
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke
Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada
sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk
anda di www.philips.com/welcome.
Pengering rambut yang baru ini telah direka bentuk khas
untuk menawarkan anda dengan pengeringan yang selesa
dan boleh dipercayai di rumah atau semasa membuat
perjalanan. Ia mempunyai reka bentuk yang kompak dan
ringan, menjadikannya mudah untuk digunakan. Aliran
udaranya mengeringkan rambut anda dengan cepat, dan
menjadikan rambut anda berkilau, kembang dan berseri
seperti yang anda sukai.
Perihalan umum (Gamb. 1)
AGril alur keluar udara
BGril alur masuk udara
CTangkai boleh lipat
DGelung gantungan
ESuis gelangsar dengan 3 tetapan haba/kelajuan dan
kedudukan matikan (off)
6: Aliran udara yang kuat untuk pengeringan yang
cepat.
5: Aliran udara lembut untuk melindungi rambut
lembap daripada menjadi terlalu kering.
4: Aliran udara dingin untuk menetapkan gaya anda.
0: Off (Mati)
FPenumpu
Penting
Baca buku panduan pengguna ini dengan teliti sebelum
anda menggunakan perkakas dan simpannya untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
Jauhkan perkakas dari air. Jangan gunakannya
berdekatan atau di atas air yang bertakung di dalam
tab mandi, besen basuh, sinki, dll. Apabila digunakan di
dalam bilik air, cabut plag perkakas selepas digunakan.
Air yang berdekatan merupakan risiko biar pun
perkakas sudah dimatikan.
Jangan masukkan objek logam ke dalam gril
udara untuk mengelakkan kejutan elektrik.
Amaran
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada
perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
Periksa dengan kerap keadaan kord utama. Jangan
gunakan perkakas jika plag, kord utama atau perkakas
rosak.
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips,
pusat servis yang dibenarkan oleh Philips atau pihak
yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang
berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan
perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
Awas
Untuk perlindungan tambahan, kami mengesyorkan
agar anda memasang peranti arus baki (RCD) dalam
litar elektrik yang membekali bilik air. RCD ini mesti
mempunyai arus pengoperasian baki berkadar yang
tidak melebihi 30mA. Mintalah nasihat daripada juru
pemasang anda.
Jangan menghalangi gril udara.
Jika perkakas menjadi terlampau panas, ia akan
terpadam secara automatik. Cabut plag perkakas dan
biarkannya menyejuk selama beberapa minit. Sebelum
menghidupkan perkakas sekali lagi, pastikan gril tidak
tersumbat dengan debu halus, rambut, dll.
Sentiasa matikan perkakas sebelum meletakkannya,
walaupun untuk seketika.
Jangan gunakan perkakas pada rambut palsu.
Jangan gunakan perkakas ini untuk sebarang tujuan
selain daripada yang dimaksudkan.
Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
Jangan lilit kord sesalur mengelilingi perkakas.
Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori
atau bahagian dari pengilang lain atau yang
tidak disarankan secara khusus oleh Philips. Jika
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
anda menggunakan aksesori atau bahagian yang
sedemikian, jaminan anda akan dibatalkan.
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF). Jika
dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam
manual pengguna ini, perkakas selamat untuk digunakan
menurut bukti saintik yang boleh didapati pada masa ini.
1 Pasangkan plag di soket dinding.
2 Pilih tetapan yang dikehendaki untuk menghidupkan
perkakas (Gamb. 2).
6: Aliran udara yang kuat untuk pengeringan yang
cepat.
5: Aliran udara lembut untuk melindungi rambut
lembap daripada menjadi terlalu kering.
4: Aliran udara dingin untuk menetapkan gaya anda.
0: Off (Mati).
3 Untuk mengeringkan rambut anda, buat gerakan
memberus dengan memegang pengering rambut
tidak jauh daripada rambut.
Penumpu
Penumpu membolehkan anda menghala aliran udara
ke berus atau sikat yang anda gunakan untuk menggaya
rambut anda.
1 Untuk menyambungkan penumpu,hanya
ketapkannya pada perkakas.
2 Untuk menanggalkan penumpu,tarik penumpu dari
perkakas (Gamb. 3).
Pembersihan
Jangan sekali-kali membilas perkakas dengan air.
1 Matikan perkakas dan cabut plagnya.
2 Bersihkan perkakas dengan kain kering.
3 Sebelum anda membersihkan penumpu,
keluarkannya dari perkakas.
4 Bersihkan penumpu dengan kain lembap atau
dengan membilasnya di bawah pili.
Pastikan penumpunya kering sebelum anda
menggunakannya atau menyimpannya.
Penyimpanan
Jangan sekali-kali letakkan peralatan ke bawah pada alur
udara. Sentiasa letakkan pada salah satu sisinya.
Jangan lilit kord sesalur mengelilingi perkakas.
1 Matikan perkakas dan cabut plagnya.
2 Simpan perkakas di tempat yang selamat dan
biarkan ia menyejuk.
3 Simpan perkakas di tempat yang kering jauh dari
capaian kanak-kanak.
4 Untuk memudahkan penyimpanan,gantung perkakas
dari gelung gantungnya (Gamb. 4).
Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada
akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat pungutan
rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan
sedemikian anda akan membantu memelihara alam
sekitar (Gamb. 5).
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi
masalah, sila kunjungi laman web Philips di www.philips.
com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips
di negara anda (anda boleh mendapatkan nombor
telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada
Pusat Layanan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil
pengedar Philips tempatan atau Jabatan Servis Syarikat
Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri Philips.
-
-
-
-
-
Jika masalah timbul dengan alat pendandan dan anda tidak
dapat menyelesaikannya dengan maklumat di bawah, sila
hubungi pusat perkhidmatan Philips terdekat atau Pusat
Layanan Pelanggan Philips di negara anda.
Masalah Penyebab Penyelesaian
Alat ini
tidak
berfungsi
langsung.
Mungkin
soket yang
tersambung
dengan perkakas
tidak hidup.
Pastikan soket itu hidup.
Perkakas
mungkin telah
menjadi terlalu
panas lalu
mati dengan
sendirinya.
Cabutkan plag dan
biarkannya menyejuk
untuk beberapa
minit. Sebelum
anda menghidupkan
perkakas ini semula,
periksa grilnya untuk
memastikan tidak
terdapat gumpalan
debu, rambut, dll.,
tersekat padanya.
Perkakas
mungkin tidak
sesuai dengan
voltan yang
digunakan.
Pastikan voltan yang
ditandakan di atas plet
jenis pada perkakas
berpadanan dengan
kuasa voltan utama
setempat.
Kemungkinan
kord sesalur
utama perkakas
rosak.
Kord sesalur kuasa
tidak boleh diganti. Jika
sesalur kuasa rosak,
anda mesti membuang
perkakas ini.