LG LG-P690 User manual

Panduan Pengguna
LG-P690
P/N : MFL67322405 (1.0) www.lg.com
BAHASA MELAYU
BAHASA INDONESIA
简体中文
E N G L I S H


Sesetengah kandungan manual ini
mungkin tidak berkaitan dengan
telefon anda. Ini bergantung kepada
perisian telefon anda dan penyedia
perkhidmatan anda.
Telefon ini tidak disyorkan untuk orang
yang kurang deria penglihatan kerana
pad kekunci skrin sentuhnya.
Hak cipta ©2011 LG Electronics, Inc.
Hak cipta terpelihara. LG dan logo LG
adalah tanda dagangan berdaftar bagi
Kumpulan LG dan entiti yang berkaitan
dengannya. Semua tanda dagangan lain
adalah harta pemiliknya masing-masing.
Google™, Maps™, Gmail™,
YouTube™, Google Talk™ dan Android
Market™ adalah tanda dagangan
Google, Inc.
•
•
•
•
Panduan pengguna ini membantu anda untuk mula menggunakan
telefon anda.
Jika anda memerlukan maklumat lanjut, sila lawati www.lg.com.
LG-P690LG-P690 Panduan Pengguna
Bahasa Melayu

2
Kandungan
Garis panduan untuk penggunaan
yang selamat dan cekap.............5
Notis penting ............................12
Mengenali telefon anda............24
Memasang kad SIM dan bateri .26
Mengecas telefon anda............27
Memasang kad memori............27
Memformatkan kad memori .....28
Skrin Utama anda.....................30
Petua skrin sentuh...................30
Kunci telefon anda...................30
Buka kunci skrin ......................31
Mod senyap ............................31
Halaman utama ......................32
Menambah widget pada skrin
Utama anda.............................32
Kembali ke aplikasi yang
digunakan baru-baru ini ...........33
Pelukis pemberitahuan.............34
Melihat bar status....................34
Papan kekunci atas skrin..........36
Memasukkan huruf aksen ........37
Persediaan akaun Google.........38
Membuat akaun Google anda ...38
Mendaftar masuk ke akaun
Google anda............................38
Panggilan..................................40
Membuat panggilan .................40
Membuat panggilan kepada
kenalan anda...........................40
Menjawab dan menolak
panggilan ................................40
Melaraskan kelantangan
panggilan ................................40
Membuat panggilan kedua .......41
Melihat log panggilan anda.......41
Tetapan panggilan ...................42
Kenalan.....................................43
Mencari Kenalan......................43
Menambah kenalan baru..........43
Kenalan yang digemari.............43
Mesej/e-mel .............................45
Pemesejan ..............................45
Menghantar mesej...................45
Menukar tetapan mesej anda ...46
Menetapkan e-mel anda ..........46
Akaun e-mel Microsoft
Exchange ................................46
Akaun e-mel lain (POP3, IMAP).47
Mengarang dan menghantar
e-mel......................................48
Menggunakan folder akaun ......49

3
Menambah dan mengedit akaun
e-mel......................................50
Kamera .....................................51
Mengenali pencari pandangan..51
Menangkap foto pantas ...........52
Setelah anda mengambil
gambar ...................................52
Menggunakan tetapan lanjutan.53
Melihat foto yang disimpan.......54
Kamera video............................56
Mengenali pencari pandangan..56
Menangkap video pantas..........57
Selepas menangkap video........57
Menggunakan tetapan lanjutan.58
Melihat video anda yang
disimpan .................................59
Melaraskan kelantangan semasa
melihat video...........................59
Multimedia................................60
Lihat model .............................60
Paparan garis masa.................60
Menggunakan SmartShare .......60
Muzik......................................61
Memainkan lagu......................62
Memindahkan fail menggunakan
peranti storan massa USB ........63
Cara menyimpan fail muzik/video
ke dalam telefon anda..............63
Memindahkan kenalan dari telefon
lama ke telefon baru anda........64
Menghantar data daripada telefon
anda melalui Bluetooth.............65
Menggunakan radio .................66
Mencari stesen........................66
Menetapkan kembali saluran....67
Mendengar radio .....................67
Utiliti .........................................68
Menetapkan penggera anda.....68
Menggunakan kalkulator anda..68
Menambah acara pada kalendar
anda .......................................68
Menukar paparan lalai kalendar
anda .......................................69
Polaris Viewer..........................69
Perakam suara ........................70
Merakam bunyi atau suara.......70
Menghantar rakaman suara......71
Web...........................................72
Pelayar....................................72
Menggunakan bar alat web ......72
Menggunakan pilihan...............72

