
- Sambungkan perkakas hanya ke soket dinding yang terbumi.
- Jangan gunakan perkakas jika ia diletakkan di atas meja atau kerusi. Hanya gunakan perkakas
apabila ia diletakkan di atas lantai. Jika hos membentuk bentuk-U, stim memeluwap dalam hos
dan ini menyebabkan stim atau titisan air yang tidak sekata keluar daripada kepala pengukus.
- Periksa kord dan hos bekalan dengan kerap untuk mencari apa-apa kerosakan.
- Jangan biarkan kord utama dan hos bekalan bersentuhan dengan stim panas apabila perkakas
sedang beroperasi.
- Selepas anda selesai menstim, semasa anda membersihkan perkakas dan juga semasa anda
membiarkan perkakas walaupun sebentar, matikan perkakas dan cabut palam sesalur dari soket
dinding.
- Jangan pindahkan perkakas semasa ia sedang digunakan.
- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja.
- Jangan seret atau tarik perkakas di atas lantai.
- Jangan masukkan minyak wangi, cuka, kanji, agen penanggal kerak, bahan bantu penyeterikaan
atau bahan kimia lain ke dalam tangki air.
- Anda boleh menggunakan air paip normal. Jika air paip di kawasan anda amat sadah, kami
menasihatkan supaya anda mencampurkannya dengan jumlah air suling yang sama banyak.
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintik yang boleh didapati pada masa ini.
Nota: Anda boleh menggunakan air paip normal. Jika air paip di kawasan anda amat sadah, kami
menasihatkan supaya anda mencampurkannya dengan jumlah air suling yang sama banyak.
Jangan masukkan minyak wangi, cuka, kanji, agen penanggal kerak, bahan bantu penyeterikaan atau
bahan kimia lain ke dalam tangki air.
Jangan isikan tangki air melepasi tanda MAKSIMUM.
1 Bukakan tukup bukaan isian.
2 Isikan tangki air sehingga paras MAKSIMUM menggunakan cawan isian yang
dibekalkan. (Gamb. 2)
3 Tutup tukup bukaan isian (‘klik’).
Nota: Anda boleh mengisi semula air tangki pada bila-bila masa. Sentiasa cabut plag perkakas sebelum
anda mula mengisi semula tangki air.
- Pastikan paras air dalam tangki air di atas paras MIN pada setiap masa.
- Untuk mengelakkan hos daripada membentuk bentuk U, sentiasa letakkan pengukus di atas lantai
untuk memastikan hosnya lurus. Jika anda terdengar bunyi mengepam yang berlebihan atau jika
output stim tidak sekata, angkat kepala pengukus dari masa ke semasa untuk meluruskan hosnya.
Ini membolehkan sebarang pemeluwapan untuk mengalir semula ke dalam tangki air (Gamb. 3).
- Apabila anda menggunakan pengukus, stim memeluwap di dalam hos. Apabila hos membentuk
bentuk-U, pemeluwapan ini tidak dapat mengalir semula ke dalam tangki air dan menghasilkan
bunyi mengepam dan output stim yang tidak sekata. Untuk mengelakkan ini dengan sebaik
mugkin, sentiasa letakkan pengukus di atas lantai untuk memastikan hos adalah lurus. Jika
17