LG LG-V500 User manual

MFL67986031 (1.0)
Panduan Pengguna
用户手册
User Guide
LG-V500
www.lg.com
BAHASA MELAYU
简体中文
ENGLISH


Panduan Pengguna
BAHASA MELAYU
• Paparan dan ilustrasi skrin mungkin
berbeza daripada yang anda lihat pada
peranti sebenar.
• Sesetengah kandungan panduan ini
mungkin tidak berkaitan dengan peranti
anda, bergantung kepada perisian dan
pembekal perkhidmatan anda. Semua
maklumat dalam dokumen ini tertakluk
kepada perubahan tanpa notis.
• Telefon bimbit ini tidak sesuai untuk
orang yang mempunyai kekurangan visual
disebabkan papan kekunci skrin sentuhnya.
• Hak cipta ©2013 LG Electronics, Inc. Hak
cipta terpelihara. LG dan logo LG adalah
tanda dagangan berdaftar bagi Kumpulan
LG dan entiti yang berkaitan dengannya.
Semua tanda dagangan lain adalah harta
pemiliknya masing-masing.
• Google™, Google Maps™, Gmail™,
YouTube™, Hangouts™ dan Play Store™
adalah tanda dagangan Google, Inc.

2
Tentang panduan pengguna ini.........5
Tentang panduan pengguna ini........... 5
Tanda dagangan .................................... 6
DivX HD .................................................. 6
Dolby Digital Plus .................................. 7
Garis panduan untuk penggunaan
selamat dan efisien.............................8
Notis penting......................................17
Mengenali peranti anda....................22
Gambaran Keseluruhan Tablet...........22
Mengecas tablet anda.........................24
Mengoptimumkan Hayat Bateri.........26
Untuk memanjangkan hayat bateri
anda .............................................................. 26
Untuk memeriksa paras cas bateri... 26
Untuk mengawal dan mengawasi
penggunaan bateri.................................. 26
Memasukkan kad microSD ................27
Mengeluarkan kad microSD...............28
Memformatkan kad microSD.............28
Mengunci dan menyahkunci skrin.....29
Skrin Utama Anda............................ 30
Petua Skrin Sentuh .............................30
Pasangkan skrin........................................ 30
Luncurkan ketepi........................................31
Ketik atau sentuh .......................................31
Sentuh dan tahan.................................... 32
Seret.............................................................. 32
Sapu atau lungsur ................................... 32
Ketik dua kali.............................................. 32
Cubit-untuk-Zum ..................................... 33
Putar skrin ................................................... 33
Skrin utama ..........................................33
Menyesuaikan Skrin utama.................. 35
Kembali ke aplikasi yang digunakan
baru-baru ini ........................................35
Pemberitahuan ....................................36
Sapu ke bawah untuk mendapatkan
pemberitahuan & tetapan.................... 36
Tetapan Pantas di Panel
Pemberitahuan ..........................................37
Untuk mengatur semula item
Tetapan Pantas di Panel
Pemberitahuan ..........................................37
Aplikasi QSlide di Panel
Pemberitahuan ..........................................37
Menggunakan aplikasi QSlide ............ 38
Ikon penunjuk pada Bar Status.......... 38
Plug & Pop ...........................................39
Menangkap Syot Layar .......................40
Menggunakan QuickMemo bagi
menangkap syot layar............................ 40
Menggunakan Capture Plus bagi
menangkap syot layar............................ 40
Memasukkan Teks.................................41
Memasukkan huruf aksen ......................41
Persediaan akaun Google................ 42
Menyambung kepada Rangkaian
dan Peranti ....................................... 43
Wi-Fi .....................................................43
Kandungan

