
Peringatan Keselamatan Penting
Baca buku panduan ini dengan teliti dan disimpan untuk rujukan kelak.
Sebagai langkah perlindungan tambahan, gunakan soket kuasa dengan arus 
kadaran 13A. Jangan berkongsi litar dengan perkakas elektrik lain yang 
menggunakan kuasa watt yang tinggi bagi mengelakkan beban berlebihan.
Untuk mengisi air, alihkan cerek dari tapaknya. Lap bahagian bawah cerek 
sehingga kering sebelum diletakkan semula pada tapak kuasa. 
Jangan biarkan cerek yang sedang beroperasi tanpa pengawasan.
Pengawasan yang rapi adalah wajar jika perkakas ini digunakan berdekatan 
dengan kanak-kanak atau orang-orang yang belum dewasa.
Cerek elektrik ini mesti dikendalikan di atas permukaan yang rata. Jangan 
letakkan cerek ini di atas atau berhampiran dengan pembakar gas atau elektrik 
yang panas atau di atas perkakas elektrik yang lain.
Jangan sentuh permukaan yang panas, pegang gagangnya. Berhati-hati 
terhadap wap air yang dibebaskan dari muncung atau penutup khususnya ketika 
mengisi semula air. Jangan sesekali buka penutupnya ketika proses pendidihan.
Jangan gunakan unit ini untuk memanaskan benda-benda lain yang selain 
daripada air. Air yang diisi jangan melebihi paras “max”. Jangan panaskan cerek 
ini jika air di dalamnya lebih rendah daripada paras minimum.
Pastikan kord kuasa tidak terjuntai di tepi meja atau bersentuhan dengan 
permukaan yang panas. Simpan kord kuasa yang berlebihan di dalam ruang 
penyimpan kord pada bahagian bawah tapak unit ini.
Jangan rendamkan mana-mana bahagian daripada perkakas ini di dalam air atau 
cecair lain. Jangan gunakan kord kuasa yang dipanjangkan melainkan telah 
diperiksa oleh juruteknik bertauliah atau ejen perkhidmatan. Guna soket kuasa 
yang mempunyai voltan (arus ulang alih sahaja) yang sama seperti ditandakan 
pada perkakas ini.
Jika kord kuasa sudah rosak, ia mesti ditukar ganti oleh pengilang atau orang 
yang diberikuasa.
●
●
●
●
●
●
●
●
●
●
NOTA: Jika cerek ini terlebih diisi, air yang mendidih mungkin terpancut 
 keluar. Cerek ini hanya boleh digunakan bersama tapak yang 
 disediakan. 
AMARAN: Jangan dipasang suisnya jika air di dalam cerek kemungkinan 
 sudah membeku.
1