LG D686 User manual

Panduan Pengguna
LG-D686
MFL68043716 (1.0) www.lg.com
BAHASA MELAYU
简体中文
E N G L I S H


Panduan Pengguna
•Paparan dan ilustrasi skrin mungkin berbeza
daripada yang anda lihat pada telefon sebenar.
•Sesetengah kandungan panduan ini mungkin tidak
berkaitan dengan telefon anda, bergantung kepada
perisian dan pembekal perkhidmatan anda. Semua
maklumat dalam dokumen ini tertakluk kepada
perubahan tanpa notis.
•Telefon bimbit ini tidak sesuai untuk orang yang
mempunyai kekurangan visual disebabkan papan
kekunci skrin sentuhnya.
•Hak cipta ©2013 LG Electronics, Inc. Hak cipta
terpelihara. LG dan logo LG adalah tanda dagangan
berdaftar bagi Kumpulan LG dan entiti yang
berkaitan dengannya. Semua tanda dagangan lain
adalah harta pemiliknya masing-masing.
•Google™, Google Maps™, Gmail™, YouTube™,
Hangouts™ dan Play Store™ adalah tanda
dagangan Google, Inc.
BAHASA MELAYU

2
Kandungan
Garis panduan untuk penggunaan
selamat dan efisien ..................................5
Notis penting...........................................13
Mengenali telefon anda..........................19
Gambaran keseluruhan telefon ..............19
Memasang kad SIM dan bateri ..............22
Mengecas telefon anda..........................25
Menggunakan kad memori ....................26
Mengunci dan membuka kunci skrin .....28
Pasangkan skrin ..................................28
Skrin utama anda ...................................29
Petua Skrin Sentuh................................29
Skrin Utama...........................................30
Menyesuaikan Skrin utama ..................31
Kembali ke aplikasi yang digunakan baru-
baru ini..................................................31
Pemberitahuan ......................................32
Sapu ke bawah untuk mendapatkan
pemberitahuan & tetapan.....................32
Tetapan Pantas....................................32
Ikon penunjuk pada Bar Status .............33
Papan kekunci atas skrin.......................35
Memasukkan huruf aksen ....................36
Persediaan akaun Google.......................37
Menyambung kepada Rangkaian dan
Peranti.....................................................38
Wi-Fi .....................................................38
Menyambung ke rangkaian Wi-Fi..........38
Menghidupkan Wi-Fi dan menyambung
kepada rangkaian Wi-Fi........................38
Bluetooth...............................................39
Berkongsi sambungan data
telefon anda ..........................................40
Wi-Fi Langsung .....................................42
Menggunakan SmartShare ....................43
Sambungan PC dengan kabel USB.........45
Panggilan ................................................47
Membuat panggilan...............................47
Membuat panggilan kepada kenalan
anda......................................................47
Menjawab dan Menolak Panggilan.........47
Melaraskan volum panggilan masuk......48
Membuat panggilan kedua ....................48
Melihat log panggilan anda....................48
Tetapan panggilan .................................49
Kenalan ...................................................50
Mencari Kenalan....................................50
Tambah Kenalan Baru............................50
Kenalan kegemaran...............................50
Membuat kumpulan...............................51
Pemesejan...............................................52
Menghantar mesej.................................52
Peti teruntai...........................................53
Menukar tetapan mesej anda ................53
E-mel.......................................................54
Menguruskan akaun e-mel....................54
Menggunakan folder akaun ...................54

