
1. Sekiranya kord kuasa rosak, ia mesti diganti oleh pengilang atau ejen
penyelenggaraannya atau orang berkelayakan yang seumpamanya bagi
mengelakkan sebarang kemalangan.
2. Hanya untuk kegunaan di dalam rumah.
3. Jangan rendamkan unit ini, kord atau plagnya di dalam air atau cecair yang lain bagi
mengelakkan risiko berlakunya kejutan elektrik.
4. Perkakas ini bukan bertujuan untuk digunakan oleh individu (termasuk kanak-kanak)
yang kurang upaya fizikal, deria atau mental, atau kurang pengalaman dan
pengetahuan melainkan pengawasan atau arahan penggunaan perkakas ini telah
diberi oleh orang yang bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka.
Kanak-kanak hendaklah diawasi bagi memastikan mereka tidak mempermainkan
perkakas ini.
5. Sila cabut plag perkakas dari soket jika perkakas ini tidak digunakan atau sebelum
kerja pembersihan.
6. Setelah kipas ini dipasang, penghadang bilah pemutar tidak boleh ditanggalkan sama
sekali.
7. Cara pelupusan produk ini yang betul.
Tanda ini menunjukkan bahawa produk ini tidak boleh dilupuskan dengan
sisa isi rumah lain di seluruh negara-negara EU. Untuk mengelakkan kebahayaan
yang mungkin dibawa terhadap alam sekitar atau kesihatan manusia daripada
pelupusan sampah yang tidak terkawal, kitar semula produk ini secara
bertanggungjawab demi menggalakkan penggunaan semula sumber bahan secara
berterusan. Untuk mengembalikan perkakas terpakai, sila gunakan sistem
pemulangan dan pengumpulan atau hubungi kedai peruncit di mana produk ini dibeli.
Mereka boleh membawa produk ini untuk dikitar semula dengan cara mesra alam.
1
Sila baca arahan-arahan keselamatan pengendalian dan penggunaan dengan teliti.
AWAS
AMARAN
ARAHAN KESELAMATAN PENGENDALIAN
1. Jangan masukkan jari, pensil, atau apa-apa objek lain menerusi penghadang
ketika kipas ini sedang berputar.
2. Tanggalkan plag sebelum kipas ini dipindah dari satu tempat ke tempat lain.
3. Pastikan kipas ini diletakkan di atas permukaan yang stabil ketika beroperasi bagi
mengelakkan ia daripada terbalik.
4. Jangan letakkan kipas ini di tepi tingkap kerana air hujan mungkin menimbulkan
kebahayaan.
5. Hanya untuk kegunaan di dalam rumah.