
5
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak
mengikut garis panduan ini mungkin merbahaya atau
tidak sah.
Sekiranya kesilapan berlaku, sebuah alat perisian
dibina di dalam peranti anda akan mengumpulkan
log kesilapan. Alat ini mengumpulkan data yang
khusus kepada lalai sahaja, seperti kekuatan isyarat
dan aplikasi yang dimuatkan. Log hanya digunakan
untuk membantu menentukan punca bagi kesilapan.
Log ini dienkripsi dan hanya boleh diakses oleh
Pusat pembaikan LG yang sah, sekiranya anda perlu
mengembalikan peranti anda untuk dibaik pulih.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan
Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Model peranti tablet LG-V500 ini telah direka
bentuk untuk mematuhi keperluan keselamatan yang
dikenakan terhadap pendedahan kepada gelombang
radio. Keperluan ini adalah berdasarkan garis panduan
saintifik yang termasuk margin keselamatan yang
direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua
orang tanpa mengira umur dan kesihatan.
• Garis panduan pendedahan kepada gelombang
radio menggunakan unit ukuran yang disebut
sebagai Kadar Penyerapan Khusus (SAR). Ujian
bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang
dipiawaikan dalam keadaan peranti memancar pada
aras kuasa tertinggi yang diperakui dalam semua
jalur frekuensi yang digunakan.
• Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR
pelbagai model peranti LG, semuanya telah direka
bentuk untuk memenuhi garis panduan yang
relevan bagi pendedahan kepada gelombang radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya
mengenai Perlindungan Sinaran Bukan-Ion
Antarabangsa (ICNIRP) ialah 2W/kg dipuratakan ke
atas 10g tisu.
• Nilai SAR tertinggi bagi peranti ini apabila dipakai
di badan, seperti yang diterangkan dalam panduan
pengguna ini, ialah 0.720W/kg.
• Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan
RF apabila digunakan sama ada dalam kedudukan
penggunaan normal pada telinga atau apabila
diletakkan pada jarak sekurang-kurangnya
0.00cm dari badan. Apabila bekas pembawa,
klip tali pinggang atau pemegang digunakan
untuk pengendalian pemakaian pada badan, ia
tidak sepatutnya mengandungi metal dan perlu
meletakkan produk sekurang-kurangnya 0.00cm
menjauhi badan anda.
Untuk memancarkan fail data atau mesej, peranti
ini memerlukan sambungan yang berkualiti kepada
rangkaian. Dalam beberapa kes, pemindahan fail
data mungkin ditangguhkan sehingga sambungan
tersebut tersedia. Pastikan arahan jarak pemisahan
diikuti sehingga pemindahan selesai.