3
Mengarang dan menghantar e-mel........55
Kamera....................................................56
Mengenali pencari pandangan...............56
Menggunakan tetapan lanjutan..............57
Menangkap fotopantas .........................59
Setelah anda mengambil gambar ..........59
Melihat foto yang disimpan....................60
Kamera video..........................................61
Mengenali pencari pandangan...............61
Menggunakan tetapan lanjutan..............62
Merakam video pantas ..........................63
Selepas merakam video.........................63
Melihat video anda yang disimpan.........64
Melaraskan volum semasa melihat
video .....................................................64
Fungsi......................................................65
QuickMemo ...........................................65
Menggunakan pilihan QuickMemo ........66
Melihat QuickMemo yang disimpan ......66
Penterjemah Pantas...............................67
QuickRemote.........................................68
VuTalk ...................................................69
Mendaftar VuTalk.................................70
LG SmartWorld ......................................70
Bagaimana untuk Pergi ke LG SmartWorld
daripada Telefon Anda..........................70
Bagaimana untuk menggunakan LG
SmartWorld .........................................71
Multimedia..............................................72
Galeri.....................................................72
Melihat gambar ...................................72
Memainkan video ................................73
Mengedit foto ......................................73
Memadamkan foto/video......................73
Menetapkan sebagai kertas dinding......73
Video .....................................................74
Memainkan video ................................74
Muzik ....................................................75
Tambah fail muzik pada telefon anda ....75
Pindahkan fail menggunakan
Penyegerakan media (MTP)..................75
Memainkan lagu..................................75
Utiliti........................................................78
Menetapkan penggera anda ..................78
Menggunakan kalkulator anda...............78
Menambah acara pada kalendar anda ...78
Perakam Suara......................................79
Merakam bunyi atau suara...................79
Menghantar rakaman suara..................79
Radio FM...............................................80
Pengurus Tugasan .................................80
Tugas ....................................................80
Polaris Viewer 4.....................................81
Sandaran LG..........................................81
Mengenai penyandaran dan pemulihan
data telefon pintar................................81
Menyandarkan data telefon pintar anda 82
Menjadualkan sandaran automatik........82

4
Memulihkan data telefon pintar ............83
Google+ ................................................84
Carian Suara..........................................84
Muat Turun ............................................84
Web .........................................................85
Internet..................................................85
Menggunakan bar alat Web..................85
Melihat halaman web...........................85
Membuka halaman..............................86
Membuat carian web menggunakan
suara ..................................................86
Penanda buku .....................................86
Sejarah ...............................................86
Menggunakan Pelayar Pop Timbul ........86
Chrome .................................................87
Melihat halaman web...........................87
Membuka halaman..............................87
Menyegerak dengan peranti lain...........87
Tetapan ...................................................88
Akses menu Tetapan..............................88
WAYARLES & RANGKAIAN ......................88
PERANTI ................................................91
PERIBADI ...............................................94
SISTEM..................................................96
Perisian PC (LG PC Suite) .......................97
Kemas kinian perisian telefon .............100
Kemas kinian perisian telefon..............100
Mengenai panduan pengguna ini ........102
Mengenai panduan pengguna ini .........102
Tanda dagangan..................................103
DivX ....................................................103
Dolby Digital Plus ................................104
Aksesori ................................................105
Pencarisilapan ......................................106
Soalan Lazim ........................................110
Kandungan

5
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini mungkin
merbahaya atau tidak sah.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Telefon mudah alih model LG-D686 telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan
keselamatan yang dikenakan bagi pendedahan pada gelombang radio. Keperluan ini
adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang
direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan
kesihatan.
•Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit ukuran
yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR dijalankan
menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras
kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
•Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model telefon LG,
semuanya direka bentuk untuk memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi
pendedahan kepada gelombang radio.
•Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran Bukan
Pengion Antarabangsa (International Commission on Non-Ionizing Radiation
Protection) (ICNIRP) ialah 2W/kg dipuratakan ke atas 10g tisu.
•Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon model ini yang diuji untuk penggunaan telinga
ialah 0.258 W/kg (10g) dan apabila dipakai pada badan ialah 0.654 W/kg (10g).
•Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila digunakan sama
ada dalam kedudukan penggunaan normal pada telinga atau apabila diletakkan
pada jarak sekurang-kurangnya 1.5cm dari badan. Apabila bekas pembawa, klip
tali pinggang atau pemegang digunakan untuk pengendalian pemakaian pada
badan, ia tidak sepatutnya mengandungi logam dan perlu meletakkan produk pada
jarak sekurang-kurangnya 1.5cm dari badan anda. Untuk memindahkan data fail
dan mesej, peranti ini memerlukan sambungan berkualiti pada rangkaian. Dalam
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

6
beberapa kes, pemindahan fail data atau mesej mungkin ditangguhkan sehingga
sambungan tersebut tersedia. Pastikan arahan jarak pemisahan diikuti sehingga
pemindahan selesai.
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
AMARAN
Hanya gunakan bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan untuk
digunakan bersama model tertentu telefon ini. Penggunaan sebarang jenis
lain boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang berkaitan
dengan telefon, dan mungkin berbahaya.
•Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa ia kepada juruteknik servis yang layak
jika kerja pembaikan diperlukan.
•Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG, mungkin termasuk
penggantian bahagian atau papan yang sama ada baru atau yang diperbaiki, asalkan
kefungsiannya sebanding dengan bahagian yang diganti.
•Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan komputer peribadi.
•Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti radiator atau dapur.
•Jangan jatuhkan.
•Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran mekanikal atau kejutan.
•Matikan telefon di mana-mana tempat yang memerlukan anda berbuat demikian
oleh undang-undang khas. Contohnya, jangan gunakan telefon di hospital kerana ia
mungkin mengganggu peralatan hospital yang sensitif.
•Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang basah semasa telefon sedang dicas.
Ia boleh menyebabkan terjadinya renjatan elektrik dan telefon mungkin akan rosak
teruk.
•Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan yang mudah terbakar kerana telefon
bimbit akan menjadi panas dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

