
MS-2
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
Sentiasa ikuti langkah keselamatan
asas semasa menggunakan perkakas
elektrik, termasuk yang berikut:
AMARAN – Sentiasa perhatikan
perkara yang berikut untuk
mengurangkan risiko kejutan elektrik,
kebakaran atau kecederaan:
• Baca semua arahan sebelum
menggunakan unit utama ini.
• Hanya gunakan salur keluar 220-240
volt.
• Perkakas ini tidak direka untuk
digunakan oleh mereka (termasuk
kanak-kanak) yang cacat tubuh
badan, cacat deria atau mental,
mahupun mereka yang kurang
berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali jika mereka diberikan
penyeliaan atau arahan yang betul
tentang penggunaan perkakas ini
oleh orang yang bertanggungjawab
atas keselamatan mereka.
Kanak-kanak hendaklah diawasi bagi
memastikan mereka tidak bermain
dengan perkakas ini.
• Jika kord kuasa rosak, ia mesti
digantikan oleh pengilang, wakil
servis, Pusat Servis Sharp yang sah
atau individu yang berkelayakan bagi
mengelakkan bahaya. Sila hubungi
Pusat Servis yang berdekatan bagi
sebarang masalah, pelarasan atau
pembaikan.
• Pastikan anda menanggalkan
palam sebelum menjalankan
penyelenggaraan, apabila
menanggalkan, memasang dan
menggantikan penapis serta apabila
tidak menggunakannya untuk masa
yang lama. Kegagalan melakukan
sedemikian akan menyebabkan litar
pintas berlaku yang mengakibatkan
kejutan elektrik atau kebakaran.
• Jangan gunakan unit utama ini jika
kord kuasa atau palamnya rosak atau
jika sambungan ke salur keluar dinding
longgar.
• Dari semasa ke semasa buang habuk
yang melekat pada palam.
• Jangan masukkan jari atau objek asing ke
dalam salur masuk atau salur keluar udara.
• Sentiasa pegang palam dan jangan
sesekali tarik kordnya apabila hendak
menanggalkan palam kuasa.
Kegagalan melakukan sedemikian akan
menyebabkan litar pintas berlaku yang
mengakibatkan kejutan elektrik atau
kebakaran.
• Berhati-hati agar kord kuasa tidak rosak,
jika tidak, boleh menyebabkan kejutan
elektrik, terlebih panas atau kebakaran.
• Jangan tanggalkan palam dengan tangan
yang basah.
• Jangan letak unit utama ini berdekatan
atau pada objek panas, seperti dapur atau
pemanas, ataupun yang boleh terkena
wap air.
• Jangan kendalikan unit utama ini di dalam
bilik yang menggunakan penyembur
pembunuh serangga. Jangan kendalikan
unit utama ini di dalam bilik yang udaranya
berminyak, berbau asap, terdapat nyalaan
api daripada rokok yang dinyalakan, atau
wasap kimia di udara. Jangan kendalikan
unit utama di tempat yang basah seperti
bilik mandi.
• Sila berhati-hati semasa membersihkan
unit utama ini. Bahan pencuci yang kuat
mengakis boleh merosakkan bahagian
luar unit.
• Jangan dedahkan unit utama kepada air.
Berbuat demikian boleh menyebabkan
litar pintas atau kejutan elektrik.
NOTA – Apa harus dilakukan jika unit
utama mengganggu penerimaan radio atau
TV
Jika pembersih udara mengganggu
penerimaan radio atau televisyen, cuba
salah satu daripada langkah-langkah
berikut:
• Laraskan atau ubah kedudukan antena
penerima.
• Jauhkan unit utama dari radio atau TV.
• Sambungkan peralatan ke dalam salur
keluar pada litar yang berbeza yang
bersambung dengan penerima radio atau
TV.
• Rujuk wakil penjual atau juruteknik radio
atau TV yang berkelayakan.
FP-JM30ELPV_EN_MS_VI_ZH.indb 2 2019/04/08 11:35:54