
PETUA PENYELESAIAN MASALAH
Mann & Noble Asia Pte
600 North Bridge Road
#23-01 Parkview Square,
Singapore 188778
ninjakitchen.sg
Mann & Noble Asia Pte
23-8, Menara Permata Damansara
(Oval Damansara),
No. 685, Jalan Damansara,
Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan,
60000, Malaysia
ninjakitchen.my
Ilustrasi mungkin berbeza dengan produk sebenar. Kami terus berusaha untuk
meningkatkan produk kami, oleh itu spesifikasi yang terkandung di sini adalah
tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
CREAMI dan NINJA adalah tanda dagangan SharkNinja Operating LLC.
© 2021 SharkNinja Operating LLC
DICETAK DI CHINA
NC300SM_IB_Sheet_MY_MP_Mv6
AMARAN: Untuk mengurangkan risiko renjatan elektrik
dan operasi yang tidak disengajakan, matikan kuasa dan
cabutkan palam unit dari salur elektrik sebelum melakukan
penyelesaian masalah.
Unit bergerak di atas permukaan tempat kerja semasa pemprosesan.
•
Pastikan permukaan tempat kerja dan kaki pada unit adalah bersih dan kering.
Makanan sejuk beku adalah dalam bentuk cecair, bukan pepejal,
selepas pemprosesan.
•
Jika bahan asas adalah lembut selepas pemprosesan, masukkan tub kembali
ke dalam peti pembeku untuk beberapa jam atau sehingga konsistensi yang
dikehendaki itu tercapai.
•
Untuk hasil terbaik, bekukan bahan asas selama kira-kira 24 jam dan proses dengan
serta-merta sebaik sahaja ia dikeluarkan dari peti pembeku. Sekiranya bahan asas
yang diproses itu masih tidak tegas, cuba tetapkan peti pembeku anda pada suhu
yang lebih sejuk. Unit ini direka untuk memproses bahan asas pada suhu antara -12°C
and -25°C.
•
Perkadaran lemak atau gula mungkin terlalu tinggi dalam resipi anda. Rujuk panduan
resipi dan gunakan resipi yang disertakan sebagai panduan untuk mendapatkan hasil
yang terbaik.
Makanan sejuk beku kelihatan rapuh atau dalam bentuk serbuk
selepas pemprosesan.
•
Apabila bahan asas dibekukan di dalam peti pembeku yang agak sejuk, ia mungkin
keluar dalam keadaan mudah rapuh. Selepas menjalankan
Program One-Touch
,
gunakan program
RE-SPIN
untuk menjadikan makanan sejuk beku anda lebih licin
dan berkrim.
• Perkadaran lemak atau gula mungkin rendah dalam resipi anda. Rujuk panduan resipi
dan gunakan resipi yang disertakan sebagai panduan untuk mendapatkan hasil yang
terbaik.
Program One-Touch
tidak menyala.
•
Pastikan unit dipasang pada salur elektrik yang berfungsi sebelum memasang
mangkuk luar. Kemudian tekan butang kuasa untuk memilih program.
•
Pastikan unit itu dipasang dengan lengkap untuk digunakan. Sekiranya unit
dihidupkan dan mangkuk luar tidak dipasang dengan betul, lampu pemasangan akan
berkelip. Jika dayung
(paddle)
tidak dipasang dengan betul, lampu pemasangan
akan menyala. Semua
Program One-Touch
akan menyala apabila unit dipasang
dengan lengkap dan dihidupkan..
•
Unit ini tidak membenarkan anda menjalankan program secara berturut-turut. Di
antara program, turunkan mangkuk dan periksa hasil sebelum menaikkan mangkuk
dan menjalani program lain.
Lampu pemasangan berkelip.
•
Mangkuk luar itu tidak dipasang atau tidak dipasang dengan betul. Pastikan untuk
memasang dayung
(paddle)
ke dalam penutup mangkuk luar dan penutup tersebut
pada mangkuk luar. Kemudian letakkan mangkuk luar pada tapak motor dengan
pemegangnya berpusat ke bawah panel kawalan. Putar pemegang ke kanan untuk
menaikkan platform dan menguncikan mangkuk di tempat yang sepatutnya.
Lampu pemasangan semakin menyala.
•
Mangkuk luar telah dipasang dengan betul, tetapi dayung
(paddle)
itu tidak dipasang
atau telah dipasang secara tidak betul. Turunkan platform dengan menekan dan
memegang butang pelepasan mangkuk di sebelah kiri tapak motor sambil memutar
pemegang mangkuk luar ke tengah. Pastikan dayung
(paddle)
telah dipasang pada
penutup.
