
16Bahasa Malaysia
FUNGSI KAWALAN JAUH
PASANG/PADAM: Tekan untuk memasang dan
memadam sumber cahaya anda.
Tekan dan tahan selama sekurang-kurangnya 3 saat
untuk menyelaraskan cahaya anda.
Tambah/kurang malap: Tekanan sebentar akan
menambahkan /mengurangkan malap mengikut
langakah-langkah. Untuk menambah/mengurang
malap secara berterusan, tekan dan tahan butang.
Tukar spektrum putih. warna-warna atau latar.
Berpasangan: Tambahkan produk Pencahayaan Bijak
IKEA ke sistem anda. Lihat arahan di bawah:
MENAMBAH PERANTI PADA KAWALAN JAUH ANDA
Apabila kawalan jauh dijual bersama dengan sumber
cahaya (di dalam pakej yang sama), ia telahpun
berpasangan. Jika kawalan jauh dibeli berasingan, anda
mesti pasangankan ia dengan sumber cahaya anda secara
manual.
Untuk menambah sumber cahaya, hanya ulang langkah-
langkah di bawah.
1. Pastikan sumber cahaya anda telah dipasang dan suis
kuasa utama terpasang.
2. Pegang kawalan jauh hampir dengan sumber cahaya
yang anda ingin tambahkan (tidak lebih daripada 5 sm
jauhnya).
3. Tekan dan tahan butang pasangan (1) selama sekurang-
kurangnya 10 saat. Sumber cahaya akan menyala
dengan stabil pada kawalan jauh. Sumber cahaya
anda akan mula malap dan menyala sekali untuk
menunjukkan yang ia telah berjaya berpasangan.
Sehingga 10 sumber cahaya boleh berpasangan dengan 1
kawalan jauh.
Pastikan ia berpasangan satu pada satu-satu masa.
Jika sumber cahaya hampir antara satu sama lain,
nyahsambung yang telahpun berpasangan daripada suis
kuasa utama.
KILANG MENETAP SEMULA PERANTI ANDA
Untuk sumber cahaya:
Togol suis utama sebanyak 6 kali.
Untuk kawalan jauh:
Tekan butang berpasangan 4 kali dalam masa 5 saat.
PENYELARASAN
Jika sumber cahaya anda menjadi tidak selaras, tekan
dan tahan butang PASANG/PADAM untuk sekurang-
kurangnya selama 3 saat untuk mengembalikan sumber
cahaya kepada tetapan lalainya (kecerahan 100%, 2700K).
MENUKAR BATERI
Apabila kawalan jauh diguna secara kerap dan seperti yang
dikhususkan, bateri akan bertahan sekurang-kurangnya
selama 2 tahun.
Apabila tiba masa untuk bateri ditukar, petunjuk merah LED
akan menyala semasa anda menekan mana-mana butang
pada kawalan jauh.