangkat beban.
NOTA!
Tekanan kerja dan suhu maksimum
yang dibenarkan dicetak di atas hos
tekanan tinggi.
Jangan terus menggunakan
pembersih jika dawai kuasa sesalur
atau hos tekanan tinggi sudah
rosak.
Pastikan pengalihan udara yang
mencukupi.Jangan tutup pembersih
atau mengendalikannya di bilik-bilik
yang tidak cukup pengalihan udara.
Jangan menggunakan pembersih
tanpa air. Bahkan kekurangan air
yang sedikit boleh mengakibatkan
kerosakanseriuskepadapengadang
pam.
Kawalan/Kendalian
AWAS!
Dawai sambungan yang tidak sesuai
boleh menjadi berbahaya. Selalu
menguraikan tali kord daripada
gelendong dengan sepenuhnya
bagi mengelakkan tali kord kuasa
menjadi terlebih panas.
Palam dan penyambung dawai
kuasa sesalur mestilah bersifat kalis
air.
Apabila menggunakan tali kord
sambungan, periksa keratan rentas
minimum kabel:
Panjang kabel Penerimaan arus
<16 A <25 A
sehingga 20m
ø1.5mm² ø2.5mm²
20m hingga 50m
ø2.5mm² ø4.0mm²
Jangan merosakkan dawai kuasa
sesalur (cth dengan memandu
melintasi di atasnya, menyeret,
merenyok).
Memutuskan hubungan tali kord
kuasa dengan hanya mencabut
palam (jangan menyeret atau
menarik tali kord kuasa).
AWAS!
Jangan sembur alat elektrik dengan
air: membahayakan orang, risiko
litar pintas.
Pembersih hanya boleh disambung
kepada soket palam yang dipasang
dengan betul.
Menghidupkan pembersih boleh
menyebabkan voltan berubah-
ubah. Naik turunnya voltan tidak
seharusnya berlaku jika impedans
pada titik pindah kurang daripada
0.15 :.
Tempat Penyimpanan (tempat
perlindungan fros)
Simpan pembersih di tempat bebas
fros!
Jika pembersih tekanan tinggi
disimpan di bilik yang suhunya di
sekitar atau di bawah 0°C, bahan
pencegah fros mestilah terlebih
dahulu disedut masuk ke dalam
pam:
Pemeliharaan dan Pembaikan
Pengisian minyak adalah kekal
dan diletakkan bagi perkhidmatan
sepanjang hayat mesin berkenaan.
PERHATIAN!
Selalu menanggalkan palam
daripada soket palam sesalur
sebelum membersihkan atau
melakukan kerja-kerja pemuliharaan
ke atas pembersih.
Hanya laksanakan pengendalian
penyelenggaraan seperti yang
digambarkan dalam aturan kendali.
Hanya menggunakan barang ganti
asli. Jangan melakukan sebarang
pengubahsuaian teknikal kepada
pembersih tekanan tinggi.
AWAS!
Hos tekanan tinggi, fitting dan
pengganding adalah penting bagi
keselamatan pembersih. Hanya
gunakan barang tekanan tinggi yang
diluluskan oleh pengeluar.
Dawai kuasa sesalur mestilah
tidak berbeza daripada versi yang
ditentukan oleh pengeluar dan
hanya boleh ditukar oleh seseorang
juruelektrik.
Bagi kerja-kerja penyelenggaraan
dan pembaikan selanjutnya, sila
hubungi jabatan perkhidmatan
Nilfisk-Alto atau bengkel pakar yang
berautoriti!
Ujian
Alat pembersih ini mematuhi "Garis
Panduan Peralatan Jet Semburan
Cecair" Jerman.
Pembersih tekanan tinggi mesti
tertakluk kepada suatu ujian
keselamatan berselaras dengan
"Peraturan-peraturan Pencegahan
Kemalangan bagi Kerja-kerja
melibatkan Peralatan Jet Semburan
Cecair (BGV A3)" seperti yang
dikehendaki, dan sekurang-
kurangnya setiap 12 bulan oleh
seorang pegawai pemeriksa yang
berautoriti.