ARAHAN KESELAMATAN
Sebelum menggunakan produk ini, sila baca arahan keselamatan seperti berikut dan mematuhi
semua langkah keselamatan dan pencegahan yang lazim.
Peringatan:
Dilarang merungkai produk ini dengan sendiri, ia hanya boleh dilakukan oleh juruteknik
bertauliah;
Produk ini hanya boleh digunakan dengan adapter kuasa yang dibekalkan. Penggunaan
adapter yang lain mungkin menyebabkan kerosakan pada produk;
Jangan sentuh kord, plag atau adapter kuasa dengan tangan yang basah;
Jangan biarkan langsir, benda yang mudah melilit atau bahagian badan pengguna tergulung
ke dalam roda produk;
Jangan dekatkan punting rokok, pemetik api atau nyalaan api yang lain dengan produk ini;
Pembersihan produk hendaklah dilakukan selepas tamatnya proses pengecasan;
Jangan bengkokkan kord kuasa secara melampau, atau letakkan benda yang berat dan tajam
di atas mesin ini;
Produk ini hanya untuk kegunaan di rumah, jangan digunakan di luar rumah;
Jangan ditekan dengan benda berat (atau orang) yang melebihi 10 kg;
Jangan gunakan produk ini di tempat yang basah dan lembab (contohnya bilik mandi);
Sebelum penggunaan, alihkan semua benda di atas lantai seperti benda yang mudah rosak
(contohnya gelas, lampu dan sebagainya), dan benda yang mungkin melilit berus dan inlet
penyedut (contohnya wayar, kertas, langsir dan sebagainya);
Jangan letakkan produk ini di tempat yang mudah terjatuh (contohnya di atas meja dan
kerusi);
Sila padamkan suis On/Off pada bahagian bawah mesin ini ketika memindahkan atau tidak
menggunakan produk ini untuk jangkamasa yang panjang.
Sebelum pengecasan, sila periksa adapter kuasa sama ada sudah disambung kemas pada
soket;
Sila beritahu ahli keluarga lain di dalam rumah ketika mesin ini memulakan proses
pembersihan bagi mengelakkan mereka tersandung oleh produk ini.
Bekas debu yang penuh hendaklah dikosongkan dan dibersihkan terlebih dahulu sebelum
penggunaan berikutnya;
Suhu persekitaran untuk penggunaan produk ini adalah antara 0 C dan 40C;
Jangan gunakan produk ini di tempat mempunyai suhu persekitaran yang tinggi;
Tanggalkan bateri dari mesin sebelum produk ini dilupuskan;
Pengguna dikehendaki menukar bateri untuk alat kawalan jauh berdasarkan penggunaan,
dan bateri yang rosak hendaklah dilupuskan secara selamat.
AMARAN:
Kanak-kanak, orang yang kurang upaya atau kurang pengalaman dan pengetahuan mengenai
penggunaan peralatan elektrik dilarang gunakan produk ini melainkan pengawasan telah
diberikan oleh orang yang berkemahiran!
Dilarang gunakan produk ini di tempat terapung yang lebih tinggi daripada ketinggian
pengguna bagi mengelakkan mesin ini terjatuh ke bawah dan menyebabkan kecederaan!
Dilarang gunakan produk ini di kawasan terbuka yang tidak berpagar!
4