3
Menyambung ke rangkaian Wi-Fi..... 43
Menghidupkan Wi-Fi dan
menyambung kepada rangkaian
Wi-Fi.............................................................. 43
Bluetooth ..............................................44
Menghidupkan Bluetooth dan
memperpasangkan tablet anda
dengan peranti Bluetooth..................... 44
Hantar data menggunakan ciri
wayarles Bluetooth................................... 45
Terima data menggunakan ciri
wayarles Bluetooth................................... 45
SmartShare ..........................................46
Bagi menghantar kandungan dari
tablet anda ke peranti lain.................... 46
Untuk menikmati kandungan
daripada peranti berhampiran
seperti komputer atau peranti
mudah alih pada tablet anda ............. 46
Sambungan PC dengan kabel USB.. 47
Memindahkan muzik, gambar
dan video menggunakan mod
penyimpanan massa USB ....................47
Segerakkan dengan Windows
Media Player............................................... 48
Kenalan...............................................49
Mencari kenalan...................................49
Tambah Kenalan Baru.........................49
Kenalan Kegemaran............................49
Membuat kumpulan............................50
E-mel .................................................. 51
Menguruskan akaun E-mel .................51
Menggunakan folder akaun................52
Mengarang dan menghantar E-mel..52
Kamera ...............................................53
Mengenali pencari pandangan ..........53
Menggunakan tetapan lanjutan.........54
Menangkap fotopantas ......................56
Setelah anda mengambil gambar.....56
Melihat foto yang disimpan................58
Kamera video.....................................59
Mengenali pencari pandangan ..........59
Menggunakan tetapan lanjutan.........60
Merakam video pantas.........................61
Selepas merakam video.......................61
Melihat video anda yang disimpan.....61
Mengezum Langsung .........................62
Melaraskan volum semasa
melihat video........................................62
Multimedia .........................................63
Galeri.....................................................63
Melihat gambar ........................................ 63
Mengezum masuk dan keluar............ 64
Memainkan video..................................... 64
Melihat pilihan foto dan video............. 64
Memadam imej dan video................... 64
Menetapkan sebagai kertas
dinding ......................................................... 64
Video .....................................................65
Memainkan video..................................... 65
Muzik.....................................................66
Tambah fail muzik ke tablet anda ..... 66
Pindahkan fail menggunakan
Penyegerakan media (MTP)................ 66

4
Memainkan lagu........................................67
Alat .....................................................69
QPair .....................................................69
QSlide ....................................................71
QuickMemo.......................................... 72
QuickRemote ....................................... 74
QuickTranslator.................................... 76
Berbilang Pengguna............................ 77
Penggera ..............................................79
Kalkulator..............................................80
Kalendar................................................80
Pengurus fail .........................................81
Perakam suara .....................................82
Pengurus tugasan................................83
POLARIS Office 5 ..............................83
Google+.................................................84
Carian Voice..........................................85
MUAT TURUN......................................85
Web .....................................................86
Internet..................................................86
Membuka halaman..................................87
Membuat carian web
menggunakan suara ...............................87
Penanda Buku............................................87
Sejarah ..........................................................87
Menggunakan QSlide .............................87
Chrome .................................................87
Melihat halaman web ............................. 88
Membuka halaman................................. 88
Membuat carian web
menggunakan suara .............................. 88
Menyegerak dengan peranti lain....... 88
Menambah dan Melihat penanda
buku............................................................... 88
Tetapan...............................................89
Akses menu Tetapan ...........................89
RANGKAIAN TANPA WAYAR ...........89
PERANTI ..............................................90
PERIBADI .............................................96
SISTEM.................................................98
LG Backup.........................................101
Tentang penyandaran dan
pemulihan data peranti...................... 101
Lakukan Sandaran LG ke atas data
tablet anda.......................................... 102
Menjadualkan sandaran
automatik............................................ 102
Memulihkan data tablet.................... 103
Kemas kini perisian tablet..............104
Kemas kini perisian tablet ................ 104
Kemas kini LG Tablet Software
(Perisian Tablet LG) melalui
teknologi Over-the-Air (Atas
Udara - OTA)......................................104
Aksesori............................................106
Pencarisilapan ................................. 107

5
Tentang panduan pengguna ini
• Sebelum menggunakan peranti anda, sila baca manual ini dengan teliti.
Ini akan memastikan bahawa anda menggunakan peranti anda dengan
selamat dan dengan betul.
• Sesetengah imej dan syot layar yang disediakan dalam panduan ini
mungkin nampak berbeza pada tablet anda.
• Kandungan anda mungkin berbeza daripada produk akhir, atau daripada
perisian yang dibekalkan oleh pembekal perkhidmatan atau pembawa.
Kandungan ini mungkin tertakluk kepada perubahan tanpa notis lebih awal.
Bagi versi terkini manual ini, sila lawati laman web LG diwww.lg.com.
• Aplikasi peranti anda dan fungsinya mungkin berbeza mengikut negara,
wilayah, atau spesifikasi perkakasan. LG tidak boleh dipertanggungjawabkan
terhadap sebarang masalah prestasi yang timbul akibat penggunaan
aplikasi yang dibangunkan oleh pembekal selain daripada LG.
• LG tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap masalah prestasi
atau ketidakserasian yang timbul akibat tetapan daftar yang diedit atau
perisian sistem pengendalian yang diubah suai. Sebarang cubaan untuk
menyesuaikan sistem pengendalian anda boleh menyebabkan peranti atau
aplikasinya tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.
• Perisian, audio, kertas dinding, imej dan media lain yang dibekalkan
bersama peranti anda telah dilesenkan untuk penggunaan terhad.
Jika anda memetik dan menggunakan bahan-bahan ini untuk tujuan
perdagangan atau tujuan lain, anda mungkin melanggar undang-undang
hak cipta. Sebagai pengguna, anda bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap penggunaan media yang tidak sah di sisi undang-undang.
Tentang panduan pengguna ini

