
3 Masukkan semula kawalan stim. Letakkan mata jarum betul-betul di tengah
lubang dan muatkan unjuran kecil pada sisi jarum ke dalam slot (Gamb. 20).
4 Tetapkan kawalan stim ke kedudukan O.
Penyimpanan
1 Tetapkan kawalan stim kepada kedudukan O dan cabut plag daripada soket
dinding.
2 Lilitkan kord sesalur di sekeliling bahagian penyimpanan kord (Gamb. 21).
3 Jenis tertentu sahaja: letakkan seterika di atas penutup pelindung tahan panas
dan lekatkan penutup menggunakan jalurVelcro (Gamb. 22).
Nota: Jika anda menggunakan penutup plat tapak tahan panas, anda tidak perlu
membiarkan seterika menyejuk dahulu. Jika anda hendak menyimpan seterika tanpa
penutup plat tapak, biarkan ia sejuk dahulu.
Alam sekitar
- Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada akhir hayatnya, tetapi
bawanya ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat
sedemikian anda membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 23).
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat atau jika anda mengalami
masalah, sila lawati tapak web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan
pelanggan Philips di negara anda (anda boleh mendapatkan nombor telefonnya di
dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat Layanan Pelanggan di negara anda,
hubungi wakil pengedar Philips tempatan.
Menyelesaikan masalah
Bab ini meringkaskan masalah yang paling kerap berlaku yang mungkin anda hadapi
dengan perkakas ini. Jika anda tidak dapat menyelesaikannya dengan maklumat di
bawah, sila hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.
Masalah Kemungkinan punca Penyelesaian
Plag seterika
dipasang tetapi
plat tapak dingin.
Terdapat masalah
sambungan.
Periksa kord sesalur kuasa, palam
dan soket dinding.
Tombol suhu ditetapkan
pada MIN.
Tetapkan tombol suhu di
kedudukan yang dikehendaki.
Seterika tidak
menghasilkan stim.
Air di dalam tangki air
tidak mencukupi.
Isi tangki air (lihat bab
‘Menggunakan perkakas’, bahagian
‘Mengisi tangki air’.)
Kawalan stim ditetapkan
pada kedudukan O.
Setkan kawalan stim kepada awan
kecil atau awan besar (lihat bab
‘Menggunakan perkakas, bahagian
‘Memilih tetapan suhu dan stim’).
Fungsi pancutan
stim tidak
berfungsi dengan
betul (jenis
tertentu sahaja).
Anda telah
menggunakan fungsi
pancutan stim terlalu
kerap dalam tempoh
masa yang terlalu
pendek.
Letak seterika pada tumitnya
atau teruskan menyeterika
dalam kedudukan mendatar dan
tunggu beberapa lama sebelum
menggunakan semula fungsi
pancutan stim.
Panasnya alat seterika
kurang.
Tetapkan suhu penyeterikaan di
mana fungsi pancutan stim boleh
digunakan ( 3hingga MAX).
Letakkan seterika pada tumitnya
dan tunggu sehingga lampu
suhu telah padam sebelum anda
menggunakan fungsi pancutan stim.
Emping dan
kotoran keluar
dari plat
tapak semasa
menyeterika.
Air liat membentuk
emping di dalam plat
tapak.
Gunakan fungsi Calc-Clean
sekali atau lebih banyak kali
(lihat bab ‘Pembersihan dan
penyelenggaraan’, bahagian ‘fungsi
Calc-Clean’).
Lampu pada
pemegang
berkelip (jenis
tertentu sahaja).
Fungsi pematian kuasa
automatik diaktifkan
(lihat ‘Ciri’, bahagian
‘Pematian kuasa
automatik’).
Angkat seterika atau gerakkannya
sedikit untuk menyahaktifkan
fungsi pematian automatik. Lampu
pematian automatik akan padam.
Titisan air
menitik pada
fabrik semasa
menyeterika.
Anda tidak menutup
tukup bukaan isian
dengan betul.
Tekan tukup sehingga anda
mendengar bunyi klik.
Fungsi pematian automatik (jenis tertentu sahaja)
Fungsi pematian automatik mematikan seterika secara automatik jika ia tidak
digerakkan buat beberapa waktu.
,Lampu pematian automatik menyala untuk menandakan seterika telah
dimatikan oleh fungsi pematian automatik (Gamb. 11).