7
•Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit ini (jangan
gunakan pelarut seperti benzena, pencair atau alkohol).
•Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
•Telefon hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan baik.
•Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.
•Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh
menjejaskan maklumat pada jalur magnetik.
•Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana ia boleh merosakkan telefon.
•Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau kelembapan.
•Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati. Jangan sentuh antena jika
tidak diperlukan.
•Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau membaiki kaca yang
pecah, sumbing atau retak. Kerosakan pada paparan kaca kerana ia disia-siakan dan
disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh waranti ini.
•Telefon anda adalah peranti elektronik yang menjana haba pada penggunaan biasa.
Sentuhan langsung dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan dalam keadaan
pengudaraan tidak mencukupi mungkin akan mengakibatkan ketidakselesaan atau
melecur sedikit. Oleh itu, anda hendaklah berjaga-jaga apabila mengendalikan telefon
anda atau betul-betul selepas menggunakannya.
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin mendapat gangguan, yang boleh menjejaskan
prestasi.
•Jangan gunakan telefon mudah alih anda berhampiran kelengkapan perubatan tanpa
meminta kebenaran. Elakkan meletak telefon di atas perentak jantung, contohnya, di
dalam poket dada anda.
•Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin diganggu oleh telefon mudah alih.

8
•Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV, radio, PC, dsb.
•Guna telefon anda dalam suhu di antara 0ºC dan 40ºC, jika boleh. Mendedahkan
telefon anda kepada suhu yang terlampau rendah atau tinggi akan mengakibatkan
kerosakan, malfungsi atau letupan.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan telefon mudah alih di
kawasan tempat anda memandu.
•Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
•Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
•Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum membuat atau menjawab panggilan jika
keadaan pemanduan memerlukan anda berbuat demikian.
•Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem elektronik di dalam kenderaan
anda seperti stereo kereta dan kelengkapan keselamatan.
•Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halangnya dengan kelengkapan
wayarles yang dipasang atau yang mudah alih. Ia mungkin tidak berfungsi atau
menyebabkan kecederaan serius disebabkan prestasi yang tidak betul.
•Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan, sila pastikan bahawa
volumnya berada pada paras yang berpatutan agar anda sedar akan keadaan di
sekeliling anda. Ini khususnya amat penting jika anda berdekatan jalan raya.
Elakkan kerosakan kepada pendengaran anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran, jangan mendengar pada tahap
volum yang tinggi untuk tempoh yang panjang
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika anda terdedah kepada bunyi
yang kuat untuk tempoh yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan agar anda tidak
menghidupkan atau mematikan telefon mudah alih berhampiran dengan telinga anda.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

9
Kami juga mengesyorkan bahawa volumnya muzik dan panggilan ditetapkan pada
paras yang berpatutan.
•Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volumnya jika anda tidak dapat
mendengar orang yang bercakap berdekatan dengan anda atau jika orang yang
duduk di sebelah anda dapat mendengar apa yang sedang anda dengar.
NOTA: Tekanan bunyi yang melampau dari fon telinga dan fon kepala boleh
menyebabkan kehilangan pendengaran.
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti mudah alih anda dibuat daripada kaca. Kaca ini akan
retak atau pecah jika telefon anda terjatuh ke atas permukaan yang keras atau
menerima impak yang kuat. Jika kacanya pecah, jangan sentuh atau cuba untuk
menanggalkannya. Berhenti menggunakan peranti mudah alih anda sehingga kaca
diganti oleh pembekal khidmat yang diluluskan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang dijalankan. Patuhi sekatan dan ikut
sebarang aturan dan peraturan.
Persekitaran boleh meletup
•Jangan gunakan telefon di tempat mengisi minyak.
•Jangan gunakan berhampiran bahan api atau bahan kimia.
•Jangan angkut atau simpan gas mudah terbakar, cecair atau bahan letupan di
dalam ruang yang sama dengan yang mengandungi telefon mudah alih anda dan
aksesorinya.

