
Sila baca arahan-arahan keselamatan pengendalian dan penggunaan dengan teliti.
PERINGATAN
AMARAN
ARAHAN KESELAMATAN PENGENDALIAN
1. Sekiranya kord kuasa sudah rosak, ia mesti diganti oleh
pengilang atau ejen perkhidmatannya atau orang berkelayakan
yang seumpamanya bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
2. Hanya untuk kegunaan di dalam rumah.
3. Untuk menghindari risiko berlakunya kejutan elektrik, jangan
rendamkan unit ini, kord atau plagnya di dalam air atau cecair
yang lain.
4. Perkakas ini bukan direka untuk digunakan oleh individu
(termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya fizikal, deria atau
mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan melainkan
pengawasan atau arahan penggunaan perkakas ini telah diberi
oleh orang yang bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka.
Kanak-kanak harus diawasi bagi memastikan mereka tidak
mempermainkan perkakas ini.
5. Tanggalkan plag perkakas ini dari outlet jika ia tidak digunakan
dan sebelum kerja pembersihan.
6. Setelah kipas ini dipasang, penghadang pemutar bilah tidak boleh
ditanggalkan sama sekali.
7. Cara pelupusan produk ini yang betul.
Tanda ini menunjukkan bahawa produk ini tidak harus
dilupuskan dengan sisa isi rumah lain di seluruh negara EU.
Untuk mengelakkan kebahayaan yang mungkin terhadap alam
sekitar atau kesihatan manusia daripada pelupusan sampah yang
tidak terkawal, kitar semula produk ini secara bertanggungjawab
bagi menggalakkan penggunaan semula sumber bahan secara
berterusan. Untuk mengembalikan perkakas yang telah
digunapakai, sila gunakan sistem pemulangan dan pengumpulan
atau hubungi peruncit di mana produk ini dibeli. Mereka boleh
mengambil produk ini untuk dikitar semula secara mesra alam.
1. Jangan masukkan jari, pensil, atau apa-apa objek lain menerusi penghadang ketika
kipas ini sedang berputar.
2. Tanggalkan plag sebelum kipas ini dipindah dari satu tempat ke tempat lain.
3. Pastikan kipas ini diletakkan pada permukaan yang stabil ketika beroperasi bagi
mengelakkan ia daripada terbalik.
4. Jangan letakkan kipas ini di tepi tingkap kerana air hujan mungkin menimbulkan
kebahayaan.
5. Hanya untuk kegunaan di dalam rumah.
5