Satu lampu bar kemajuan serta semua lampu program berkelip.
•
Motor sudah terbeban dan perlu ditetap semula. Cabut palam unit dari salur elektrik,
keluarkan mangkuk dan biarkan tapak motor itu menyejuk selama kira-kira 15 minit
sebelum menjalaninya semula.
•
Keluarkan mangkuk luar dan dayung (paddle). Pastikan tiada bahan ramuan yang
menghalang pemasangan penutup.
•
Bahan ramuan yang anda cuba proses mungkin terlalu padat. Pastikan anda
menggunakan bahan ramuan bersama gula maupun lemak. Ikuti resipi dalam
panduan resipi untuk mendapatkan hasil terbaik.
•
Peti pembeku anda mungkin terlalu sejuk. Unit ini direka untuk memproses asas di
antara -12°C and -25°C. Tukar tetapan peti pembeku anda, alihkan tub ke hadapan
peti pembeku atau biarkan tub berada di luar di atas permukaan tempat kerja untuk
beberapa minit sebelum diproses.
•
JANGAN
proses ketulan ais pepejal, kiub ais atau bahan ramuan yang keras, longgar
seperti buah-buahan beku.
Dua segmen pertengahan bar kemajuan berkelip.
•
Terdapat ralat dan program itu tidak berjaya dilengkapkan. Semak bahawa dayung
(paddle)
dipasang dengan betul dan cuba jalankan program itu semula.
Tub menjadi beku pada suatu sudut di dalam peti pembeku.
•
Untuk mengelakkan kerosakan pada unit,
JANGAN
proses tub yang telah dibekukan
pada suatu sudut.
JANGAN
proses jika kandungan tub telah dicekup keluar dan
kemudian disejuk bekukan secara tidak sekata.
•
Sentiasa licinkan permukaan ais krim anda sebelum disejuk beku semula.
Jika tub itu disejuk bekukan secara tidak sekata, letakkan tub di dalam peti sejuk
untuk mencairkan bahan ramuan. Kemudian pukul untuk memastikan bahan-bahan
di dalamnya telah bergabung. Apabila menyejuk beku semula, pastikan untuk
meletakkan tub pada permukaan yang rata di dalam peti pembeku anda.
Mangkuk luar tidak boleh terlepas dari tapak motor selepas pemprosesan.
•
Tunggu kira-kira 2 minit, kemudian cuba keluarkan mangkuk luar sekali lagi. Pegang
butang pelepasan di sebelah kiri tapak motor dan putar pemegang mangkuk
mengikut arah jam untuk mengeluarkannya. Ia mungkin memerlukan sedikit
kekuatan.
•
Untuk mengelakkan mangkuk luar daripada terjebak pada tapak motor, pastikan
rongga di atas dayung
(paddle)
itu kering sepenuhnya sebelum pemprosesan.
Juga, apabila memproses pelbagai bahan asas secara berturut-turut, pastikan untuk
bilas and kering dayung
(paddle)
selepas memproses setaip bahan asas. Dengan
beberapa resipi, air boleh membeku antara dayung
(paddle)
dan tapak motor
menyebabkan mereka melekat bersama; mengeringkan dayung (paddle) antara
proses tersebut dapat menghalang ini daripada berlaku.
Bahagian dalam tub tercalar.
•
Calar yang ringan pada tub adalah normal selepas penggunaan biasa. Untuk
menghindari tub daripada tercalar, sediakan bahan-bahan ramuan di dalam mangkuk
yang berlainan dan elakkan penggunaan perkakas logam secara agresif di dalam tub.
Bersihkan dengan menggunakan kain yang lembut serta tidak menghikis.
MEMESAN ALATAN GANTIAN
Untuk memesan komponen tambahan dan sambungan, lawati SG ninjakitchen.sg
atau MY ninjakitchen.my
Jika anda mempunyai sebarang petanyaan, sila hubungi talian Khidmat
Pelanggan kami di SG +65 800 120 5111 or MY +60 1800 803 915.
CATATKAN MAKLUMAT INI
Nombor Model: ___________________________________________
Nombor Serial: ____________________________________________
Tarikh Pembelian: __________________________________________
(Simpan Resit)
Tempat Pembelian: ________________________________________
SPESIFIKASI TEKNIKAL
Voltan: 220-240V~ 50-60Hz
Kuasa: 800W