10
Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
•Matikan telefon mudah alih anda sebelum menaiki sebarang pesawat terbang.
•Jangan gunakannya apabila mendarat tanpa izin anak kapal.
Kanak-kanak
Simpan telefon di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak kecil. Ia
termasuk bahagian kecil yang boleh menyebabkan bahaya tercekik jika ia tertanggal.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia di bawah semua rangkaian mudah alih.
Oleh itu, anda tidak sepatutnya bergantung semata-mata kepada telefon anda untuk
membuat panggilan kecemasan. Semak dengan pembekal khidmat tempatan anda.
Maklumat dan penjagaan bateri
•Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya semula. Tidak
seperti sistem bateri lain, tiada kesan memori yang boleh menjejaskan prestasi bateri.
•Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk untuk
memaksimumkan hayat bateri.
•Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan bateri.
•Pastikan sesentuh logam pada bateri sentiasa bersih.
•Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang boleh diterima. Pek bateri
mungkin dicas beratus kali sehingga ia perlu digantikan.
•Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat tempoh masa yang lama untuk
memaksimumkan kebolehgunaan.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

11
•Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung atau
gunakannya pada kelembapan yang tinggi, seperti di bilik air.
•Jangan biarkan bateri di tempat yang panas atau sejuk, ini mungkin menjejaskan
prestasi bateri.
•Terdapat risiko letupan jika bateri digantikan dengan jenis yang salah.
•Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut arahan pengilang. Sila kitar semula
yang mana mungkin. Jangan lupuskan sebagai sampah rumah yang biasa.
•Jika anda hendak mengganti bateri, bawa ia ke pusat servis LG Electronics atau wakil
penjual yang disahkan untuk mendapatkan bantuan.
•Tanggalkan pengecas dari soket dinding selepas telefon dicas sepenuhnya untuk
menjimatkan kuasa pengecas daripada penggunaan yang tidak perlu.
•Hayat sebenar bateri bergantung kepada konfigurasi rangkaian, tetapan produk, corak
penggunaan, dan keadaan bateri dan persekitaran.
•Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau gigi haiwan, bersentuhan dengan
bateri. Ini akan menyebabkan kebakaran.
Akses ke keluaran peralatan tegar terkini, fungsi perisian baru dan
peningkatan.
•Kemas kini telefon pintar anda tanpa menggunakan PC. Pilih Kemas
kini perisian .
• Kemas kini telefon pintar anda dengan menyambungkannya
kepada PC anda. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang
menggunakan fungsi ini, sila lawati http://www.lg.com/common/index.jsp
pilih negara dan bahasa.
PENGISYTIHARAN PEMATUHAN
Dengan ini, LG Electronics mengisytiharkan bahawa produk LG-D686 mematuhi
keperluan penting dan peruntukan lain yang berkaitan pada Arahan 1999/5/EC.
Satu salinan Perisytiharan Pematuhan boleh didapati di http://www.lg.com/
global/declaration

12
Notis: Perisian Sumber Terbuka
Untuk mendapatkan kod sumber yang berpadanan di bawah GPL, LGPL,
MPL dan lesen sumber terbuka yang lain, sila lawati
http://opensource.lge.com/
Semua terma lesen, penafian dan notis sedia untuk dimuat turun dengan kod
sumber.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

13
Notis penting
Sila baca maklumat ini sebelum mula menggunakan
telefon anda!
Sila semak sama ada sebarang masalah telefon yang anda hadapi telah diterangkan
dalam bahagian ini, sebelum anda membawa telefon anda untuk diservis atau
memanggil wakil servis.
1. Memori telefon
Apabila ruang yang tinggal pada memori telefon anda kurang daripada 10%, telefon
anda tidak akan dapat menerima mesej yang baru. Anda perlu memeriksa memori
telefon anda dan memadamkan sebahagian data seperti aplikasi atau mesej, untuk
menjadikan lebih banyak memori tersedia.
Untuk membuang pemasangan aplikasi:
1 Sentuh > tab Aplikasi > Tetapan > Aplikasi pada PERANTI.
2 Selepas semua aplikasi muncul, tatal dan pilih aplikasi yang hendak anda
membuang pemasangan.
3 Sentuh Buang pemasangan.
2. Mengoptimumkan hayat bateri
Anda boleh memanjangkan hayat bateri antara cas dengan mematikan ciri yang tidak
perlu dijalankan di latar belakang. Anda juga boleh memantau bagaimana aplikasi dan
sumber sistem menggunakan kuasa bateri.
Memanjangkan hayat bateri anda:
•Matikan komunikasi radio jika anda tidak menggunakannya. Jika anda tidak
menggunakan Wi-Fi, Bluetooth atau GPS, matikan ia.
•Kurangkan kecerahan skrin dan tetapkan masa tamat skrin yang lebih pendek.
•Matikan penyegerakan automatik bagi Gmail, Kalendar, Kenalan dan aplikasi lain.