4
Tetapan.....................................74
Wayarles & rangkaian ..............74
Tetapan panggilan ...................75
Bunyi ......................................77
Paparan ..................................78
Lokasi & keselamatan .............78
Aplikasi ...................................79
Akuan & selari .........................80
Privasi.....................................80
Kad SD & penyimpanan telefon.81
Bahasa & papan kekunci..........81
Input & output suara ................81
Kebolehcapaian .......................83
Tarikh & Masa .........................83
Mengenai telefon.....................83
Wi-Fi.......................................83
Menghidupkan Wi-Fi................84
Menyambung ke Wi-Fi .............84
Berkongsi sambungan data telefon
anda .......................................85
Tetapan pertambatan USB &
hotspot Wi-Fi mudah alih..........86
Untuk berkongsi sambungan data
telefon anda melalui USB .........86
Penambatan USB dan perkongsian
data........................................87
Untuk berkongsi sambungan data
telefon anda sebagai hotspot Wi-Fi
mudah alih ..............................87
Untuk menamakan semula atau
menjamin keselamatan hotspot
mudah alih anda......................88
Kemas kinian perisian ..............90
Kemas kinian perisian telefon ...90
DivX Mudah Alih ......................91
Aksesori....................................93
Data teknikal ............................94
Pencarisilapan..........................95
Kandungan

5
Sila baca garis panduan yang
mudah ini. Ketidakpatuhan
terhadap garis panduan ini mungkin
membahayakan atau tidak sah di
sisi undang-undang.
Pendedahan kepada
tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada
gelombang radio dan Kadar
Penyerapan Khusus (SAR). Telefon
mudah alih model LG-P690 telah
direka bentuk untuk mematuhi
keperluan keselamatan yang
dikenakan terhadap pendedahan
kepada gelombang radio. Keperluan
ini adalah berdasarkan garis
panduan saintifik yang termasuk
margin keselamatan yang direka
bentuk untuk memastikan
keselamatan semua orang tanpa
mengira umur dan kesihatan.
Garis panduan bagi pendedahan
kepada gelombang radio
menggunakan unit ukuran yang
•
disebut sebagai Kadar Penyerapan
Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR
dijalankan menggunakan kaedah
yang dipiawaikan dengan telefon
memancarkan pada aras kuasa
diperakui yang tertinggi dalam
semua jalur frekuensi.
Walaupun terdapat perbezaan
antara tahap SAR pelbagai model
telefon LG, ia semua direka
bentuk untuk memenuhi garis
panduan relevan bagi pendedahan
kepada gelombang radio.
Had SAR yang disyorkan oleh
Suruhanjaya Antarabangsa
mengenai Perlindungan Sinaran
Bukan Pengion (International
Commission on Non-Ionizing
Radiation Protection) (ICNIRP)
ialah 2W/kg dipuratakan ke atas
10g tisu.
Nilai SAR tertinggi untuk telefon
model ini yang diuji oleh DASY4
untuk penggunaan di telinga ialah
1.05 W/kg (10 g) dan apabila
•
•
•
Garis panduan untuk penggunaan yang selamat
dan cekap

