
Garis panduan untuk penggunaan
yang selamat dan cekap
7
°Jangan buka bahagian-bahagian unit
ini. Bawanya ke juruteknik perkhidmatan
yang berkelayakan apabila kerja
pembaikan diperlukan.
°Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV,
radio, dan komputer peribadi.
°Unit ini hendaklah dijauhkan daripada
sumber haba seperti radiator atau dapur.
°Jangan jatuhkan.
°Jangan biarkan unit ini didedahkan pada
getaran atau kejutan mekanikal.
°Matikan telefon dalam sebarang kawasan
yang diperlukan mengikut peraturan
khas. Contohnya, jangan gunakan telefon
dalam hospital kerana ia menjejaskan
peralatan perubatan sensitif.
°Jangan kendalikan telefon anda dengan
tangan yang basah apabila ia sedang
dicas. Ia mungkin menyebabkan kejutan
elektrik dan kerosakan yang serius pada
telefon anda.
°Jangan cas telefon bimbit berdekatan
bahan mudah terbakar kerana telefon
bimbit tersebut boleh menjadi panas dan
menyebabkan bahaya api.
°Gunakan hanya kain kering untuk
membersihkan bahagian luar unit (jangan
gunakan pelarut seperti benzena, pencair
atau alkohol).
°Jangan caj telefon semasa ia berada di
atas kain hiasan.
°Telefon haruslah dicas di kawasan
pengudaraan yang baik.
°Jangan dedahkan unit ini kepada asap
atau habuk yang berlebihan.
°Jangan simpan telefon di sebelah kad
kredit atau tiket pengangkutan; ia
boleh menjejaskan maklumat pada jalur
magnetik.
°Jangan ketik skrin dengan objek yang
tajam kerana ia boleh merosakkan
telefon.
°Jangan dedahkan telefon kepada cecair
atau kelembapan.
°Gunakan aksesori seperti fon telinga
dengan berhati-hati. Jangan sentuh
antena jika tidak diperlukan.
OPERASI TELEFON YANG
CEKAP
PERANTI ELEKTRONIK
Semua telefon mudah alih mungkin
mendapat gangguan, yang boleh
menjejaskan prestasi.
°Jangan gunakan telefon mudah alih anda
berhampiran kelengkapan perubatan
tanpa meminta kebenaran. Elakkan
meletak telefon di atas perentak jantung,
contohnya, dalam poket dada anda.
°Sesetengah alat bantuan pendengaran
mungkin diganggu oleh telefon mudah
alih.
°Gangguan yang sedikit boleh menjejas
TV, radio, PC, dan sebagainya.