LG GPad F 7.0 User manual

MBM64556203 (1.0) www.lg.com
Panduan mula ringkas
快速入门指南快速入门指南
Quick start guide
LG-D315
BAHASA MELAYU
简 体 中 文简体中文
ENGLISH


BAHASA MELAYU
Panduan mula ringkas
LG-D315
Untuk memuat turun panduan pengguna versi lengkap terkini,
pergi ke www.lg.com pada PC atau komputer riba anda.

2
Gambaran keseluruhan
ATAS
DEPAN BELAKANG
BAWAH
Bicu Fon telinga
LED IR
Alat cuping telinga
Kekunci Utama:
Kembali
ke skrin Utama dari mana-
mana skrin.
Kekunci Undur:
Kembali ke skrin
sebelumnya. Keluar
dari aplikasi selepas
menggunakannya.
Kekunci volum
Mikrofon
Kekunci
Kuasa/Kunci
Pengecas/Port
USB
Skrin sentuh
Sensor
Kedekatan
Kanta Kamera
Menghadap ke
Depan
Kekunci Menu:
Periksa pilihan
yang tersedia.
Kanta kamera
Flash
Pembesar
suara

3
Sebelum anda mula menggunakan telefon, anda perlu memasukkan kad SIM dan bateri.
Memasang kad SIM dan bateri
1. Keluarkan
penutup
belakang.
2. Masukkan kad SIM ke
dalam slotnya seperti yang
ditunjukkan di gambar.
Pastikan kawasan sentuhan
emas menghadapi ke bawah.
3. Masukkan bateri.
4. Pasang penutup
belakang.
Persediaan

4
Pada kali pertama anda menghidupkan telefon, anda akan dipandu menerusi beberapa
langkah penting untuk mengkonfigurasi tetapan telefon.
Menghidupkan telefon
Tekan dan tahan kekunci Kuasa/Kunci selama dua saat.
PETUA! Jika telefon berkunci dan tidak berfungsi, tekan dan tahan kekunci
Kuasa/Kunci selama 8 saat untuk mematikannya.
Mengecas telefon
• Port mengecas terdapat di bahagian bawah telefon.
• Masukkan salah satu hujung kabel pengecas ke dalam telefon, dan plag
masuk hujung yang satu lagi ke dalam soket elektrik.
• Untuk memaksimumkan jangka hayat bateri, pastikan bateri dicas
sepenuhnya sebelum anda menggunakannya pada kali pertama.
AMARAN! Hanya gunakan pengecas, bateri, dan kabel yang disokong LG. Apabila menggunakan
pengecas atau kabel yang tidak diluluskan, ia boleh menyebabkan pengecasan bateri yang perlahan atau
mesej pop timbul berkenaan pengecasan yang perlahan . Atau, pengecas atau kabel yang tidak diluluskan
boleh menyebabkan bateri meletup atau merosakkan peranti, di mana ia tidak dilindungi oleh waranti.
Persediaan (bersambung)

5
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut
garis panduan ini mungkin merbahaya atau tidak sah.
Alat ini hanya mengumpulkan data yang khusus kepada
kesilapan, seperti kekuatan isyarat, cell ID position
(kedudukan ID sel) dalam kegagalan panggilan dan aplikasi
yang dimuatkan secara tiba-tiba.
Log hanya digunakan untuk membantu menentukan
punca bagi kesilapan.
Log ini dienkripsi dan hanya boleh diakses oleh
Pusat pembaikan LG yang sah, sekiranya anda perlu
mengembalikan peranti anda untuk dibaik pulih.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan
Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Telefon mudah alih model LG-D315 telah direka bentuk
untuk mematuhi keperluan keselamatan yang dikenakan
bagi pendedahan pada gelombang radio. Keperluan ini
adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk
margin keselamatan yang direka bentuk untuk memastikan
keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan
kesihatan.
• Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang
radio menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai
Kadar Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR
dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan
dengan telefon memancarkan pada aras kuasa diperakui
yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
• Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR
pelbagai model telefon LG, semuanya direka bentuk
untuk memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi
pendedahan kepada gelombang radio.