14
•Sesetengah aplikasi yang telah anda muat turun mungkin akan mengurangkan kuasa
bateri.
Untuk memeriksa tahap cas bateri:
•Sentuh > tab Aplikasi > Tetapan >Mengenai telefon daripada SISTEM > tab
Biasa > Bateri.
Status bateri (mengecas atau menyahcas) dan tahap bateri (peratus dicaj) akan
dipaparkan pada bahagian atas skrin.
Untuk mengawasi dan mengawal bagaimana kuasa bateri digunakan:
•Sentuh > tab Aplikasi > Tetapan >Mengenai telefon daripada SISTEM > tab
Biasa > Bateri > Penggunaan bateri.
Masa penggunaan bateri dipaparkan pada skrin. Ia memberitahu tempoh masa
semenjak anda menyambung telefon anda kepada sumber kuasa atau, jika sedang
disambung kepada sumber kuasa, berapa lama telefon berjalan menggunakan kuasa
bateri pada kali terakhir. Skrin akan menunjukkan aplikasi atau perkhidmatan yang
menggunakan kuasa bateri, yang disusun dari penggunaan terbesar hingga terkecil.
3. Sebelum memasang aplikasi dan OS sumber
terbuka
AMARAN
Jika anda memasang dan menggunakan OS selain daripada yang disediakan
oleh pengeluar, ini mungkin akan menyebabkan telefon anda gagal berfungsi.
Di samping itu, telefon anda tidak lagi dilindungi oleh waranti ini.
Notis penting

15
AMARAN
Untuk melindungi telefon dan data peribadi anda, hanya muat turun aplikasi
daripada sumber yang boleh dipercayai, seperti Play Store™. Jika terdapat
aplikasi yang tidak dipasang dengan betul pada telefon anda, telefon anda
mungkin tidak akan berfungsi sebagaimana sepatutnya atau ralat yang serius
mungkin berlaku. Anda hendaklah menyahpasang aplikasi-aplikasi tersebut
dan semua data dan tetapannya daripada telefon.
4. Menggunakan buka kunci corak
Tetapkan buka kunci corak untuk menjamin keselamatan telefon anda. Sentuh >
tab Aplikasi > Tetapan > Skrin kunci dari PERANTI > Pilih kunci skrin > Corak. Ini
akan membuka skrin yang akan memandu anda melalui cara melukis buka kunci corak
skrin. Anda hendaklah mencipta PIN Sandaran sebagai langkah keselamatan jika anda
terlupa buka kunci corak.
Amaran: Cipta akaun Google dahulu sebelum menetapkan buka kunci corak
dan ingat PIN Sandaran yang anda cipta sewaktu mencipta kunci corak anda.
AMARAN
Langkah berjaga-jaga semasa menggunakan kunci corak.
Mengingati corak buka kunci yang anda tetapkan amatlah penting. Anda
tidak akan dapat mengakses telefon anda jika anda menggunakan corak
yang salah sebanyak 5 kali. Anda mempunyai 5 peluang untuk memasukkan
corak buka kunci, PIN atau kata laluan anda. Jika anda telah menggunakan
kesemua 5 peluang, anda boleh mencuba lagi selepas 30 saat.