6
diletakkan pada badan ialah
0.606 W/kg (10 g).
Maklumat data SAR bagi
penduduk di negara/kawasan
yang telah mengambil had SAR
yang disyorkan oleh Institut
Jurutera Elektrik dan Elektronik
(Institute of Electrical and
Electronics Engineers) (IEEE), iaitu
1.6W/kg dipuratakan ke atas satu
(1) gram tisu.
Penjagaan dan
penyelenggaraan produk
AMARAN
Hanya gunakan bateri,
pengecas dan aksesori yang
diluluskan untuk digunakan
dengan model telefon yang ini.
Penggunaan sebarang jenis lain
boleh mentaksahkan sebarang
kelulusan atau waranti yang
berkaitan dengan telefon ini,
dan mungkin berbahaya.
•
Jangan tanggalkan pemasangan
unit ini. Bawa ia kepada juruteknik
servis yang layak jika kerja
pembaikan diperlukan.
Pembaikan di bawah waranti,
mengikut budi bicara LG, mungkin
termasuk penggantian bahagian
atau papan yang sama ada baru
atau yang diperbaiki, asalkan
kefungsiannya sebanding dengan
bahagian yang diganti.
Jauhkan dari perkakas elektrik
seperti TV, radio, dan komputer
peribadi.
Unit ini hendaklah dijauhkan
daripada sumber haba seperti
radiator atau dapur.
Jangan jatuhkan.
Jangan biarkan unit ini terdedah
kepada getaran atau kejutan
mekanikal.
Matikan telefon di tempat
larangan telefon mudah alih.
Contohnya, jangan gunakan
•
•
•
•
•
•
•
Garis panduan untuk penggunaan yang
selamat dan cekap

7
telefon di hospital kerana ia
mungkin mengganggu peralatan
hospital yang sensitif.
Jangan kendalikan telefon dengan
tangan yang basah semasa
telefon sedang dicas. Ia boleh
menyebabkan terjadinya renjatan
elektrik dan telefon mungkin akan
rosak teruk.
Jangan cas telefon bimbit
berhampiran bahan yang mudah
terbakar kerana telefon bimbit
akan menjadi panas dan boleh
menyebabkan bahaya kebakaran.
Gunakan kain yang kering untuk
membersihkan bahagian luar unit
ini (jangan gunakan pelarut seperti
benzena, pencair atau alkohol).
Jangan cas telefon di atas perabot
yang lembut.
Telefon hendaklah dicas di
kawasan yang berpengudaraan
baik.
Jangan dedahkan unit ini kepada
asap atau habuk yang berlebihan.
•
•
•
•
•
•
Jangan simpan telefon di
sebelah kad kredit atau tiket
pengangkutan; ia boleh
menjejaskan maklumat pada jalur
magnetik.
Jangan ketik skrin dengan objek
yang tajam kerana ia boleh
merosakkan telefon.
Jangan dedahkan telefon kepada
cecair atau kelembapan.
Gunakan aksesori seperti fon
telinga dengan berhati-hati.
Jangan sentuh antena jika tidak
diperlukan.
Jangan gunakan, sentuh atau
cuba untuk mengeluarkan atau
membaiki kaca yang pecah,
sumbing atau retak. Kerosakan
pada paparan kaca disebabkan
pensia-siaan dan penyalahgunaan
tidak diliputi oleh waranti ini.
Telefon anda adalah peranti
elektronik yang menjana haba
pada penggunaan biasa. Sentuhan
langsung dengan kulit dalam
•
•
•
•
•
•

8
tempoh yang berpanjangan
dalam keadaan pengudaraan
tidak mencukupi mungkin akan
mengakibatkan ketidakselesaan
atau melecur sedikit. Oleh itu,
anda hendaklah berjaga-jaga
apabila mengendalikan telefon
anda atau betul-betul selepas
menggunakannya.
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin
mendapat gangguan, yang boleh
menjejaskan prestasi.
Jangan gunakan telefon
mudah alih anda berhampiran
kelengkapan perubatan tanpa
meminta kebenaran. Elakkan
meletak telefon di atas perentak
jantung, contohnya, di dalam
poket dada anda.
Sesetengah alat bantuan
pendengaran mungkin diganggu
oleh telefon mudah alih.
•
•
Sedikit gangguan mungkin boleh
menjejaskan TV, radio, PC, dsb.
Keselamatan di jalan raya
Semak undang-undang dan
peraturan mengenai penggunaan
telefon mudah alih di kawasan
tempat anda memandu.
Jangan gunakan telefon pegang
tangan semasa memandu.
Beri perhatian penuh kepada
pemanduan anda.
Pergi ke tepi jalan dan letak
kereta sebelum membuat atau
menjawab panggilan jika keadaan
pemanduan memerlukan anda
berbuat demikian.
Tenaga RF mungkin menjejaskan
sesetengah sistem elektronik di
dalam kenderaan anda seperti
stereo kereta dan kelengkapan
keselamatan.
Apabila kenderaan anda
dilengkapi beg udara, jangan
halangnya dengan kelengkapan
•
•
•
•
•
•
Garis panduan untuk penggunaan yang
selamat dan cekap