Untuk membolehkan seterika memanas semula:
1 Angkat seterika atau gerakkannya sedikit.
,Lampu pematian automatik berhenti berkelip.
,Jika suhu tapak plat telah turun ke bawah suhu penyeterikaan yang ditetapkan,
lampu suhu menyala.
2 Jika lampu pandu kuning jingga menyala selepas anda menggerakkan seterika,
tunggu sehingga ia padam sebelum mula menyeterika.
Nota: Jika lampu pandu kuning jingga tidak menyala selepas anda menggerakkan
seterika, plat tapak masih berada pada suhu yang betul dan seterika sedia untuk
digunakan.
Pembersihan dan penyelenggaraan
Pembersihan
1 Setkan kawalan stim pada kedudukan O, tanggalkan plag dari soket dinding dan
biarkan seterika menyejuk.
2 Tuang keluar baki air yang tinggal daripada tangki air.
3 Kesatkan emping dan apa-apa sisa lain pada plat tapak dengan kain yang lembap
dan agen pembersih (cecair) yang tidak melelas.
Agar plat tapak sentiasa licin, elakkan sentuhan kuat dengan objek logam.
Jangan sekali-kali gunakan pad penyental, cuka atau bahan kimia yang lain untuk
membersihkan plat tapak.
4 Membersihkan bahagian atas alat seterika dengan kain yang lembap.
5 Sentiasa basuh tangki air dengan air. Kosongkan tangki air selepas anda telah
membasuhnya (Gamb. 12).
Sistem Kerak Dwi-Aktif (jenis khusus sahaja)
Nota: Lihat bab ‘Perihalan umum’ untuk nombor jenis yang dilengkapi dengan Sistem
Kerak Dwiaktif.
Sistem Kerak Dwi-Aktif terdiri daripada tablet Anti Kerak di dalam tangki air
digabungkan dengan fungsi Pembersihan Kerak.
- Tablet antikerak mencegah kerak menyumbat liang stim.Tablet ini sentiasa aktif
dan tidak perlu digantikan (Gamb. 13).
- Fungsi Pembersihan Kerak menghilangkan partikel kerak dari seterika.
Fungsi Pembersihan Kerak
Gunakan fungsi Pembersihan Kerak sekali setiap dua minggu. Jika air di kawasan anda
terlalu keras (iaitu serpihan keluar dari plat dasar semasa menyeterika), anda harus
menggunakan fungsi Pembersihan Kerak dengan lebih kerap.
1 Pastikan palam perkakas ditanggalkan.
2 Tetapkan kawalan stim ke kedudukan O.
3 Isikan tangki air sampai paras maksimum.
Jangan tuang cuka atau agen penanggal kerak yang lain ke dalam tangki air.
4 Tetapkan suhu tombol pada MAX (Gamb. 14).
5 Pasang palam wayar di soket dinding yang dibumikan.
6 Cabut plag seterika apabila lampu suhu padam.
7 Pegang seterika di atas sink dan putar kawalan stim kepada kedudukan
Pembersihan Kerak x. (Gamb. 15)
8 Tarik kawalan stim sedikit ke atas atas dan goncangkan seterika dengan
perlahan sehingga semua air di dalam tangki habis digunakan (Gamb. 16).
,Stim dan air yang mendidih akan keluar daripada tapak plat. Kerak (jika ada)
akan dikumbah keluar.
9 Selepas anda menggunakan fungsi Pembersihan Kerak, tekan kawalan stim ke
bawah sambil anda memutarnya pada kedudukan O. (Gamb. 17)
Nota: Ulang proses Pembersihan Kerak jika air yang keluar daripada seterika masih
mengandungi partikel kerak.
Selepas proses Pembersihan Kerak
1 Masukkan plag kembali ke dalam soket dinding dan biarkan seterika memanas
supaya plat tapak menjadi kering.
2 Cabut plag seterika apabila lampu suhu padam.
3 Gerakkan seterika perlahan-lahan di atas sehelai kain terpakai untuk
mengeluarkan apa-apa kesan air yang mungkin terbentuk pada plat tapaknya.
4 Biarkan seterika sehingga sejuk sebelum anda menyimpannya.
Membersihkan jarum kawalan stim
1 Tarik keluar kawalan stim dari perkakas. (Gamb. 18)
2 Gunakan cuka untuk menanggalkan kerak, jika ada, dari jarum (Gamb. 19).
Jangan bengkokkan atau rosakkan jarum kawalan stim.