16
Apabila anda tidak dapat ingat Corak buka kunci, PIN, atau Kata Laluan anda:
< Jika anda terlupa corak anda >
Jika anda log masuk ke akaun Google anda pada telefon tetapi gagal memasukkan
corak yang betul sebanyak 5 kali, sentuh butang Terlupa corak? di bahagian bawah
skrin. Selepas itu anda diminta untuk log masuk dengan Akaun Google anda, atau anda
perlu memasukkan PIN Sandaran yang telah anda masukkan semasa membuat Kunci
Corak anda.
Jika anda belum membuat akaun Google pada telefon atau anda terlupa PIN Sandaran,
anda perlu melakukan tetapkan semula keras.
< Jika anda telah terlupa PIN atau Kata Laluan anda >
Jika anda terlupa PIN atau Kata Laluan anda, anda perlu melakukan tetapkan semula
keras.
Amaran: Jika anda melakukan set semula keras, semua aplikasi pengguna dan
data pengguna akan terpadam.
NOTA: Jika anda belum log masuk ke Akaun Google anda dan terlupa
Corak Buka Kunci anda, anda perlu memasukkan PIN Sandaran anda.
5. Menggunakan Tetapkan Semula Keras (Tetapkan
Semula Kilang)
Jika telefon anda tidak pulih kepada keadaan asal, gunakan Tetapkan Semula Keras
(Tetapkan Semula Kilang) untuk memulakannya.
1 Matikan kuasa Telefon anda.
2 Tekan dan tahan kekunci Kuasa/Kunci + kekunci Turun Volum.
3 Selepas beberapa saat, skrin TETAPKAN SEMULA KILANG akan muncul, Sekarang
lepaskan semua kekunci.
4 Telefon akan membolehkan anda memilih fungsi set semula kilang dalam utiliti
pemulihan sistem Android.
Notis penting

17
5 Tekan kekunci Kuasa/Kunci, dan telefon anda akan dikembalikan kepada tetapan
kilangnya. Untuk membatalkan, tekan mana-mana kekunci lain.
AMARAN
Jika anda melakukan Set Semula Keras, semua aplikasi pengguna, data
pengguna dan lesen DRM akan dipadam. Jangan lupa untuk menyandarkan
sebarang data penting sebelum melakukan Tetapkan Semula Keras.
6. Membuka dan beralih aplikasi
Melakukan berbilang tugas menjadi mudah dengan Android kerana anda boleh
membiarkan lebih daripada satu aplikasi berjalan sekali gus. Tidak perlu keluar
daripada suatu aplikasi sebelum membuka yang satu lagi. Gunakan dan beralih
antara beberapa aplikasi terbuka. Android menguruskan setiap aplikasi, menghentikan
dan memulakannya jika perlu untuk memastikan bahawa aplikasi melahu tidak
menggunakan sumber tanpa ada perlunya.
Untuk menghentikan aplikasi:
1 Sentuh > tab Aplikasi > Tetapan > Apl daripada PERANTI > BERJALAN.
2 Tatal dan sentuh aplikasi yang diingini dan tekan Henti untuk menghentikannya.
NOTA: Untuk berbilang tugas, sentuh dan tahan kekunci Utama untuk
beralih ke aplikasi lain semasa menggunakan aplikasi. Ini tidak menghentikan
aplikasi sebelumnya yang berjalan di latar belakang pada peranti. Pastikan
anda menyentuh kekunci Kembali untuk keluar dari aplikasi selepas
menggunakannya.

18
7. Memindahkan muzik, foto dan video menggunakan
Penyegerakan media (MTP)
1 Sentuh > tab Aplikasi > Tetapan > Simpanan daripada PERANTI untuk
memeriksa media simpanan.
2 Sambungkan telefon ke PC anda menggunakan kabel USB.
3 Senarai jenis sambungan USB akan muncul pada skrin telefon anda,pilih pilihan
Penyegerakan media (MTP).
4 Buka folder memori pada PC anda. Anda boleh melihat kandungan penyimpanan
massa pada PC anda dan pindahkan fail tersebut.
8. Pegang telefon anda dengan menegak
Pegang telefon bimbit anda dengan menegak, sebagaimana anda memegang telefon
biasa. Telefon anda mempunyai antena dalaman. Anda hendaklah berhati-hati agar
tidak mencalar atau merosakkan bahagian belakang telefon, kerana ini mungkin akan
menjejaskan prestasi.
Semasa membuat/menerima panggilan atau menghantar/menerima data, elakkan
memegang bahagian bawah telefon di mana antena terletak. Berbuat demikian dapat
menjejaskan kualiti panggilan.
9. Apabila skrin menjadi kaku
Jika skrin menjadi kaku atau telefon tidak memberi respons ketika anda cuba
mengendalikannya:
Tekan dan tahan kekunci Kuasa/Kunci selama 10 saat untuk mematikan telefon anda.
Jika ia masih tidak berfungsi, sila hubungi pusat servis.
Notis penting
Other manuals for D686
6
Table of contents
Languages:
Other LG Cell Phone manuals