9
wayarles yang dipasang atau
yang mudah alih. Ia mungkin tidak
berfungsi atau menyebabkan
kecederaan serius disebabkan
prestasi yang tidak betul.
Jika anda mendengar muzik
ketika bergerak dan berjalan, sila
pastikan bahawa kelantangannya
berada pada paras yang
berpatutan agar anda sedar akan
keadaan di sekeliling anda. Ini
amat penting terutamanya semasa
berhampiran dengan jalan.
Elakkan kerosakan
terhadap pendengaran
anda
Kerosakan kepada pendengaran
anda boleh berlaku jika anda
terdedah kepada bunyi yang kuat
dalam tempoh yang lama. Kami
dengan ini mengesyorkan anda tidak
menghidupkan atau mematikan
telefon mudah alih berhampiran
dengan telinga anda. Kami juga
mengesyorkan bahawa kelantangan
•
muzik dan panggilan ditetapkan
pada paras yang berpatutan.
NOTA:
Tekanan bunyi
melampau daripada fon
telinga boleh menyebabkan
kehilangan pendengaran.
Bahagian-bahagian Kaca
Sebahagian daripada peranti
telefon anda diperbuat daripada
kaca. Kaca ini akan retak atau
pecah jika telefon anda terjatuh ke
atas permukaan yang keras atau
menerima impak yang kuat. Jika
kaca retak atau pecah, dinasihatkan
supaya tidak memegang atau cuba
untuk membuangnya. Berhenti
menggunakan peranti mudah alih
anda sehingga kaca digantikan oleh
pembekal khidmat yang disahkan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana
peletupan sedang dijalankan.
Patuhi sekatan,dan ikuti sebarang
peraturan yang dikenakan.

10
Tempat yang mungkin
boleh meletup
Jangan gunakan telefon anda di
tempat pengisian bahan api.
Jangan gunakan berhampiran
bahan api atau bahan kimia.
Jangan angkut atau simpan gas
mudah terbakar, cecair atau bahan
letupan dalam petak kenderaan
anda yang mengandungi telefon
mudah alih dan aksesori anda.
Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh
menyebabkan gangguan di dalam
pesawat.
Matikan telefon mudah alih
anda sebelum menaiki sebarang
pesawat terbang.
Jangan gunakannya apabila
mendarat, tanpa izin anak kapal.
•
•
•
•
•
Kanak-kanak
Simpan telefon di tempat yang
selamat dan jauh daripada kanak-
kanak kecil. Ia termasuk bahagian
kecil yang boleh menyebabkan
bahaya tercekik jika ia tertanggal.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin
tidak tersedia di bawah semua
rangkaian mudah alih. Oleh itu,
anda hendaklah tidak bergantung
semata-mata pada telefon ini untuk
panggilan kecemasan. Semak
dengan pembekal khidmat tempatan
anda.
Maklumat dan penjagaan
bateri
Anda tidak perlu menyahcas
bateri sepenuhnya sebelum
mengecasnya semula. Tidak
seperti sistem bateri yang lain,
tiada kesan memori yang boleh
menjejaskan prestasi bateri.
•
Garis panduan untuk penggunaan yang
selamat dan cekap