6
• Bayaran tambahan mungkin dikenakan untuk perkhidmatan data, seperti
pemesejan, memuat naik dan memuat turun, penyegerakan auto, atau
menggunakan perkhidmatan lokasi. Untuk mengelakkan caj tambahan,
pilih pelan data yang sesuai dengan keperluan anda. Hubungi pembawa
perkhidmatan anda untuk mendapatkan butiran tambahan.
Tanda dagangan
• LG dan logo LG adalah tanda dagangan berdaftar LG Electronics.
• Semua tanda dagangan dan hak cipta lain adalah harta pemiliknya
masing-masing.
DivX HD
TENTANG VIDEO DIVX: DivX® adalah format video digital yang dicipta
oleh DivX, LLC, syarikat subsidiari Rovi Corporation. Ini adalah peranti DivX
Certified® rasmi yang telah lulus ujian rapi untuk mengesahkan bahawa ianya
memainkan video DivX. Lawati www.divx.com untuk maklumat lanjut dan
alatan perisian untuk menukar fail anda menjadi video DivX.
TENTANG DIVX VIDEO-ON-DEMAND: Peranti DivX Certified® ini mesti
didaftarkan untuk memainkan wayang DivX Video-on-Demand (VOD)
yang dibeli. Untuk mendapatkan kod pendaftaran anda, cari seksyen
VOD DivX dalam menu persediaan peranti anda. Pergi ke vod.divx.com
untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara untuk menyelesaikan
pendaftaran anda.
DivX Certified® untuk memainkan video DivX® sehingga HD 720P, termasuk
kandungan premium.
DivX®, DivX Certified® dan logo yang berkaitan adalah tanda dagangan Rovi
Corporation atau syarikat subsidiarinya dan digunakan dengan kebenaran.

7
Notis: Perisian Sumber Terbuka
Untuk mendapatkan kod sumber sepadan di bawah GPL, LGPL, MPL dan
lesen sumber terbuka yang lain, sila lawati http://opensource.lge.com/
Semua terma lesen, penafian dan notis yang dirujuk boleh dimuat turun
bersama-sama kod sumber.
Dolby Digital Plus
Dikeluarkan dengan kebenaran Dolby Laboratories. Dolby, Dolby Digital Plus
dan simbol D berganda adalah tanda dagangan Dolby Laboratories.

8
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini
mungkin merbahaya atau tidak sah.
Sekiranya kesilapan berlaku, sebuah alat perisian dibina di dalam peranti
anda akan mengumpulkan log kesilapan. Alat ini mengumpulkan data
yang khusus kepada lalai sahaja, seperti kekuatan isyarat dan aplikasi yang
dimuatkan. Log hanya digunakan untuk membantu menentukan punca bagi
kesilapan. Log ini dienkripsi dan hanya boleh diakses oleh Pusat pembaikan
LG yang sah, sekiranya anda perlu mengembalikan peranti anda untuk dibaik
pulih.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan
Khusus (SAR).
Model peranti tablet LG-V500 ini telah direka bentuk untuk mematuhi
keperluan keselamatan yang dikenakan terhadap pendedahan kepada
gelombang radio. Keperluan ini adalah berdasarkan garis panduan saintifik
yang termasuk margin keselamatan yang direka bentuk untuk memastikan
keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan kesihatan.
• Garis panduan pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit
ukuran yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus (SAR). Ujian bagi
SAR dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan dalam keadaan
peranti memancar pada aras kuasa tertinggi yang diperakui dalam semua
jalur frekuensi yang digunakan.
• Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model peranti
LG, semuanya telah direka bentuk untuk memenuhi garis panduan yang
relevan bagi pendedahan kepada gelombang radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