6
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai
Perlindungan Sinaran Bukan Pengion Antarabangsa
(International Commission on Non-Ionizing Radiation
Protection) (ICNIRP) ialah 2W/kg dipuratakan ke atas
10g tisu.
• Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon model ini yang
diuji untuk penggunaan telinga ialah 0.527 W/kg (10g)
dan apabila dipakai pada badan ialah 0.472 W/kg (10g).
• Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan
RF apabila digunakan sama ada dalam kedudukan
penggunaan normal pada telinga atau apabila diletakkan
pada jarak sekurang-kurangnya 1.5cm dari badan.
Apabila bekas pembawa, klip tali pinggang atau
pemegang digunakan untuk pengendalian pemakaian
pada badan, ia tidak sepatutnya mengandungi logam
dan perlu meletakkan produk pada jarak sekurang-
kurangnya 1.5cm dari badan anda. Untuk memindahkan
data fail dan mesej, peranti ini memerlukan sambungan
berkualiti pada rangkaian. Dalam beberapa kes,
pemindahan fail data atau mesej mungkin ditangguhkan
sehingga sambungan tersebut tersedia. Pastikan arahan
jarak pemisahan diikuti sehingga pemindahan selesai.
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
AMARAN
Hanya gunakan bateri, pengecas dan aksesori yang
diluluskan untuk digunakan bersama model tertentu
telefon ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh
mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang
berkaitan dengan telefon, dan mungkin berbahaya.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

7
• Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa ia
kepada juruteknik servis yang layak jika kerja pembaikan
diperlukan.
• Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG,
mungkin termasuk penggantian bahagian atau papan
yang sama ada baru atau yang diperbaiki, asalkan
kefungsiannya sebanding dengan bahagian yang diganti.
• Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan
komputer peribadi.
• Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba
seperti radiator atau dapur.
• Jangan jatuhkan.
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran
mekanikal atau kejutan.
• Matikan telefon di mana-mana tempat yang memerlukan
anda berbuat demikian oleh undang-undang khas.
Contohnya, jangan gunakan telefon di hospital kerana ia
mungkin mengganggu peralatan hospital yang sensitif.
• Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang basah
semasa telefon sedang dicas. Ia boleh menyebabkan
terjadinya renjatan elektrik dan telefon mungkin akan
rosak teruk.
• Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan yang
mudah terbakar kerana telefon bimbit akan menjadi
panas dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
• Gunakan kain yang kering untuk membersihkan
bahagian luar unit ini (jangan gunakan pelarut seperti
benzena, pencair atau alkohol).
• Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
• Telefon hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan baik.
• Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang
berlebihan.

8
• Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit atau tiket
pengangkutan; ia boleh menjejaskan maklumat pada
jalur magnetik.
• Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana ia
boleh merosakkan telefon.
• Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau
kelembapan.
• Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati.
Jangan sentuh antena jika tidak diperlukan.
• Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan
atau membaiki kaca yang pecah, sumbing atau retak.
Kerosakan pada paparan kaca kerana ia disia-siakan dan
disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh waranti ini.
• Telefon anda adalah peranti elektronik yang menjana
haba pada penggunaan biasa. Sentuhan langsung
dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan dalam
keadaan pengudaraan tidak mencukupi mungkin
akan mengakibatkan ketidakselesaan atau melecur
sedikit. Oleh itu, anda hendaklah berjaga-jaga apabila
mengendalikan telefon anda atau betul-betul selepas
menggunakannya.
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin mendapat gangguan,
yang boleh menjejaskan prestasi.
• Jangan gunakan telefon mudah alih anda berhampiran
kelengkapan perubatan tanpa meminta kebenaran.
Elakkan meletak telefon di atas perentak jantung,
contohnya, di dalam poket dada anda.
• Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin diganggu
oleh telefon mudah alih.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

9
• Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV, radio,
PC, dsb.
• Guna telefon anda dalam suhu di antara 0ºC dan 40ºC,
jika boleh. Mendedahkan telefon anda kepada suhu
yang terlampau rendah atau tinggi akan mengakibatkan
kerosakan, malfungsi atau letupan.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai
penggunaan telefon mudah alih di kawasan tempat anda
memandu.
• Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa
memandu.
• Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
• Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum membuat
atau menjawab panggilan jika keadaan pemanduan
memerlukan anda berbuat demikian.
• Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem
elektronik di dalam kenderaan anda seperti stereo kereta
dan kelengkapan keselamatan.
• Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan
halangnya dengan kelengkapan wayarles yang dipasang
atau yang mudah alih. Ia mungkin tidak berfungsi atau
menyebabkan kecederaan serius disebabkan prestasi
yang tidak betul.
• Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan
berjalan, sila pastikan bahawa volumnya berada pada
paras yang berpatutan agar anda sedar akan keadaan
di sekeliling anda. Ini khususnya amat penting jika anda
berdekatan jalan raya.