11
Gunakan hanya bateri dan
pengecas LG. Pengecas LG direka
bentuk untuk memaksimumkan
hayat bateri.
Jangan buka pemasangan atau
litar pintaskan pek bateri.
Pastikan sesentuh logam pada
pek bateri sentiasa bersih.
Ganti bateri apabila ia tidak lagi
memberi prestasi yang boleh
diterima. Pek bateri boleh dicas
semula beratus-ratus kali sebelum
ia perlu diganti.
Cas semula bateri jika ia
tidak digunakan buat tempoh
masa yang lama untuk
memaksimumkan kebolehgunaan.
Jangan dedahkan pengecas
bateri kepada cahaya matahari
langsung atau gunakannya pada
kelembapan yang tinggi, seperti
di bilik air.
Jangan biarkan bateri di tempat
yang panas atau sejuk, ini
•
•
•
•
•
•
•
mungkin akan menjejaskan
prestasi bateri.
Terdapat risiko letupan jika bateri
diganti dengan jenis yang salah.
Lupuskan bateri yang telah
digunakan mengikut arahan
pengilang. Sila kitar semula yang
mana mungkin. Jangan lupuskan
sebagai sampah rumah yang
biasa.
Jika anda hendak mengganti
bateri, bawa ia ke pusat servis
LG Electronics atau wakil
penjual yang disahkan untuk
mendapatkan bantuan.
Tanggalkan pengecas dari soket
dinding selepas telefon dicas
sepenuhnya untuk menjimatkan
kuasa pengecas daripada
penggunaan yang tidak perlu.
Hayat bateri sebenar bergantung
kepada konfigurasi rangkaian,
tetapan produk, corak
penggunaan, dan keadaan bateri
dan persekitaran.
•
•
•
•
•

12
Notis penting
Sila semak sama ada sebarang
masalah telefon yang anda hadapi
telah diterangkan dalam bahagian
ini, sebelum anda membawa
telefon anda untuk diservis atau
memanggil wakil servis.
1. Memori telefon
Apabila ruang yang tinggal pada
memori telefon anda kurang
daripada 10%, telefon anda tidak
akan dapat menerima mesej baru.
Anda perlu memeriksa memori
telefon anda dan memadamkan
sebahagian data, seperti aplikasi
atau mesej, untuk menyediakan
lebih banyak memori.
Menguruskan aplikasi
Pada skrin Utama, sentuh tab
Aplikasi, lalu pilih Tetapan >
Aplikasi > Uruskan aplikasi.
Selepas semua aplikasi
muncul, tatal dan pilih aplikasi
yang hendak anda nyahpasang.
1
2
Ketik Buang pemasangan,
lalu sentuh Pilih untuk
menyahpasang aplikasi yang
anda pilih.
2. Mengoptimumkan
hayat bateri
Anda boleh memanjangkan
hayat bateri antara caj dengan
mematikan ciri yang tidak perlu
dijalankan dalam latar belakang.
Anda juga boleh memantau
bagaimana aplikasi dan sumber
sistem menggunakan kuasa bateri.
Memanjangkan hayat bateri
anda
Matikan komunikasi radio jika
anda tidak menggunakannya.
Jika anda tidak menggunakan
Wi-Fi, Bluetooth atau GPS,
matikan ia.
Kurangkan kecerahan skrin dan
tetapkan masa tamat skrin yang
lebih pendek.
3
•
•

13
Matikan penyegerakan
automatik bagi Gmail™,
Kalendar, Kenalan dan aplikasi-
aplikasi lain.
Sesetengah aplikasi yang telah
anda muat turun mungkin boleh
mengurangkan hayat bateri
anda.
Memeriksa tahap cas bateri.
Pada skrin Utama, sentuh tab
Aplikasi, lalu pilih Tetapan >
Mengenai telefon > Status.
Status bateri (Mengecas, Tidak
mengecas) dan parasnya
(peratus dicas) dipaparkan
pada bahagian atas skrin.
Memantau dan mengawal apa
yang menggunakan kuasa
bateri
Pada skrin Utama, sentuh tab
Aplikasi, lalu pilih Tetapan
> Mengenai telefon >
Penggunaan bateri.
•
•
1
2
1
Masa penggunaan bateri
dipaparkan di bahagian atas
skrin. Ia memaklumkan tempoh
masa semenjak sambungan
terakhir kepada sumber kuasa
atau, jika disambung kepada
sumber kuasa, berapa lama
anda bertahan pada kuasa
bateri pada kali terakhir ini.
Badan skrin menyenaraikan
aplikasi atau perkhidmatan
yang menggunakan kuasa
bateri, dari jumlah terbesar
hingga terkecil.
3. Memasang sistem
pengendalian sumber
terbuka.
Jika anda memasang
dan menggunakan sistem
pengendalian (OS) sumber terbuka
pada telefon anda, dan tidak
menggunakan OS yang disediakan
oleh pengilang, telefon anda
mungkin akan pincang tugas.
2