9
Bukan-Ion Antarabangsa (ICNIRP) ialah 2W/kg dipuratakan ke atas 10g
tisu.
• Nilai SAR tertinggi bagi peranti ini apabila dipakai di badan, seperti yang
diterangkan dalam panduan pengguna ini, ialah 0.720 W/kg.
• Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila digunakan
sama ada dalam kedudukan penggunaan normal pada telinga atau apabila
diletakkan pada jarak sekurang-kurangnya 0.00 cm dari badan. Apabila
bekas pembawa, klip tali pinggang atau pemegang digunakan untuk
pengendalian pemakaian pada badan, ia tidak sepatutnya mengandungi
metal dan perlu meletakkan produk sekurang-kurangnya 0.00 cm
menjauhi badan anda.
Untuk memancarkan fail data atau mesej, peranti ini memerlukan
sambungan yang berkualiti kepada rangkaian. Dalam beberapa kes,
pemindahan fail data atau mesej mungkin ditangguhkan sehingga
sambungan tersebut tersedia. Pastikan arahan jarak pemisahan diikuti
sehingga pemindahan selesai.
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
AMARAN
Notis untuk penggantian bateri
• Untuk keselamatan anda, jangan mengeluarkan bateri yang dimasukkan
dalam produk. Jika anda perlu menggantikan bateri, bawanya ke pusat
perkhidmatan Elektronik LGatau penjual untuk mendapatkan bantuan.
• Bateri Li-Ion ialah komponen berbahaya yang boleh menyebabkan
kecederaan.
• Penggantian bateri oleh pakar yang tidak berkelayakan boleh
menyebabkan kerosakan kepada peranti anda.

10
AMARAN
Hanya gunakan bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan untuk
digunakan bersama model tertentu peranti ini. Penggunaan sebarang
jenis lain boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang
berkaitan dengan peranti ini dan mungkin berbahaya.
• Jangan buka bahagian-bahagian unit ini. Bawa ia kepada juruteknik servis
yang layak jika kerja pembaikan diperlukan.
• Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG, mungkin termasuk
penggantian bahagian atau papan yang sama ada baru atau yang
diperbaiki, asalkan kefungsiannya sebanding dengan bahagian yang
diganti.
• Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan komputer peribadi.
• Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti radiator atau
dapur.
• Jangan jatuhkan.
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran mekanikal atau kejutan.
• Matikan peranti di mana-mana tempat yang memerlukan anda berbuat
demikian oleh undang-undang khas. Contohnya, jangan gunakan peranti
anda di hospital kerana ia mungkin mengganggu peralatan hospital yang
sensitif.
• Jangan kendalikan peranti dengan tangan yang basah semasa ia sedang
dicas. Ia boleh menyebabkan terjadinya renjatan elektrik dan peranti
mungkin akan rosak teruk.
• Jangan cas peranti berhampiran bahan yang mudah terbakar kerana
peranti akan menjadi panas dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.

11
• Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit ini
(jangan gunakan pelarut seperti benzena, pencair atau alkohol).
• Jangan cas tablet di atas perabot yang lembut.
• Peranti hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan baik.
• Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.
• Jangan simpan peranti di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan; ia
boleh menjejaskan maklumat pada jalur magnetik.
• Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana ia boleh merosakkan
tablet.
• Jangan dedahkan peranti kepada cecair atau kelembapan.
• Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati. Jangan sentuh
antena jika tidak diperlukan.
• Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau membaiki
kaca yang pecah, sumbing atau retak. Kerosakan pada paparan kaca
kerana ia disia-siakan dan disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh waranti
ini.
• Tablet anda adalah peranti elektronik yang menjana haba pada
penggunaan biasa. Sentuhan langsung dengan kulit dalam tempoh yang
berpanjangan dalam keadaan pengudaraan tidak mencukupi mungkin
akan mengakibatkan ketidakselesaan atau melecur sedikit. Oleh itu, anda
hendaklah berjaga-jaga apabila mengendalikan peranti anda atau betul-
betul selepas menggunakannya.
• Jika peranti anda basah, tanggalkan plag dengan serta merta untuk
mengeringkan ia sepenuhnya. Jangan cuba untuk mempercepatkan
proses mengering dengan sumber pemanasan luaran, seperti ketuhar,
ketuhar gelombang mikro atau pengering rambut.

