
Ciri-ciri pengecas
— Bersesuaian dengan semua produk diperakui QI untuk mengecas tanpa
wayar.
— Bersesuaian dengan piawaian WPC 1.1.
— Sesuai untuk Apple iPhone 5/5S.
Arahan penggunaan
— Pasangkan sarung mengecas tanpa wayar VITAHULT anda pada telefon
anda.
— Untuk mengecas tanpa wayar, tempatkan telefon anda di atas simbol (+)
pada pengecas. Peranti mesti ditempatkan terus di atas simbol (+) pada
pengecas agar fungsi mengecas berfungsi secara optimum.
— Secara alternatifnya, jika anda ingin mengecas menggunakan kabel
USB, pertama sekali sambungkan kabel USB pada penyesuai kuasa
USB, dan kemudian palamkan hujung kabel USB ke dalam soket USB
mikro VITAHULT. Untuk mula mengecas, palamkan penyesuai mikro
VITASHULT ke dalam soket elektik.
Untuk pengetahuan anda
— Peranti mungkin menjadi hangat semasa mengecas, ini sebenarnya
normal dan ia beransur kurang sejuk semula selepas ia telah dicas
sepenuhnya.
— Masa mengecas berbeza-beza berdasarkan keupayaan bateri peranti,
tahap mengecas, hayat bateri dan suhu ruang persekitaran.
— Disepadukan di dalam soket micro USB membolehkan anda dengan mudah
mengakses memori telefon. Tanpa perlu untuk menanggalkan penutup.
— Suhu pengendalian pengecas: -10°C hingga 40°C.
Untuk membersih penutup, tanggalkan palam dari telefon dan lap dengan kain
yang lembap. Jangan masukkan ke dalam air. Lap kering dengan kain kering.
Simpan arahan untuk kegunaan masa hadapan.
AMARAN:
Guna hanya di lokasi kering.
Kanak-kanak harus diselia bagi memastikan mereka tidak bermain dengan
produk tersebut.
Pengeluar: IKEA of Sweden AB
Alamat: Box 702, 343 81 Älmhult
Notis Cap dagang
“Diperbuat untuk iPhone” bermakna yang sebuah
aksesori elektronik telah direka bentuk khas untuk
disambungkan ke iPhone dan telah diperakui oleh
pembangun bagi memenuhi piawaian pencapaian Apple.
Apple, iPhone merupakan cap dagang Apple Inc, berdaftar di Amerika
Syarikat dan negara-negara lain.
Simbol ‘Qi’ merupakan tanda dagangan Wireless Power Consortium.
Simbol roda berpangkah menunjukkan item ini harus dilupuskan
berasingan daripada bahan buangan isi rumah. Item ini sepatutnya
diserahkan untuk dikitar semula selaras dengan peraturan alam
sekitar tempatan untuk pelupusan sampah. Dengan mengasingkan
item bertanda daripada bahan buangan isi rumah, anda akan membantu
mengurangkan jumlah bunagan yang dihantar ke tapak pelupusan dan
meminimumkan kesan negatif yang berpotensi ke atas kesihatan manusia
serta alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, hubungi gedung IKEA anda.
BAHASA MALAYSIA 10