• Oleh sebab komponen berputar dan komponen yang boleh menyebabkan
kejutan elektrik digunakan dalam produk ini, pastikan anda membaca
“Peringatan Keselamatan” ini sebelum menggunakannya.
• Oleh sebab item-item awasan yang ditunjukkan di sini penting demi
keselamatan anda, pastikan anda mematuhinya.
• Selepas membaca manual ini, simpan ia bersama dengan manual
pemasangan di tempat yang mudah untuk anda mencapainya apabila ingin
membuat rujukan.
Tanda-tanda dan maksudnya
AMARAN : Pengendalian yang tidak betul boleh menyebabkan bahaya
yang serius, seperti kematian, kecederaan serius, dll.
dengan kebarangkalian yang tinggi.
AWAS : Pengendalian yang tidak betul boleh menyebabkan bahaya
yang serius bergantung pada keadaannya.
Maksud simbol yang digunakan dalam manual ini
: Pastikan anda tidak melakukannya.
: Pastikan anda mengikuti arahan.
: Jangan sesekali memasukkan jari atau kayu, dll.
:
Jangan sesekali memijak unit dalaman/luaran dan jangan letak apa-apa di atasnya.
: Bahaya kejutan elektrik. Berhati-hati.
:
Pastikan anda menanggalkan palam bekalan kuasa dari soket dinding.
: Pastikan anda mematikan bekalan kuasa.
PERINGATAN KESELAMATAN
KANDUNGAN
■PERINGATAN KESELAMATAN 1
■NAMA SETIAP BAHAGIAN 3
■PERSEDIAAN SEBELUM PENGENDALIAN 3
■MEMILIH MOD OPERASI 4
■KELAJUAN KIPAS DAN PELARASAN ARAH ALIRAN UDARA 5
■OPERASI ECONO COOL 5
■OPERASI PEMASA (PEMASA ON/OFF) 5
■PEMBERSIHAN 6
■APABILA ANDA FIKIR MASALAH BERLAKU 7
■APABILA PENYAMAN UDARA TIDAK AKAN DIGUNAKAN UNTUK TEMPOH YANG LAMA 8
■TEMPAT PEMASANGAN DAN KERJA ELEKTRIK 8
■SPESIFIKASI 8
AMARAN
J a n g a n m e n y a m b u n g k a n k o r d k u a s a k e s o k e t
perantaraan, menggunakan kord sambungan, atau
menyambungkan lebih daripada satu peranti kepada
satu outlet AC.
• Ia boleh menyebabkan pemanasan berlebihan, kebakaran
atau kejutan elektrik.
Pastikan palam kuasa bebas daripada kotoran dan
cucukkannya dengan rapi ke dalam soket.
• Palam yang kotor boleh menyebabkan kebakaran atau
kejutan elektrik.
Jangan ikat, tarik, rosakkan, atau ubah suai kord kuasa, dan
jangan panaskan atau letakkan objek yang berat di atasnya.
• Ia boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Jangan MATIKAN/HIDUPKAN pemutus atau memutuskan/
menyambungkan palam kuasa semasa unit ini beroperasi.
• Ini boleh menghasilkan percikan api, yang boleh
menyebabkan kebakaran.
•
Selepas unit dalaman DIMATIKAN menggunakan alat kawalan
jauh, pastikan anda MEMATIKAN pemutus atau mencabut palam
kuasa.
Jangan dedahkan badan anda secara terus kepada udara
yang sejuk untuk tempoh yang lama.
• Ia boleh menjejaskan kesihatan anda.
Unit ini tidak boleh dipasang, dipindahkan, ditanggalkan,
dipinda, atau dibaiki oleh pengguna.
•
Penyaman udara yang tidak dikendalikan dengan betul boleh
menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik, kecederaan, atau
kebocoran air, dll. Sila berunding dengan wakil penjual anda.
• Jika kord kuasa rosak, ia mesti diganti oleh pengilang atau
ejen servisnya bagi mengelakkan bahaya.
Semasa memasang, memindahkan, atau menservis
unit ini, pastikan tiada bahan lain selain daripada bahan
penyejuk yang dinyatakan (R410A) memasuki litar bahan
penyejuk.
• Sebarang kehadiran bendasing seperti udara boleh
menyebabkan kenaikan tekanan yang tidak normal dan
boleh menyebabkan letupan atau kecederaan.
•
Penggunaan sebarang bahan penyejuk lain selain daripada
yang dinyatakan untuk sistem ini akan menyebabkan kegagalan
mekanikal, kepincangan tugas sistem atau kerosakan unit. Dalam
kes yang paling buruk, ia boleh menghalang jaminan keselamatan
produk ini.
Perkakas ini bukan untuk kegunaan individu (termasuk
kanak-kanak) yang kurang keupayaan fi zikal, deria atau
mental, atau kurang pengalaman atau pengetahuan,
kecuali jika mereka telah diberikan penyeliaan atau
arahan berkaitan penggunaan perkakas ini oleh individu
yang bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka.
Kanak-kanak harus diperhatikan untuk memastikan yang
mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
Jangan masukkan jari anda, kayu, atau objek lain ke
dalam salur masuk atau keluar udara.
• Ia boleh menyebabkan kecederaan, oleh sebab kipas di
dalamnya berputar pada kelajuan tinggi semasa operasi.
Sekiranya berlaku keadaan yang tidak normal (seperti
keluar bau terbakar), berhentikan penyaman udara dan
cabut palam kuasa atau MATIKAN pemutus.
•
Membiarkan operasi berterusan dalam keadaan yang tidak
normal boleh menyebabkan pincang tugas, kebakaran, atau
kejutan elektrik. Dalam kes ini, sila berunding dengan wakil
penjual anda.
Apabila penyaman udara tidak menyejukkan atau
memanaskan udara, ada kemungkinan bahawa bahan
penyejuk bocor. Dalam kes ini, sila berunding dengan
wakil penjual anda. Jika kerja pembaikan melibatkan
pengisian semula bahan penyejuk ke dalam unit ini, sila
minta butiran lanjut daripada juruteknik servis.
• Bahan penyejuk yang digunakan di dalam penyaman
udara ini adalah selamat. Biasanya, ia tidak akan bocor.
Namun, jika bahan penyejuk bocor dan bersentuhan
dengan sumber haba seperti pemanas kipas, pemanas
minyak tanah, atau dapur masak, ia akan menghasilkan
gas yang berbahaya.
Pengguna tidak boleh sesekali cuba mencuci bahagian
dalam unit dalaman. Sekiranya bahagian dalam unit ini
perlu dibersihkan, sila hubungi wakil penjual anda.
•
Bahan pencuci yang tidak sesuai boleh menyebabkan
kerosakan kepada bahan plastik di dalam unit ini, yang
boleh menyebabkan kebocoran air. Sekiranya bahan
pencuci terkena pada komponen elektrik atau motor, ia
boleh menyebabkan pincang tugas, terhasilnya asap atau
kebakaran.