12
• Cecair dalam peranti basah anda mengubah warna label produk dalam
peranti anda. Kerosakan pada peranti anda akibat pendedahan kepada
cecair tidak diliputi oleh waranti anda.
• Guna tablet anda dalam suhu di antara 0ºC dan 40ºC, jika boleh.
Mendedahkan peranti anda kepada suhu yang terlampau rendah atau
tinggi akan mengakibatkan kerosakan, malfungsi atau letupan.
Operasi peranti yang cekap
Peranti elektronik
Semua peranti tablet mungkin mendapat gangguan, yang boleh
menjejaskan prestasi.
• Jangan gunakan peranti tablet anda berhampiran kelengkapan perubatan
tanpa meminta kebenaran. Elakkan meletak tablet di atas perentak jantung,
contohnya, di dalam poket dada anda.
• Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin diganggu oleh peranti tablet.
• Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV, radio, PC, dsb.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan peranti tablet
di kawasan tempat anda memandu.
• Jangan gunakan peranti pegang tangan semasa memandu.
• Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
• Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem elektronik di dalam
kenderaan anda seperti stereo kereta dan kelengkapan keselamatan.

13
• Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halangnya dengan
kelengkapan wayarles yang dipasang atau yang mudah alih. Ia mungkin
tidak berfungsi atau menyebabkan kecederaan serius disebabkan prestasi
yang tidak betul.
• Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan, sila pastikan
bahawa volum berada pada paras yang berpatutan agar anda sedar
akan keadaan di sekeliling anda. Ini khususnya amat penting jika anda
berdekatan jalan raya.
Elakkan kerosakkan ke pendengaran anda
NOTA: Tekanan bunyi yang melampau dari fon telinga dan fon kepala
boleh menyebabkan kehilangan pendengaran.
Untuk mencegah kerosakan pendengaran, jangan mendengar
pada tahap volum yang tinggi untuk tempoh yang panjang
• Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika anda terdedah
kepada bunyi yang kuat untuk tempoh yang lama. Kami dengan ini
mengesyorkan agar anda tidak menghidupkan atau mematikan tablet
berhampiran dengan telinga anda. Kami juga mengesyorkan bahawa
volum muzik dan panggilan ditetapkan kepada paras yang berpatutan.
• Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volum jika anda tidak dapat
mendengar orang yang bercakap berdekatan dengan anda atau jika orang
yang duduk di sebelah anda dapat mendengar apa yang sedang anda
dengar.

14
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti tablet anda dibuat daripada kaca. Kaca ini
akan retak atau pecah jika peranti anda terjatuh di atas permukaan yang
keras atau menerima impak yang kuat. Jika kacanya pecah, jangan sentuh
atau cuba untuk menanggalkannya. Berhenti menggunakan peranti anda
sehingga kaca diganti oleh pembekal khidmat yang diluluskan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan tablet di mana peletupan sedang dijalankan. Patuhi sekatan
dan ikut sebarang aturan dan peraturan.
Persekitaran boleh meletup
• Jangan gunakan tablet di tempat mengisi minyak.
• Jangan gunakan berhampiran bahan api atau bahan kimia.
• Jangan angkut atau simpan gas mudah terbakar, cecair atau bahan
letupan di dalam ruang yang sama dengan yang mengandungi peranti
tablet anda dan aksesorinya.
Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
• Matikan tablet anda sebelum menaiki sebarang pesawat terbang.
• Jangan gunakannya apabila mendarat tanpa izin anak kapal.

15
Kanak-kanak
Simpan peranti di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak
kecil. Ia termasuk bahagian kecil yang boleh menyebabkan bahaya tercekik
jika ia tertanggal. Peranti ini juga mengandungi bateri dalaman yang boleh
membahayakan jika peranti tidak digunakan atau diselenggara dengan betul.
Maklumat dan penjagaan bateri
• Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya
semula. Tidak seperti sistem bateri lain, tiada kesan memori yang boleh
menjejaskan prestasi bateri.
• Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk untuk
memaksimumkan hayat bateri.
• Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan bateri.
• Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat tempoh masa yang lama
untuk memaksimumkan kebolehgunaan.
• Jangan dedahkan pengecas bateri secara terus kepada sinaran matahari
atau gunakannya di tempat berkelembapan tinggi, seperti bilik air.
Jangan biarkan peranti di tempat yang panas atau sejuk, kerana ini boleh
menurunkan prestasi bateri.
• Terdapat risiko letupan jika bateri digantikan dengan jenis yang salah.
• Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut arahan pengilang. Sila
kitar semula yang mana mungkin. Jangan lupuskan sebagai sampah
rumah yang biasa.
• Jika anda hendak mengganti bateri, bawa ia ke pusat servis LG Electronics
atau wakil penjual yang disahkan untuk mendapatkan bantuan.

