14
◗Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat
servis yang dibenarkan oleh Philips atau orang dengan kelayakan
seumpamanya untuk mengelakkan bahaya.
◗Pastikan perkakas tidak dikenakan kejutan yang kuat.
◗Air dan elektrik membentuk gabungan yang berbahaya! Jangan
gunakan perkakas ini di tempat yang basah (contohnya di bilik
mandi atau berhampiran pancur air atau kolam renang).
◗Jangan biarkan air memasuki perkakas dan pastikan air tidak
tertumpah pada perkakas.
◗Jangan biarkan perkakas tanpa dijaga semasa ia hidup.
◗Pastikan plag perkakas sentiasa dicabut selepas digunakan dan
apabila berlaku gangguan bekalan kuasa.
◗Jauhkan perkakas daripada capaian kanak-kanak.
◗Letakkan perkakas di atas permukaan yang stabil dan rata, dan
pastikan terdapat sekurang-kurangnya 15cm ruang kosong di
sekelilingnya supaya ia tidak menjadi terlalu panas.
◗Jangan gantungkan perkakas dari siling atau dinding.
◗Jangan gunakan perkakas pada suhu bilik yang kurang daripada
10cC atau yang melebihi 35cC.
◗Pastikan bolong udara perkakas sentiasa terbuka semasa digunakan.
◗Perkakas dilengkapi perlindungan automatik yang mengelakkan
perkakas menjadi terlalu panas. Jika perkakas tidak disejukkan
dengan cukup (contohnya kerana bolong tertutup), perkakas akan
dimatikan kuasa secara automatik. Sebaik saja punca pemanasan
berlebihan itu dikeluarkan dan perkakas menjadi sejuk, perkakas
boleh dihidupkan semula dengan menekan butang hidup/mati atau
dengan mencabutkan plag perkakas kemudian memasukkannya
semula.
◗Biarkan perkakas sehingga sejuk selama kira-kira 15 minit
sebelum membersihkannya atau menyimpannya.
◗Jika anda baru saja habis berenang atau mandi, pastikan anda
mengeringkan kulit anda betul-betul sebelum menggunakan
perkakas ini.
◗Jangan pandang tepat pada cahaya lampu semasa ia menyala.Tutup
mata anda sepanjang masa.
◗Turas menjadi sangat panas apabila perkakas dihidupkan. Jangan
sentuh!
BAHASA MELAYU