14
AMARAN
Jika anda memasang dan
menggunakan OS selain
daripada yang disediakan oleh
pengeluar, telefon anda tidak
lagi dilindungi oleh waranti.
AMARAN
Untuk melindungi telefon dan
data peribadi anda, hanya
muat turun aplikasi daripada
sumber yang dipercayai,
seperti Android Market. Jika
terdapat aplikasi yang tidak
dipasang dengan betul pada
telefon anda, telefon anda
mungkin tidak akan berfungsi
dengan betul atau ralat
yang serius mungkin boleh
berlaku. Anda hendaklah
menyahpasang aplikasi-
aplikasi tersebut dan semua
data dan tetapannya daripada
telefon.
4. Menggunakan corak
buka kunci
Tetapkan corak buka kunci untuk
melindungi telefon anda. Pada
skrin utama, sentuh tab Aplikasi
dan pilih Tetapan > Lokasi &
keselamatan > Persediaan
kunci skrin > Corak. Ikut skrin
agar anda dipandu melalui
proses melukis corak nyahkunci
skrin. Pilih Seterusnya untuk
meneruskan ke skrin seterusnya.
Membuka beberapa skrin yang
membantu anda melalui lukisan
corak buka kunci skrin.
Awas: Wujudkan akaun Gmail
dahulu sebelum menetapkan
corak buka kunci.
Notis penting

15
AMARAN
Langkah berjaga-jaga
semasa menggunakan
kunci corak.
Mengingati corak buka kunci
yang anda tetapkan amatlah
penting. Anda tidak akan
dapat mengakses telefon
anda jika anda menggunakan
corak yang salah sebanyak
5 kali. Anda mempunyai 5
peluang untuk memasukkan
corak nyahkunci, PIN atau
kata laluan anda. Jika anda
telah menggunakan kesemua
5 peluang, anda boleh
mencuba lagi selepas 30 saat.
Sekiranya anda tidak ingat
corak nyahkunci anda:
Jika anda log masuk ke akaun
Google anda pada telefon tetapi
gagal memasukkan corak yang
betul sebanyak 5 kali, ketik butang
Forgot pattern (Terlupa corak).
Kemudian, anda akan dikehendaki
mendaftar masuk dengan akaun
Google anda untuk membuka
kunci peranti anda.
Jika anda tiada akaun Google atau
terlupa, anda perlu menjalankan
penyusunan semula keras.
Amaran : jika anda menjalankan
satu penyusunan semula keras,
semua aplikasi pengguna dan
data pengguna akan dipadamkan.
Ingat untuk menyokong mana-
mana data penting sebelum
melangsungkan satu penyusunan
semula keras.
5. Menggunakan set
semula keras
Jika ia tidak kembali kepada
keadaan asal, gunakan set semula
keras untuk mengawalkan telefon
anda.
Apabila telefon dimatikan, Tekan
dan tahan kekunci Rumah +
kekunci Volume down + kekunci