10
Elakkan kerosakan kepada pendengaran anda
Untuk mencegah kerosakan
pendengaran, jangan mendengar pada
tahap volum yang tinggi untuk tempoh
yang panjang
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika
anda terdedah kepada bunyi yang kuat untuk tempoh
yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan agar anda
tidak menghidupkan atau mematikan telefon mudah
alih berhampiran dengan telinga anda. Kami juga
mengesyorkan bahawa volumnya muzik dan panggilan
ditetapkan pada paras yang berpatutan.
• Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volumnya
jika anda tidak dapat mendengar orang yang bercakap
berdekatan dengan anda atau jika orang yang duduk
di sebelah anda dapat mendengar apa yang sedang
anda dengar.
NOTA: Tekanan bunyi yang melampau
dari fon telinga dan fon kepala boleh
menyebabkan kehilangan pendengaran.
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti mudah alih anda dibuat
daripada kaca. Kaca ini akan retak atau pecah jika
telefon anda terjatuh ke atas permukaan yang keras atau
menerima impak yang kuat. Jika kacanya pecah, jangan
sentuh atau cuba untuk menanggalkannya. Berhenti
menggunakan peranti mudah alih anda sehingga kaca
diganti oleh pembekal khidmat yang diluluskan.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

11
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang
dijalankan. Patuhi sekatan dan ikut sebarang aturan dan
peraturan.
Persekitaran boleh meletup
• Jangan gunakan telefon di tempat mengisi minyak.
• Jangan gunakan berhampiran bahan api atau bahan
kimia.
• Jangan angkut atau simpan gas mudah terbakar,
cecair atau bahan letupan di dalam ruang yang sama
dengan yang mengandungi telefon mudah alih anda
dan aksesorinya.
Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam
pesawat.
• Matikan telefon mudah alih anda sebelum menaiki
sebarang pesawat terbang.
• Jangan gunakannya apabila mendarat tanpa izin anak
kapal.
Kanak-kanak
Simpan telefon di tempat yang selamat dan jauh daripada
kanak-kanak kecil. Ia termasuk bahagian kecil yang boleh
menyebabkan bahaya tercekik jika ia tertanggal.

12
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia di bawah
semua rangkaian mudah alih. Oleh itu, anda tidak
sepatutnya bergantung semata-mata kepada telefon anda
untuk membuat panggilan kecemasan. Semak dengan
pembekal khidmat tempatan anda.
Maklumat dan penjagaan bateri
• Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum
mengecasnya semula. Tidak seperti sistem bateri lain,
tiada kesan memori yang boleh menjejaskan prestasi
bateri.
• Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG
direka bentuk untuk memaksimumkan hayat bateri.
• Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan bateri.
• Pastikan sesentuh logam pada bateri sentiasa bersih.
• Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang
boleh diterima. Pek bateri mungkin dicas beratus kali
sehingga ia perlu digantikan.
• Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat
tempoh masa yang lama untuk memaksimumkan
kebolehgunaan.
• Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya
matahari langsung atau gunakannya pada kelembapan
yang tinggi, seperti di bilik air.
• Jangan biarkan bateri di tempat yang panas atau sejuk,
ini mungkin menjejaskan prestasi bateri.
• Terdapat risiko letupan jika bateri digantikan dengan
jenis yang salah.
• Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut arahan
pengilang. Sila kitar semula yang mana mungkin. Jangan
lupuskan sebagai sampah rumah yang biasa.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