16
• Tanggalkan plag pengecas dari soket dinding setiap kali selepas
tablet dicas sepenuhnya untuk menjimatkan kuasa pengecas daripada
penggunaan yang tidak perlu.
• Hayat sebenar bateri bergantung kepada konfigurasi rangkaian, tetapan
produk, corak penggunaan, dan keadaan bateri dan persekitaran.
• Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau gigi haiwan,
bersentuhan dengan bateri. Ini akan menyebabkan kebakaran.
Cara mengemas kini tablet anda
Akses ke keluaran peralatan tegar terkini, fungsi perisian baru dan
peningkatan.
• Kemas kini tablet anda tanpa menggunakan PC. Pilih Pusat kemaskini
> Kemaskini perisian.
• Kemas kini telefon pintar anda dengan menyambungkannya kepada PC
anda.
Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang menggunakan
fungsi ini, sila lawati http://update.lgmobile.com atau http://www.lg.com/
common/index.jsp pilih negara dan bahasa.
PENGISYTIHARAN PEMATUHAN
Dengan ini, LG Electronics mengisytiharkan bahawa produk LG-V500 ini
mematuhi keperluan penting dan peruntukan lain yang berkaitan dalam
Arahan 1999/5/EC. Salinan Perisytiharan Pematuhan boleh didapati di
http://www.lg.com/global/declaration

17
Sila baca maklumat ini sebelum mula menggunakan
tablet anda!
Sila semak sama ada sebarang masalah tablet yang anda hadapi telah
diterangkan dalam bahagian ini, sebelum anda membawa telefon anda
untuk diservis atau memanggil wakil servis.
1. Memori Tablet
Anda perlu memeriksa memori tablet anda dan memadam sebahagian data
seperti aplikasi, untuk menjadikan lebih banyak memori tersedia.
Untuk membuang pemasangan aplikasi:
1 Ketik > > Tab Apl > Tetapan > Apl.
2 Selepas semua aplikasi muncul, tatal dan pilih aplikasi yang hendak anda
membuang pemasangan.
3 Ketik Buang pemasangan.
2. Sebelum memasang aplikasi dan OS sumber
terbuka
AMARAN
Jika anda memasang dan menggunakan OS selain daripada yang
disediakan oleh pengeluar, ini mungkin akan menyebabkan tablet anda
gagal berfungsi. Di samping itu, tablet anda tidak lagi dilindungi oleh
waranti ini.
Notis penting

18
AMARAN
Untuk melindungi tablet dan data peribadi anda, hanya muat turun
aplikasi daripada sumber yang boleh dipercayai, seperti Play Store™. Jika
terdapat aplikasi yang tidak dipasang dengan betul pada tablet anda,
tablet anda mungkin tidak akan berfungsi sebagaimana sepatutnya
atau ralat yang serius mungkin berlaku. Anda hendaklah menyahpasang
aplikasi-aplikasi tersebut dan semua data dan tetapannya daripada tablet.
3. Menggunakan buka kunci corak
Tetapkan corak buka kunci untuk menjamin keselamatan tablet anda.
Ketik > > Tab Apl > Tetapan > Paparan > Skrin kunci > Pilih
skrin kunci > Corak. Ini akan membuka skrin yang akan memandu anda
melalui cara melukis buka kunci corak skrin. Anda hendaklah mencipta PIN
Sandaran sebagai langkah keselamatan jika anda terlupa buka kunci corak.
Amaran: Cipta akaun Google dahulu sebelum menetapkan buka kunci corak
dan ingat PIN Sandaran yang anda cipta sewaktu mencipta kunci corak
anda.
AMARAN
Langkah berjaga-jaga semasa menggunakan kunci corak.
Mengingati corak buka kunci yang anda tetapkan amatlah penting.
Anda tidak akan dapat mengakses tablet anda jika anda menggunakan
corak yang salah sebanyak 5 kali. Anda mempunyai 5 peluang untuk
memasukkan corak buka kunci, PIN atau kata laluan anda. Jika anda telah
menggunakan kesemua 5 peluang, anda boleh mencuba lagi selepas 30
saat.
Other manuals for LG-V500
16
Table of contents
Languages:
Other LG Tablet manuals