16
Kuasa selama lebih sepuluh saat.
Apabila skrin menunjukkan logo
LG, lepaskan kekunci Kuasa.
Selepas skrin menunjukkan
skrin set semula keras, lepaskan
kekunci-kekunci lain.
Biarkan telefon anda lebih seminit
sambil ia melakukan set semula
keras, kemudian telefon anda
akan dihidupkan.
Awas: Jika anda melakukan set
semula keras, semua aplikasi
pengguna dan data pengguna
akan terpadam. Ini tidak dapat
dibuat asal. Jangan lupa untuk
membuat sandaran terhadap
mana-mana data penting sebelum
melakukan set semula keras.
6. Menyambung ke
rangkaian Wi-Fi
Untuk menggunakan Wi-Fi
pada telefon anda, mengakses
pusat akses wayarles, atau
“hotspot.” Sesetengah pusat
akses dibuka dan anda hanya
perlu menyambung padanya.
Yang lain adalah tersembunyi atau
menggunakan ciri keselamatan
yang lain, jadi anda hendaklah
mengkonfigurasi telefon anda agar
dapat menyambung kepadanya.
Matikan Wi-Fi apabila anda
tidak menggunakannya, untuk
melanjutkan hayat bateri anda.
Menghidupkan Wi-Fi dan
menyambung kepada rangkaian
Wi-Fi
Pada skrin Utama, sentuh tab
Aplikasi, lalu pilih Tetapan
> Wayarles & rangkaian >
Tetapan Wi-Fi.
Sentuh Wi-Fi untuk
menghidupkannya dan
memulakan imbasan untuk
mencari rangkaian Wi-Fi yang
tersedia.
1
2
Notis penting

17
Senarai rangkaian Wi-Fi yang
tersedia akan dipaparkan.
Rangkaian selamat ditandakan
oleh ikon kunci.
Sentuh rangkaian untuk
menyambung padanya.
Jika rangkaian itu terbuka,
anda akan digesa untuk
mengesahkan bahawa anda
hendak menyambung kepada
rangkaian tersebut dengan
menyentuh Sambung.
Jika rangkaian selamat,
anda akan diminta untuk
memasukkan kata laluan atau
kelayakan lain. (Tanyakan
pentadbir rangkaian anda untuk
mendapatkan butiran.)
Bar status memaparkan ikon
yang menunjukkan status
Wi-Fi.
•
3
•
•
4
7. Menggunakan kad
microSD
Gambar, selain fail muzik dan
video, hanya boleh disimpan ke
dalam memori luaran.
Sebelum anda boleh
menggunakan kamera terbina
dalam, anda perlu memasukkan
kad memori microSD ke dalam
telefon anda terlebih dahulu.
Tanpa memasukkan kad memori,
anda tidak akan dapat mengambil
gambar dan video.

18
AMARAN
Jangan masukkan atau
keluarkan kad memori semasa
telefon dalam keadaan hidup.
Berbuat demikian mungkin
akan merosakkan kad
memori juga telefon anda,
dan data yang disimpan pada
kad memori mungkin akan
tercemar. Untuk mengeluarkan
kad memori dengan selamat
pada skrin Utama, sentuh tab
Aplikasi, lalu pilih Tetapan
> Kad SD & penyimpanan
telefon > Menyahlekap kad
SD.
8. Membuka dan beralih
aplikasi
Berbilang tugasan menjadi
mudah dengan Android kerana
lebih daripada satu aplikasi
boleh berjalan pada masa yang
sama. Tidak perlu keluar dari
aplikasi sebelum membuka
yang lain. Gunakan dan beralih
antara beberapa aplikasi terbuka.
Android mengurus setiap aplikasi,
menghentikan dan memulakan
seperlunya untuk memastikan
bahawa aplikasi yang melahu
tidak akan menggunakan sumber
tanpa keperluan.
Menghentikan aplikasi
Pada skrin Utama, sentuh tab
Aplikasi, lalu pilih Tetapan >
Aplikasi > Uruskan aplikasi.
Tatal ke aplikasi yang
dikehendaki dan sentuh
Memaksa berhenti untuk
menghentikannya.
PETUA Untuk kembali ke
aplikasi-aplikasi yang baru
digunakan, Sentuh dan tahan
kekunci Utama. Suatu skrin
kemudian akan memaparkan
senarai aplikasi yang anda
gunakan baru-baru ini.
1
2
Notis penting
Other manuals for LG-P690
6
Table of contents
Languages:
Other LG Cell Phone manuals