13
• Jika anda hendak mengganti bateri, bawa ia ke pusat
servis LG Electronics atau wakil penjual yang disahkan
untuk mendapatkan bantuan.
• Tanggalkan pengecas dari soket dinding selepas telefon
dicas sepenuhnya untuk menjimatkan kuasa pengecas
daripada penggunaan yang tidak perlu.
• Hayat sebenar bateri bergantung kepada konfigurasi
rangkaian, tetapan produk, corak penggunaan, dan
keadaan bateri dan persekitaran.
• Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau
gigi haiwan, bersentuhan dengan bateri. Ini akan
menyebabkan kebakaran.
BAGAIMANA UNTUK MENGEMAS KINI
TELEFON PINTAR ANDA
Akses ke keluaran peralatan tegar terkini,
fungsi perisian baru dan peningkatan.
• Kemas kini telefon pintar anda tanpa
menggunakan PC. Pilih Pusat kemaskini
> Kemaskini perisian.
• Kemas kini telefon pintar anda dengan
menyambungkannya kepada PC
anda. Untuk mendapatkan maklumat
selanjutnya tentang menggunakan
fungsi ini, sila lawati http://www.lg.com/
common/index.jsp pilih negara dan
bahasa.

14
PENGISYTIHARAN PEMATUHAN
Dengan ini, LG Electronics
mengisytiharkan bahawa produk
LG-D315 mematuhi keperluan penting
dan peruntukan lain yang berkaitan
pada Arahan 1999/5/EC. Satu salinan
Perisytiharan Pematuhan boleh didapati di
http://www.lg.com/global/declaration
Notis: Perisian Sumber Terbuka
Untuk mendapatkan kod sumber yang
berpadanan di bawah GPL, LGPL, MPL dan
lesen sumber terbuka yang lain, sila lawati
http://opensource.lge.com/
Semua terma lesen, penafian dan notis sedia
untuk dimuat turun dengan kod sumber.
NOTA:
• Paparan dan ilustrasi skrin mungkin berbeza
daripada yang anda lihat pada telefon
sebenar.
• Selalu gunakan aksesori LG yang tulen.
Kegagalan melakukan ini mungkin akan
mentaksahkan waranti anda.
• Aksesori mungkin berbeza bergantung
kepada rantau, negara atau pembekal
khidmat anda.
• Sesetengah ciri dan perkhidmatan mungkin
berbeza mengikut kawasan, telefon,
pembekal khidmat dan versi perisian.
• Semua maklumat dalam dokumen ini
tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

简体中文
快速入门指南快速入门指南
LG-D315
要下载用户手册的最新完整版本,请在 PC 或膝上型电脑上转到
www.lg.com。

2
概述概述
顶部顶部
正面正面 背面背面
底部底部
耳机插孔耳机插孔
红外 LED红外 LED
听筒听筒
主屏键: 主屏键:
从任何屏幕返回
到主屏。
返回键: 返回键: 返回到上一
屏幕。 使用后退出应
用程序。
音量键音量键
麦克风麦克风
电源/锁定键电源/锁定键
充电器/USB 充电器/USB
端口端口
触摸屏触摸屏
近程传感器近程传感器
前置相机镜头前置相机镜头
菜单键: 菜单键: 检查
可用的选项。
相机镜头相机镜头
闪光灯闪光灯
扬声器扬声器

3
使用手机之前,需要先插入 SIM 卡和电池。
安装 SIM 卡和电池安装 SIM 卡和电池
1. 1. 取下后盖。 2. 2. 将 SIM 卡滑进 SIM 卡插
槽中。确保 SIM 卡的金色
接触区域面朝下。
3. 3. 插入电池。
4. 4. 合上后盖。
设置设置

4
首次打开手机时,将指导您完成一系列重要步骤,以配置手机设置。
打开手机打开手机
按住电源/锁定键几秒钟。
提示!提示! 如果手机锁定而无法使用,请按住电源/锁定键 8 秒以重启。
为手机充电为手机充电
• 充电端口在手机底部。
• 将充电线的一端插入手机,并将另一端插入电源插座。
• 要最大限度地延长电池使用寿命,请在首次使用前确保电池已充满电。
警告!警告! 只能使用 LG 许可的充电器、电池和电缆。 使用未获许可的充电器或电缆时,
可能导致充电缓慢或有关于充电缓慢的消息弹出。 未获许可的充电器或电缆还可导致电池
爆炸或损坏设备,相应后果不属于 LG 保修范围。
设置(续)设置(续)
Other manuals for GPad F 7.0
2
This manual suits for next models
1
Table of contents
Languages:
Other LG Cell Phone manuals